Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENUH

[ KETUA PEMBANGKANG ]

Bismillahirahmanirahim,
Terima kasih tuan yang dipertua serta hadirin sekalian. Assalamualaikum
dan selamat bersidang saya ucapkan. Masih dengan usul yang sama iaitu :

“PENGHAYATAN NILAI BUDI BAHASA PENJAMIN KEHARMONIAN


MASYARAKAT. “

Namun tuan yang dipertua, kami selaku panel pembangkang membangkang


usul yang digagaskan mereka pada hari ini atas dasar rasional bangkangan kami,
iaitu melihat kepada kegagalan penghayatan nilai budi bahasa itu sendiri.

Dan perkara ini akan kami tunjukkan dengan pembuktian melalui tiga
perkara, iatiu:

1. Kegagalan fungsi institusi kekeluargaan secara menyeluruh dalam


pemupukan penghayatan nilai budi bahasa.
2. Kebejatan moral yang yang kian meningkat.
3. Kesepaduan pelbagai pihak yang kurang mantap dalam pemupukan
penghayatan nilai budi bahasa oleh pelbagai pihak.

Tuan yang dipertua, warga dewan sekalian,

Metodologi penghujuhan kami dimeja kerajaan cukup mudah. Bertindak


selaku ketua pembangkang saya akan bercerita mengenai perkara yang pertama
iaitu, kegagalan fungsi institusi kekeluargaan secara menyeluruh dalam
pemupukan penghayatan nilai budi bahasa.

Kemudian, akan bangkit rakan saya yang kedua akan membentangkan pula
mengenai dua perkara, iaitu pertama : kebejatan moral yang kian meningkat dan
kedua : Kesepaduan pelbagai pihak yang kurang mantap dalam pemupukan
penghayatan nilai budi bahasa oleh pelbagai pihak.

Dan sebagaimana lazimnya menteri yang ketiga akan bertindak membidas


hujah pincang panel kerajaan.

Tuan yang dipertua warga dewan sekalian,


Sebelum saya teruskan kepada aspek penghujahan panel pembangkang, mari
kita singkap, dan mari kita ungkap. Apakah sebenarnya kerapuhan konsep yang
meranapkan kes mereka di seberang sana.

Seawal bangkit perdana menteri menyatakan.........

( NYATAKAN HUJAH BANGKANGAN )

Baiklah warga dewan sekalin,

Betapa hari ini kita perlu yakin dan percaya bagaimana mungkin
penghayatan nilai budi bahasa bertindak sebagai penjamin keharmonian
masyarakat di atas kata kunci hujah saya yang pertama, iaitu : Kegagalan fungsi
institusi kekeluargaan secara menyeluruh dalam pemupukan penghayatan nilai
budi bahasa.

Fakta kes pertama,

Laporan berita harian, 24 Februari 2012 menyatakan peningkatan bilangan


ibu bapa yang berkerjaya dari 65 peratus pada tahun 2010 kepada 83 peratus pada
tahun 2011 daripada jumlah keseluruhan 28 juta orang rakyat Malaysia.

Tuan yang dipertua,

Peningkatan jumlah ibu bapa yang bekerjaya ini menunjukkan kebimbangan


yang cukupbesar kerana ibu bapa merupa elemen teras dalam sesebuah institusi
kekeluargaan yang diharapkan dapat membantu dalam pemupukan penghayatan
nilai budi bahasa sebagai penjamin kewujudan masyarakat yang harmoni. Hal ini
kerana, dengan wujudnya golongan ibu bapa yang berkerjaya yang semakin
meningkat ini pastinya akan mengurangkan masa terluang pasangan ibu bapa
untuk mendidik anak anak mereka dan secara tidak langsung mengajarkan aspek
aspek kebaikan khususnya penghayatan nilai budi bahasa itu sendiri.

Kepincangan ini sebenarnya menunjukkan betapa kegagalan fungsi institusi


kekeluargaan itu sendiri secara menyeluruh dalam pemupukan penghayatan nilai
budi bahasa dalam kalangan anak-anak mereka. Hal ini kerana institusi
kekeluargaan inilah yang menjadi asas pembentukan sebuah masyarakat yang
harmoni khususnya melalui penghayatan nilai budi bahasa.
Fakta kes kedua,
Laporan tahunan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun
2012 menunjukkan peningkatan pengabaian peranan ibu bapa dalam mendidik
anak-anak mereka berada ditahap yang semakin membimbangkan. Hal ini
menyebabkan berlakunya peningkatan bilangan masalah di dalam sesebuah
keluarga itu sendiri daripada 3479 kes pada tahun 2011 meningkat kepada 5673
kes pada tahun berikutnya.

Tuan yang dipertua dan warga dewan,

Betapa dengan ini dapat kita melihat akan kepincangan peranan ibu bapa
yang semakin ramai mengabaikan tanggungjawab mereka khususnya dalam
mendidik anak anak mereka jelas menunjukkan kegagalan fungsi institusi
kekeluargaan secara menyeluruh dalam pemupukan penghayatan nilai budi bahasa.

Warga dewan,

bagaimana mungkin penghayatan nilai budi bahasa bertindak sebagai


penjamin keharmonian masyarakat sekiranya fungsi institusi kekeluargaan secara
menyeluruh dalam pemupukan penghayatan nilai budi bahasa melihat kepada
pengabaian tanggungjawab ibu bapa yang semakin semakin ramai yang
menceburkan diri dalam bidang kerjaya meskipun kadang kala tugas mereka
diambil alih oleh pengasuh ataupun anak anak mereka dihantar ke nurseri.

Baiklah, dalam ucapan substentif ini telah saya bentangkan pembidasan


definisi konseptual dan kiblat perjuangan kami dimeja pembangkang dengan penuh
teratur lagi jelas. Juga telah saya tunjukkan korelasi yang siknifikan akan
bagaimana melihat kepada kegagalan penghayatan nilai budi bahasa itu sendiri
dengan kegagalan fungsi institusi kekeluargaan secara menyeluruh dalam
pemupukan penghayatan nilai budi bahasa.

Tuan yang dipertua dan warga dewan,

Maka benarlah asas bangkangan kami bagaimana mungkin


penghayatan nilai budi bahasa dapat menjamin masyarakat harmoni dengan
kegagalan fungsi institusi kekeluargaan secara menyeluruh dalam pemupukan
penghayatan nilai budi bahasa. Mohon terus membangkang. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai