Anda di halaman 1dari 4

1b. Merujuk kepada Model TPACK.

Huraikan bagaimanakah anda boleh mengaplikasikan model


tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Melalui tujuh komponen yang terkandung di dalam rangka model TPACK, guru dapat
mengadaptasikan model ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

TPACK terdiri daripada tiga komponen iaitu teknologi , pedagogi dan kandungan pengetahuan.
Antara tiga komponen tersebut kadungan pengetahuan adalah merupakan komponen yang paling
penting di dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kandungan pengetahuan atau content knowledge adalah pengetahuan guru tentang sesuatu bidang
tertentu dan kemahiran serta kefahaman guru tentang sesuatu subjek atau topik pembelajaran.

Kandungan pengetahuan dilihat penting kerana guru mestilah memilki kandungan pengetahuan
yang baik dan mantap sebelum mengajar atau menyampaikan ilmu.

Hal ini kerana jika guru tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh maka ilmu yang disampaikan
kepada para pelajar dikhuatiri ada kesilapan dan ketidaksempurnaan. Dengan kandungan
pengetahuan yang kukuh dan mantap maka guru akan mudah menyesuaikan kemahiran dan
pengetahuan sedia ada mereka dengan pedagogi dan teknologi pendidikan. Maka guru akan mudah
melakukan penambahbaikan dan perubahan serta kemajuan dalam meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran.

raifudin

Rafiuddin bin Mohd Shaihuddin

PISMP-JUN15-PA

Komponen yang paling penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
ialah gabungan ketiga-tiga komponen yang menjadi asas utama di dalam TPACK tersebut .

saya mengatakan gabungan ketiga-tiga komponen ini adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah kerana, PdP abad 21 menekankan penggunaan teknologi
dalam kalangan guru . Guru di abad 21 perlu menguasai kemahiran menggunakan teknologi yang
ada dalam proses PdP di dalam bilik darjah.

Kebanyakan guru mempunyai 2 komponen asas, iaitu Content Knowledge dan Pedagogical
Knowledge. Oleh yang demikian, proses PdP dalam bilik darjah agak membosankan pelajar kerana
guru memberi input dan murid duduk menerima input yang diberikan kepada guru.

Jika guru meningkatkan sedikit pengetahuan di dalam bidang penggunaan teknologi untuk
diaplikasikan dalam bilik darjah, suasana PdP dalam bilik darjah akan semakin menarik dan seronok.

nuramira

Nuramira Husna binti Mohd Mokhtar

PISMP-JUN15-PA

TPACK terdiri daripada tiga komponen iaitu pengetahuan ,pedagogi dan teknologi. Antara tiga
komponen tersebut kadungan pengetahuan adalah merupakan komponen yang paling penting di
dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Sesuatu pelajaran itu adalah bergantung keseluruhannya pada pengetahuan untuk disampaikan.
Keberkesanan memahami pelajaran oleh murid hasil sejauh mana pengetahuan yang diberikan
dalam pembelajaran oleh guru,

Seterusnya, barulah disusuli dengan pedagogi dan teknologi sebagai langkah tambahan bagi
menjadikan proses pengajarn dan pembalajaran lebih menarik dan efektif.

Aizat

Muhammad ‘Aizat Bin Zakaria

PISMP-JUN15-PA

Antara tiga komponen utama TPACK, content knowledge, pedagogi knowledge dan teknolog
knowledge sangat memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Hal ini kerana, guru merupakan orang yang mempunyai pengengtahuan kandungan
banyak dan guru juga perlu memahami dengan mendalam isi kandungan yang hendak di ajar
sebelum disampaikan kepada muridnya. selain itu, pengetahuan kandungan juga merupakan
komponen yang paling penting berbanding dengan komponen yang lain. hal ini kerana, guru
merupakan orang yang akan menyampaikan isi kandungan kepada murid, jika guru tidak menguasai
isi kandungan yang hendak disampaikan, maka penyampaian isi kandungan itu tidak akan berkesan
dan komponen lain tidak akan boleh digunakan dengan sebaik mungkin serta pemngajaran dan
pembelajaran tidak akan disampaikan secara berkesan.

Hassan

Mohamad Hassan Ashaari bin Mohd Shahridin

PISMP-JUN15-PA

TPACK merupakan gabungan antara ketiga tiga komponen iaitu teknologi, pedagogi dan content.
Ketiga tiga ini merupakan komponan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada pendapat saya, pedagogi pengetahuan merupakan komponen yang perlu
dititikberatkan oleh setiap guru.

Hal ini kerana, guru sendiri perlu mengetahui dan faham akan pedagogi itu sendiri sebelum
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru perlu tahu bagaimana
cara untuk mengajar , strategi mahupun pendekatan yang boleh digunakan. Dengan ini, maklumat
yang disampaikan oleh guru akan diterima dengan baik. Hal ini kerana seperti yang kita sedia
maklum setiap murid mempunyai pelbagai perbezaan dalam pembelajaran. Oleh yang demikian jelas
menunjukkan bahawa pedagogi pengetahuan antara komponen yang perlu dititikberatkan oleh
guru.

Namun begitu, ketiga-tiga adalah komponen yang penting dan perlu difahami kerana TPACK adalah
gabungan yang sangat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

nurafiqah

Siti Nuratiqah Binti Mohammad Nor

PISMP-JUN15-PA

Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) dikenali di dalam bidang penelitian pendidikan
sebagai kerangka untuk memahami pengetahuan yang oleh seorang guru untuk mengintegrasikan
tiga domain pengetahuan teknologi, pedagogi, dan isi penting (Mishra & Koehler, 2006). Pada
perkembangannnya akronim TPCK diubah menjadi TPACK untuk mempermudah mengingatnya dan
untuk membentuk integrasi antara tiga jenis pengetahuan yaitu teknologi, pedagogi, dan konten
(Thomson dan Mishra, 2007-2008). TPACK adalah sebuah kerangka yang menggambarkan hubungan
antara tiga komponen dasar pengetahuan teknologi,pedagogi, dan isi(content).
Antara tiga komponen utama dalam TPACK, komponen yang paling utama yang saya rasakan sangat
penting adalah Content knowlegde (CK). CK adalah pengetahuan tentang pengisian ilmiah yang akan
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru seharusnya mengetahui tentang
isi penting pengetahuan yang akan mereka ajarkan. Sebagai seorang guru seharusnya kita
mempunyai ilmu pengetahuan untuk disampaikan kepada anak-anak murid kita nanti. Sebagai
seorang pendidik kita mestilah memiliki ilmu untuk disampaikan kepada yang lain. Seorang pelajar
dan kanak-kanak itu umpama kain putih, maka tugas mencorakkan mereka itu bergantung kepada
individu yang bergelar guru itu sendiri.

Namun begitu, semua komponen dalam TPACK amat penting dalam mempersiapkan diri sebagai
seorang pendidik kelak. TPACK adalah kerangka yang berguna untuk berfikir tentang pengetahuan
apa yang harus guru miliki untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam pengajaran dan bagaimana
mereka dapat mengembangkan pengetahuan ini.

Anda mungkin juga menyukai