Anda di halaman 1dari 24

MAKNA AQIDAH

 Sesungguhnya ‘aqidah dan keimanan’


adalah “kepercayaan yang meresap ke
dalam hati, dengan penuh keyakinan,
tidak bercampur syak dan ragu, serta
memberi pengaruh kepada pandangan
hidup, tingkah laku dan perbuatan
sehari-hari.”
 Akidah dari segi bahasa bererti simpulan
iman ataupun pegangan yang kuat atau satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

 Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan


yang pasti dan keputusan yang muktamat
tidak bercampur dengan syak atau keraguan
pada seseorang yang berakidah sama ada
akidah yang betul atau sebaliknya
 Akidah Islam ialah :
 Kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah serta
beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-
sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat,
kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan
beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau
buruk termasuk juga segala apa yang datang dari
Allah.
 Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran
dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah
keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan
RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan
dilaksanakan dalam kehidupan
RAMUAN KEPADA ‘AQIDAH MANTAP
 Tahap terbaik adalah tahap “yakin yang
teguh”, tidak dapat digugat oleh apa jua
faktor, menjadi kukuh kerana taat dan
runtuh kerana maksiat. Iman yang teguh
mesti dibaja dan disuburkan dengan ilmu
yang berguna (al-’ilm al-nafi’), iman yang
benar (al-iman al-sadiq),’ibadah yang ikhlas
(al-’ibadah al-khalisah), peribadi yang
mantap (al-khuluq al-qawim) akan
melahirkan “buah” yang lumayan.
LANGKAH- LANGKAH
PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN
AQIDAH
LANGKAH PENCEGAHAN PENYELEWENGAN AQIDAH
 Antara langkah-langkah mudah yang boleh diamalkan
untuk memelihara akidah dari terpesong ialah:
 Mempelajari asas aqidah berdasarkan pada al-Quran dan
As-Sunnah
 Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuan dalam
bidang akidah
 Membina ketahanan akidah dengan memperbanyakkan doa

 Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran


sesat
 Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan segala
larangannya..
 Mendekatkan diri dengan program-program keagamaan
LANGKAH PENGUKUHAN AQIDAH
1. Istiqamah dalam beriman dan beribadah :
 Istiqamah bermaksud; “berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap
ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan,
pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak berganjak
sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan
rintangan.”

 Berkata al-Qadhi ‘Iyadh rhm; ‘Hadis ini antara ungkapan yang ringkas
dan padat. Dari Rasulullah s.a.w.. Sesungguhnya orang-orang yang
berkata; “Tuhan kami adalah Allah dan kemudian mereka beristiqamah
di mana mereka tidak berpaling dari tauhid dan berterusan pula mereka
beriltizam menta’ati Allah S.W.T. hinggalah mereka menemui kematian di
atas iman dan istiqamah tersebut”
 Jadi Istiqamah menurut Qadhi ‘Iyadh ini ialah; tetap teguh di atas
landasan tauhid dan mentaati Allah hingga menemui ajal. (Syarah Soheh
Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 2, kitab al-Iman)
2. IKHLAS DALAM SEGALA URUSAN
 Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan,
dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi
taala.
 Abu Zar r.a berkata. Ada seseorang bertanya
kepada Rasulullah s.a.w :
"Bagaimanakah tentang seseorang yang berbuat
kebajikan, lalu ada orang memujinya, sedangkan
niatnya ikhlas kerana Allah?”. Baginda
menjawab: “itu adalah kegembiraan awal yang
diberikan kepada seorang Mukmin"(riwayat
Muslim)
3. BINCANGKAN ISLAM MELALUI PENGAJARAN
MODEN

 Ilmu Islam adalah pembuka kepada ilmu-ilmu lain.


Menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu
aqidah Islam. Al-Quran dijadikan sumber rujukan utama
kerana di dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifik yang
tidak ada dalam kitab suci yang lain. Melalui penggunaan
kaedah pengajaran moden yang digunapakai pada zaman ini,
ilmu aqidah dapat disampaikan secara langsung dan
pendekatan saintifik terhadap Al-Quran akan lebih menarik
minat pelajar untuk mengkajinya.

 Selain ilmu sains, Al-Quran juga harus menjadi sumber


rujukan utama bagi bidang-bidang sosial lain seperti
perundangan, ekonomi dan sistem bermasyarakat.
4. MENANAMKAN AQIDAH DALAM DIRI ANAK-
ANAK

 Menurut Drs. H. Syahrin Nasution, sejak anak itu


pandai bercakap (lebih kurang umur dua tahun), ibu
bapa sudah boleh mengajar mereka mengucapkan
kalimah-kalimah seperti berikut:
a) Bismillah - sebelum makan, minum dan membuat
kerja-kerja lain.
b) Alhamdulillah - selesai makan atau minum.
c) Astagfirullah - ketika terlanjur membuat
kesalahan.
d) Allahu Akhbar - ketika melihat peristiwa
mengkagumkan.
e) InsyaAllah - ketika berjanji dengan orang lain.
f) Subhanallah - ketika melihat keindahan alam.
5. MENYEMAI KEFAHAMAN AQIDAH SECARA TIDAK LANGSUNG.

 Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-anak dengan


membuat perkaitan antara aktiviti harian dengan ilmu
aqidah:

 a) setiap kali makan bersama tanamkan dalam jiwa anak-


anak bahawa rezeki yang ada adalah pemberian Allah
s.w.t.,
b) apabila melihat bencana yang berlaku di luar negara di
kaca televisyen, ceritakan bahawa azab Allah s.w.t. di
akhirat nanti lebih berat,
c) semasa memakai kasut, ajarkan supaya memulakan
dengan kaki kanan kerana mengikut sunnah Nabi.
6. IKHLAS MEMPERBANYAKKAN AMALAN
SUNNAT

 Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita


lakukan antaranya:

 Melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al


Quran, solat tahajud dan bersedekah. Aktiviti sebegini,
menenang dan mententeramkan jiwa dan hati. Keadaan ini
akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-
amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat
mengukuhkan aqidah. Walaupun perkara ini bukan mudah
untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan
yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah antara
cara yang terbaik mengukuhkan aqidah.
7. SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN

 Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh


mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian
kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak.

 Contohnya, dalam melakukan amalan seperti Solat, belum


tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan
dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala.
Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon
keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan
besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari
melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita
yang tidak terlepas dari melakukan dosa.
8. MEMPERBANYAKKAN ILMU PENGETAHUAN
DUNIAWI DAN AKHIRAT

 Selain itu, kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan


ilmu keagamaan agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat
mempengaruhi kita.
 Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak terlepas
daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk.
Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik,
bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan
untuk membuatkan diri mereka terkenal.
 Ada segelintir manusia yang terlalu pandai menganggap mereka
sebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan
mendalami pengetahuan agama, kita mampu menepis kenyataan
ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan
meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.
CIRI-CIRI KEPIMPINAN SEORANG PENDIDIK
UNTUK MENCEGAH PENYELEWENGAN
AKIDAH.
1. Hubungan dengan Allah s.w.t.
 
 Pendidik hendaklah mempunyai hubungan yang erat
dengan Allah s.w.t. Keadaan ini dapat memberi keyakinan
yang kukuh kepada pendidik dan guru dalam menghadapi
rintangan dalam kehidupan.

 Dalam mendidik dan mengajar orang yang mempunyai


pelbagai karenah, tingkah laku, tabiat, latar belakang dan
sebagainya, seorang pendidik mesti bersabar dan tenang.

 Orang berilmu, mahir dalam ilmu agama dan beramal


serta dekat hubungannya dengan Allah adalah seorang
yang mampu mendidik manusia ke arah jalan yang benar.
2.MENGAWAL HAWA NAFSU.

 Pendidik perlu membaiki dirinya sendiri dan mengawal hawa


nafsunya. Pendakwah perlu membaiki dirinya terlebih
dahulu. Contohnya, seorang pendakwah ingin membaiki
seseorang daripada sifat bakhil.

 Perkara yang penting bagi para pendidik Islam ialah


mendalami dirinya sendiri dan seterusnya mengubati atau
membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam
dirinya.

 Hanya dengan cara itu pendidik dapat menjadi contoh yang


baik kepada orang lain dan sekaligus menyebabkan orang lain
mematuhi apa yang disampaikan oleh pendidik.
3. KEYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN MENDAPAT KEPERCAYAAN MASYARAKAT.

 Pendidik hendaklah meyakini dirinya sendiri, agamanya dan segala


prinsip yang didakwahkannya.
 
 Pendidik perlu menjadi seorang manusia yang berhemah tinggi,
mengasihani, menjaga hati orang lain, masyhur dengan kelakuan
mengikut al-Quran dan al-sunnah serta beramal dengan kedua-
duanya.
 
 Pendidik juga perlu mahir dalam ilmu usul tauhid serta mengetahui
dalil dan hujah, menjadi sebagai doktor yang bijak mengubati
penyakit jiwa manusia dan mampu menjadi penawarnya.
 
 Dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada diri pendidik, dia dapat
dipercayai oleh masyarakat ketika menyampai ajaran Allah dan
RasulNya serta masyarakat tidak terseleweng daripada ajaran
4. MENCINTAI DAKWAH DAN SEMANGAT BERKORBAN UNTUK
MELAKSANAKAN DAKWAH.

 Sifat ini adalah antara sifat yang patut dimiliki


oleh seorang pendidik. Ia menunjukkan
kecintaan pendakwah terhadap tugasnya tanpa
berbelah bagi.

 Dakwah merupakan jalan yang benar dan ia


tidak akan meninggalkan dakwah tersebut
dengan begitu sahaja.
5. LUHUR DAN DIHORMATI.
 Untuk menyampaikan ilmu agama dengan berkesan pendidik
perlu memiliki sifat yang luhur dan tidak mudah terpengaruh
dengan orang lain. Dengan sifat sedemikian. beliau akan
sentiasa dihormati.

 Seorang bangsa Arab pernah bertanya kepada seorang lelaki


penduduk Basrah tentang ketua mereka. Lelaki itu menjawab,
‘Hassan al-Basri’. Lelaki Arab itu bertanya lagi, ‘Bagaimana
dia mengetuai kamu semua?’ Lelaki itu menjawab, ‘Manusia
berhajatkan ilmunya, tetapi dia tidak mengingini balasan
(wang) daripada mereka’.

 Ini menunjukkan pendidik tidak boleh mendahulukan


kehendak atau kemahuan dirinya sendiri serta bersifat
mementingkan diri sendiri.
6. SABAR DAN TABAH MENGHADAPI
KESUSAHAN.

 Banyak halangan dan masalah yang perlu dihadapi seperti musuh-


musuh Allah yang bertujuan menjauhkan mereka daripada Allah.
 
 Allah s.w.t. menguji kesabaran dan ketabahan para pendidik dengan
memberi kesusahan dan ujian ketika ia melaksanakan tugasnya.
Ujian tersebut adalah untuk membuktikan keikhlasan pendidik
terhadap Allah s.w.t. dan membersihkan dirinya daripada perkara
syubhah (buruk).

 Nabi Nuh a.s. contohnya, tinggal bersama-sama dengan kaumnya


lebih kurang 950 tahun, menyeru kaumnya ke jalan Allah tetapi
mereka menutup telinga dan menyelubungi diri mereka dengan
pakaian supaya mereka tidak mendengar dakwah yang
disampaikan. Mereka tetap degil.
7. TAWADHU’.

 Tawadhu’ merupakan salah satu akhlak mulia yang perlu dimiliki


oleh setiap pendakwah.

 Sifat tawadhu’ adalah lawan bagi sifat takbur. Maksiat pertama yang
berlaku selepas Allah mencipta nabi Adam ialah sifat takbur yang
menyebabkan iblis telah dihalau dari syurga Allah.

 Tawadhu’ adalah sifat rendah diri dan berkasih sayang terhadap


sesama muslim. Sifat ini dapat membantu pendakwah
menyatupadukan umat Islam dan menyuburkan perasaan kasih
sayang.

 Segala tutur kata, perlakuan dan sifat-sifat mahmudah yang


terpancar daripada pendakwah akan membuatkan ia disenangi dan
menjadi contoh yang baik. Apabila pendakwah disenangi oleh orang
lain, maka dakwahnya akan mudah diterima dan berkesan.  
8. PENYANTUN
 
 Pendakwah selalu bertemu dengan manusia yang mempunyai pelbagai
perangai dan ragam yang berbeza. Pendakwah yang memiliki sifat
penyantun akan berhadapan dengan manusia sebegini dengan hati yang
terbuka dan berinteraksi dengan setiap orang dengan cara yang berkesan
dan bermanfaat.

 Seseorang pendakwah itu perlu bersopan-santun apabila berhadapan


dengan kejahilan orang yang jahil. Seseorang yang memiliki sifat ini tidak
menggunakan kezaliman apabila mempertahan haknya.
 
 Modal pendakwah ialah modal agama, pendidikan yang betul dan
kebijaksanaan, rasa tanggungjawab untuk mengetahui tabiat manusia,
masyarakat dan alam sekitar serta mempunyai kesungguhan meneroka
disiplin ilmu sesuai aktiviti dakwahnya.

 Pendakwah amar makruf dan nahi munkar mesti bersikap sederhana,


bersikap mencegah bukannya menghukum dan berupaya bercakap dalam
bahasa yang sesuai.  
RENUNGAN…
“Semoga kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang
ikhlas kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan.
Ingatlah, setinggi mana pun kedudukan kita, sebanyak
mana harta yang kita ada dan semulia mana kita di sisi
manusia, kita hakikatnya hanyalah hamba yang lemah dan
tidak berdaya. Moga keikhlasan menjadi asbab untuk
meraih redha ALLAH,
Wallahua'lam.”
SEKIAN WASSALAM………

Anda mungkin juga menyukai