Anda di halaman 1dari 6

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum dan salam

penghujahan

Suara usah menggegar sahaja,

Andai ingin membela rakyat jelata,

Inilah Menteri bersaudara.

Tampil berani segak bergaya.

Yang saya hormati Tuan Yang Dipertua Dewan,rakan-rakan


kerajaan yang sanggup berkorban demi kebaikan,delegasi
pembangkang yang kononnya berhujah demi kebaikan serta ahli –
ahli dewan yang budiman.salam perpaduan ,salam
perdebatan,salam kelestarian bumi putra.

Tuan yang dipertua,

Pada hari ini,sidang parlimen menyaksikan pro dan kontra bagi


membahaskan usul perwakilan kerajaan iaitu SYARAT LULUS
BAHASA INGGERIS DALAM SPM ADALAH WAJAR.Selaku
pihak kerajaan,kami bertiga di barisan delegasi kerajaan
bersepakat tanpa kompromi menyokong 100% usul perbahasan
pada hari ini diterima.
Sidang perwakilan dan cabinet kerajaan,

Selaku perdana Menteri di barisan kerajaan , terlebih dahulu


izinkan saya memberikan pendefinisikan berkenaan usul pada hari
ini.Berpaksikan pada bukti bukti yang konkrit secara
konseptualnya.

Frasa yang pertama iaitu syarat bermaksud syarat yg amat


penting dan perlu dipenuhi supaya berlaku atau tercapai
sesuatu.

Frasa yang kedua adalah lulus bermaksud berjaya dlm


peperiksaan, tidak gagal dan berhasil.

Frasa yang ketiga ialah wajar bermaksud patut,padan,memang


dan sepatutnya.

Tuan yang dipertua dan barisan pembangkang yang saya


muliakan,

Selesai sudah pentakrifan usul kita hari ini ingin kami tegakkan
pendirian kami barisan kerajaan secara konsensus,memantapkan
kedudukan secara strategic dan pragmatic pendirian kami bahawa
usul pada hari ini iaitu SYARAT LULUS BAHASA INGGERIS
DALAM SPM ADALAH WAJAR Janganlah pihak pembangkang
bermimpi di siang hari sehingga ghairah menafikan suatu
kenyataan yang utuh dan jitu ini.

Tuan yang dipertua,

Seterusnya izinkan saya sebagai perdana Menteri yang membawa


panji panji kebenaran untuk menyatakan peranan ketiga tiga
barisan kerajaan pada hari ini.

Selaku perdana Menteri di pihak kerajaan,saya bertanggungjawab


untuk menyakinkan dewan dengan membawakan hujah yang
pertama iaitu Bahasa engris juga merupakan Bahasa utama dalam
bidang perniagaan dan saya melakukan sesi penggulungan.

Berdirinya yang berhormat Menteri kedua pula akan membidas


Menteri pertama pembangkang dan membincangkan dua hujah
iaitu Bahasa pengantaraan DAN lebih banyak peluang kerjaya.

Yang berhormat Menteri ketiga kerajaan pula akan membidas


semua hujah rapuh pihak pembangkang agar terungkai segala
kesangsian dan kekeliruan yang ditimbulkan.

Barisan pembangkang dan hadirin sekalian,

Seterusnya kita meniti pula hujah kami yang pertama iaitu bahasa
Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan.
Walaupun bahasa rasmi negara ialah bahasa Malaysia namun
dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap digunakan ialah
bahasa Inggeris.

Lebih kurang 1.5 bilion manusia di dunia bertutur dalam bahasa


inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu
perniagaan sedang dijalankan.Menurut kajian, bahasa Malaysia
jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan dijalankan.
Hal ini berlaku demikian kerana bahasa Malaysia kekurangan
istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam
perniagaan.

Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk


menjamin peluang kerjaya dengan itu kita perlu mendidik mereka
dari awal lagi malah juga penting untuk menjamin hubungan yang
mantap dalam bidang perniagaan kerana Malaysia mempunyai
hubungan dengan negara luar dalam bidang
perdagangan,pelaburan dan lain lain sebagai contoh
china,india,amerika syarikat dan jepun Jikalau bahasa Inggeris
tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat, dan negara
akan terbatas.

Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja


menjejaskan ekonomi negara malah juga menjejaskan hubungan
diplomatik dan nama baik negara. Oleh itu, bahasa Inggeris amat
penting dalam bidang perniagaan. Hampir semua acara formal dan
sukan dunia dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Misalnya, Olimpik
dan Fifa World Cup. Ahli politik dan duta negara dari pelbagai
negara menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi
antara satu sama lain.Malaysia juga menumpu untuk
mengembang hubungan perdagangan dan pelaburan ke luar
negara.

Pada tahun 2019 ,Menteri Perdagangan Antarabangsa dan


Industri, Datuk Darell Leiking berkata Malaysia dan Brazil akan
terus menumpu untuk mengembangkan hubungan perdagangan
dua hala dan pelaburan. Ini di samping kemungkinan menjalin
perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dan Mercosur, blok
ekonomi dan politik yang dianggotai Argentina, Brazil, Paraguay
dan Uruguay. kemasukan pelaburan asing banyak membantu
pertumbuhan ekonomi negara di sebalik ketidaktentuan ekonomi
global, dan ini nyata telah menunjukkan keyakinan dunia
antarabangsa terhadap pentadbiran negara. kita tidak boleh
menjadi negara yang bagaikan katak di bawah tempurung, tidak
mahu berkerjasama dengan dunia luar.Disebabkan itu syarat lulus
BI dalam SPM adalah wajar dilaksanakan.
Maka saya tegakkan kembali kes dan pendirian kami di barisan
kerajaan,betapa kami percaya dan yakin bahawa perdebatan
pada hari ini iaitu SYARAT LULUS B.I DALAM SPM ADALAH
WAJAR perlu diterima.

Mohon untuk terus mencadang.

Anda mungkin juga menyukai