Anda di halaman 1dari 16

PENGAJIAN ISLAM

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun


Husssein Onn
Batu Pahat, Johor

Nama : Muhamad Fitri bin Ateh


Opsyen : Pengajian Agama 2
Nama Pensyarah : Dr. Mohd. Hairudin bin Amin
Program : PPISMP (AG) Semester 1
Tarikh hantar : 20/9/2010
Isi kandungan

1
PENGAJIAN ISLAM

Bil Keterangan Muka surat


.
1

Kesan beriman kepada Allah dan langkah 3


pencegahan aqidah.
2

Konsep kebersihan 4

Ketepatan masa dalam Surah Al-Asr 6

Rukun Iman 7

Cadangan memantapkan ukhwah


8

Aplikasi hijrah terhadap diri, keluarga dan


masyarakat.
6

Rujukan 10

Kesan beriman kepada Allah dan langkah pencegahan aqidah

2
PENGAJIAN ISLAM
Setiap orang Islam wajib berpegang kepada rukun iman. Muslim yang
beriman digelar Mukmin dan pastinya terdapat perbezaan dalam kedua-dua maksud
Muslim dan Mukmin. Salah satu perbezaannya ialah orang Mukmin telah
memegang prinsip rukun iman dimana aqidah mereka tidak akan goyah.

Aqidah orang Mukmin tidak akan berubah sekiranya mereka berpegang pada
prinsip rukun iman yang pertama iaitu beriman kepada Allah. Pelbagai kesan
sekiranya orang Mukmin tidak mengamalkan konsep beriman kepada Allah. Salah
satunya ialah orang yang beriman tidak mungkin bersikap angkuh, tidak mensyukuri
nikmat dan tidak terpedaya dengan kekuatan dan kemahiran yang dia milikinya
kerana dia tahu dan yakin semua itu adalah kurniaan Allah kepadanya. Malah dia
sedar Allah berkuasa mengambilnya jika Dia menghendaki. Tetapi terdapat
masalah dalam aqidah umat Islam sekarang bahawa mereka sombong dan tidak
mensyukuri nikmat-Nya malah menganggap semua hasil daripada kecekapannya
sahaja. Oleh itu, orang Islam sepatutnya kembali berpegang pada Al-Quran dan
Assunnah kerana Allah berfirman dalam surah Luqman ayat yang ke 18
bermaksud,” Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia kerana
sombong dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri”.

Kesan kedua pula ialah, menurut Almarhum Abu A’la Al Maududi, orang
Mukmin tidak mudah dihinggapi rasa putus asa, dan hilang harapan dalam apa
keadaan sekalipun kerana dia beriman kepada Yang Maha Memiliki Langit dan Bumi
serta Yang Maha Memiliki Kurniaan yang banyak. Dia yakin bahawa Allah tidak
akan pernah terlena dan tidak membiarkan hidupnya terlantar kerana dalam Surah
Az-Zumar ayat yang ke 53, “..Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang
Maha Pengampun, Maha Penyayang”. Oleh itu, sebagai langkah penyelesaian
aqidah dari tidak berputus asa, umat Islam wajib yakin dan istiqamah dalam
melakukan amal ibadah agar rahmat Allah tidak akan putus. Dengan itu, Allah akan
mengotakan janjinya seperti ayat di atas.

Kesan seterusnya ialah golongan Mukmin tidak akan berpandangan sempit


kerana mereka percaya bahawa Allah Yang Menciptakan Langit dan Bumi, Pemilik
Alam Semesta dan Pemberi Rezeki. Tidak ada sesuatu pun dalam dunia ini ang

3
PENGAJIAN ISLAM
dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya untuk member pertolongan dan
khidmat kepada sesama manusia. Walaubagaimanapun, terdapat golongan yang
berfahaman tuhan yang berbilang-bilang, malah tidak percaya akan Allah. Namun
penyelewengan akidah ini dapat diatasi sekiranya kita dapat menanam rasa cinta
akan Allah melebihi sekiranya agar kemanisan iman dapat dikecapi. Oleh itu, sejak
dari kecil lagi anak-anak sepatutnya ditanam dengan sikap yang begini agar mudah
membentuknya kelak. Firman Allah yang dalam Surah Ali-Imran ayat ke 31 hingga
32 berbunyi, “Katakanlah Muhammad, Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosamu, Allah Maha Pengampun,
Maha Penyayang”. “ Katakanlah Muhammad, taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu
berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”

Konsep kebersihan
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Islam mewajibkan umatnya
menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian. Tidak kira dalam ibadah atau tidak.
Salah satu konsep kebersihan dalam Islam ialah Thaharah. Thaharah bermaksud
bersih. Pada pandangan ahli fiqh ialah membersihkan hadas atau menghilangkan
najis, iaitu najis jasmani seperti darah, air kencing dan tinja. Hadas secara maknawi
berlaku bagi manusia. Mereka yang terkena hadas ini dilarang melakukan solat dan
wajib untuk berwudhuk, mandi atau bertayamum bagi menyucikannya.

Thaharah terbahagi kepada dua iaitu Thaharah batiniah dan lahiriah.


Thaharah secara batiniah ialah membersihkan jiwa daripada pengaruh-pengaruh
maksiat dan nahi mungkar. Manakala secara lahiriah pula ialah Thaharah dari najis
dan hadas. Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat ke 222 bahawa,
“Sesunggunya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-
orang yang menyucikan diri.”

Dalam konsep Thaharah, terdapat pecahan lain seperti wudhuk, mandi dan
tayamum. Di dalam konteks wudhuk, sabda Nabi Muhammad S.A.W, ” bersuci itu
aalah sebahagian daripada iman” Sebagaimana yang kita tahu, ibadah wudhuk
memiliki kedudukan yang tersendiri di sisi Allah Ta’ala. Ianya merupakan kunci
kepada permulaan untuk bersolat. Wudhuk di sini berperanan menyucikan diri
daripada hadas kecil untuk melakukan ibadah solat dan membersihkan anggota-

4
PENGAJIAN ISLAM
anggota badan yang sentiasa terdedah kerana tidak dilitupi pakaian. Firman Allah
Ta’ala dalam surah Al-Maidah ayat yang ke 6 bermaksud. “ …Allah tidak ingin
menyulitkanmu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan
nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.”

Kemudian, dalam konteks mandi pula, istilah mandi bermaksud mengalirkan


air yang suci ke seluruh anggota badan dengan cara yang ditetapkan disertai
dengan niat, di mana niat itulah yang membezakan antara mandi untuk ibadah atau
mandi kebiasaan. Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Maidah ayat yang ke 6
bermaksud, “dan jika kamu berjunub (berhadas besar), maka bersucilah dengan
mandi wajib..”. Ini menunjukkan Islam menitikberatkan soal kebersihan diri
termasuklah sesudah berjunub. Mandi dapat membersihkan diri daripada sebarang
kekotoran. Muslim yang cemerlang dapat bertemu Allah dalam keadaan bersih dan
pastinya Allah akan menyayangi orang yang pembersih.

Tayamum juga merupakan salah satu amalan kebersihan yang wajib


dijalankan sekiranya terdapat rukhsah dalam berwudhuk. Dalam surah An-Nisa’
ayat yang ke 43, Allah berfirman, “…Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam
perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan,
sedangkan kamu tidak mendapatkan air, maka bertayamumlah kamu dengan debu
yang baik; usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu itu..”. Ayat ini terbukti
bahawa kebersihan adalah dititikberatkan dalam Islam. Islam mengajar untuk
menggantikan wudhuk dengan bertayamum jika terdapat masalam mendapatkan air.
Secara hikmahnya, Islam adalah agama yang menjaga akan kebersihan umatnya.

Antara sumber rezeki manusia ialah 90% daripada perniagaan. Manusia


yang bekerja di bawah sistem muamalat pasti akan mendapat keuntungan besar. Ini
ditambah lagi dengan pengamalan konsep kebersihan di dalam sistem muamalat itu
sendiri. Amalan yang halal jika ditambah lagi dengan budaya jujur dan ikhlas akan
memebri impak yang besar kepada seseorang khususnya umat Islam. Islam telah
menetapkan garis panduan untuk mengamalkan sistem muamalat yang akan
memberi keuntungan serta mendapat keredhaan Allah kelak. Sebagaimana contoh,
sifat Rasulullah yang pemurah dan baik hati sanggup meletakkan harga jualan kain
yang paling rendah sekali malah ada ketika tidak mendapat unutng. Hal ini kerana,
muamalat yang dilakukan hanya kerana Allah semata-mata. Ini berlainan dengan

5
PENGAJIAN ISLAM
sikap yang suka memakan riba’, tidak jujur dan berlaku kejam dengan meletakkan
harga yang tinggi boleh mendatangkan kemurkaan daripada Allah. Oleh itu,
pengamalan konsep kebersihan sememangnya wajib dilakukan ke atas setiap
individu agar mendapat rezeki yang halal dan diberkati Allah kerana Allah Maha
Kaya dan Maha Pemberi Rezeki.

Ketepatan Masa

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman


juga yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan pada kebenaran. Yang berpesan-
pesan pada kesabaran”(Surah Al-Asr:1-3)

Surah Al-Asr diturunkan bagi mengingatkan umat Islam untuk menjaga


kepentingan masa. Ini adalah soalan terpenting yang diberikan perhatian oleh
semua masyarakat di dunia, tanpa mengira bangsa, dan dimana jua mereka berada.
Hal ini kerana, masa merupakan kehidupan dan masa penentu masa hadapan kita
di akhirat kelak. Realiti inilah yang patut disedari oleh umat bahawa budaya
memanfaatkan masa semakin jauh dari kehidupan seharian umat Islam.

Allah menjadikan masa selama 24 jam sehari sememangnya cukup untuk


setiap hamba-Nya untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai hamba-Nya.
Adakalanya kita merasakan tidak cukup masa bukan kerana salah masa atau pun
Allah tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk kita, namun apa yang perlu
kita sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yang lebih penting daripada
perkara yang penting. Oleh itu, wajib bagi kita untuk menggantikan perkara yang
tidak memberi manfaat kepada yang lebih bermanfaat dan berfaedah.

Hukama’ ada menyatakan bahawa, “waktu seperti pedang, jika kita tidak
memotongnya maka ia akan memotong kita”. Ayat ini cukup membuktikan bahawa
pengurusan masa amat penting bagi umat Islam dan umumnya seluruh manusia.
Sebenarnya, umat Islam telah diberi kelebihan awal sejak 1400 tahun yang lalu
dengan diajar mengurus masa berpandukan surah yang diturunkan Allah. Kita perlu
mendahului masa atau paling kurang menepatinya.

Masa itu emas. Justeru kita harus menjaganya dengan rapi agar kita tidak
akan rugi kelak. Umat Islam telah diberi peluang menggunakan masa untuk menjadi

6
PENGAJIAN ISLAM
hambanya yang abid. Sebagai contoh, Khalid Al-Walid telah mula berperang di jalan
Allah sejak umur belasan tahun lagi. Ini menunjukkan, kita perlu menjaga masa kita
sejak dari muda lagi. Oleh itu, berdasarkan ayat yang ke 3 surah Al-Asr ini, umat
Islam wajib menggunakan masa untuk berdakwah di jalan Allah dan kita mesti ingat
bahawa Allah akan bertanya kepada hambanya mengenai manfaat masa yang telah
digunakan.

Aplikasi Rukun Iman

Beriman kepada kitab Allah adalah rukun iman yang ke 3. Umat Islam wajib
memegang prinsip rukun iman ini bagi mengelakkan akidah yang terpesong. Kitab
Allah terdiri daripada Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran. Jika individu muslim
mengingkari mana-mana ayat di dalam kitab Allah, maka tiada iman di hati mereka
dan mereka akan digolongkan kepada orang yang rugi sebagaimana Allah berfirman
dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 121, “Orang-orang yang telah Kami beri kitab,
mereka membacanya sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepada-
Nya. Dan siapa yang ingkar kepadanya, mereka itulah orang-orang yang rugi”.

Ayat di atas membuktikan bahawa sesiapa yang membaca Kitab Allah, maka
orang itulah yang beriman dan sesiapa yang meninggalkan bacaannya, maka orang
itu antara yang rugi. Sebenarnya, terdapat pelbagai hikmah yang boleh diaplikasi
dalam kehidupan seharian. Al-Quran itu datangnya daripada Allah, oleh itu, Allah
sudah mengajar kita bagaimana hidup berlandaskan Kitab Allah.

Sebagai contoh, di dalam Al-Quran melarang kita untuk mencuri. Hal ini
kerana keburukan mencuri terlalu banyak.. Salah satunya ialah akan dipandang
serong oleh masyarakat malah akan dimurkai Allah. Oleh itu, orang yang jujur dan
amanah pula akan disanjung tinggi dan akan diberi kepercayaan untuk melakukan
sesuatu.

Justeru, sesungguhnya, Kitab Allah sangat lengkap dan banyak mengajar kita
akan kehidupan seharian. Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Hajj bermaksud,”
dan diantara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu tanpa
petunjuk dan tanpa kitab yang member penerangan”.

7
PENGAJIAN ISLAM
Selain beriman kepada Kitab Allah, umat Islam juga wajib beriman kepada
para rasul. Dalam senario ini, Allah berfirman, mafhumnya,” Dan mengapa kamu
tidak beriman kepada Allah, padahal Rasul mengajak kamu beriman kepada
Tuhanmu?Dan Dia telah mengambil janji setiamu, jika kamu orang-orang
Mukmin.”(Al-Hadid:8). Para nabi khususnya Nabi Muhammad telah meninggalkan
kita warisan sunnahnya untuk diikuti. Malah apabila sunnahnya diikuti, hidup kita
akan lebih sempurna dan mendapat pahala di sisi Allah.

Sebagai contoh, Nabi Muhammad bertegas tentang sembahyang jemaah di


masjid berbanding individu. Hari ini, kita lihat masyarakat tidak mengambil kisah
untuk bersama-sama solat berjemaah di masjid kerana masih tidak nampak
kesannya di dunia sedangkan banyak manfaatnya di akhirat kelak. Oleh yang
demikian, segala sunnah dan ajarannya patut diikuti agar diri, masyarakat dan
Negara diberkati Allah.

Cadangan untuk memantapkan ukhwah di IPG dan tempat tinggal

Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nisa’ bermaksud,” ..Dan bertakwalah


kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan
peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah
sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”. Ayat ini telah menyatakan kepentingan
menjaga silaturrahim antara saudara se-Islam kerana setiap Muslim itu bersaudara.

Pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk memantapkan ukhwah


persaudaraan ummah di Institut Pendidikan Guru. Salah satunya ialah memupuk
kesedaran masyarakat di IPG dan masyarakat sekeliling supaya menghargai nilai
ukhwah sesama Islam serta berupaya menjaga dan memperelokkannya. Oleh itu,
pihak tertinggi perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat memecahkan tembok
meninggi diri antara satu sama lain kerana manusia dilahirkan di dunia hanya
sebagai hamba Allah sahaja. Aktitvii-aktiviti seperti gotong-royong dan majlis
kenduri sedikit sebanyak dapat mengeratkan tali persaudaraan.

Selain itu, apa yang penting ialah mendidik masyarakat sekeliling dan di IPG
dengan bersembahyang jemaah di masjid. Cara ini pasti berkesan kerana pelbagai
hikmah yang terdapat di dalam solat berjemaah. Antaranya ialah dapat menyatukan
ummah tidak kira pangkat, bangsa, darjat, mengelakkan persengketaan sesama

8
PENGAJIAN ISLAM
masyarakat dan sentiasa didoakan agar bersatu kerana doa itu senjata orang
mukmin. Semua ini akan memberi kesan kepada hati setiap yang hadir. Pada
awalnya memang perlu melakukan satu paksaan dan mungkin pada suatu hari Allah
akan merelakan hati agar terus menjaga hubungan sesama Islam malah hubungan
kepada Allah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

Aplikasi peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan

Hijrah mempunyai makna yang sangat luas. Penghijrahan Nabi Muhammad


telah membuka seluruh umat manusia khususnya umat Islam agar meninggalkan
sesuatu yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik. Konsep hjrah pada masa
kini adalah ingin mengajak umat Islam ke arah kemajuan hidup. Justeru, konsep
hijrah ini akan memberikan seseorang individu meneguh dan memantapkan
keimanan serta jati diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dan kemajuan, dengan
menyedari hakikat kehidupan, melunaskan tugasan memartabatkan peribadatkan
kepada Allah serta menjadi Muslim yang tidak hanya bersandarkan diri kepada
status agama Islam, namun lebih itu, seseorang itu mampu membuktikan ke-
Islamannya menerusi keyakinan ganjaran Allah yang menanti serta mencernakan
Islam dalam diri dan perlakuan. Oleh itu, hijrah terhadap diri sendiri menuntut
kepada kesanggupan diri menerima kesusahan, mengharungi dugaan dan
membiasakan diri dengan cacian dan makian dalam menegakkan syiar Islam.

Di dalam institusi keluarga, penghijrahan yang boleh ditakrifkan ialah dengan


berubah agar menjadi keluarga yang lebih mendekati Allah. Selain itu, penghijrahan
yang boleh diamalkan oleh keluarga-keluarga Islam ialah dengan mencontohi sikap
keluarga sahabat yang membantu dalam proses penghijrahan umat Islam ke
Madinah seperti isteri Nabi Muhammad S.A.W yang sanggup menghantar makanan
kepada Baginda di dalam gua yang Baginda berlindung seketika. Pengorbanan
untuk membantu proses dakwah keislaman tidak luput dan berani dalam
menegakkan syiar. Justeru, institusi keluarga kini juga amat diharapkan untuk terus
membantu agar dapat membentuk masyarakat yang saling memerlukan dalam
ukhwah Islam.

Seterusnya ialah penghijrahan dari konteks masyarakat. Hal ini kerana hijrah juga
mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah menyatukan dua

9
PENGAJIAN ISLAM
kumpulan yang sebelum itu saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama
persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan ini akhirnya
dapat disatukan. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang
menyaksikan pelbagai ras, bangsa dan kaum, maka amat wajar umat Islam di
Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan rahmah sejajar dengan Islam
sebagai al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan
kesejahteraan ummah. Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan,
kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan
akidah dan kepercayaannya, sedangkan Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat
kepada sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia, ayat 107
maksudnya, “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.”

Rujukan

1) Dato’ Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009).Indahnya Hidup
Bersyariat.Telaga Biru Sdn. Bhd.

2) Dr. Ahmad Hatta, MA. (2009). Tafsir Qur’an Per Kata (Cetakan ke 3).
Maghfirah Pustaka.

3) http://hasan98.tripod.com/kesan.htm

4) http://www.scribd.com/doc/7276323/Beberapa-Persoalan-Lazim-Tentang-
Thaharah

5) Sufian bin Ahmad, Nazri bin Ambong, Amir Husin bin Mohd. Nuar. (2003).
Buku Teks Tingkatan 5 : Pendidikan Al-Quran dan Assunnah (Cetakan
pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka.

6) www.quran-tafsir.org/asr.pdf

10
PENGAJIAN ISLAM

Lampiran

1) Inilah yang Allah SWT tekankan dalam surah al-‘Asr yang diketengahkan
khusus untuk menyedarkan umat Islam menghayati betapa pentingnya masa.
Inilah antara soalan terpenting yang diberikan perhatian oleh semua
masyarakat yang bertamadun di dunia, tanpa mengira bangsa dan di mana
jua mereka berada. Kerana masa merupakan kehidupan, masa merupakan
penentu keadaan kita di akhirat kelak. Realiti inilah yang perlu disedari oleh
umat bahawa budaya memanfaatkan masa semakin jauh dari kehidupan
seharian umat Islam.

Allah menjadikan masa selama 24 jam sehari sememangnya cukup untuk


setiap hamba-Nya meneruskan kehidupan mereka. Adakalanya kita
merasakan tidak cukup masa bukan kerana salah masa atau pun Allah tidak
memperuntukkan masa yang cukup untuk kita, namun apa yang perlu kita
sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yang lebih penting
daripada perkara yang penting. Meninggalkan perkara yang tidak
memberikan manfaat dan menggantikannya dengan perkara yang berfaedah.

Tapi, bagaimana cara kita ingin menentukan kewajipan yang perlu


didahulukan daripada perkara-perkara remeh yang lain? Inilah pentingnya kita
memahami ‘Fiqh al-Awlawiyat’ yang memberikan kita kefahaman untuk
membahagi-bahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin serta
menguruskan setiap urusan kita dengan mendahulukan perkara yang perlu
didahulukan berbanding dengan perkara-perkara yang lain.

Inilah sebenarnya kelebihan umat Islam. Allah SWT telah membekalkan


kepada umat Islam teori-teori pengurusan yang baik. Dengan akhlak yang
sempurna, sudah barang pasti kita akan menjadi pemimpian yang
berwibawa.menghayat i surah al-‘Asr dituruti dengan kefahaman terhadap
‘Fiqh al-Awlawiyat’ menjadikan kita seorang pengurus masa yang cekap dan
mampu untuk membereskan kerja bukan sekadar menurut ‘mood’ atau
desakan pihak-pihak tertentu, tetapi kesemuanya berpandukan ajaran Allah

11
PENGAJIAN ISLAM
SWT yang melengkap setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebenarnya telah
diberikan ilmu Sains Pengurusan sejak 1400 tahun yang lalu.

Justeru, kehidupan muda kita ini menuntut kita untuk menjadi pengurus yang
cekap kerana waktu inilah saat dan ketikanya untuk mengejar rahmat Allah
SWT. Usia muda yang penuh dengan dugaan tetapi sekiranya dihiasi dengan
tuntutan syariat, ia merupakan aset terpenting untuk melepasi titian sirat.

Sekiranya kita meneliti kehidupan para sahabat r.a, mereka memanfaatkan


masa muda dan kesihatan ketika mana sebelum datangnya waktu tua
semaksimum mungkin. Khalid al-Walid menjadi tentera yang berjuang di jalan
Allah semenjak usianya belasan tahun lagi. Begitu juga beberapa orang
sahabat yang lain, menjadikan usia muda sebagai modal untuk mendapatkan
kebahagiaan akhirat demi mengejar syahid. Tidak ketinggalan yang tua,
umpamanya Abu Thalhah, yang menghabiskan usia tuanya di jalan jihad
sehingga dikebumikan di negeri orang semata-mata usahanya mengatur
langkah demi menegakkan kalimah Allah SWT. Inilah jejak langkah yang
perlu kita teliti dan perlu kita lalui supaya tidak menjadi orang yang rugi di
akhirat; hanya mendapat laba dunia tetapi ketika dibangkitkan kali kedua
terpaksa merana.

Penghayatan masa perlu kita perbaiki terutama dalam usaha untuk


menegakkan ketuanan Islam. Kita bukan sekadar perlu memenuhi tuntutan
masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya, bahkan perlu menghormati masa
untuk dihormati. Gerakan Islam tidak perlu lagi melewat-lewatkan mesyuarat
atau aktiviti hanya semata-mata menunggu pihak-pihak lain, akan tetapi
ketetapan masa perlu kita kuasai dengan sebaik mungkin. Tidak kira dalam
apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang
menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang
berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan
dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

12
PENGAJIAN ISLAM

2) KHUTBAH JUMAAT 64 – 11 JANUARI 2008

Taqdim

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Saya berpesan kepada diri sendiri, dan menyampaikan pesanan yang serupa
kepada sekalian saudaraku muslimin, agar bertaqwa kepada Allah. Letakkanlah
matlamat dalam kehidupan untuk menjadi mukmin yang bertaqwa, menerusi
pengetahuan dan pemahaman mantap tuntutan taqwa, disamping pelaksanaan
tugasan yang menjurus kepada keunggulan peribadi muslim.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Dalam menyambut Awal Muharram ini, sudah tiba masanya kita mengikis
pandangan ketidaktepatan fakta bahawa Nabi s.a.w berhijrah pada bulan Muharram.
Walaupun beberapa dapatan tarikh sirah didapati menerusi kajian dan riwayat para
sarjana sirah,, semua mencatatkan bahawa baginda Rasulullah keluar dari rumah
menuju rumah Abu Bakar untuk berhijrah adalah pada bulan Safar. pada 27 Safar
bersamaan dengan 13 September tahun 622M. Kemudian bersembunyi di Gua
Thur. Pada hari pertama Rabiul Awwal bersamaan 16 September barulah baginda
bergerak ke Madinah atau yang dikenali dengan nama Yathrib ketika itu. Pada hari
Isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 September barulah baginda sampai ke
Quba. Baginda berada selama empat hari di Quba dan mengasaskan Masjid Quba.
Kemudian pada hari Jumaat bersamaan 12 Rabiul Awwal minggu tersebut barulah
baginda memasuki Madinah. Nama-nama bulan dalam Islam sememangnya diguna
pakai lama oleh orang Arab dengan pendetailan makna bervariasi bagi setiap bulan.
Hanya pada 17 Hijriyyah, hasil kesepakatan bersama para sahabat yang lain,
Sayyidina Umar al Khattab selaku Khalifah kedua, mewartakan penggunaan
kalendar Islam, berpangkalkan tujuan memperkemaskan urusan pentadbiran negara
dan persuratan tarikh, juga menjadikan prinsip tahun nabi berhijrah sebagai tahun
pertama Hijriyyah. Jadi, bulan Muharram adalah bulan pertama dalam perkiraan
Arab. Maka tahun hijrah dikira bukan kerana Nabi s.a.w berhijrah pada Muharram,

13
PENGAJIAN ISLAM
tetapi kerana tahun berkenaan berlakunya peristiwa hijrah. Maka tahun peristiwa itu
berlaku dikira sebagai tahun pertama. Adapun bulan Muharram sememangnya bulan
pertama bagi tahun Arab seperti Januari bagi tahun masihi.

Sidang Jumaat yang berbahagia

Hijrah sentiasa mengingatkan kita peristiwa penting dan bersejarah dalam


memperjuangkan agama Islam. Peristiwa itu bukan sahaja kerana bermulanya
takwim Hijrah, tetapi ianya merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad dari
Makkah ke Madinah, sesungguhnya ia mengandungi rahsia, keistimewaan dan
konsep tersendiri.  Firman Allah dalam surah an Nahl ayat 41-42 bermaksud, Dan
orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh
musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya
Yang baik; dan Sesungguhnya pahala (amal mereka Yang baik itu) lebih besar di
akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. (Mereka itu ialah) orang-orang yang
bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.Mari kita
teliti, perhalusi dan hayati ayat ini. Konsep hijrah di era ini adalah ingin mengajak
umat Islam kepada perkara yang baik, bermanfaat dan ke arah mempertingkatkan
kepelbagaian dalam aspek kemajuan hidup. Justeru konsep hijrah ini akan mampu
meneguhkan dan memantapkan keimanan serta jati diri umat Islam dalam berdepan
dengan pelbagai cabaran dan kemajuan, dengan menyedari hakikat kehidupan,
melunaskan tugasan memartabatkan peribadatkan kepada Allah, serta menjadi
muslim yang tidak hanya bersandar pada status agama Islam, namun lebih itu,
membuktikan keislamannya menerusi keyakinan ganjaran Allah yang menanti, serta
mencernakan Islam dalam diri dan perlakuan. Hijrah memerlukan kesanggupan diri
menerima kesusahan, mengharungi dugaan, membiasakan diri dengan cacian dan
penghinaan. Hari ini, tiada lagi hijrah dari Makkah ke Madinah, tiada lagi tuntutan
untuk berhijrah dari satu tempat ke tempat lain, tetapi penghijrahan yang dituntut
daripada setiap kita ialah sejauhmana usaha menghijrahkan tahap keilmuan Islam
dalam diri, sejauh mana usaha kita dalam menghijrahkan diri daripada pemahaman
sempit dan beku tentang agama, kepada peningkatan ilmu dan kefahaman. Kita
tidak mungkin mampu hanya menyatakan bahawa segala maklumat telah diikuti dan
dipelajari ketika usia kecil, lalu ianya dijadikan alibi untuk tidak berusaha
meningkatkan kefahaman tentang Islam, apatah lagi selepas itu, tuntutan berhijrah

14
PENGAJIAN ISLAM
perlu kita sahut dalam menghijrahkan diri dari kapasiti amal ibadah yang terhad,
kepada profesionalisme dalam solat, zakat, puasa dan haji, dari sudut usaha
peningkatan, pengisian dan persembahan kepada Allah.

Bersempena dengan maal hijrah ini, kita seharusnya memulakan tahun baru
hijriyyah dengan perkara-perkara penting. Tiada ruang sebenarnya untuk kita
memperlihatkan kemarahan dan komentar pada perlakuan bukan muslim,
seandainya kita tidak berperanan memperlihatkan keperibadian islam dalam diri.
Sesuatu itu akan dikategorikan sebagai penting dalam hidupnya, andai ia
memahami dan meyakini mengapa ia harus dilakukan. Minat dan keseronokan
melaksanakannya akan hadir menerusi keinginan dan kefahaman jitu terhadap
fungsi kita selaku muslim. Sikap rendah diri atas kekurangan ilmu dan informasi juga
akan lenyap sekiranya seseorang itu berusaha memperbaiki diri semata-mata
kerana Allah. Pergunakanlah tahun baru ini untuk mempertingkatkan maklumat
tentang Islam, menggandakan amalan dan usaha secara praktikal, serta
memperuntukkan masa untuk Islam. Sumbangkanlah masa kita untuk agama,
nescaya kita akan dibantu olehNYA. Firman Allah yang bermaksud, sekiranya kamu
membantu Allah (iaitu menerusi pelaksanaan perintahNYA), nescaya Allah akan
membantu kamu dan memperteguhkan kedudukan kamu. Sekiranya kita tidak
mensibukkan diri kita dengan mendekatkan diri dengan agama, nescaya kita tetap
akan disibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan dalam kehidupan. Berada
di bumi UK ini seharusnya memberikan kita semangat untuk memperbaiki diri, dan
tidak hanya semata-mata hanyut dengan keseronokan yang tidak berkesudahan
yang mampu ditawarkan di sini.

Barakallahu li walakum

15
PENGAJIAN ISLAM

16

Anda mungkin juga menyukai