Anda di halaman 1dari 13

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

TAJUK : PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION

NAMA : WAN NURAINI BINTI WAN ISMAIL D20111047635 AMIELIANA BINTI AJIS D2011104763 NUR SHUHADA FITRI BINTI LAIHI D20111047633

SEMESTER 1 2011/2012

NAMA PENSYARAH : EN.NUZSEP ALMIGO

PENGENALAN Sesungguhnya para pendidik hari ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka boleh mengimbangi kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi. Guru juga adalah ejen kepada keberkesanan pendidikan. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan dihormati oleh masyarakat. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib dan alim atau ulama. Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri malah juga kepada

masyarakat tentang hubungan dan komitmen. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang turut dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari semasa ke semasa. Pendidikan guru yang tinggi amat penting dalam usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.

TEORI PILIHAN Teori Pilihan mengatakan bahawa apa yang kita lakukan semuanya dikawal. Tingkahlaku yang dibuat pula adalah dipilih oleh diri sendiri. Diri kita pula dipandu oleh gen atau baka kita yang cuba memenuhi lima keperluan asas iaitu kelangsungan hidup, kasih sayang dan rasa memiliki, kuasa, kebebasan dan kegembiraan. Menurut William Glesser, keperluan yang paling penting ialah kasih sayang dan rasa memiliki kerana kita akan menggunakannya untuk mengukuhkan ikatan hubungan antara orang-orang di samping kita agar dapat memuaskan kehendak mereka. Terdapat sepuluh tunjang dalam Teori Pilihan iaitu: 1. Satu-satunya orang yang boleh mengawal tingkahlaku kita ialah diri kita sendiri. 2. Apa yang kita boleh berikan kepada orang lain ialah maklumat. 3. Masalah psikologi jangka panjang adalah masalah hubungan. 4. Masalah hubungan adalah sebahagian daripada kehidupan kita. 5. Apa yang berlaku pada masa lepas harus dilakukan dengan apa yang dilakukan pada hari ini, tetapi kita hanya dapat memenuhi keperluan asas kita sekarang dan bercadang untuk memuaskan kehendak mereka pada masa hadapan. 6. Kita hanya dapat memuaskan keperluan kita dengan cara memuaskan gambaran dalam Dunia Kualiti kita. 7. Apa yang kita lakukan adalah bagaimana kita bertingkahlaku. 8. Tingkahlaku kita adalah keseluruhan tingkahlaku yang terbina dari empat komponen iaitu tindakan, pemikiran, perasaan dan fisiologi. 9. Keseluruhan tingkahlaku kita adalah dipilih tetapi kita hanya memberi arahan secara langsung terhadap komponen tindakan dan pemikiran. Kita hanya mengawal perasaa, dan fisiologi secaratidak langsung melalui bagaimana kita memlih untuk bertindak dan berfikir. 10. Keseluruhan tingkahlaku direkabentuk oleh perbuatan dan dinamakan sebagai sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti.

KONSEP PROFESION DAN NILAI TARA Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat kepada masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan. Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Sebagai contoh, perundangan, perubatan,perguruan dan sebagainya. Nilai-nilai tara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilai tara perkhidmatan tersebut. Nilai tara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

ASPEK PERGURUAN DIANGGAP SEBAGAI SATU PROFESION PENGETAHUAN ATAU KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

MELALUI PEMBELAJARAN TEORI DAN LATIHAN AMALI DALAM SESUATU TEMPOH MASA YANG PANJANG. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Diploma Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum guru itu mengajar di sekolah kerajaan. Guru mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga perlu mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya agar para pelajar dapat memahami dengan baik. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati dan dicontohi oleh pelajar. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku ,sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Hal ini demikian, ia membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan lebih berkesan. Guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa,menjadi penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar, menjadi kaunselor kepada para pelajar serta menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

MEMPERTINGKATKAN PROFESIONALISME Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab , guru masa kini perlu

menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai pendidikan wajar dikemaskini dari semasa ke semasa. Guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Kursus-kursus pendidikan amat penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang mencabar dan kompleks.

BERUPAYA MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH SERTA BERFIKIRAN KRITIS DAN KREATIF Profesion perguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja

mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion perguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana , penilai, penyelia dan sebagainya. Guru sebagai pentadbir atau pengurus harus membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

BERKEMAHIRAN MENGGUNAKAN IT Dalam era globalisasi ini, bidang pendidikan sentiasa mengalami perkembangan pesat iaitu percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepat IT merubah dunia pembelajaran umpamanya pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap

produktif dan proaktif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara berkembang dengan pesat. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjadi pusat

telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa,penubuhan Sekolah Bestari, pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank (kad ATM) dan sebagainya. Oleh itu, profesion perguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi kurikulum di sekolah. maklumat dalam

BERPENGETAHUAN DAN BERDAYA FIKIR SERTA BERAKHLAK Seseorang guru dalam profesion perguruan perlu serba tahu. Melalui

pembacaan guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa. Perubahan perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai-nilai murni dan akhlak terpuji. Penerapan nilai-nilai murni penting untuk menjadikan para pelajar sebagai anak bangsa yang berguna kepada negara pada masa hadapan.

ISU-ISU GURU CEMERLANG Guru cemerlang adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada negara. Peranan mereka menjadi tanggungjawab yang sangat penting bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat negara kita untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing. Mendidik manusia yang berilmu bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan usaha yang berterusan. Guru yang cemerlang hendaklah mendidik murid mereka dengan penuh semangat dan kesungguhan. Guru cemerlang juga harus menggunakan teknik pengajaran dan cara penyampaian ilmu yang berkesan, supaya apa-apa yang diajarkan, akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari murid, dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima segala pelajaran yang mereka pelajari. Oleh hal yang demikian, Negara kita harus melahirkan lebih ramai guru cemerlang bagi memastikan anak-anak muda akan datang menerima pendidikan yang baik. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru-guru cemerlang di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif. Guru juga digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru cemerlang juga harus mempunyai sifat intergriti iaitu bersikap jujur, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada 6 September 2007, YB. Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Menurutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. Pelan ini merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk

memastikan modal insan yang dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan. Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati. Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri-ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga urusan selesai. Di sekolah, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan segera seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-urusan sebegini. Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada masa kini, KPM telah menggariskan NKRA sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah. Biasanya, dalam setiap kelas terkandung Piagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk menepati masa.

Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan dan maklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagi urusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan sebagainya hendaklah diserahkan beserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga dminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu bapa dan berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu, guru yang mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan dan mengambil tidakan yang sewajarnya. Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi layanan dengan penuh rasa hormat. Terakhir, dari segi fizikal pula, guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan mementingkaan keselesaan murid mereka. Persekitaran kelas yang kondusif, kebersihan dan suasana di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya, kebersihan dan keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih gembira.

RUMUSAN Kesimpulannya, menurut William Glesser, keperluan yang paling penting ialah kasih sayang dan rasa memiliki kerana kita akan menggunakannya untuk mengukuhkan ikatan hubungan antara orang-orang di samping kita agar dapat memuaskan kehendak mereka. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita haruslah bijak mengawal tingkahlaku kita agar dapat memberikan contoh yang baik kepada murid kita. Selain itu, sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu cabaran dalam profesion perguruan. Oleh itu, penting bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan dan kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

RUJUKAN : http://Tripod.com/perguruan : http://www.youtube.com/watch?v=ci4JRLHz_c4 : http://www.ppdhl.net/v1/index.php?option=com_ : http://rusmiza-rusle.blogspot.com/2011/06/nilai-bitara-pembangunansahsiah-guru.html : http://cgnarzuki.com/?page_id=51

Anda mungkin juga menyukai