Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: IBU BAPA SEBAGAI PERANAN UTAMA DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN

Teks Debat Selaku Pembangkang ke 2

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan, rakan-rakan


pembangkang dan seterusnya ahli-ahli yang berhormat sekalian. Assalamualaikum w.b.t.
dan selamat bersidang. Tuan yang dipertua, Usul masih tetap sama iaitu

GURU MERUPAKAN PERANAN UTAMA DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN

Sebagai pihak pembangkang yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat di negara


ini, kami tetap terus tidak bersetuju dengan usul yang digagaskan oleh pihak kerajaan
sebentar tadi. Tuan yang dipertua, Bertindak selaku pembangkang kedua, saya
bertanggungjawab mempertahankan pindaan definisi yang dibuat oleh ketua pembangkang
sebentar tadi secara ringkas.

Tuan yang dipertua, Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas hujah pihak
kerajaan. Kita lihat satu-persatu nasib mereka.

Tuan yang dipertua, Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadap
usul yang hangat dibincangkan. Kami langsung tidak percaya dan tidak bersetuju sama
sekali dengan usul iaitu IBU BAPA SEBAGAI PERANAN UTAMA DALAM MELAHIRKAN
MODAL INSAN.

Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dari pihak kami. Hujah kedua kami dibawah
kata kunci guru insan utama dalam memberikan pendedahan ilmu agama dan akhlak.

Hal ini dilihat guru dapat menamkan semua aspek di atas melalui subjek-subjek di sekolah
mahupun contoh tauladan dari guru tersebut berbanding ibu bapa. Dalam Falsafah
Pendidikan Negara (1988) penekanan dalam melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan melalui sistem pendidikan negara.

Berbanding ibu bapa yang dilihat sibuk dengan kerja yang terbukti dalam kenyataan
daripada mantan isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor di dalam utusan online (27 ogos
2016) Penyertaan golongan wanita dalam tenaga buruh di negara ini meningkat daripada 46
peratus pada 2014 kepada 54 peratus tahun 2015 mewakili sebanyak 70 peratus atau 10.55
juta wanita produktif berumur antara 15 dan 64 tahun di negara ini dan dijangka meningkat
dari tahun ke tahun sehingga ada kes pengabaian terjadi:
1) KEJADIAN kanak-kanak perempuan dikurung lima hari oleh ibu kandung di
rumahnya di Taman Hijrah, Kangar, Perlis – Harian Metro 5 Mac
2) seorang budak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai mangsa dera
bapa tirinya di Kampung Batu Balik, Pekan, Pahang -Kosmo Online 27 Februari 2019
3) 27 Disember tahun lalu, seorang budak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia di
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat kecederaan pada abdomen selepas
dipercayai didera bapa kandung dan ibu tirinya

Pakar psikiatri dari Universiti Teknologi Mara Specialist Centre, Sungai Buloh, Dr. Nurul
Azreen Hashim memberitahu, ada dalam kalangan ibu bapa yang mendera anak
mempunyai masalah psikologi seperti stres yang melampau hasil dari kerja.

Statistik yang dilakukan oleh Fakulti Pengajian Peradaban Islam dalam jurnal bertajuk
statistic penderaan kanak-kanak di Malaysia, 2018. Pada tahun 2017 jumlah kes semakin
meningkat sebanyak 555 kes di mana 5537 kes telah dilaporkan pada tahun tersebut. Hal ini
sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes pada tahun tersebut merupakan jumlah kes
yang tertinggi dicatatkan. Semua kes ini merangkumi kes penderaan dari pelbagai kategori
iaitu penderaan fizikal, emosi, seksual serta pengabaian dari semua aspek dari tahun 2013
hingga ke tahun 2017

Pihak kerajaan nampaknya masih ragu. Saya hidangkan pula contoh ke dua. Tuan yang
dipertua, dewasa ini, ibu bapa dilihat kurang terdedah dengan ilmu dan pengetahuan
agama. Hal ini sudah terang lagi bersuluh umpama ibu ketam mengajar anaknya berjalan
lurus, ibu bapa dilihat gagal dalam menjadi selaku pemupuk utama dalam nilai akhlak dan
sahsiah. Ingin saya sekali lagi tekankan falsafah pendidikan negara.

Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan
dikaji semula untuk kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia. Tuan yang dipertua,
analisis hujah kami cukup-cukup mantap untuk tidak menerima usul perdebatan pada hari
ini. Justeru, kami sekali lagi mencabar pihak kerajaan buktikan bahawa IBU BAPA SEBAGAI
PERANAN UTAMA DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN.

Tuan yang dipertua, Pihak kerajaan semakin terpegun dan terpukau dengan pendirian kami
pada hari ini. Maka, dengan itu, tuan yang dipertua, kami mohon untuk terus membangkang
dan tetap dengan pendirian kami bahawa GURU MERUPAKAN PERANAN UTAMA DALAM
MELAHIRKAN MODAL INSAN. Terima kasih.
Modal insan ialah keupayaan manusia memaksimumkan penggunaan diri mereka dalam
mencapai sesuatu yang terbaik dalam segala aspek kehidupan mereka berlandaskan nilai
nilai kemanusiaan yang didapati dari ajaran Islam (Mustapha Kamal, 2010) dalam jurnal
(PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN TAMADUN ISLAM DARI PERSPEKTIF
PENDIDIKAN GURU)

Dalam Falsafah Pendidikan Negara (1988) penekanan dalam melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan melalui sistem pendidikan
negara.

Ciri Pembangunan Modal insan menurut islam:

1- Hablum Minallah- komunikasi dngn allah, ibadat, tawakkal

2- Hablum Minannas- komunikasi sesame insan

Anda mungkin juga menyukai