Anda di halaman 1dari 28

PROJEK BANDAR

MAPAN
LMCP1552
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

MOHD SHAFIQ BIN ALIN


A180252

PROF. DATO IR. DR. RIZA ATIQ BIN


ORANG KAYA RAHMAT
01 02 03 04
PENGENALAN ASAS PEMBANGUNAN BANDAR PETA BANDAR
MAPAN PILIHAN PILIHAN

05 06 07 08
ALAM SEKITAR EKONOMI SOSIAL KESIMPULAN
PENGENALAN

Pembangunan mapan dalam konteks Islam merujuk


kepada keupayaan untuk mencapai kemajuan dan
kesejahteraan umat manusia dengan
mempertimbangkan prinsip-prinsip agama Islam
khususnya dalam aspek alam sekitar, ekonomi dan
sosial.

Tujuan dari pembangunan mapan dalam Islam adalah


untuk mencapai keseimbangan antara kemajuan dari
aspek kebendaan dan kerohanian, serta memastikan
keadilan sosial, kesejahteraan umat manusia, dan
harmoni dengan alam semesta.
ASAS PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM

ALAM SEKITAR

EKONOMI

SOSIAL
ASAS PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

ALAM SEKITAR EKONOMI SOSIAL


1. Hubungan baik dengan pencipta 1. Hubungan baik dengan pencipta
1. Hubungan baik dengan 2. Zakat, derma hadiah & wakaf 2. Membasmi kemiskinan &
pencipta 3. Tijarah, industri, inovasi & kelaparan
2. Memelihara bumi infrastruktur 3. Sedekah dan infak
3. Kesederhanaan 4. Sistem kewangan mantap, bersih & 4. Membela anak yatim
4. Tiada pembaziran tiada riba 5. Persaudaraan dan taawun
5. Menjaga flora & fauna 5. Kejujuran & ketelusan 6. Menunaikan hajat
6. Bercucuk tanam 6. Tadbir urus & institusi yang kuat 7. Pendidikan berkualiti
7. Memelihara iklim 7. Tenaga bersih & mampu 8. Keamanan & keadilan
8. Kehidupan di bawah air 8. Pekerjaan & pertumbuhan ekonomi 9. Kebebasan
9. Kehidupan atas tanah 9. Mengurangkan jurang perbezaan 10. Peraturan & undang-undang
10. Rekabentuk bandar & masyarakat 11. Penjagaan kesihatan yang baik
11. yang mapan 12. Keadilan jantina
12. Penggunaan & pengeluaran 13. Bekalan air bersih & sanitasi
bertanggungjawab tanpa pembaziran
BANDAR YANG DIPILIH ADALAH
BANDAR TAWAU
BORCELLE
SABAH
PENGENALAN BANDAR TAWAU
Tawau adalah sebuah daerah dan pusat pentadbiran bagi Daerah Tawau di negeri Sabah, Malaysia.
Ia terletak di pantai tenggara pulau Borneo, berdekatan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia.
Tawau terkenal dengan budaya yang pelbagai, kaya dengan sumber semula jadi, dan keunikannya
sehingga menjadi tarikan industri ekopelancongan.

Berikut adalah beberapa aspek yang mencirikan Tawau:

1. Ekonomi: Ekonomi utama Tawau bergantung kepada pertanian, terutamanya tanaman kelapa
sawit, koko, kopi dan lada. Bandar ini juga terkenal dengan industri kayu dan perikanan.
2. Kepelbagaian Budaya: Tawau terkenal dengan kepelbagaian budayanya, dengan penduduk
yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, termasuk Bajau, Suluk, Cina, Kadazan-Dusun,
dan lain-lain.
3. Kecantikan Semula Jadi: Tawau dikelilingi oleh keindahan semula jadi, termasuk hutan hujan
yang subur, pantai yang cantik, dan beberapa pulau berdekatan. Ia adalah destinasi popular
untuk ekopelancongan. Tarikan semula jadi yang terkenal termasuk Taman Bukit Tawau dan
pulau-pulau berdekatan seperti Sipadan dan Mabul.
4. Kehidupan Marin: Perairan sekitar Tawau kaya dengan kehidupan marin, menjadikannya
destinasi yang popular untuk pelancong. Pulau Sipadan, khususnya, terkenal dengan
biodiversiti luar biasa di bawah air.
PETA BANDAR TAWAU
BORCELLE
PROJEK BANDAR MAPAN
5 TAHUN
AKAN DATANG DARI ASPEK
ALAM SEKITAR
Mewujudkan Bandar Hijau
Penanaman taman-taman yang dipenuhi tumbuhan hijau di seluruh kawasan bandar
untuk meningkatkan kualiti udara dan menyediakan ruang rekreasi hijau kepada
penduduk.

Dapat menjaga keindahan flora sekaligus mencantikkan lanskap dan mengurangkan


suhu persekitaran.

Memaksimumkan penggunaan teknologi terkini untuk sistem pengairan automatik


dan pemantauan pertumbuhan tumbuhan.

Memelihara dan memulihara kawasan ekologi yang terancam dan memulihkan


ekosistem semulajadi.
Memperkasakan Program 3R &
Pengurangan Sisa Pepejal
Mewujudkan sistem kitar semula yang efektif dan
pengurusan sisa pepejal bercorak inovatif.

Mengadakan kempen kesedaran untuk mengurangkan


jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk.

Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar


terutamanya air dan udara.

Dengan mewujudkan sistem pengurusan sisa bahan


canggih, menggalakkan kitar semula dan kompos, ia
dapat mengurangkan pembaziran daripada berlaku.
PROJEK BANDAR MAPAN
30 TAHUN
AKAN DATANG DARI ASPEK
ALAM SEKITAR
Membina Pengangkutan Bersepadu
Memperkenalkan sistem pengangkutan awam automatik menggunakan kenderaan
elektrik dan mengaplikasikan amalan berkongsi kenderaan ke tempat kerja.

Mewujudkan rangkaian lorong pejalan kaki dan laluan basikal selamat dan mesra di
seluruh bandar.

Dengan menaik taraf sistem pengangkutan awam, pembebasan gas-gas berbahaya


yang boleh merosakkan alam sekitar dapat dikurangkan.
Mewujudkan Bandar Hidrokarbon
Rendah
Mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga
boleh diperbaharui sepenuhnya, termasuk solar, angin,
dan tenaga ombak.

Boleh digunakan untuk menggantikan sumber tenaga


yang semakin menyusut.

Mengelakkan pembaziran tenaga melalui amalan yang


teliti dan berhemah.

Meneliti pembinaan ladang tenaga angin, solar, dan


penghasilan tenaga ombak untuk menyokong keperluan
tenaga bandar secara mapan.
PROJEK BANDAR MAPAN
5 TAHUN
AKAN DATANG DARI ASPEK
EKONOMI
Mewujudkan Pusat Inovasi
Berteknologi Tinggi
Membina pusat inovasi teknologi dengan fokus kepada
kecerdasan buatan (AI), kecerdasan sumber pintar
(IoT), dan teknologi hijau.

Mewujudkan pusat inovasi yang menggalakkan


syarikat teknologi dan usahawan untuk berkembang
dengan menyediakan fasiliti penyelidikan, latihan, dan
akses kepada pelaburan modal.

Menganjurkan pertanian bandar dengan menggunakan


teknologi terkini seperti pertanian hidroponik dan
akuaponik untuk menyediakan makanan tempatan dan
pekerjaan.
Mewujudkan Pusat Pendidikan dan
Latihan pelbagai Bidang Industri
Menyokong institusi pendidikan dan latihan profesional
untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti
tinggi dalam bidang teknologi, sains, dan perniagaan.

Menyokong industri kreatif termasuk seni digital,


permainan video, dan industri hiburan dan
mewujudkan ruang dan platform bagi artis tempatan
untuk memperluaskan bakat mereka dan mewakili
budaya bandar.

Dengan sokongan yang diberikan, rekabentuk bandar &


masyarakat yang mapan dapat dibentuk sekaligus
merangsang pertumbuhan ekonomi dengan pesat.
PROJEK BANDAR MAPAN
30 TAHUN
AKAN DATANG DARI ASPEK
EKONOMI
Menaiktaraf Kawasan Perdagangan
dan Komersial
Membina zon perdagangan yang futuristik dengan
menggunakan teknologi pintar untuk meningkatkan
kecekapan dan meminimumkan kesan alam sekitar.

Memperluaskan sektor teknologi, digital, dan kreatif


dapat menarik pelaburan dan usahawan untuk
menyokong ekosistem perniagaan yang dinamik.

Mewujudkan pusat perniagaan dan pembangunan


infrastruktur untuk menggalakkan inovasi dan
perkembangan teknologi baru yang dapat memberi
impak kepada pertumbuhan ekonomi bandar ini.
Mewujudkan Sistem Kewangan
yang Telus dan Cekap
Memajukan pasaran kewangan digital dan teknologi
yang berinovasi serta memberikan insentif kepada
syarikat yang menghasilkan teknologi kewangan yang
cekap dan adil.

Memperkenalkan sistem pengharaman riba dalam


perniagaan, faedah, bunga.

Menyekat perniagaan yang mengamalkan riba dan


mengenakan denda yang sewajarnya agar kehadiran
masyarakat mapan yang jujur dan telus dapat
direalisasikan.
PROJEK BANDAR MAPAN
5 TAHUN
AKAN DATANG DARI ASPEK
SOSIAL
Mewujudkan Pusat Pendidikan
Berkualiti dan Inklusif
Meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan
inklusif dengan memperkenalkan teknologi
pembelajaran terkini, termasuk program pembelajaran
bersepadu dan kursus dalam talian serta menyediakan
bantuan kewangan dan sokongan pendidikan.

Pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa


panjang yang baik untuk meningkatkan taraf
pendidikan golongan orang berkeperluan khas di
bandar ini. Ini kerana pendidikan menjadi aset kepada
setiap individu termasuk golongan keperluan khas.

Hal ini kerana, semua lapisan masyarakat berhak


mendapat keadilan dan kemudahan yang saksama.
Mewujudkan Kemudahan Sukan
dan Rekreasi
Membina kemudahan sukan dan rekreasi yang
terjangkau dan mudah diakses untuk semua warga
bandar.

Membina ruang rekreasi yang mesra dan inklusif


dengan kemudahan untuk perhimpunan, pertunjukan
seni, dan program kesihatan komuniti.

Menganjurkan program sukarela dan penyertaan


komuniti untuk memperkuat hubungan antara
penduduk bandar.

Membolehkan masyarakat mapan menikmati kawasan


rekreasi dan taman hijau.
PROJEK BANDAR MAPAN
30 TAHUN
AKAN DATANG DARI ASPEK
SOSIAL
Mewujudkan Pusat Komuniti pelbagai
Fungsi dan Berteknologi
Menyediakan sistem sokongan sosial yang berkesan dan
peluang latihan kemahiran untuk memastikan
kesejahteraan komuniti yang mapan.

Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan


dan kebajikan dengan menggunakan teknologi
teleperubatan dan penjagaan diri.

Menyediakan tempat perlindungan terutama pada


golongan anak-anak yatim dan gelandangan bagi
mengatasi masalah kemiskinan, kelaparan tanpa
mengira jantina, kaum, agama dan bangsa.
Mewujudkan Pusat Kesenian dan
Budaya Antarabangsa

Membina pusat kesenian dan budaya untuk


mempromosikan kepelbagaian budaya dan seni dari
seluruh dunia, termasuk pameran dan pertunjukan seni
antarabangsa.

Pelan pembangunan ini adalah visi masa depan bandar


yang berinovasi dan berkelanjutan. Ia memfokuskan
pada pengembangan alam sekitar, pertumbuhan
ekonomi, dan kesejahteraan sosial untuk memastikan
kelestarian dan kesejahteraan komuniti dalam jangka
masa panjang.
KESIMPULAN
Bandar Tawau merupakan bandar yang berpotensi
untuk dibangunkan dan mencapai urbanisasi yang
cemerlang sekiranya mempunyai strategi yang
efektif. Selain itu, bandar Tawau yang mempunyai
kepadatan masyarakat yang tinggi turut
berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang
mapan dari aspek alam sekitar, ekonomi dan
sosial. Berdasarkan perancangan pembangunan
yang telah dinyatakan, diharapkan agar kemajuan
dan kepesatan bandar Tawau dapat direalisasikan
demi kesejahteraan masyarakat mapan.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai