Anda di halaman 1dari 2

Usul : Sudah Tiba Masanya Sekolah Perlu Lebih Tegas Dalam

Membangunkan Kemenjadian Murid.


PEMBANGKANG KETIGA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat sejahtera dan selamat pagi

Terima kasih kepada,


Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua
Pegawai-pegawai Persidangan
Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat Pembangkang
Para juri yang penuh misi dan visi, seterusnya sidang dewan sekalian.

Saya merasakan bahawa hujah dari Menteri Ketiga boleh dianggap sebagai gali lubang tutup
lubang yang mana hanya menambah kesalahan untuk menutup kesalahan yang sedia ada.

Setelah mendengar hujah yang diberikan oleh Menteri Kedua, saya amat tidak setuju kerana
hujah tersebut

1._________________________________________________________________________

2._________________________________________________________________________

sangat goyah dan menunjukkan tanda-tanda tidak tepat sama sekali. Memang betul, Sekolah
sememangnya menjadi medan terbaik dalam membentuk akhlak seseorang menjadi baik dan
merupakan tempat yang lebih selesa untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan itu, akan tetapi, jika masalah Gejala Sosial ini
bermula daripada seorang Guru yang menunjukkan kepribadian yang kurang baik dihadapan
anak-anak seperti melakukan kekerasan. Jadi saya berpendapat bahawa sekolah tidak mampu
menjadi medan untuk membangunkan kemenjadian murid. Usul ini memang patut ditolak
sama sekali.

Saya juga ingin membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri yang mana
hanya menunjukkan hujah yang rapuh dan mudah untuk dipatahkan. Hujah tersebut ialah

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Hujah tersebut nampak sedikit goyah walhal bagi Pihak Kerajaan menjangkakan bahawa
sudah kukuh dan tidak mampu untuk dibidas oleh Pihak Pembangkang.
Berdirinya saya disini, untuk meneruskan agenda untuk menggagalkan usul dari Pihak
Kerajaan yang mana kami anggap tidak bertepatan dengan situasi semasa. begitu yakin sekali
Pihak Kerajaan mengatakan bahawa Sekolah Perlu Lebih Tegas dalam Membangunkan
Kemenjadian Murid. Walhal masalah sosial sahaja tidak dapat dibendung terlebih dahulu.
Sama sepertu hujah pertama oleh Ketua Pembangkang yang mana menekankan tentang
Kepenatan yang melampau dalam kalangan Guru dan Murid. Jika masalah ini tidak diberi
perhatian yang khusus terlebih dahulu, mana mungkin pihak sekolah dapat membangunkan
kemenjadian murid. Jika kepenatan melampau disekolah, pihak Kerajaan seharusnya
memikirkan jalan yang terbaik untuk tidak berulang lagi.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Hujah yang kedua dari Pihak Pembangkang yang disampaikan sebentar tadi ialah Masalah
Sosial yang sering terjadi di sekolah. murid yang baik akan lahir dari suasana dan persekitaran
sekolah yang positif bukan dari sekolah yang mempunyai masalah sosial. Kami dari
pembangkang sekali lagi menyeru pihak kerajaan untuk memberi penekanan kepada masalah
yang lebih serius sebelum menjadikan sekolah sebagai tempat membangunkan kemenjadian
murid.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Seterusnya, kes-kes keganasan di sekolah yang sering kita dengar sehingga naik jemu. Hal ini
lebih buruk jika melibatkan guru yang mana sepatutnya menjadi pelindung kepada murid-
murid, bukan menjadi pengancam yang boleh menakut-nakutkan murid. Amalan ini
sememangnya tidak sihat untuk diamalkan di sekolah. Jadi usul yang di bawa oleh Pihak
Kerajaan sangat tidak boleh diterima kerana sekolah tidak dapat membangunkan kemenjadian
murid.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Sekali lagi Pihak Pembangkang dengan ini menolak hujah-hujah dari Pihak Kerajaan kerana
saya dengan tegasnya menyatakan bahawa sekolah tidak mampu menjadi tempat yang sesuai
untuk membangunkan kemenjadian murid dan juga tidak dapat membentuk peribadi yang
mulia. Jadi kami di Pihak Pembangkang sangat percaya dan yakin bahawa institusi keluarga
tidak mampu menjadi penyelesai masalah gejala sosial. Saya dengan tegasnya berharap usul
ini akan ditolak.

Saya Pembangkang Ketiga mohon untuk usul ini ditolak.

Anda mungkin juga menyukai