Anda di halaman 1dari 11

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU 4.

0 TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Profesionalisme guru merupakan satu kerjaya yang sangat penting kerana guru merupakan insan yang membentuk individu yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan kita pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, seorang guru haruslah sentiasa bersedia untuk memastikan bahawa ilmu pengetahuan di dalam diri mereka bergerak seiring dengan kepentingan pendidikan pada hari ini. Terdapat pelbagai tindakan yang boleh diambila dalam meningkatkan profesionalisme keguruan ini namun seorang guru itu haruslah sentiasa berusaha dan bersedia untuk meningkatkan kualiti diri mereka. Berikut merupakan tindakan yang boleh diambil dalam meningkatkan profesionalisme keguruan ini : 4.1 Pembelajaran Sepanjang Hayat Pembelajaran sepanjang hayat merupakan tindakan yang boleh diambil dalam meningkatkan profesionalisme keguruan di sekolah. Hal ini kerana,

pembelajaran sepajang hayat ini merupakan salah satu cara bagi seorang guru untuk meningkatkan pengetahuan mereka di dalam profesion keguruan ini. Secara dasarnya, pembelajran sepanjang hayat ini merupakan satu proses mencari ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa dan atas kesedaran untuk meningkatkan kualiti diri sendiri. Imbrahim Ahmad Bajunid 2006, Hargreaves 2004, Aspin et al. 2001, Gelpi 1995 menyatakan bahawa pembelajaran sepanjang hayat ini didefinisikan sebagai pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup. Pembelajaran sepanjang hayat ini boleh berlaku samada dalam situasi formal ataupun tidak formal. Sehubungan dengan itu, guru besar atau pemimpin guru di sebuah sekolah perlulah bijak dalam mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat ini di sekolah mereka. Apabila seorang guru besar sentiasa berusaha dan membuka peluang ini, bagi guru untuk berlaku

melaksanakan

pembelajaran

sepanjang

hayat

nescaya

peningkatan profesionalisme keguruan di sekolah tersebut. Hal ini kerana, pemimpin memainkan peranan penting dalam mencorakkan dan membentuk anggota di bawah kepimpinan mereka kerana jika pemimpin mewujudkan 20 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU budaya pembelajaran sepanjang hayat ini, maka budaya tersebut pasti akan dicontohi oleh ahli di bawah pimpinan mereka. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh seorang guru besar dalam meningkatkan profesionalisme guru di sekolah melalui pembelajaran sepanjang hayat ini seperti : (a) Amalan Reflektif

Amalan reflektif merupakan salah satu tindakan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan profesionalisme guru di sesebuah sekolah. Amalan reflektif ini adalah apabila seseorang guru itu melihat kelemahan, kekuatan dan juga penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan mutu amalan pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru besar yang dapat memupuk budaya amalan reflektif ini dapat membimbing guru di sesebuah sekolah untuk sentiasa peka dengan keperluan anak didik mereka. Hal ini kerana, guru yang mengamalkan budaya reflektif ini pasti tidak akan mengabaikan potensi murid mereka supaya dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran di dalam bidang akademik. Amalan reflektif ini juga dapat menjadikan seorang guru sentiasa bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta membentuk peribadi profesional dalam diri setiap guru di sekolah.

Amalan reflektif di dalam pengajaran ini juga adalah sangat penting kerana selain daripada pengalaman mengajar, seseorang guru itu juga boleh menilai amalan pengajaran mereka dengan menghubungkaitkan nilai, andaian, kepercayaan dan perspektif kendiri terhadap bidang keguruan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka menilai amalan pengajaran dan pembelajaran yang mereka laksanakan. Apabila seseorang guru itu menyedari mengenai pelaksanaan pengajaran mereka, maka secara tidak langsung mereka akan berusaha meningkatkan kualiti diri dan memberi impak kepada profesionalisme guru itu sendiri. Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan bahawa apabila seorang guru besar di sesebuah sekolah dapat memastikan bahawa semua guru mempunyai amalan reflektif ini, maka secara tidak langsung dapat membantu guru meningkatkan profesionalisme keguruan ini kerana amalan reflektif ini sangat diperlukan dalam bidang perguruan ini.

21 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Keberkesanan amalan reflektif dalam meningkatkan profesion

keguruan ini turut dinyatakan di dalam jurnal Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru oleh Boon Pong Ying yang menyatakan bahawa seorang guru perlulah melaksanakan amalan reflektif ini dalam menjadikan kerjaya guru ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Menurut Boon Pong Ying, antara amalan yang boleh dilakukan oleh seseorang guru adalah amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal, portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, perkembangan professional on-line serta aktiviti Pusat Kegiatan Guru. Menurut beliau strategi-strategi tersebut merupakan jentera untuk guru membuat refleksi selain mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu dalam amalan pengajaran-pembelajaran. Dengan mengamalkan pemikiran reflektif, guru dapat meningkatkan

profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta menjadi more thoughtful teachers. Terdapat juga kajian yang dijalankan oleh Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987 yang menyatakan bahawa amalan reflektif ini sememangnya amalan yang terbaik di dalam meningkatkan profesionalisme guru kerana menurut kajian ini, amalan reflektif ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran.

(b) Penyelidikan Tindakan Tindakan lain yang boleh dilaksanakan bagi peningkatan profesionalisme guru di sekolah tersebut adalah melalui penyelidikan tindakan.

Penyelidikan tindakan ini boleh didefinisikan sebagai satu kajian tentang situasi sosial yang bertujuan menambah baik kualiti dan meningkatkan keberkesanan sesuatu tindakan. Guru besar perlulah menggalakkan guruguru di sekolah untuk melaksanakan penyelidikan tindakan ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka agar mereka dapat melihat dan menilai kembali amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka laksanakan. Penyelidikan tindakan ini sememangnya mampu dalam proses meningkatkan profesionalisme guru kerana seorang guru dapat memfokus pada satu kajian yang lebih spesifik terhadap sesuatu perkara. Apabila seorang guru dapat mengenal pasti masalah yang berlaku dan mencari penyelesaian terhadap sesuatu perkara misalnya 22 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU masalah disiplin murid, maka secara tidak langsung mereka akan dapat meningkatkan kualiti diri mereka di dalam profesion keguruan ini. Selain itu, penyelidikan tindakan ini juga dapat menggalakkan kolaborasi dalam membantu seseorang guru dalam menyelesaikan masalah. Kolaborasi yang diamalkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang guru dan menjadikan mereka lebih matang berkaitan dengan isu yang terdapat di dalam bidang perguruan ini lantas dapat memartabatkan

profesionalisme keguruan itu sendiri. Dalam konteks yang sama, apabila seseorang guru besar itu menggalakkan guru-guru di sekolah

melaksanakan penyelidikan tindakan ini, maka secara tidak langsung membuka peluang kepada mereka untuk nilai tambah dalam peningkatan profesionalisme keguruan itu sendiri. Setiap usaha yang dijalankan di dalam penyelidikan tindakan ini dapat menemukan pendekatan dan strategi terkini dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, unsur nilai tambah yang dilaksanakan adalah dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam bilik darjah kerana ledakan globalisasi pendidikan pada hari ini sememangnya memerlukan

penggunaan teknologi dalam pembelajaran murid-murid. Sehubungan dengan itu, nilai tambah yang wujud dalam proses pengajaran ini sememangnya dapat meningkatkan profesionalisme guru kerana guru mengajar berdasarkan peredaran masa kini. Pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam usaha meningkatkan profesionalisme keguruan ini turut disokong di dalam artikel Penyelidikan Tindakan: Perkembangan Profesionalisme Ke Arah Pengamalan Reflektif Dan Penambahbaikan Sekolah oleh Dr Toh Wah Seng. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penyelidikan tindakan boleh diguna pakai sebagai satu pendekatan untuk perkembangan profesional yang dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti amalan guru dan justeru itu, penambahbaikan sekolah. Penyelidikan tindakan melibatkan pengamalan reflektif yang sistematik dan berstruktur dan proses ini hendaklah berterusan secara cyclical dengan tujuan menambah baik amalan. Kemahiran menjalankan penyelidikan tindakan sangat berguna untuk guru memperkembangkan profesionalisme secara kendiri dan secara beransur maju ke arah menjadi seorang pengamal reflektif. Model penyelidikan tindakan yang beransur maju supaya mudah dilaksanakan oleh guru adalah dicadangkan supaya membolehkan guru mengamalnya 23 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU dalam bilik darjah dan di sekolah. Dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Toh Wah Seng ini jelas menunjukkan bahawa Penyelidikan Tindakan ini sememangnya mampu meningkatkan profesionalisme guru di sesebuah sekolah. Sehubunngan itu, guru besar perlulah menggalakkan semua guru di sekolah melakukan penyelidikan tindakan ke arah meningkatkan profesionalisme keguruan itu sendiri. 4.2 Menggalakkan Guru-Guru Di Sekolah Mengikuti Program

Profesionalisme Berterusan Guru besar di sesebuah sekolah perlulah menggalakkan semua guru untuk sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan ini dengan memberikan galakan kepada mereka untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang perguruan ini sendiri. Dalam konteks yang sama, pembangunan profesionalisme berterusan ini turut dilaksanakan dengan cara pemantauan yang dilakukan oleh guru besar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah tersebut. Guru besar perlulah peka dengan kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh kerajaan dan membuka peluang bagi semua guru di sekolah tersebut untuk menyertai kursus yang dianjurkan. Kepekaan guru besar dalam membantu guru menambah ilmu pengetahuan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan profesionalisme keguruan itu sendiri. Secara umumnya, guru-guru di sekolah pada masa kini sememamngnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan ini kerana Kajian Tinjauan Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran (the Teaching and Learning International Survey TALIS) di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 mendapati pelibatan guru di Malaysia dalam pembangunan profesionalisme berterusan adalah sangat baik. Lebih daripada 90% guru melaporkan bahawa mereka mengikuti program pembangunan profesionalisme sekitar 10 hari setahun, iaitu lebih daripada keperluan tujuh hari setahun seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan. Latihan ini meliputi latihan kendiri, bengkel di luar sekolah, dan aktiviti bimbingan berasaskan sekolah seperti pemerhatian dalam bilik darjah dan perancangan pengajaran. Dapatan ini menunjukkan bahawa bahawa guru di Malaysia sangat beriltizam untuk meningkatkan diri. Oleh itu, iltizam yang telah ditunjukkan oleh guru-guru di sekolah ini perlulah disokong oleh guru besar kerana guru besar perlu mewujudkan pentadbiran

24 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU yang sentiasa menyokong hasrat guru untuk meningkatkan profesionalisme keguruan itu sendiri. Tindakan dalam menggalakkan guru-guru mengikuti program

profesionalisme berterusan ini ke arah peningkatan profesionalime guru di sekolah turut disokong oleh pihak kementerian di Malaysia dimana di dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 menyatakan bahawa kerajaan bakal meningkatkan jumlah peratusan aktiviti pembangunan profesionalisme ini kepada 16 peratus. Antara aktiviti yang akan ditingkatkan adalah pemerhatian rakan sekerja dan perancangan pengajaran. Usaha kerajaan dalam meningkatkan peratusan ini adalah berdasarkan dapatan kajian antarabangsa menunjukkan bahawa pemerhatian rakan sekerja dan perancangan pengajaran adalah lebih berguna kerana mereka mendapat maklum balas langsung tentang cara menambahbaik amalan di bilik darjah. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa pembangunan profesionalisme berterusan ini merupakan salah satu cara terbaik dalam meningkatkan profesionalisme itu sendiri kerana usaha tersebut turut disokong oleh pelbagai pihak dan kajian menunjukkan bahawa cara tersebut memberikan pelbagai impak positif terhadap bidang perguruan itu sendiri. 4.3 Mewujudkan Pelaksanaan Program Mentor Mentee di Sekolah Pelaksanaan program mentor mentee ini merupakan salah satu tindakan yang boleh diambil oleh guru besar dalam proses peningkatan profesionalisme guru di sekolah mereka. Program mentor mentee ini boleh dilaksanakan dengan cara guru besar itu sendiri membantu guru-guru yang lain untuk mencapai standard perkhidmatan cemerlang yang telah ditetapkan. Sebagai contoh seorang guru besar membantu guru lain untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan dan sistem pengurusan yang lebih bersepadu. Program mentor mentee ini juga boleh dilaksanakan dengan cara guru cemerlang ataupun guru berpengalaman di sekolah tersebut membantu guruguru lain untuk meningkatkan prestasi dalam bidang perguruan ini berdasarkan perkara-perkara yang telah mereka lakukan dalam mencapai kejayaan yang telah dilalui. Antara contoh adalah guru cemerlang ini boleh mengajar guru lain untuk mengenaloasti elemen penting dalam sesuatu tugas dan memahami pelaksanaan kerjaya guru dengan sebaik mungkin. Selain itu, mentor guru di sekolah juga boleh mengajar mentee mereka untuk sentiasa

25 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU bersedia berhadapan dengan bebanan tugas tetapi masih mengekalkan kecemerlangan dalam gaya pengajaran mereka. Program Mentor Mentee ini turut disokong oleh teori Lima Peringkat Perkembangan Guru oleh Trotter (1986) yang menyatakan bahawa terdapat 5 peringkat perkembangan guru iaitu bermula daripada peringkat novis, novis lanjutan, cekap, mahir dan pakar. Menurut teori ini, guru yang telah berada pada peringkat pakar boleh menggunakan pengalaman mereka untuk membimbing dan menjadi mentor kepada guru novis. Mereka boleh berkongsi idea, pengalaman, dan kemahiran melalui forum, kursus latihan dalam perkhidmatan, seminar penyelidikan, diskusi intelak dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, guru novis dapat meningkatkan pencapaian mereka dengan adanya bantuan daripada guru pakar ini. Pelaksanaan mentor mentee yang dilaksanakan di sekolah sememangnya memberikan impak yang berkesan dalam proses peningkatan profesional guru kerana guru-guru di setiap sekolah boleh mempelajari perkara baharu daripada guru yang lebih berpengalaman. Pelaksanaan program mentor mentee ini turut dinyatakan di dalam Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas. Berdasarkan perangkaan

gelombang 3 ini, dapat dinyatakan bahawa salah satu aspirasi Kementerian ialah mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme teladan rakan setugas, iaitu pemimpin sekolah menjadi mentor dan saling membimbing, membangun dan menatarkan amalan terbaik ke sekolah-sekolah serta memastikan rakan setugas mempunyai akauntabiliti untuk mencapai standard profesional. Gelombang 3 yang dinyatakan di dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan2013-2025) ini menunjukkan bahawa program mentor mentee ini merupakan satu tindakan bijak yang seharusnya diamalkan oleh guru besar sejak dahulu lagi dalam meningkatkan profesionalisme guru di sesebuah sekolah. Kesimpulannya , program mentor mentee antara guru di sekolah memberikan impak yang positif terhadap sistem pendidikan di negara kita pada hari ini.

26 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU 4.4 Meningkatkan Kriteria Pemilihan Guru Yang Mempunyai Prestasi Cemerlang Di Sekolah Guru besar di sekolah juga boleh mengambil tindakan dengan meningkatkan kriteria-kriteria dalam menentukan guru yang menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah bagi diberikan pengiktirafan. Tujuan peningkatan terhadap tahap pemilihan guru cemerlang ini adalah untuk memastikan bahawa semua guru yang dipilih untuk dianugerahkan gelaran guru cemerlang ini melepasi standard paiawan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tapisan demi tapisan haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin dan guru besar juga seharusnya mengetepikan sikap berat sebelah dalam soal pemilihan guru cemerlang ini. Hal ini kerana, jika standard pemilihan guru cemerlang itu dipertingkatkan, maka secara tidak langsung peningkatan profesionalisme guru di sekolah tersebut berada pada tahap yang memuaskan. Apabila seorang guru cemerlang yang dipilih adalah individu yang benar-benar layak untuk menerima anugerah tersebut, maka standard profesionalisme guru juga dapat dipertingkatkan. Guru yang benar-benar mahir serta pakar boleh membantu guru-guru asas seperti guru peringkat novis dan lanjutan novis sepertimana yang telah dinyatakan di dalam teori Lima Peringkat

Perkembangan Guru oleh Trotter (1986). Peningkatan kriteria dalam pemilihan guru yang berprestasi cemerlang ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa guru yang dipilih ini benar-benar mampu melaksanakan

tanggungjawab yang telah ditetapkan dan memenuhi syarat sebagai seorang guru yang profesional. Peningkatan kriteria pemilihan guru berprestasi cemerlang ini turut dikemukakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di dalam Gelombang 1 (2013-2015) : Meningkatkan Standard Dan Sistem Sokongan dimana Kementerian akan menyediakan satu instrumen yang mengandungi kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada setiap peringkat tempoh perkhidmatan mereka. Sekiranya mereka tidak dapat untuk memenuhi kompetensi yang ditetapkan, maka satu sistem kawalan akan dilaksanakan kepada guru-guru ini. Kompetensi yang dicadangkan mengandungi empat dimensi iaitu pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai profesional, aktiviti di luar bilik darjah, dan sumbangan profesional. Sebanyak 60 % aspek penilaian yang akan dinilai adalah berdasarkan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Proses penilaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian di dalam pengajaran guru ini adalah berdasarkan dua aspek iaitu pemerhatian guru dalam bilik 27 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU darjah dan pencapaian murid dalam kelas yang diajar. Objektif proses penilaian ini adalah mewujudkan suatu pendekatan lebih tekal dan objektif yang merentas semua penilaian dan memupuk budaya prestasi cemerlang di sekolah. Dengan adanya dasar di dalam gelombang 1 ini, maka dapat dilihat bahawa Kementerian benar-benar mahukan peningkatan dalam

profesionalisme guru masa kini. Sehubungan dengan itu, guru besar di sekolah yang meningkatkan standard pemilihan guru cemerlang ini perlulah berdasarkan dasar gelombang 1 yang telah ditetapkan oleh Kementerian ini supaya guru besar secara tidak langsung dapat merealisasikan dasar-dasar yang telah dikemukakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 ke arah

mempertingkatkan mutu pendidikan di negara kita. Oleh itu, jelaslah bahawa tindakan guru besar dalam meningkatkan kriteria pemilihan guru yang mempunyai prestasi cemerlang di sekolah ini sememangnya satu proses peningkatan profesionalisme guru di sekolah tersebut. 4.5 Melindungi Dan Memanjangkan Masa Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru besar di sesebuah sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan profesionalisme guru di sesebuah sekolah. Perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya bergantung kepada cara seseorang guru besar mencorakkan guru-guru untuk mengajar di dalam bilik darjah. Tindakan yang boleh diambil oleh seorang guru besar dalam peningkatan profesionalisme guru ini adalah dengan cara melindungi dan memanjangkan masa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru besar perlulah memastikan bahawa sebarang aktiviti yang tidak berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum yang telah ditetapkan tidak berada di dalam takwim sekolah. Waktu mengajar yang telah diperuntukkan oleh semua guru perlulah digunakan dengan sebaik mungkin supaya dapat membantu dalam meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri di mana guruguru ini sentiasa berkhidmat dengan sebaik mungkin dan bukan hanya untuk mendapatkan gaji pada masa yang ditetapkan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 2025 ada menyatakan bahawa antara ciri amalan pengajaran yang baik adalah apabila sesebuah sekolah menghadkan aktiviti yang mengganggu jadual waktu biasa. Sebagai contoh, tidak mengarahkan guru meninggalkan kelas untuk bermesyuarat, mengganti kelas sekiranya guru perlu menghadiri mesyuarat atau latihan, dan dalam kes tertentu 28 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU memanjangkan masa pengajaran dan pembelajaran melalui kelas pemulihan selepas sekolah untuk murid yang lemah. Sekiranya seseorang guru besar itu mampu melaksanakan perkara seperti ini, nescaya guru akan lebih bersemangat untuk berkhidmat dan memberikan tumpuan sebaiknya terhadap tugas yang perlu dijalankan dan secara tidak langsung meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri.

Tindakan melindungi dan memanjangkan masa pengajaran dan pembelajaran ini telah dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan Babagon Toki di sabah dimana mereka telah mengadakan pondok pembelajaran yang dikendalikan oleh guru pada waktu rehat. Murid yang melawat pondok ini dan melengkapkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan akan menerima bintang dan pada akhir setiap bulan dan murid yang menerima bintang terbanyak akan diberikan hadiah. Sehubungan dengan itu, dengan adanya galakan yang diberikan oleh guru besar kepada guru-guru di sekolah tersebut untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada semua murid secara tidak langsung membantu guru dalam memupuk profesion keguruan itu sendiri ke tahap yang lebih memuaskan. Guru yang mempunyai jiwa di dalam dunia pendidikan ini akan dapat memahami murid dengan lebih baik dan bersedia berkhidmat demi profesion keguruan itu sendiri.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa tindakan guru besar dalam melindungi dan memanjangkan masa pengajaran dan pembelajaran ini sememangnya dapat membantu dalam meningkatkan profesionalisme guru kerana kini mereka lebih komited terhadap tugas yang dijalankan.

29 | P a g e

TINDAKAN-TINDAKAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU 4.5 Kesimpulan Tuntasnya dapat dinyatakan bahawa peranan guru besar di sesebuah sekolah adalah sangat penting kerana guru besar merupakan penentu corak pengurusan pembelajaran di sesebuah sekolah. Sekiranya seorang guru besar sentiasa berusaha untuk memartabatkan profesionalisme keguruan itu sendiri, sudah pasti mereka akan melaksanakan perkara-perkara yang dapat membantu ke arah pelaksanaan perkara tersebut. Tindakan-tindakan yang telah dicadangkan ini sememangnya bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara supaya dapat bergerak seiring dengan negara maju yang lain. Dalam konteks yang sama, tindakan yang dicadangkan juga adalah untuk mencapai hasrat yang telah dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025 yang baru dilancarkan pada 6 September 2013 dimana : Terdapat lima hasil yang menjadi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan ini secara menyeluruh, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Hasil ini selaras dengan aspirasi yang diutarakan semasa Dialog Nasional, dan setanding dengan hasil yang dicapai oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi. Selain hasil keseluruhan sistem ini, Pelan ini juga akan terus menggunakan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu pendidikan seimbang sebagai aspirasi bagi setiap murid. Kombinasi pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional yang kukuh adalah penting dalam mempersiapkan murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Sehubungan dengan itu, seorang guru perlulah berusaha dalam sentiasa meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri supaya dapat menjadikan kerjaya ini sebagai satu kerjaya pilihan dan berprestasi tinggi pada masa akan datang.

30 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai