Anda di halaman 1dari 4

AKAUNTABILITI GURU DALAM MEREALISASIKAN TIGA DIMENSI Menurut model konseptual pendidikan guru yang dirangka berlandaskan kepada

dasar FPG dan matlamat pendidikan, akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama ialah: Ketuhanan Kemasyarakatan Kendiri

Sebagai seorang guru yang cemerlang, ketiga,tiga dimensi ini tidak boleh dikurangkan kerana ini merupakan tanggungjawab guru untuk menerapkan diri ke dalam tiga dimensi tersebut. Tiga dimensi ini boleh dikatakan sebagai asas untuk pembentukan guru. Ketuhanan Ketuhanan memberi maksud tentang peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Sebagai seorang guru, guru tersebut perlulah mempunyai agama yang tersendiri, kerana agama adalah asas moral yang menerapkan segala nilai murni kepada seseorang individu. Tambahan pula, guru juga perlulah sentiasa mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid di dalam kelas tanpa mengira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. selain daripada itu, guru juga haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. Guru juga perlulah sentiasa bersikap jujur dalam semua hubungan dan tugasnya. Tingkahlaku yang boleh mencemarkan sifat professional guru, kepercayaan orang lain dan keyakinan orang lain adalah dilarang sesama sekali. Setiap tindakan yang diambil oleh guru perlulah bertimbang dahulu sama ada itu betul atau salah. Tambahan pula, guru juga perlu sentiasa peka dengan segala perkembangan pendidikan. Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang professional, seorang guru perlu peka terhadap segala perkembangan dan

inovasi terkini dalam pendidikan. Guru juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemas kinikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan semasa menunjukan bahawa setiap guru perlu mengaplikasikan teknlogi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahaun guru terhadap penggunaan ICT. Selain daripada itu, guru juga harus mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kurikulum sekolah dan perkembangan yang berkaitan, khususnya kurikulum yang digunakan, kerana pembentukan seorang guru yang unggul bermula dengan melengkapkan diri dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dan relevan untuk meningkatkan keupayaan menangani perubahan perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan. Dari segi agama pula, agama sentiasa menggalakkan kita supaya mendapatkan sebanyak ilmu yang boleh, kerana sebagai seorang manusia kita perlu ada ilmu, jika tidak kesan yang kita dapat adalah sama seperti katak di bawah tempurung.

Kemasyarakatan Kemasyarakatan adalah penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Guru perlu bertindak sebagai pembentukan nilai (role model) kepada pelajarnya. Niali merupakan criteria penting bagi mengukur mutu sesuatu pekara. Menurut Ragbir Kaur (2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-niali murni yang tinggi. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa murid. Menurut Eh Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada murid-murid. Secara tidak langsung, guru berkenaan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalanamalannya di dalam bilik darjah.

Tambahan pula, guru juga mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insane guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan pada masa depan. Semasa menyampaikan ilmu kepada pelajar pula, guru juga perlu menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan murid. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Selain daripada itu, sebagai pendidik di dalam kelas, guru tidak seharusnya mengajar sesuatu yang merosakkan kepentingan murid, masyarakat dan Negara serta mengajar sesuatu yang

menyinggungkan perasaan. Guru yang dikatakan sebagai perubah agen bermaksud, guru juga boleh digelar sebagai pengganti ibu bapa dalam membentuk tingkah laku murid kea rah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

Kendiri Kendiri adalah penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Guru perlu peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan Negara kerana guru adalah

sebagai role model kepada pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu sentiasa menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan murid selaras dengan tuntutan FPG. Selain daripada itu, guru juga haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga Negara yang taat setia dan berguna. Tambahan pula, penerapan pendidikan moral ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga penting, kerana nilai-nilai murni yang terdapat dalam pendidikan moral membina insan yang berakhlak mulia dan bepekerti mulia. Guru boleh menggunakan kemahiran pedagogi dan kemahiran reflektif semasa proses pengajaran

pendidikan moral. Tetapi apa yang sedih adalah, menurut kajian Jurnal 2002 Pendidikan Guru, sehingga kini sebilangan kecil sahaja guru di sekolah yang mempunyai latihan atau yang pernah mempelajari mata pelajaran pendidikan moral di university. Oleh kerana tiada guru khusus dalam pendidikan moral maka apa yang sering berlaku guru sering bertukar ganti dan sekadar mencukupkan jam mengajar dalam jadual guru. Sukatan pelajaran pendidikan moral KBSR dan KBSM sekadar mengajar kefahaman tentang 80 nilai murni yang berdasarkan buku teks. Hal ini demikian, unsure penerapan tidak berlaku walaupun mengajar pendidikan moral kerana hanya sekadar kefahaman tentang konsep tetapi tidak sampai ke tahap

mencapai objektif dimensi moral-pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Guru juga perlu mengamalkan pengajaran yang efektif supaya proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas lebih berkesan. Menurut Clarke dan Culter (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada

perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenal pasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Guru juga perlu selalu mempunyai energi untuk muridnya. Guru perlulah memberikan sepenuh perhatian kepada muridnya. Guru perlu fokus kepada apa yang dikemukakan oleh murid dan harus menjadi pendengar yang adil kepad semua murid tanpa adanya unsure pilih kasih. Hal ini demikian, kefahaman dalam proses pembelajan dan pengajaran serta unsur penerapan nilai murni juga dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Slepas itu, guru juga perlu mempunyai kejelasan yang tepat terhadap objektif pengajaran bagi setiap pelajaran yang diajar dan berusaha mencapai objektif tersebut dalam setiap kelas yang diajarnya. Dengan ini, jika sesuatu nilai murni sedang diajar dalam kelas oleh guru, nilai murni tersebut dapat difaham oleh pelajarnya dan pembentukkan sahsiah murni tersebut juga dapat disempurnakan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai