Anda di halaman 1dari 14

JABATAN BAHASA ARAB

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

ABH2013
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM

TAJUK:
PERLAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK
PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

NAMA :
MUHAMMAD VICTOR KUEH ABDULLAH (PID21331)

NAMA PENSYARAH :
USTAZAH NURUL SHUHADA BINTI ISMAIL
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka
. surat
1. Penghargaan 1
2. Pengenalan 2-3
3. Perlaksanaan politik dan dakwah Rasulullah SAW 4-9
4. Kesimpulan 10
5. Rujukan 11
PENGHARGAAN

8‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Alhamdulilah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya, saya dapat menghabiskan tugasan kerja kursus Sejarah dan Tamadun Islam
ABH 2013 dengan jayanya dan dengan lengkap.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pensyarah saya iaitu Ustazah Nurul Shuhada binti Ismail atas tunjuk ajar dan
tegurannya kepada saya sepanjang perlaksanaan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar dan
asbab teguran daripada beliau, maka sudah pasti perlaksanaan tugasan ini tidak
akan dapat dilaksanakan dan disiapkan dengan sebaiknya.

Tidak dapat dilupakan juga, ucapan terima kasih dan penghargaan saya
kepada kawan-kawan saya yang membantu menjayakan perlaksanaan tugasan ini
secara tidak langsung. Semoga dengan asbab pengorbanan dan semangat tolong-
menolong yang dicurahkan oleh kawan-kawan saya dalam menjayakan
perlaksanaan kerja kursus ini dibalas dengan pahala yang baik oleh Allah SWT.

Akhir sekali juga, ucapan terima kasih dan penghargaan ditujukan kepada
kedua ibu bapa saya kerana mereka banyak memberikan sokongan dan dorongan
kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini dengan baik dan lengkap. Tanpa
sokongan dan dorongan mereka, maka sudah pasti saya sendiri tidak mampu
menghabiskan kerja kursus ini dengan baik.

1
PENGENALAN

Politik merupakan satu cabang yang amat penting dalam kehidupan manusia lebih-
lebih lagi kehidupan manusia sudah mengalami struktur organisasi hidup yang
lengkap. Tanpa adanya sistem politik yang sistematik dan lengkap, maka sudah
pasti kehidupan sesebuah kelompok manusia itu akan mengalami keadaan yang
huru-hara dan tidak stabil. Dalam konteks atau hal ini, kuasa politik dalam sistem
pentadbiran negara dan masyarakat merupakan satu sistem yang tertinggi dalam
aspek politik bagi menjamin corak pentadbiran yang baik dan sistem pengurusan
negara yang berkesan.

Dalam konteks Islam itu sendiri sebagai sebuah agama yang bersifat
universal dan rahmatan lil alamin (rahmat kepada semua alam), konteks politik
sememangnya dipandang berat dan dijaga oleh Islam. Bahkan ia merupakan salah
satu keperluan yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia dan
kemasyarakatan sebagaimana yang diterangkan dalam banyak dalil dalam Al-
Quran, as-Sunnah serta akal. Konsep siasah atau politik akan wujud disebabkan
adanya sistem kehidupan manusia. Nabi kita, Nabi Muhammad SAW pernah
mengungkapkan bahawa setiap orang di dunia ini adalah pemimpin dan
bertanggungjawab terhadap pimpinannya. Politik juga adalah pemudah cara
kepada usaha penyebaran dakwah Islamiah pada waktu itu. Ini kerana sekiranya
orang Islam sudah memegang tampuk kepimpinan dan politik, maka sudah pasti
kerja dakwah pasti dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang nabi dan rasul yang
diutuskan oleh Allah SWT ke atas muka bumi ini. Tempoh baginda untuk
melaksanakan tanggungjawab dan amanah baginda ialah selama 23 tahun iaitu 13
tahun di kota Makkah dan 10 tahun di kota Madinah. Dalam tempoh 23 tahun itu,
baginda menghadapi banyak cabaran dan rintangan dalam melaksanakan dakwah
2
baginda. Namun, kesan daripada kesungguhan baginda ditambah pula dengan
bantuan para sahabat baginda yang mulia, akhirnya agama Islam dapat disebarkan
dan ditegakkan pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW bukan hanya menjalankan
tugasan baginda sebagai seorang rasul dan nabi semata-mata, bahkan juga baginda
bertugas sebagai seorang pemimpin. Bahkan juga, baginda menjadi seorang ketua
negara sebuah kerajaan Islam di kota Madinah selepas peristiwa hijrah sehinggalah
terbentuknya piagam perlembagaan negara pada waktu itu yang menjadi satu asas
rujukan kepada masyarakat Madinah pada waktu itu. Banyak bukti dan kejayaan
yang ditonjolkan oleh baginda sendiri sepanjang menjawat jawatan sebagai
pemimpin negara sehingga menyebabkan perlaksanaan politik baginda menjadi
satu rujukan asas kepada para pengkaji geopolitik dunia tidak kira sama ada Islam
ataupun bukan Islam (Barat).

Bukan hanya itu, cara baginda dalam bab politik negara juga menjadi titik
mulanya sistem politik dunia dan merupakan pemula kepada wujudnya sistem
organisasi politik Islam secara khususnya pada waktu itu. Walaupun selepas
baginda wafat, dasar politik dan kaedah baginda masih lagi diteruskan oleh para
sahabat melalui kerajaan Khulafa ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbassiyah dan
kerajaan-kerajaan Islam yang lain selepas itu.

3
PERLAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK PADA ZAMAN RASULULLAH
SAW

Lazimnya fasa-fasa perlaksanaan dakwah dan politik pada zaman baginda


memakan masa selama 23 tahun. Dan dalam konteks ini, baginda banyak
memberikan jasa dan kejayaan dalam bidang politik dan dakwah sepanjang hidup
baginda dan selepas baginda wafat. Secara umumnya, gerak kerja baginda
terbahagi kepada 2 fasa yang besar iaitu di Makkah dan di Madinah. Walaupun
begitu, bukti kejayaan baginda dalam politik kepada sejarah dunia ialah ketika
baginda berada di Madinah selama 10 tahun. Pada waktu itulah banyak bukti yang
jelas serta jasa baginda dalam membina sebuah kerajaan Islam yang hebat dan kuat
di samping gerak kerja dakwah dapat dijalankan dengan berkesan dan baik. Ketika
baginda berada di kota Makkah selama 13 tahun, skop dan tugasan Rasulullah
SAW lebih bertumpu kepada soal akidah, akhlak serta ibadah kepada Allah SWT.
Namun setelah berlakunya peristiwa hijrah baginda ke kota Madinah, maka skop
tugasan baginda menjadi lebih luas iaitu lebih kepada soal tatanegara dan
pembinaan sistem politik serta juga urusan-urusan yang lain seperti hubungan
dalam masyarakat, hubungan luar, urusan rumah tangga, pembinaan ekonomi dan
banyak lagi. Walaupun tempoh baginda di Madinah memakan masa selama 10
tahun, namun banyak bukti perlaksanaan politik serta dakwah pada zaman baginda
sehingga ia membawa jasa dan mengharumkan nama Islam yang baharu sahaja
naik pada zaman itu. Antara bukti perlaksanaan politik dan dakwah pada zaman
baginda ialah :

1.1.1 Wujudnya pusat pentadbiran (Masjid) yang tetap sebagai pusat utama
politik negara Islam Madinah
Dalam konteks ini, Rasulullah SAW melihat pembinaan sebuah pusat
pentadbiran yang tetap sebagai satu peluang dan ruang untuk memastikan

4
segala perbincangan politik dan penyebaran dakwah dapat dikembangkan
dengan baik. Oleh sebab itulah, antara inisiatif awal baginda dalam
merealisasikan perkara ini ialah pembinaan Masjid Quba’ ketika berlakunya
peristiwa hijrah baginda ke kota Madinah. Baginda ingin mewujudkan
sebuah masjid kerana baginda mengetahui bahawa institusi ini merupakan
satu institusi penyatuan masyarakat, institusi perkembangan gerakan
penyebaran dakwah Islam dan juga dilihat sebagai institusi penjamin
survival umat Islam pada waktu itu daripada terus ditindas oleh golongan
musuh Islam pada waktu itu. Bukan hanya itu, wujudnya Masjid Nabawi di
Madinah juga adalah titik kemenangan umat Islam dalam membina kekuatan
politik dan dakwah pada waktu itu. Pada zaman baginda, peranan dan fungsi
masjid ini mempunyai banyak dalam semua sudut sama ada politik, spiritual,
sosial dan sebagainya. Antara fungsi-fungsi masjid pada zaman baginda
ialah masjid berperanan sebagai pusat ibadah masyarakat kepada Allah
SWT, masjid juga berfungsi sebagai tempat penyebaran dakwah, masjid
berfungsi sebagai tempat perbincangan dan pertukaran ilmu, dan paling
penting sekali, masjid pada zaman baginda juga berfungsi sebagai pusat
pentadbiran dan politik utama bagi kerajaan Islam pada waktu itu. Daripada
masjidlah, baginda banyak hantar para sahabat untuk sebarkan dakwah di
luar Madinah dan sebarkan surat-surat kepada para pemerintah seluruh dunia
pada waktu itu. Bahkan peranan masjid ini juga diteruskan oleh para sahabat
baginda dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain selepas baginda.
1.1.2 Sistem politik yang tersusun dapat diwujudkan pada waktu itu.
Selain daripada pembinaan masjid sebagai bukti kejayaan dalam politik pada
zaman baginda SAW, wujudnya sistem politik yang tersusun juga
merupakan salah satu bukti kejayaan politik pada zaman baginda SAW. Hal
ini penting kerana untuk mewujudkan sebuah sistem politik yang tersusun
5
dan sistematik, maka satu sistem dalam politik perlu diwujudkan untuk
merealisasikan impian dan visi tersebut. Antara bukti kejayaan dalam politik
pada zaman baginda dalam konteks ini ialah wujudnya sistem syura. Sistem
ini merupakan salah satu kaedah yang penting dan prinsip utama yang diajar
dalam Islam dalam usaha melahirkan sebuah negara Islam yang stabil,
makmur dan juga unggul. Bahkan juga, perlaksanaan sistem syura ini adalah
perkara yang fardhu dalam agama sepertimana yang telah ditetapkan dalam
Al-Quran, as-Sunnah serta disepakati oleh para ulama. Dalam sistem syura
ini, berlakunya kebebasan dalam memberikan pendapat masing-masing serta
dianggotai oleh individu-individu yang berkepakaran dalam bidang masing-
masing. Pada zaman Rasulullah, terutamanya, sistem syura ini memang
menjadi satu amalan wajib dalam membincangkan soal negara Islam,
dakwah dan sebagainya. Bahkan ia diketuai oleh seorang ketua negara iaitu
Rasulullah SAW sendiri dan dianggotai oleh 14 orang sahabat baginda yang
lain termasuklah sahabat-sahabat besar baginda dan 14 orang sahabat
baginda yang menganggotai Majlis Syura ini dipilih oleh Rasulullah SAW
sendiri dan kebanyakan 14 orang sahabat ini mempunyai kepakaran tinggi
dalam bidang masing-masing. Kesannya, sistem pentadbiran negara Islam
pada waktu itu dapat berjalan dengan baik dan secara tidak langsung ia telah
membuktikan bahawa Islam membawa jasa besar dalam bidang sistem
politik yang sistematik dan tersusun seperti sistem Syura ini.
1.1.3 Penyebaran dakwah dapat dijalankan dengan baik

Salah satu bukti kejayaan dalam politik dan dakwah pada zaman Rasulullah
SAW ialah usaha penyebaran dakwah Islamiah dapat berjalan dengan lancar
dan baik. Ini kerana setelah wujudnya sebuah negara Islam Madinah, maka
secara tidak langsung usaha dan gerak kerja dakwah Islamiah dapat

6
dijalankan dengan baik. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri menggerakkan
usaha dakwah dengan menjalankan penyebaran mesej Islam kepada
masyarakat. Setelah baginda dilantik menjadi ketua negara, maka baginda
menjadi lebih mudah menghubungi para pemimpin negara luar Jazirah Arab
seperti Rom, Parsi, Hirrah di Syam, Mesir dan sebagainya dan pada masa
yang sama, baginda menyelitkan dengan mesej-mesej dakwah. Nabi
Muhammad SAW menjalankan usaha penyebaran dakwah Islamiah melalui
kaedah pengutusan surat-surat kepada para pemimpin dunia pada waktu itu.
Ini kerana kaedah ini adalah kaedah utama yang digunakan oleh mana-mana
kerajaan pada waktu itu untuk tujuan tertentu sama ada aspek menjalinkan
hubungan diplomatik, dan sebagainya. Antara bukti penyebaran surat-surat
dakwah ini ialah surat kepada Raja Hercules di Rom, surat kepada Kisra
Parsi, surat kepada al-Marqauqis di Mesir, surat kepada gabenor Hirrah di
Syam dan sebagainya. Kesannya, usaha dakwah dengan adanya usaha
sebegini dapat berjalan dengan baik kerana orang Islam sendiri yang
memegang tampuk kekuasaan kerajaan serta membuktikan bahawa
sememangnya bab politik dengan dakwah tidak boleh dipisahkan sama
sekali kerana sekiranya politik stabil dan mantap, maka secara tidak
langsung gerak kerja dakwah juga berjalan dengan baik.

1.1.4 Wujudnya perlembagaan bertulis berasaskan Islam pertama di dunia

Selain daripada wujudnya sistem politik syura yang mantap serta gerak kerja
dapat dilaksanakan dengan baik, salah satu bukti kejayaan daripada
perlaksanaan politik dan dakwah zaman Rasulullah SAW ialah wujudnya
perlembagaan bertulis pertama yang berasaskan Islam di dunia. Ini kerana
kewujudan piagam ini membuktikan semangat persatuan yang tinggi serta
taat setia yang tak berbelah bahagi kepada Isalm itu sendiri pada waktu itu.

7
Di samping itu, kewujudan piagam ini menyebabkan masyarakat menjadi
lebih tersusun dan bertindak mengikut norma-norma masyarakat serta nilai
etika yang sepatutnya berteraskan wahyu Allah SWT. Piagam ini
mempunyai 47 fasal di mana kesemua fasal ini menyentuh tentang bab
masyarakat Islam, bab masyarakat bukan Islam dan tanggungjawab yang
wajib dipikul secara bersama. Pembentukan piagam Madinah atau Sahifah
Madinah dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor yang penting seperti
:

i) Kota Madinah mempunyai banyak suku kaum di dalamnya.


Antaranya ialah suku Aus, suku Khazraj, suku Yahudi Bani Nadhir,
Bani Quraizah dan Bani Qainuqa’ dan kesemua mereka ini sebelum
terbentuknya negara Islam Madinah, mereka sering kali bergaduh
antara satu sama lain sehingga menimbulkan peperangan selama
bertahun-tahun lamanya.
ii) Golongan kapitalis iaitu kaum Yahudi Madinah seringkali melakukan
penindasan ke atas suku Arab di Madinah kerana kaum Yahudi ini
menguasai sektor ekonomi pada awalnya.
iii) Golongan Yahudi juga mempunyai hubungan baik dengan suku-suku
lain di luar Madinah tidak kira sama ada suku sama dengan mereka,
suku Quraisy Makkah dan sebagainya.

Dengan adanya piagam ini, maka suku kapitalis tadi tidak dapat melakukan
penindasan ke atas suku lemah. Di samping itu, ia menerapkan semangat
kerjasama antara satu sama lain dalam memastikan keselamatan negara
Islam Madinah juga terjamin menerusi 47 fasal tadi. Di samping itu,
kewujudan piagam ini mampu menjamin kestabilan politik Madinah kerana
ia menetapkan bahawa hendaknya ada seorang pemimpin yang bertindak

8
sebagai ketua negara iaitu Rasulullah SAW sendiri. Kewujudan piagam
Madinah ini juga membuktikan bahawa sememangnya Islam tidak pernah
pisahkan elemen siasah atau politik daripada acuan Islam itu sendiri serta ia
melakar sejarah bahawa sememangnya umat Islam mampu mencipta satu
perlembagaan yang sistematik dan tersusun sehingga ia menjadi rujukan
para ilmuwan geopolitik Barat sekalipun dalam kajian mereka.

1.1.5 Ikatan persaudaraan sesama masyarakat dapat diwujudkan

Umat Islam pada waktu itu di kota Madinah terdiri daripada dua golongan
besar secara umumnya iaitu suku Ansar dan suku Muhajirin. Seperti yang
diketahui oleh umum, suku Muhajirin ini ialah suku yang berpindah dari
kota Makkah ke kota Madinah menerusi peristiwa hijrah Nabi SAW itu
manakala suku Ansar pula ialah orang-orang Islam yang tinggal di kota
Madinah dan terdiri daripada 2 suku Arab yang besar iaitu Aus dan Khazraj.
Rasulullah SAW melihat peluang ini sebagai satu usaha untuk membina
kekuatan politik dan dakwah dalam kalangan umat Islam dan bertindak
menyatukan antara kedua-dua golongan ini. Keadaan ini telah menyebabkan
semangat ukhuwah bertambah erat dan secara tidak langsung kekuatan umat
Islam pada waktu itu makin bertambah. Ini juga selaras dengan firman Allah
SWT dalam surah al-Hujurat ; ayat 10 yang berbunyi :
۟ ُ‫ُوا بَي َْن َأ َخ َو ْي ُك ْم ۚ َوٱتَّق‬
َ ‫وا ٱهَّلل َ لَ َعلَّ ُك ْم تُرْ َح ُم‬
‫ون‬ 8۟ ‫ون ِإ ْخ َو ۭةٌ فََأصْ لِح‬
8َ ُ‫إِنَّ َما ْٱل ُمْؤ ِمن‬
“ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah al-Hujurat : ayat 10)
Hasil daripada tindakan baginda menyatukan kedua-dua suku ini menjadi
satu, akhirnya lahirnya sebuah masyarakat ummah yang kuat dan secara

9
tidak langsung, jasa yang dicurahkan oleh baginda telah menyebabkan Islam
menjadi harum pada waktu itu.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab politik dengan Islam sememangnya tidak boleh


dipisahkan sama sekali kerana kedua-duanya mempunyai satu ikatan yang besar.
Bahkan, agama Islam sendiri adalah agama Rahmatan Lil Alamin dan ia meliputi
semua aspek kehidupan manusia itu sendiri. Dengan wujudnya kerajaan daulah
Islamiyyah Madinah pada zaman Nabi SAW, maka wujudnya satu sistem politik
Islam yang kukuh dan sistematik serta ia menjadi bahan perbincangan dalam
kalangan para ilmuwan dunia sehingga kini. Tempoh 23 tahun yang diberikan
kepada Rasulullah SAW sememangnya adalah satu tempoh yang besar untuk
memberikan jasa-jasa kepada kita.

Bukan hanya itu, kewujudan masjid sebagai pusat 1001 fungsi,


kewujudan piagam yang sistematik serta masyarakat yang bersatu-padu menjadi
bukti-bukti jasa Islam kepada politik dunia serta secara tidak langsung ia
membuktikan bahawa sememangnya Islam adalah satu agama yang tidak jauh
terkebelakang. Bukan hanya itu, semua jasa ini menggambarkan tingginya
ketokohan dan kepimpinan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW sebagai seorang
pemimpin. Selain itu juga, ia secara tidak langsung telah mengubah sistem
masyarakat Arab pada waktu itu daripada masyarakat yang asalnya mempunyai
akhlak yang buruk kepada sebuah masyarakat yang mempunyai nilai etika yang
tinggi. Setelah kewafatan Nabi SAW pada tahun 632 masihi, kesemua dasar ini
diteruskan oleh para sahabat baginda menerusi kerajaan Khulafa ar-Rasyidin yang
dipimpin oleh 4 orang sahabat baginda seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina
Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali yang terus istiqamah memastikan

10
Islam sentiasa terpelihara dan memastikan negara Islam berada dalam keadaan
makmur dan stabil.

RUJUKAN

1) BUKU-BUKU
i) Al-Quran al-Karim
ii) Mohd Nasiruddin Daud, (1999), Sejarah Awal Islam, Kuala Lumpur,
TK. Books Store Sdn Bhd.
iii) Razaleigh Muhammad / Kawangit (2009), Perlaksanaan Dakwah dan
Politik zaman Rasulullah SAW, Bangi, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).
iv) Haris Mohd Din dan Afiq Mohd Nasir (1969), Perkembangan Awal
Ad-Diin, satu kupasan. Kuching, MS Leong and sons Book Store Sdn
Bhd.
2) Laman web
i) https://dalamislam.com/sejarah-islam/sejarah-agama-islam/ Format
Penulisan Ilmiah, 12 September 2022
ii) https://indosmartschool.com/2018/12/09/makalah-awal-sejarah-dan-
perkembangan-agama-isla/ Format Penulisan Ilmiah (9 September
2022)

11

Anda mungkin juga menyukai