Anda di halaman 1dari 15

ANALISIS DAN PENILAIAN

BUKU TEKS  
• SUBJEK : PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
• TINGKATAN : SATU
• PENULIS : IDRIS BIN MOHAMAD,
SHAHARUDIN BIN ABD AZIZ
DAN ZAMRY BIN AHMAD
• PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA
• TEMPAT TERBIT : SELANGOR DARUL EHSAN
• TAHUN TERBIT : CETAKAN PERTAMA 2002
1. KETEPATAN KANDUNGAN
A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN
TAHAP
B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN
C. KEMUTAKHIRAN ISI KANDUNGAN
D. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN
PELAJAR
E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN
F. FOKUS KANDUNGAN
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN
DENGAN TAHAP
• Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak
mengalami perubahan sama ada dari segi konsep
ataupun perkembangan intipati kandungannya.
• 1. Kelengkapan isi kandungan
• 2. Keluasan isi kandungan
• 3. Kedalaman isi kandungan
• Daripada ketiga-tiga intipati kandungan ini maka,
kesesuaian isi kandungan adalah selaras dengan
tahap perkembangan pelajar Tingkatan 1.
KETEPATAN ISI KANDUNGAN
• Ketepatan keseluruhan dalam isi kandungan
ini bersesuaian dengan Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan.
• Ia dapat dikukuhkan dengan adanya buku teks
PJK Tingkatan 1 yang meliputi kepada Tunjang
Pendidikan Jasmani (Bab 1,2,3) dan Tunjang
Pendidikan Kesihatan (Bab 4,5,6).
KEMUTAKHIRAN ISI KANDUNGAN
• Kesesuaian kandungan dengan perkembangan
ilmu dan teknologi adalah sangat baik untuk
melahirkan generasi yang sihat dengan
melibatkan penggunaan istilah sains sukan.
• Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi
peraturan dan kes sebenar juga sesuai dengan
aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.
• Kemutakhiran daftar ejaan juga sesuai dengan
tahap perkembangan pelajar iaitu pelajar mudah
faham.
KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN
PELAJAR
• Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui
aktiviti kecergasan fizikal adalah sesuai digunakan
dalam PJK berdasrkan buku teks ini.
• Keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar
juga sesuai kerana dalam tunjang pendidikan
kesihatan banyak menerapkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian.
• Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan
(Malaysia) juga sesuai kerana banyak
menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia.
KEPEKAAN TERHADAP NILAI
TEMPATAN
• Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai
tempatan melibatkan domain afektif seperti
berkerjasama, hormat menghormati dan banyak
lagi telah diperjelaskan dalam Bab 4 iaitu
Kesihatan Diri dan Kekeluargaan.
• Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai
gagasan atau wawasan negara diterapkan dalam
domain afektif pembelajaran iaitu menyemai
semangat berpasukan serta menanamkan
keyakinan dalam diri pelajar.
FOKUS KANDUNGAN
• Fokus kandungan dalam buku teks Tingkatan 1
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan lebih
mendorong perasaan pelajar ingin tahu serta
memperkembang dan meningkatkan daya kreativiti
pelajar.
• Selain itu, dalam mengembangkan daya kritikal dan
kemahiran hidup juga diterapkan dalam diri pelajar
berdasarkan pembelajaran berdasarkan kandungan
buku teks ini. Secara tidak langsung, pelajar yang dlam
proses ke arah lebih matang ini akan terus berusaha
memperbaiki diri dan belajar untuk berdikari.
2. PAPARAN
A. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN
B. PEMAPARAN KANDUNGAN
PEMBELAJARAN
C. KELENGKAPAN DOKUMENTASI
TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN
• Pendidikan dalam kelas PJK memberi peluang
kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami
proses pembelajaran melalui penglibatan
mereka dalam aktiviti fizikal.
• Oleh itu, ketertiban konsep, definisi dan fakta
serta sifat konstekstual, keseimbangan,
kesinambungan dan Keutuhan makna bab/ sub
bab/ topik keseluruhannya merangkumi kepada
pendidikan yang menyeluruh meliputi domain
psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi
(Bucher 1979).
PEMAPARAN KANDUNGAN
PEMBELAJARAN
• Kandungan pembelajaran bagi PJK lebih banyak
berpusatkan kepada guru dan hanya sesetengah
kaedah digunakan berpusatkan kepada pelajar.
• Pembelajaran dalam buku teks ini menggalakkan
pelajar melakukan pembelajaran kendiri. Hal ini kerana
dalam kandungan buku teks ini terdapat beberapa
gambar ansur maju dalam beberapa aktiviti seperti
lontar peluru dan kemahiran dalam lari pecut.
• Ia juga bervariasi kerana banyak aktiviti yang
dijalankan dipaparkan dengan variasi pergerakan dan
gambar yang menarik.
Sambungan…
• Keadilan & demokrasi tidak menimbulkan bias
dalam pembikinan buku teks. Ia menggambarkan
konsep 1 Malaysia.
• Mengembangkan kemahiran proses amat sesuai
kerana dalam ilustrasi yang ditunjukkan banyak
meletakkan lukisan berbanding gambar.
• Mencipta komunikasi interaktif amat kurang dalam
pembikinan buku teks ini.
• Aspek keselamatan juga ditekankan dalam buku
teks ini bagi mengelakkan pelajar melakukan
sesuatu aktiviti tanpa pengawasan guru.
KELENGKAPAN DOKUMENTASI
• Pengantar telah disediakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia iaitu Datuk Abdul Rafie Bin Mahat yang
menyatakan bahawa buku teks ini dibina semula
berdasarkan KBSR dan KBSM semakan semula.
• Definisi istilah menyatakan bahawa pelajar perlu memahami
dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar dapat mengamalkan
gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia.
• Advance organizer pada awal bab menjelaskan segala aktiviti
yang melibatkan Tunjang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
yang memerlukan keseluruhan konsep dan info berkaitan
dengan sukan.
• Sumber rujukan terkini untuk teks, gambar, jadual, diagram,
lampiran, nama, tarikh termasuk sumber atas talian secara
keseluruhannya boleh digunapakai kerana ia dirujuk pada
sumber-sumber yang terbaru iaitu antara tahun 1990an dan
2000.
Sambungan…
• Rumusan dalam buku teks ini adalah mengikut setiap bab.
• Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab tidak
cukup untuk pengukuhan minda pelajar kerana dari Bab 1
hingga 6 latihan yang disediakan terlalu sedikit dan
banyak lebih kepada soalan subjektif.
• Daftar pustaka dalam buku teks ini telah mendapat
keizinan daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
• Indeks tersusun dan diletakkan di belakang sekali buku
teks.
• Lampiran dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan melampirkan kepada 4 lampiran iaitu nama-
nama otot, prosedur Ujian lompat Squat menegak,
Prosedur Ujian Lari Pecut 40 meter dan Jenis vitamin,
sumber dan fungsinya.

Anda mungkin juga menyukai