Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN
Lontar peluru diklasifikasikan sebagai salah satu acara padang yang tergolong dalam

beberapa kategori acara balingan yang lain seperti melempar cakera, merejam lembing dan
membaling tukul besi. Seperti juga acara balingan yang lain, acara ini hanya boleh dilakukan
dengan menggunakan sebelah tangan sahaja dan ia dilakukan daripada ruang dalam sebuah
gelanggang yang berbentuk bulatan kecil.
Tidak seperti acara rejam lembing dan lempar cakera, lontar peluru tidak mempunyai
sejarah yang lama. Acara merejam lembing dan melempar cakera telah wujud sejak sekian lama
dan mula diperkenalkan semasa awal perkembangan sukan Olimpik kuno lagi. Acara-acara ini
dijustifikasikan berdasarkan inskripsi-inskripsi purba yang ditemui. Jelasnya berdasarkan fakta,
aktiviti melontar batu yang dijadikan sebagai aktiviti masyarakat kuno adalah titik tolak
permulaan yang menjadi inspirasi kepada perkembangan acara sukan lontar peluru.
2.0

TEKNIK-TEKNIK ACARA LONTAR PELURU


Realitinya dalam acara yang melibatkan kuantifikasi jarak seperti acara lontar peluru ini

seringkali didominasi di kalangan atlet-atlet yang mempunyai susuk tubuh yang besar, tegap
mahu pun berotot. Mengikut sejarahnya, atlet lontar peluru yang terbesar yang pernah menyertai
sukan olahraga bagi acara sukan lontar peluru ini ialah Harold Connoly dengan ketinggian 1.8 m
manakala beratnya 119 kg. sehubungan dengan itu, acara ini diinterpretasikan sebagai acara yang
memerlukan kriteria-kriteria seperti yang dinyatakan. Seolah-olah, kriteria-kriteria berkenaan
menjadi syarat utama untuk memenuhi personaliti sebagai seorang atlet untuk berkecimpung
dalam acara ini.
Walau bagaimanapun, kriteria-kriteria tersebut bukanlah penjamin utama yang boleh
mendatangkan keberkesanan kepada lontaran yang jauh. Jelasnya di sini, jauh atau dekatnya
jarak sesuatu lontaran amat dipengaruhi oleh teknik yang mana teknik ini perlu diadaptasi
sepenuhnya oleh seseorang atlet lontar peluru. Pengadaptasian ini sewajarnya perlu agar dapat

memberikan implikasi yang berkesan ke atas lontaran yang dilakukan yakni impak lontaran yang
jauh dan baik.
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasikan mengikut
kemahuan dan kesesuaian masing-masing. Antara teknik yang mengembangkan gaya lontaran
yang sering kali diamalkan oleh atlet lontar peluru amatur ialah:
Teknik James Fuchs atau teknik secara melungsur selangkah.
Teknik Parry OBrien atau teknik lontaran secara membelakang.
Teknik Alexander Baryshnikov atau teknik lontaran secara berputar.
2.1

Teknik James Fuchs (Teknik Melungsur Selangkah)

Fasa lakuan sedia


Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran.
Kemudian, setelah menempatkan peluru, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki
kanan atau kiri. Kaki kanan atau kiri dibiarkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah
bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki). Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan
kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan
sedikit.
Fasa lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kanan atau kiri supaya kaki kanan atau kiri pelontar
dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas
dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian
badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur). Kaki
kanan atau kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan.
Fasa kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan atau kiri bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul
kanan atau kiri dipusingkan ke kanan atau kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu
dan tangan kanan atau kiri pelontar (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.

Fasa lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang melungsur
(kaki kanan atau kiri yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan menjadi terangkat
dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang
bermula dengan menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan yang memegang
peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kanan atau kiri mestilah digunakan
untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa
peluru dilontar.
Fasa pulihan
Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan berkemungkinan
terjatuh ke kawasan hadapannya selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah
dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak.
Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan atau kiri ke hadapan bulatan
(belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kanan atau kiri digerakkan ke
belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.
2.2

TEKNIK PARRY OBRIEN (TEKNIK MEMBELAKANG)

Teknik Parry OBrien adalah suatu teknik atau gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry OBrien
sendiri. Beliau ialah seorang atlet Amerika Syarikat yang terkemuka. Pada tahun 1956, dengan
gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar
pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 m jaraknya. Teknik ini masih
popular hingga ke hari ini.

Fasa lakuan sedia


Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran
kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir
selari dengan tanah.
Fasa lungsuran
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasai di atas kaki kanan atau kiri,
pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan atau kiri dijengketkan
(lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kanan atau kiri
ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih dalam keadaan
condong.
Fasa kilasan badan
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kanan atau kiri) telah bertapak di
belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas
badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah
sebelum ini).
Fasa lontaran, ikut lajak dan pulihan
Fasa-fasa dalam teknik di sini adalah hampir sama seperti yang diterangkan dalam teknik
melungsur selangkah sebelum ini.
2.3

Teknik Alexander Baryshnikov (Teknik Rotasi)

Fasa lakuan sedia


Kedudukan badan membelakangi arah hadapan di mana lontaran akan
ditujui. Berdiri dengan kedudukan sekurang-kurangnya di belakang
gelanggang sektor bulatan.

Fasa lungsuran
Setelah badan condong ke bawah dan berat badan dirasai di atas
kaki kanan atau kiri, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini
dibuat dengan kaki kanan atau kiri dijengketkan (lutut dibiarkan
bengkok) ke belakang. Dalam

melakukan pergerakan

yang

seterusnya, pelontar yang menggunakan tangan kanan atau


memusingkan bahu yang sekaligus membawa badannya

kiri

bersama

ke arah kanan atau kiri sebelum berputar sepenuhnya ke kanan atau kiri untuk melontar.
Fasa putaran badan
Dalam memulakan fasa putaran sama ada ke
arah

kanan

atau kiri, badan

berputar

sepenuhnya (dalam putaran sudut penuh 360)


di bahagian tengah gelanggang

dengan

membelakangkan arah lontaran yang ditujui.


Fasa lontaran
Ketika putaran diakhiri dengan pinggul yang diputar secara bersama dengan keseluruhan anggota
badan, langkahan ke hadapan dilakukan dengan bersandarkan kepada kaki kanan atau kiri.
Kemudiannya, peluru dilontar dengan mengaplikasikan kuasa ledakan terakhir semasa fasa
pelepasan. Luruskan tangan ke arah lontaran.

Fasa pulihan
Untuk
dan

mengelakkan
mungkin

boleh

pelontar

daripada

menyebabkannya

kehilangan

imbangan

terjatuh ke kawasan

hadapannya, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan. Pergerakan ini


merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah
pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan atau kiri ke
hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang
sama kaki kanan atau kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan
badan.

3.0

ANALISIS BIOMEKANIK
Kajian-kajian tentang variabel yang mempengaruhi kualiti sesuatu pergerakan menerusi

pendekatan teori dan aplikasi ilmu biomekanik telah banyak dilakukan. Justeru, biomekanik
yang tergolong sebagai antara disiplin ilmu sains sukan yang berfokus meninjau pergerakan
menerusi sintesis bidang-bidang biologi, fizik, dan matematik sepenuhnya telah dapat
menjustifikasikan faktor-faktor mekanik yang mempengaruhi kualiti sesuatu lontaran. Untuk
menghasilkan

jarak

lontaran

yang

maksimum,

beberapa

faktor

mekanik

yang

mengkuantifikasikan jarak perlu dianalisa dan diadaptasi keberkesanannya. Faktor-faktor yang


dimaksudkan adalah; sudut pelepasan, halaju pelepasan, ketinggian pelepasan. Sehubungan
dengan kenyataan ini, secara teoritikalnya, sudut pelepasan optimum untuk menghasilkan jarak
lontaran yang maksimum adalah 45.
Berdasarkan dengan apa yang telah dinyatakan tadi, penyataan kini dihubungkaitkan pula
dengan prinsip biomekanik. Prinsip di sini mengemukakan beberapa hukum yang dianggap
sebagai faktor semulajadi yang bersifat subjektif dan mempunyai implikasi yang saling
hubungkait atau kebergantungan antara satu sama lain.

Hukum Newton Pertama (Inersia)


Sesuatu jasad akan kekal berada dalam kedudukan atau keadaan asalnya yakni pegun atau
terus bergerak secara seragam dalam satu hala melainkan ada daya yang bertindak ke atasnya
sama ada untuk menggerakkan atau menghentikannya. Tindakan daya sebenarnya mekanisme
utama yang mempengaruhi atau menyebabkan perubahan berlaku kepada keadaan-keadaan
seperti yang dinyatakan. Semasa permulaan untuk melakukan lontaran, satu daya yang lebih
besar daripada berat badan perlu dikenakan ke atas jasad (yang di sini merujuk kepada peluru).
Hal ini menjelaskan tentang bagaimana hukum ini berfungsi dalam lakuan pergerakan untuk
menambahkan atau meningkatkan kelajuan untuk pemecutan semasa menolak jasad.
Hukum Newton Kedua (Hukum Pecutan)
Apabila sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu jasad, ia akan bergerak ke arah yang sama
dengan arah tersebut. Oleh itu, pecutan atau peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan
saiz dan jisim jasad. Disebabkan alatan (peluru) tidak dapat diubah dari segi saiz dan jisimnya
kerana terikat dengan undang-undang pertandingan sebagaimana yang diperuntukkan, maka
pelontar akan cuba menggunakan cara lain untuk mendapatkan jarak lontaran yang jauh melalui
impuls. Impuls ialah paduan di antara daya dengan jangka masa daya itu bertindak. Ia penting
dalam kinetik lakuan kerana pergerakan yang terhasil daripada tindakan sesuatu daya
dipengaruhi oleh jangka masa daya itu bertindak. Oleh hal yang demikian, kedudukan lengan
pelontar ketika lurus akan menghasilkan impuls yang tinggi pada daya yang ditarik daripada
sebelah tubuh supaya pemecutan yang tinggi berlaku ke atas peluru. Hal ini yang sebenarnya
mendorong kepada peningkatan halaju agar jasad dapat mengatasi rintangan untuk
membolehkannya menyesar jauh.
Hukum Newton ketiga (Hukum Reaksi)
Sebagaimana yang dijustifikasikan dalam penaakulan ilmu fizik, suatu tindakbalas
(reaksi) wujud dalam setiap aksi atau tindakan yang berlaku. Oleh sebab itu, daya yang diaplikasi
ke atas jasad boleh dimaksimakan menerusi daya tindakbalas dari tanah (bumi). Untuk
mengekalkan kestabilan ketika daya yang maksima bertindak, kedudukan badan seharusnya
diarahkan ke arah pergerakan yang telah ditentukan. Kaki ditolakkan pada atas kawasan

permukaan gelanggang untuk menghasilkan daya yang bertentangan yang mana kadar
penghasilan daya itu adalah sama dengan daya tolakan ketika melakukan lontaran.
Sudut lontaran
Sudut yang terbaik bagi sesuatu sudut pelepasan ketika melakukan lontaran ialah 45.
Sudut pelepasan amat penting kerana wujudnya perbezaan tahap kuantifikasi mekanikal antara
fasa pelepasan dan pendaratan peluru yang bergantung kepada magnitud halaju pelepasan.
Jelasnya, semakin tinggi halaju fasa pelepasan, semakin besar julat sudut pelepasan yang
mencapai nilai sudut optimum 45. Merujuk kepada tinggi pelepasan, ia amat berkait rapat
dengan aspek ketinggian seseorang atlet pelontar peluru. Sehubungan dengan itu, faktor
ketinggian juga memainkan peranan yang amat penting. Hal ini kerana seseorang pelontar peluru
yang tinggi mempunyai kelebihan mahu pun kesempurnaan dari segi regangan anggota badannya
yang akan memudahkannya melontar mengikut haluan sudut yang disarankan dengan baik malah
boleh mencapai jarak yang jauh.
Stabiliti
Penentuan posisi yang stabil adalah berdasarkan kedudukan pusat graviti jasad. Dengan
kata lain di sini, situasi ini adalah untuk menentukan titik keseimbangan jasad. Sesuatu jasad
akan kekal berada dalam keadaan yang stabil selagi mana satah-satah graviti jatuh pada tapak
sokongan jasad tersebut. Sekiranya satah-satah graviti jatuh dan semakin menghampiri titik pusat
tapak sokongan, maka stabiliti jasad tersebut menjadi semakin teguh pada kedudukannya. Dalam
lontar peluru, pusat graviti bagi pelontar bermula daripada penghujung bawah tapak sokongan
dan berakhir di penghujung atas tapak sokongan pelontar. Oleh yang demikian, seseorang atlet
pelontar peluru perlu memastikan agar dirinya semasa melakukan setiap fasa pergerakan berada
dalam keadaan keseimbangan supaya dapat membantunya melakukan lontaran yang sempurna.
Geseran
Geseran adalah daya yang bertindak di antara sentuhan dua permukaan. Magnitud daya
geseran yang terhasil daripada arah tindakan daya yang bertentangan menentukan darjah
kesukaran untuk menghasilkan pergerakan. Dalam konteks di sini, daya berhubung kait dengan
permukaan tapak kasut pelontar yang bergeser dengan permukaan atau sektor lontaran.

4.0

ISU KEJURULATIHAN
Jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan sesuatu jenis bentuk

latihan. Jurulatih adalah dianggap sebagai perancang utama dan fasilitator yang akan
mengendalikan pelbagai aspek fisiologi, sosiologi dan fisiologi yang kompleks. Oleh itu program
latihan yang dirancang seharusnya mengambil kira beberapa faktor seperti umur, kebolehan dan
kualiti atlet yang terbabit. Ini adalah kerana bukan semua atlet memiliki kebolehan dan
kemampuan yang sama. Kebolehan jurulatih untuk merancang program yang sesuai dan
berkesan akan dapat membantunya memberi latihan yang secukupnya bagi memastikan atlet
mencapai tahap prestasi yang maksimum padamasa yang dikehendaki.
Program latihan juga perlu mengambil kira faktor pemulihan atau rehat antara masa
latihan bagi memastikan peningkatan prestasi yang berterusan. Untuk memastikan tahap yang
terbaik dalam sesuatu pertandingan, ianya haruslah seiring dengan keadaan tubuh fizikal yang
cemerlang. Kemantapan fizikal mempunyai signifikan ia ini berkaitan dengan pembentukan
pelbagai tahap dan kesesuaian fizikal. Memiliki tahap kemahiran yang tinggi dan sempurna,
tahap psikologi yang mantap serta mempunyai tahap kesihatan yang baik merupakan ciri-ciri
yang sangat penting agar atlet dapat menyerap tekanan

semasa latihan dan juga semasa

pertandingan terutama pada peringkat yang tinggi.


5.0

LANGKAH KESELAMATAN BAGI PELONTAR PELURU


Dalam acara lontaran, ia amat berbeza berbanding acara lompatan kerana ia melibatkan

peralatan yang dianggap agak berbahaya jika tidak dikendali dengan berhemah. Sebagai seorang
atlet lontar peluru, aspek keselamatan harus dipertimbangkan sewaktu menjalani latihan
mahupun ketika kejohanan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara di luar
jangka yang boleh mengakibatkan kecederaan serius sama ada bagi atlet sendiri mahupun orangorang yang berada di sekitar kawasan lontaran.
Sebagai seorang atlet lotar peluru, atlet perlu memahami sejauhmana bahaya yang boleh
dicetuskan sekiranya keselamatan diabaikan ketika melakukan latihan. Di samping pakaian

sukan yang sesuai digunakan, atlet perlulah menitikberatkan keadaan peralatan yang digunakan
semasa latihan dijalankan. Sama ada dari segi fizikal peluru ataupun sektor lontaran. Fizikal
peluru yang tidak berada dalam keadaan yang baik boleh mengakibatkan kecedaraan kepada atlet
itu sendiri.
Selain itu, sektor lontaran juga perlulah mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta berada
dalam keadaan yang memuaskan seperti bulatan lontaran yang rata dan tidak licin, blok kayu
yang tidak tajam serta kawasan pendaratan bebas daripada gangguan.
Atlet juga seharusnya berada dalam keadaan fizikal yang sesuai untuk melakukan latihan
lontaran atau menghadapi pertandingan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kecederaan
kepada atlet itu sendiri terutamanya apabila melibatkan pergerakan yang optimum dan agresif
untuk menghasilkan jarak atau catatan yang memberangsangkan.
Atlet juga seharusnya mengekalkan disiplin diri dengan mendengar setiap arahan yang
diberikan oleh jurulatih sepanjang sesi latihan dijalankan. Arahan-arahan yang diberikan adalah
bertujuan untuk menghindar sebarang perkara yang tidak diingini serta boleh mengakibatkan
kecederaan kepada atlet itu sendiri.
6.0

LANGKAH KESELAMATAN BAGI JURULATIH


Di samping memastikan prestasi atlet sentiasa berada dalam keadaan yang optima,

jurulatih mestilah menitikberatkan keselamatan yang menjadi faktor paling penting bagi peserta
lontar peluru, guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya
membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan
membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat
dengan peserta. Oleh itu adalah penting jurulatih dan guru menitikberatkan langkah-langkah
keselamatan.

10

Berikut adalah langkah-langkah ini diperhatikan amat perlu ditekankan oleh para jurulatih:
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan terutamanya atletatlet lain.
2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan
akan dilakukan oleh perserta.
3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru
juga dilakukan serentak.
4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru
dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.
5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.
6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter
antara satu sama lain.
7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau
peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.
8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.
11. Arahan guru atau jurulatih mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS

11

7.0

RUJUKAN

Arcelli, E. et. al. (1985). Encyclopedia Of Track And Field. NY: Prentice Hall.
Botao Yan And Meixia Li. Shot Put Technique Analysis Using Ann Amt Model. Indiana
University.
D.B. Lichtenberg & J.G. Wills (July 12, 1976). Maximizing the range of the shot put.
Hay, J. G. (2001). The Biomechanics Of Sports Technique (5th Edition). Eaglewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.
Milan Coh & Stanko Stuhec (2005). 3-D kinematic analysis of the rotational shot put technique

12

13

Anda mungkin juga menyukai