Anda di halaman 1dari 7

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 PEMANGKIN KECEMERLANGAN MURID

MURID (KERAJAAN)

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan


Rakan rakan di kabinet kerajaan, perwakilan pembangkang, serta seisi
sidang parlimen sekalian. Selamat Sejahtera , dan salam persidangan

Tuan yang dipertua ,


Kami di cabinet kerajaan hari ini akan mengagaskan satu usul yang
cukup signifikan iaitu PEMBELAJARAN ABAD KE 21 PEMANGKIN
KECEMERLANGAN MURID MURID . Kami percaya bahawa selepas
perbahasan sidang dewan yang mulia ini, usul pihak kerajaan bakal
diluluskan.

Baiklah Tuan yang Dipertua Dewan

Memegang mandat selaku yang pertama di perwakilan kerajaan ,


mohon izin Tuan Yang Dipertua Dewan untuk terus bergerak kepada
gerak kerja lazim iaitu pembentangan pendefinisian usul .
Kita akan meneliti definisi usul kita pada hari ini satu per satu . Yang
pertama Pembelajaran membawa maksud perihal pemerolehan, atau
pengubahsuaian dan pengukuhan bagi pengetahuan
seseorang .Manakala Abad ke -21 boleh ditakrifkan sebagai abad ke-21
berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000
sehingga 2099. Menurut kamus dewan edisi keempat , pemangkin
diberi definisi factor yang mempercepatkan sesuatu proses. Jadi dapat
dirumuskan bahawa , PEMBELAJARAN ABAD KE 21 PEMANGKIN
KECEMERLANGAN MURID MURID MEMBAWA MAKSUD proses
pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan
etika mampu melahirkan murid murid yang berkebolehan dari pelbagai
aspek

Tuan Yang Dipertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian


Saya, selaku Perdana Menteri telah menjelaskan definisi konsep usul
persidangan sebentar tadi. Sekarang , Pihak kerajaan akan tampil
dengan hujah-hujah yang teramat sukar digugat oleh pihak
pembangkang. Jadi saya ingin membentangkan pula kronologi kami di
Kabinet kerajaan. Bangkitnya saya pada hari ini , akan mengutarakan
satu hujah dengan kata kunci
__________________________________________________________
__________________________________________________________
_______________________________
Manakala , bangkitlah Menteri Kedua, Yang Berhormat Dato’ Seri
________________________ akan meneguhkan usul kerajaan dengan
menolak definisi Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang pasti
tertumpu kepada sisi gelap sesuatu kebaikan,serta beliau akan
menampilkan dua hujah bagi menguatkan kes kerajaan iaitu
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
___________________________________________________
__________________________________________________________
______
Dan sepert lazimnya , bangkitlah pula menteri ke -3
_____________________________ bagi membidas balik hujah hujah
songsang pihak pembangkang .

Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Maka tanpa membuang masa saya akan meneruskan dengan hujah


pertama pihak kerajaan
iaitu ,______________________________________________________
__________________________________________________________
_________________________________

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring


dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah
pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan
yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara
yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha
tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun
2014. Sejak usaha ini mula dilaksanakan , kita boleh lihat dengan terang
bagaimana sistem Pendidikan di Malaysia terutamnaya dalam kalangan
murid sekolah rendah dan menengah berkembang dengan pesat serta
sekali gus menjadi pemangkin kecemerlangan murid murid .

TYDPD
Kami di pihak kerajaan pada hari ini , yakin 100% bahawa pembelajaran
abad ke 21 mampu menjadi pemangkin kecemerlangan murid murid
kerana mampu membentuk keperibadiaan murid yang syumul.
Keperibadiaan yang syumul boleh ditakrifkan sebagai keperibadiaan
yang memberi keutamaan kepada nilai murni , jati diri dan etika
seseorang pelajar bagi mencapai kecemerlangan. PAK21 dikatakan
sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.
Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan
etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam
PAK21 dan saya ingin memberi penekanan kepada aplikasi nilai murni
dan etika yang mampu membetuk keperibadiaan murid yang syumul
dan sekali gus membimbing mereka ke arah kecemerlangan.

  Remaja  kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula


tenggelam dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan.
Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak
sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka
kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura
ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi dan antara
puncanya boleh dikatakan kekeurangan pengaplikasian nilai murni dan
etika . Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam
kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil
dengan seberapa segera dan hal ini mampu dilaksankan melalui
PAK21. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.
Maka melalui pembelajaran abad ke 21 yang mengaplikasikan nilai
murni , hal ini mampu dielakkan dan mampu membentuk murid yang
keperibadiaan syumul bagi mencapai kecemerlangan.
Para hadirin sekalian ,
Dalam dunia pendidikan, elemen nilai murni dan etika ini amat
penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid supaya hal ini dapat
membentuk jati diri yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan.
Melalui PAK21 , guru mampu berusaha untuk menerapkan nilai-nilai
yang positif dalam diri murid-murid semasa sesi PDP berlangsung.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM pula pada tahun 2017 ,
pengaplikasian nilai murni dan etika ini melalu PAK21 amat berguna
dan boleh diaplikasikan dalam semua subjek . Sebagai contoh , sebuah
kumpulan mampu berkolaboratif ketika seisi pembelajaran dengan cara
menerima pendapat rakan rakan dan mendapatkan kata putus, Hal ini
jelas menunjukkan etika pergaulan yang berkualiti ,ketika
berkomunikasi dengan orang lain. Selain itu , melalui aplikasi
PAK21 ,guru boleh meminta murid untuk menyatakan nilai murni yang
bersesuaian dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. Kemudian,
guru akan menilai sama ada murid tersebut memahami nilai murni yang
dinyatakan ataupun tidak. Jika mereka memahami nilai murni tersebut,
guru akan melihat pula dari segi kelakuannya. Adakah mereka tahu
cara-cara untuk menerapkan nilai-nilai murni itu dalam tingkah laku
mereka? PAK21 bukan sahaja mendorong murid memahami nilai nilai
murni dan etika di sekolah sahaja , malah di rumah dan tempat tempat
lain juga . Aplikasi aplikasi sepperti Kuizzz dan VleFrOG yang merupakan
antara kaedah PAK21 juga turut menekankan kepentingan nilai nilai
murni dan etika kepada murid murid.

Seperti yang kita sedia maklum , nilai nilai murni dan etika ini telah
sebati dalam jiwa kita sebelum PAK21 mula diperkenalkan lagi . Namun
begitu , murid murid tidak mampu mengamalkan nilai nilai murni serta
etika ini dalam kehidupan seharian kerana tidak mempunyai medium
pengantara seperti PAK21. Ketika KBSM dilaksanakan , murid hanya
perlu mendengar dan menyerap sahaja informasi daripada guru guru
tanpa melakukan aktiviti yang berpusatkan murid murid. Mereka ibarat
pahat dengan penukul , sekali ketuk sekali jalan.Hanya subjek Moral
sahaja yang memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni dan
etika dalam murid.Manakala , jika kita bandingkan dengan PAK21,
murid murid dapat mempelajari nilai nilai murni dan etika melalui
semua subjek , termasuk subjek subjek seperti Kimia dan Physics juga.
Sebagai contoh nilai bertanggungjawab , nilai berterima kasih, nilai
toleransi , etika hormat menghormati , etika pergaulan dan lain lain
lagi.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Masyarakat madani yang serba sejahtera bertunjangkan jati diri. Kita


tidak sedar bahawa bagi mencapai kecemerlangan , penekanan dari
aspek pendidikan sahaja tidak cukup , malah perhataian harus diberikan
kepada pembentukan jati diri seorang murid secara syumul yang akan
menjadi penentu kecemerlangannya. Kecemerlanagan boleh diperoleh
sekiranya , murid murid mampu mencapai kefahaman secara holistic
dalam kokurikiulum, kurikulum dan pembentukan keperibadiaan yang
syumul . Hal inilah yang diberikan penekanan dalam PAK21 . Seperti
yang dikatan oleh bekas Menteri Pendidikan kita Tun Dr Mazlee Malik
PAK21 merupakan ciri-ciri dan kemahiran yang perlu ada dalam setiap
murid dalam mendepani cabaran abad ke-21dan inisiatif ini memberi
tumpuan untuk melahirkan golongan intelektual dari segi jati diri dan
juga pendidikan

Maka berakhirlah hujah saya di sini , kami di pihak kerajaan berharap


sidang dewan sekalian sedar bahawa PAK21 inilah yang akan menjadi
tunjang kepada pembentukan kecemerlangan dalam kalangan murid
murid .
SEKIAN TERIMA KASIH .

Anda mungkin juga menyukai