Anda di halaman 1dari 10

TVET BAGAIKAN SERAMPANG DUA MATA

Perdana Menteri
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Terima kasih tuan yang dipertua dewan, rakan rakan seperjuangan yang berkarisma
delegasi kerajaan, proksi pembangkang yang dimuliakan , seterusnya saf saf perwakilan dan
hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Salam perdebatan , salam kelestarian bumi
Tuhan .
Assalamualaikum dan Selamat Bersidang
Tuan yang dipertua ,
Usul pada hari ini berbunyi TVET BAGAIKAN SERAMPANG DUA MATA.
Tuan yang dipertua dan ahli ahli yang berhormat sekalian ,
Pertama , izinkan saya melakukan penakrifan usul secara literal .
Definisi TVET secara literal ialah Technical and Vocational Education Training (TVET)
manakala definisi serampang dua mata ialah sesuatu dasar atau program dan sebagainya
yang mempunyai dua objektif dan dua matlamat. TVET secara konsep adalah merupakan
singkatan bagi Pendidikan dan Latihan teknikal dan vokasional. TVET adalah proses
Pendidikan dan Latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama
terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang komited
dalam bidang-bidang yang tertentu. Manakala serampang dua mata bermaksud mendapat
dua faedah serentak.Maka dapat saya rumuskan bahawa Pendidikan Tvet yang merangkumi
Pendidikan ,Latihan teknikal dan vokasional ini membawa dua kesan yang serentak kepada
sekuruh masyarakat.
Sebagai perdana menteri, saya akan menyatakan hujah hujah yang menyokong usul ini .
Selain itu hujah hujah yang seterusnya akan disambung oleh menteri kedua , manakala
menteri ketiga pula akan membidas hujah hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan
pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah hujah
yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara
konsensus.
Tuan Yang Dipertua ,
Kami meletakkan tiga indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama , saya katakan
bahawa TVET melahirkan guna tenaga berkemahiran selari dengan industri 4.0 dan
menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Yang kedua , TYDP , indikator kami TVET
melahirkan pelajar yang menguasai kemahiran teori dan praktikal dan yang ketiga ialah
TVET menambahkan peluang pekerjaan dan mobiliti tenaga bertambah. Saya yakin
bahawa berdasarkan indikator-indikator ini beserta justifikasi yang akan kami kemukakan
sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah hujah palsu
yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang .
Tuan Yang Dipertua,
Izinkan saya mengemukakan hujah kami yang pertama di barisan pihak kerajaan iaitu TVET
melahirkan guna tenaga berkemahiran selari dengan industri 4.0 dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi. Industri 4.0 membawa maksud hidup manusia akan
dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi “kawan” yang akan
menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.
Pelajar Graduan TVET ini telah dilatih dan sudah terang lagi bersuluh mempunyai
pengalaman praktikal yang lebih luas berbanding pelajar graduan biasa. Dengan ilmu
mengenai teknologi yang mereka perolehi daripada TVET ini akan membantu mereka
memajukan lagi industri, sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Tidak dinafikan
bahawa pelajar graduan biasa juga mampu melakukan hal ini, namun TYDP pelajar graduan
biasa tidak dilatih secara mendalam seperti mana pelajar pelajar TVET ini dilatih.
Kesan baiknya , industri 4.0 dapat dilaksanakan, sekali gus meningkatkan pertumbuhan
ekonomi selari dengan aspirasi negara yang pernah dibentangkan oleh perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media.
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan sekalian ,
Kami dibarisan pihak kerajaan dengan yakin sepenuh hati dan sebulat suara menetapkan
pendirian kami dalam menghujahkan usul yang dibawa oleh kami iaitu TVET BAGAIKAN
SERAMPANG DUA MATA.

Pantun penutup tidak usah berjela jela,

Setakat mengucap terima kasih sahaja,
Mauduk perbahasan tetap teguh berdiri ,
Salam sejahtera , sekian terima kasih.
MENTERI KEDUA
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan speaker dewan, rakan
rakan yang berhormat dari pihak kerajaan , barisan pembangkang dan seterusnya ahli ahli
dewan sekalian.
Tuan Yang Dipertua,
Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh
ketua pembangkang sebentar tadi iaitu
___________________________________________________________________________

________________________________________

Jadi, saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh
perdana menteri iaitu Pendidikan Tvet yang merangkumi Pendidikan ,Latihan teknikal dan
vokasional ini membawa dua kesan yang serentak kepada seluruh masyarakat.Maka
dapatlah dirumuskan bahawa TVET BAGAIKAN SERAMPANG DUA MATA
merupakan_________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Tuan Yang Dipertua ,
Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya saya akan membidas hujah yang
dikemukakan oleh ketua pembangkang sebentar tadi . Ketua pembangkang mengatakan
bahawa
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tuan Yang Dipertua ,

Usul kami yang kedua iaitu berpaksikan frasa TVET MELAHIRKAN PELAJAR YANG
MENGUASAI KEMAHIRAN SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL. Seperti yang diketahui umum,
graduan-graduan TVET ini diajar secara 70 peratus amali dan 30 peratus teori. Hal ini
mengakibatkan para majikan untuk menjadi lebih tertarik untuk mengambil graduan-
graduan TVET ini untuk bekerja berbanding graduan biasa. Majikan dapat menjimatkan
masa daripada mengajar graduan asas-asas pekerjaan dan pengalaman secara amali
mereka juga lebih banyak berbanding pelajar graduan biasa. Bukan mahu merendahkan
martabat graduan biasa tuan yang dipertua namun, ini ialah realiti kehidupan pada masa
kini. Memetik petikan akhbar dari berita harian yang mengatakan bahawa statistik
menunjukkan bahawa tahap kebolehpasaran graduan meningkat tahun lalu dengan 94
peratus mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa TVET ini mengeluarkan graduan-graduan yang serba serbi
cukup dan sesuai untuk tempuhi alam pekerjaan yang mencabar ini.
Tuan Yang Dipertua ,
Usul kami yang ketiga iaitu berpaksikan frasa TVET menambahkan peluang pekerjaan dan
mobiliti tenaga bertambah . Jika dilihat pada masa kini , TVET membuka peluang kepada
pelajar yang kononnya dikatakan “tiada harapan dalam hidup” untuk membuktikan
bahawa mereka mampu untuk mengubah kehidupan mereka . Terdapat sesetengah
graduan yang mengambil peluang ini dan membuka perniagaan yang seterusnya memberi
manfaat kepada masyarakat dek kerana wujudnya peluang-peluang pekerjaan. Selain itu
graduan TVET juga mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian
mereka.hal ini dikatakan demikian kerana ilmu yang dipelajari mereka tersebut luas dan
merangkumi perkara yg berkaitan dunia kini yang mana semua manusia menggunakan
perkara tersebut untuk kelangsungan hidup. Sebagai tamsilan,pelajar yang tular baru baru
ini dek kerana kehandalannya dalam mengendalikan elektrik ketika ketiadaan elektrik pda
musim banjir baru baru ini.
Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini 100% dan memohon
agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.
Tuan Yang Dipertua, saya mohon untuk terus mencadang .
Sekian, terima kasih.
MENTERI KETIGA
Terima kasih tuan speaker dewan ,
Bismillahirrahmanirrahim. Yang dihormati tuan yang dipertua , rakan rakan perwakilan
kerajaan , barisan kontradiksi yang kelihatan goyah di pondok usang seberang sana ,
seterusnya sidang sekalian .
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya .
Tuan Yang Dipertua , selaku diberi mandat sebagai YB menteri ketiga pada hari ini,
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresiasi kepada barisan pembakang
kerana ;
Yang pertama; barisan yang berhormat pihak pembangkang telah gagal membidas isi serta
definisi konsep sebenar dan gagal menjawab izin laluan yang kami berikan
Kedua; barisan yang berhormat hanya membidas contoh contoh serta tidak pula membidas
kata kunci
Yang ketiga; ternyata yang berhormat barisan pembangkang hanya menyatakan hujah
berdasarkan pandangan sendiri tanpa bukti kualitatif dan kuantitatif serta hanya
menyatakan hujah berdasarkan bukti bukti yang bersifat terpencil.
Tuan Yang Dipertua, serta sidang dewan sekalian. Berkat keamanan dan keharmonian
dibawah kepimpinan kerajaan pada hari ini, maka dewan kembali bersidang untuk
membahaskan satu isu yang saya kira amat penting iaitu dibawah gagasan usul yang
berbunyi Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu Keadilan . Namun begitu
tuan yang dipertua, sebelum menegakkan hujah hujah yang kukuh daripada pihak kerajaan
pada hari ini , pertamanya saya akan mematahkan hujah hujah dangkal yang dibawa di meja
pembangkang seterusnya merobohkan pondok usang pihak pembangkang disebelah sana
tuan yang dipertua.
Tuan Yang Dipertua,terlebih dahulu saya akan membakar hujah hujah rapuh yang telah
dibawa oleh YB pembangkang kedua .
Pertamanya ,YB mengatakan bahawa
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.
Sebenarnya tuan yang dipertua,
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Seterusnya, hujah dangkal pihak pembangkang yang kedua berbunyi

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Tuan Yang Dipertua, sebenarnya

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Tuan Yang Dipertua, nampaknya pada hari ini pihak pembangkang mengeluarkan fakta kes
fakta kes yang goyah.seterusnya, untuk merobohkan pondok using barisan pembangkang
diseberang sana ,saya akan mencantas hujah yang dibawa oleh YB ketua pembangkang iaitu
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Sebenarnya tuan yang dipertua

Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak pembangkang pada hari ini seakan burung yang
hendak terbang tidak bersayap,hendak hinggap tidak berkaki.
Baiklah tuan yang dipertua, setelah hujah dibidas,setelah hujah dicantas,
Kini tiba masanya untuk saya mengukuhkan kes kami dimeja kerajaan dan membuktikan
bahawa sesungguhnya pada hari ini kami yang berdiri di barisan kerajaan tidak bercakap di
atas angin seperti pihak pembangkang di seberang sana tuan yang dipertua.
Tuan Yang Dipertua,sebentar tadi YAB perdana menteri mengatakan bahawa TVET
melahirkan guna tenaga berkemahiran selari dengan industri 4.0 dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi . Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana pelajar graduan
TVET ini yang mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang yang
dipelajari mereka. Oleh itu, industry 4.0 yang akan memberi banyak kelebihan kepada
ekonomi dapat dilaksanakan.
Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata kedua , TVET MELAHIRKAN PELAJAR
YANG MENGUASAI KEMAHIRAN SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL. . Hal ini demikian kerana,
TVET ini mengeluarkan graduan-graduan yang serba serbi cukup dan sesuai untuk tempuhi
alam pekerjaan yang mencabar ini.
Oleh itu, graduan-graduan ini tidak lagi perlu membazirkan masa untuk mencari
pengalaman secara amali yang amat diperlukan dalam peluang pekerjaan.
Seterusnya tuan yang dipertua, dibawah premis kata terakhir kami sudah terang lagi
bersuluh bahawa. TVET menambahkan peluang pekerjaan dan mobiliti tenaga bertambah.
Dengan adanya usul sebegini oleh pihak kerajaan kadar pengangguran dalam negara dapat
dikurangkan sekali gus dapat meningkatkan lagi pertumbhan ekonomi negara yang sedang
membangun selepas wabak Covid melanda.

Sidang dewan sekalian,berdiri dibawah pucuk kepimpinan kerajaan pada hari ini, kami akan
tetap menegakkan yang hak dan menolak yang batil, bahawa usul yang dibawa oleh YAB
perdana menteri adalah sangat relevan dan efektif betapa sesungguhnya dewan pada hari
ini seharusnya yakin dan percaya bahawa Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
Satu Keadilan.

Sebelum kaki mengundur langkah ,

Sebelum berhenti berkata kata ,
Maka saya tegakkan kembali usul kami di pihak kerajaan . maka wajarlah tuan yang
dipertua , agar dewan menerima usul yang kami bawa dengan sebulat suara.
Mohon untuk terus mencadang
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai