Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM KERJASAMA

KTYS - KUIM
TUGASAN (40%)

SESI 1 2021/2022

KOD KURSUS : SHA 1002

NAMA KURSUS : FIQH IBADAT

TARIKH EDAR : 27 SEPT 2021

TARIKH
DIHANTAR/TEMPO : 27 OCT 2021
H

NAMA PENSYARAH : FAUZIA BINTI PATAL

MAKLUMAT PELAJAR:

BIL NAMA NO. MATRIK PROGRAM

1 MOHD ZULFAHMI AMINUDIN KYS211DKS0002 DKS

MARKAH MARKAH PEROLEHAN


KRITERIA PENILAIAN
DIPERUNTUKKAN PELAJAR

MUKA DEPAN

ISI KANDUNGAN MENGIKUTI


PIAWAIAN ARAS TAKSONOMI

PENGENALAN

ISI DAN HURAIAN

PENUTUP/KESIMPULAN

1
RUJUKAN

FORMAT

PATUH MASA HANTAR

100
100
JUMLAH MARKAH

30
30

ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN 3
2 ISI DAN HURAIAN 4-5
3 PENUTUP 6
4 RUJUKAN 7

2
PENGENALAN

Bersuci atau Taharah merupakan perkara penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana
ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.Bersuci dari segi bahasa ialah "Bersih" dan
"Suci". Manakala dari segi istilah pula "Bersih dan suci dari najis dan hadas hingga
membolehkan seseorang mengerjakan ibadat". Islam menghendaki umatnya berada dalam
keadaan bersih dan suci dari sebarang hadas sebelum melakukan ibadat. Ini dapat dilakukan
melalui wuduk. Wuduk berasal daripada perkataan wadha'ah. Dari segi bahasa bererti elok dan
berseri. Sementara dari segi syarak pula ialah perbuatan menggunakan air pada anggota-
anggota tertentu beserta dengan niat. Ia dinamakan demikian kerana perbuatan tersebut
mengelokkan dan menyerikan anggota yang dibasuh dan dibersihkan. Perkataan wadhu' ialah
nama air yang digunakan untuk berwuduk. Bersuci ialah anak kunci dan syarat sah solat.
Hukum toharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan. Tujuan toharah
ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.

3
ISI DAN HURAIAN

RAMAI mungkin tidak menyedari tanggal 19 November setiap tahun, Hari Tandas Sedunia
disambut di hampir 60 negara termasuk Malaysia. Sambutan bermula sejak 2001 itu, turut
disokong Pertubuhan Tandas Sedunia (WTO), sekali gus titik permulaan kepada kesedaran
masyarakat dunia dalam penjagaan kebersihan dalam kehidupan. Hakikatnya, aspek kebersihan
sangat dititikberatkan dalam Islam hingga dibincang dan dibahaskan ulama dan cendekiawan
Muslim dalam kitab hadis dan fiqh yang disebut Kitab al-Toharah atau Bab al-Toharah. Belek
sahaja kitab seperti Kitab Al-Fiqh Manhaji 'ala Mazhab al-Imam as-Syafi'ie karangan Dr Mustafa
al-Khin dan Kitab Bulughul Maram oleh al-Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azhari.

Toharah dalam perbahasan fiqh berkaitan dengan kebersihan. Dari segi bahasa, ia
bermaksud suci atau bersih, manakala dari segi syarak pula ditakrifkan sebagai 'suci dan bersih
daripada najis dan hadas.' Ia perkara utama atau asas dalam permulaan kehidupan Muslim
kerana menjadi prasyarat penerimaan amal ibadah. Sebagai contoh dalam ibadah solat yang
difardukan kepada setiap orang Islam, aspek toharah atau bersuci menjadi sebagai syarat wajib
atau sah ibadah solat berkenaan.

Abu Hurairah RA meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Andai kata
di hadapan pintu seseorang di antara kamu ada sebuah sungai dan dia mandi di situ sebanyak
lima kali dalam sehari, apakah masih ada kekotoran tertinggal di badannya?" Sahabat
menjawab: "Tidak ada kekotoran sedikitpun tertinggal di badannya." Baginda bersabda:
"Demikianlah bandingan solat lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan
menghapuskan semua dosanya dan kesalahan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis itu
jelas menunjukkan aspek kebersihan menjadi keutamaan dalam Islam lebih-lebih lagi dalam
urusan ibadah. Amalan kebersihan dalam ibadah ini, sepatutnya diterjemahkan dalam konteks

4
lebih besar, iaitu kehidupan seharian. Malah, Islam meletakkan kebersihan itu sebahagian
daripada iman. Nabi SAW bersabda: Bersuci itu adalah antara ciri keimanan. (HR Muslim)

Penjagaan dan kebersihan tandas sempena Hari Tandas Sedunia ini juga sebenarnya
termasuk dalam penjagaan kebersihan seperti dianjurkan Islam. Walaupun kedengaran seperti
kecil dan remeh, hakikatnya 'tandas yang kotor dan tercemar' akan memberikan kesan emosi
negatif kepada sesiapa sahaja, kerana pastinya kita tidak dapat mengelak daripada
menggunakan tandas pada setiap hari. Menurut Dr Mustafa al-Khin dalam kitabnya Fiqh al-
Mahaji ada beberapa hikmah berhubung dengan pensyariatan bersuci atau menjaga kebersihan
dalam Islam, antaranya bersuci ialah tuntutan fitrah selari Islam itu sendiri sebagai agama
fitrah. Secara tabii, semua orang inginkan kepada kebersihan dan tidak suka serta menjauhkan
diri daripada kekotoran.

Dengan bersuci dan menjaga kebersihan juga, seseorang itu secara tidak langsung sudah
memelihara kemuliaan dan kehebatan dirinya sebagai Muslim. Hakikatnya, kita lebih selesa dan
suka kepada orang bersih serta seboleh mungkin akan menjauhkan diri daripada individu
pengotor. Maka dengan menjaga kebersihan, secara tidak langsung kita akan disegani,
dimuliakan dan disukai orang lain. Di samping itu, dengan menjaga kebersihan juga akan dapat
memelihara kesihatan diri kerana kebiasaannya kebanyakan penyakit menular disebabkan
kekotoran. Sebagai Muslim, dengan berwuduk sekurang-kurangnya lima kali setiap hari,
menjadikan anggota badan kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan pastinya akan
terpelihara serta terhindar daripada sebarang penyakit.

Sesetengah masyarakat sangat mementingkan kebersihan, walau bagaimanapun masih


ada yang tidak mengendahkan kepentingan menjaga kebersihan. Dari sudut kesihatan,
penjagaan kebersihan adalah salah satu perkara amat ditekankan. Ini termasuk penjagaan diri
dan kawasan persekitaran diduduki. Bagi kanak-kanak dan warga tua, mereka lebih terdedah
kepada penyakit khususnya wabak dan virus. Oleh itu, penjagaan kebersihan perlu diberi
pendedahan, penekanan dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Senario yang berlaku disebabkan virus Covid-19 ini menunjukkan perubahan yang ketara
kepada masyarakat di Malaysia. Setiap individu mula mengamalkan sikap menjaga kebersihan
dengan kerap membasuh tangan, menjaga diri dari bergerak dan berada di tempat kotor
sehingga menyucikan barang belian sebelum disimpan atau dimasak. Norma baharu ini pasti
memberi impak besar kepada kesihatan masyarakat dengan setiap individu memastikan
kawasan sekeliling mereka bersih dan bebas dari kotoran.

5
Tidak dinafikan, ada kelompok individu yang secara azali seorang yang pembersih dan
menjaga kebersihan persekitaran. Hal ini tidak boleh dikaitkan dengan taraf kehidupan
seseorang, bahkan lebih kepada kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan. Ada
mereka yang hidup secara sederhana, tetapi mementingkan kebersihan dan sebaliknya bagi
mereka yang hidup dalam kesenangan. Oleh itu, sekiranya umat Islam mengambil hikmah dari
Covid-19 ini, pasti tiada masalah untuk meletakkan kebersihan sebagai perkara utama yang
perlu dilaksanakan dalam seharian.

PENUTUP

Hikmah disuruh melakukan toharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan
itu adalah perbuatan menghadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya,
maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
Perkara lebih besar dan utama dalam penjagaan kebersihan ini adalah untuk kita berdiri
menghadap Allah SWT untuk beribadah. Sudah tentu seperti disebut, mestilah dalam keadaan
suci dan bersih. Allah SWT amat kasihkan hamba-Nya yang suka membersihkan zahir dan
batinnya dengan bersuci dan bertaubat. Ia sesuai dengan firman Allah SWT: "Allah mengasihi
orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan dirinya." (Al-
Baqarah: 222)

6
RUJUKAN

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bersuci

http://mypustakaislam.blogspot.com/2012/02/bersuci-thoharah-kelebihannya-alat.html?m=1

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/addin/2020/05/582545/jaga-
kebersihan-sebahagian-daripada-iman

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/agama/2020/09/733505/
aspek-kebersihan-prasyarat-penerimaan-amal-ibadah

Anda mungkin juga menyukai