Anda di halaman 1dari 2

Pertandingan Bahas Ala Parlimen

Kerajaan
Perdana Menteri

Usul: Bahasa Melayu Wahana Perpaduan

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat
keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali
bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi,. “Bahasa Melayu Wahana Perpaduan,”

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul terlebih dahulu. Frasa “Bahasa Melayu
Wahana Perpaduan”boleh ditafsirkan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan
dan bahasa perantaraan yang menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum dan
bangsa.

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca. Sebelum saya menghuraikan lebih lanjut, izinkan saya
memberikan definisi Lingua Franca. Lingua Franca berasal dari bahasa Itali, bererti bahasa
Frank )atau bahasa perantara yang merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara
sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya.
Khususnya bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Selain
itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala Menteri
Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan
pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang
akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara
konsesnsus.

Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakan
bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil
pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat
memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan pertanian. Saya yakin
bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami kemukakan
sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang
akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita mempunyai
tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang lumayan.
Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara maju seperti
Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian?
Sampai bilakah kita harus meminta-minta?

Anda mungkin juga menyukai