Anda di halaman 1dari 14

LONTAR PELURU

Postby rin yu mei on 2008-05-01, 11:11:41 pm SEJARAH 1. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. 2. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke19. 3. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. 4. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. 5. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. 6. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. 7. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. 8. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini.

9. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. 10 .Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.

11. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. 12. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. 13. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. 14. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN 1. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. 2. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti. 3. Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri. 4. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi

pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

MOTIF PENGLIBATAN DALAM SUKAN DAN PENGARUH ORIENTASI MATLAMAT TERHADAP PENCAPAIAN DALAM SUKAN LONTAR PELURU 1. Penyelidikan ini ialah mengenalpasti motif penglibatan dan corak orientasi matlamat di kalangan atlet lontar peluru . Perhubungan antara kedua-dua pembolehubah dan perbezaannya terhadap pencapaian dalam kejohanan tersebut. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik Purpose of Sport Qustionnaire (POSQ) dan Task Ego Orientation Sport Questionnaire (TEOSQ). 2. Hasil analisis menunjukkan atlet yang menyertai lontar peluru ini memilih motif bermain untuk mencapai prestasi yang tinggi dengan bekerja keras dan menghormati undang-undang sebagai motif utama penglibatan mereka berbanding motif untuk menjadi kaya dan. 3. Orientasi matlamat mereka pula lebih berorientasikan tugasan , berbanding ego. Hasil analisis ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara corak orientasi matlamat ego di kalangan atlet yang berbeza tahap pencapaian. 4. Atlet yang berpencapaian tinggi iaitu berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir didapati lebih mempunyai orientasi matlamat ego berbanding dengan atlet yang gagal ke peringkat separuh akhir. 5. Hasil analisis korelasi Pearson Product Moment pula mendapati wujud perhubungan yang signifikan antara orientasi matlamat tugasan dengan motif penglibatan bekerja keras, hormat, 6. Kesimpulannya, atlet lontar peluru ini mempunyai corak orientasi matlamat tugasan yang tinggi dan akan lebih bermotivasi melibatkan diri dalam sukan olahraga lontar peluru sekiranya latihan dijalankan dengan bersungguh-sungguh serta mematuhi segala undang-undang olahraga.

GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling. 2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan. 3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan. 4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang relax .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang relax tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan. 5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan.

LUNSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3 Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan seperti berikut: 1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur. 2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan. 3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan. 4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling. 5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan.

MEMBALING 1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan

terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan. 2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk parabola yang cukup berkesan. 3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan.

SELEPAS MEMBALING 1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan. 2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan. 3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.

GAYA OBRIEN( GAYA MEMBELAKANG) 1. Gaya OBrien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap satu gaya yang terkemuka dan saintifik.Sebagaimana yang telah diterangkan awal-awal tadi,gaya ini mendapat namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri OBrien. 2. Gaya ini juga dikenali sebagai Gaya membelakang sebab perdirian persediannya adalah dalam keadaan membelakang ke arah tempat membaling.

PERDIRIAN PERSEDIAAN 1. Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling.

2. Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi badannya. 3. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk leher. 4. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya. 5. Kepalanya tegak memandang ke depan.

LUNSURAN 1. Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang. 2. Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling. 3. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi. 4. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melunsur ke belakang tetapi mereka melompat ke depan.

KILASAN MEMBALING 1. Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran. 2. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang.

BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING 1 Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.

KESALAHAN BIASA 1. Pergerakan sangat keras.

2. Semasa lunsuran,peserta suka melompat. 3. Semasa lunsuran,peserta meninggikan badan. 4. Semasa kilasan badan,peserta berhenti selepas lunsuran dan kemudian baru berkilas. 5. Semasa membaling,peserta membaling dalam keadaan kaki berdiri yang hampir lurus(tiada tekanan) 6. Selepas membaling,peserta masih terdiri di atas kaki yang berdiri.(Tekanan atau lunjakan dari kaki belakang tidak cukup kencang) 7. Selepas membaling,peserta tidak ikut lajak pergerakan.(badan tidak terkawal) 8. Selepas membaling mata peserta tidak ikut memerhati penerbangan peluru.

UNDANG-UNDANG 1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian. 2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja. [Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan]

3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim. 4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alatalat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa a1ata-a1at akan meninggalakan kesan. 5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan. 6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras garisan bahu. 7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka. (b) Sarung tangan tidak boleh digunakan. (c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja. (d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu. (e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau kesutnya. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang anggotan badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan. 9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturanperaturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.

[Nota: Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perengganinmi adalah termasuk dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142 para 4]. 10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar. 11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan. 12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestitah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luanya. (Lihat para 17) 13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling. 14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira. 15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian. 16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. 17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU

1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya. 2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan 3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran. 4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan. 5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah over pulled atau Thnder pulled. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang terlebih dan Under pulled pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran. 6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang. 7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450 Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450 Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya

sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting Iangkah-langkah ini diperhatikan: 1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan. 2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta. 3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga dilakukan serentak. 4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru. 5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka. 6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain. 7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran. 8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan 9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam. 10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS

PENGENALAN Sebagai acara sukan dalam sukan olahraga, yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Diperingkat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan menangah, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa kesemasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan. Lontaran peluru memerlukan atlit yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah syarat yang utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlit. Pelontar peluru harus mengenal pasti latihan yang bersistematik dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Cara melontar peluru mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peserta tidak boleh melontar dengan sesuka hati tampa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan. Atlit hendaklah menolak atau melontar peluru dari atas bahu diantara leher dengan dagu. Pelontar peluru akan membuat lontaran daripada bulatan khas yang bebas dari sebarang gangguan. Teknik lontaran memainkan peranan penting dan utama dalam menentukan pencapaian atau prestasi peserta. Jika seseorang itu dapat menggunakan teknik yang betul dan tepat, sudah tentu mendapat prestasi yang menggalakkan. Tampa teknik lontaran yang betul, seseorang peserta tidak akan mencapai jarak yang diharapkan, walaupun mempunyai saiz badan yang besar. PERALATAN Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatan tertentu dan didalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, atlit serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan samaada kepada atlit sendiri, ataupun peserta lain. Peralatan yang diperlukan didalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit lelaki atau wanita ataupun peringkat kelas bagi peserta sekolah menengah dan rendah. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulat. UKURAN

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan. SEKTOR LONTAR PELURU Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. Ukuran garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih. Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran. Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahanbahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan. Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah bulat dan licin.

Anda mungkin juga menyukai

  • Lontar Peluru 2
    Lontar Peluru 2
    Dokumen8 halaman
    Lontar Peluru 2
    sitihalimah74
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH LONTAR PELURU
    SEJARAH LONTAR PELURU
    Dokumen14 halaman
    SEJARAH LONTAR PELURU
    Mna Ena
    100% (1)
  • Sejarah Dan Asal Usul Acara Lontar Peluru
    Sejarah Dan Asal Usul Acara Lontar Peluru
    Dokumen14 halaman
    Sejarah Dan Asal Usul Acara Lontar Peluru
    Devan K. Raman
    92% (12)
  • Makalah Pjok
    Makalah Pjok
    Dokumen8 halaman
    Makalah Pjok
    tasyaalfiyaa17
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Dan Sejarah Lontar Peluru
    Pengenalan Dan Sejarah Lontar Peluru
    Dokumen2 halaman
    Pengenalan Dan Sejarah Lontar Peluru
    JiaFeng
    Belum ada peringkat
  • LontarPeluruSEO
    LontarPeluruSEO
    Dokumen14 halaman
    LontarPeluruSEO
    Siti Amira Zakaria
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen13 halaman
    Lontar Peluru
    Ilina Ilona
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen32 halaman
    Lontar Peluru
    Datz leo
    Belum ada peringkat
  • Keterangan Olahraga Tolak Peluru
    Keterangan Olahraga Tolak Peluru
    Dokumen15 halaman
    Keterangan Olahraga Tolak Peluru
    Nur Fadilla
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen27 halaman
    Lontar Peluru
    missemilya
    100% (1)
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen6 halaman
    Lontar Peluru
    Kong Jen Soon
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH TOLAK PELURU
    SEJARAH TOLAK PELURU
    Dokumen9 halaman
    SEJARAH TOLAK PELURU
    Gilang Aditiya
    Belum ada peringkat
  • Olahraga Tolak Peluru
    Olahraga Tolak Peluru
    Dokumen7 halaman
    Olahraga Tolak Peluru
    Eva Depriyanti
    Belum ada peringkat
  • TOLAK PELURU Tugas KK Sella
    TOLAK PELURU Tugas KK Sella
    Dokumen13 halaman
    TOLAK PELURU Tugas KK Sella
    Anastasia Cecilia Weridity
    Belum ada peringkat
  • Makalah Tolak Peluru
    Makalah Tolak Peluru
    Dokumen12 halaman
    Makalah Tolak Peluru
    Salsabilla Cynthia Dewi
    Belum ada peringkat
  • TEKNIK TOLAK PELURU
    TEKNIK TOLAK PELURU
    Dokumen10 halaman
    TEKNIK TOLAK PELURU
    mochamad
    Belum ada peringkat
  • Olahraga Tolak Peluru
    Olahraga Tolak Peluru
    Dokumen10 halaman
    Olahraga Tolak Peluru
    Dheny Anjay
    Belum ada peringkat
  • MAKALAH TENTANG TEKNIK TOLAK PELURU
    MAKALAH TENTANG TEKNIK TOLAK PELURU
    Dokumen11 halaman
    MAKALAH TENTANG TEKNIK TOLAK PELURU
    Tegar Tegar
    Belum ada peringkat
  • Modul Pembelajaran (19230175)
    Modul Pembelajaran (19230175)
    Dokumen11 halaman
    Modul Pembelajaran (19230175)
    Galang Fajar Hartinto
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen2 halaman
    Lontar Peluru
    Nurulhuda Mat Nawi
    Belum ada peringkat
  • ATLETIK CABANG TOLAK PELURU DAN LEMPAR LEMBING
    ATLETIK CABANG TOLAK PELURU DAN LEMPAR LEMBING
    Dokumen12 halaman
    ATLETIK CABANG TOLAK PELURU DAN LEMPAR LEMBING
    Mirul Adi
    100% (1)
  • Nota Lontar Peluru
    Nota Lontar Peluru
    Dokumen20 halaman
    Nota Lontar Peluru
    Sivanaswari Karuppiah
    Belum ada peringkat
  • Tugasan Olahraga
    Tugasan Olahraga
    Dokumen27 halaman
    Tugasan Olahraga
    Leonard Glover
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH REJAM LEMBING
    SEJARAH REJAM LEMBING
    Dokumen17 halaman
    SEJARAH REJAM LEMBING
    Che Kamariah
    Belum ada peringkat
  • Makalah Tolak Peluru
    Makalah Tolak Peluru
    Dokumen10 halaman
    Makalah Tolak Peluru
    Kun Kun
    100% (2)
  • Pjok Qeysha
    Pjok Qeysha
    Dokumen26 halaman
    Pjok Qeysha
    ani chya
    Belum ada peringkat
  • Tolak Peluru
    Tolak Peluru
    Dokumen14 halaman
    Tolak Peluru
    gilberthosesamuel
    Belum ada peringkat
  • TEKNIK DASAR
    TEKNIK DASAR
    Dokumen5 halaman
    TEKNIK DASAR
    Pedi Apriansyah
    Belum ada peringkat
  • III Penjas ATLETIK
    III Penjas ATLETIK
    Dokumen14 halaman
    III Penjas ATLETIK
    Ananda Maulida
    Belum ada peringkat
  • Penjas Sma 10
    Penjas Sma 10
    Dokumen4 halaman
    Penjas Sma 10
    Bagas Arifiyanto
    Belum ada peringkat
  • Tolak Peluru
    Tolak Peluru
    Dokumen12 halaman
    Tolak Peluru
    Heribertus R. Norsi
    Belum ada peringkat
  • Makalah Tolak Peluru
    Makalah Tolak Peluru
    Dokumen7 halaman
    Makalah Tolak Peluru
    nadia angel
    Belum ada peringkat
  • Kelompok 1 Lempar Lembing
    Kelompok 1 Lempar Lembing
    Dokumen12 halaman
    Kelompok 1 Lempar Lembing
    Miko Ardiansyah
    Belum ada peringkat
  • Pengembangan Diri
    Pengembangan Diri
    Dokumen23 halaman
    Pengembangan Diri
    La Raman
    Belum ada peringkat
  • Pengertian Tolak Peluru
    Pengertian Tolak Peluru
    Dokumen13 halaman
    Pengertian Tolak Peluru
    Marlim Jayantara
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH
    SEJARAH
    Dokumen19 halaman
    SEJARAH
    ct sarah
    Belum ada peringkat
  • Makalah Tolak Peluru
    Makalah Tolak Peluru
    Dokumen12 halaman
    Makalah Tolak Peluru
    gryand azhara
    Belum ada peringkat
  • Pjok
    Pjok
    Dokumen2 halaman
    Pjok
    Alfan MDR
    Belum ada peringkat
  • Lempar Lembing
    Lempar Lembing
    Dokumen6 halaman
    Lempar Lembing
    beeei2519
    Belum ada peringkat
  • TolakPeluru
    TolakPeluru
    Dokumen13 halaman
    TolakPeluru
    Rino Pradiansyah
    Belum ada peringkat
  • Tolak Peluru
    Tolak Peluru
    Dokumen16 halaman
    Tolak Peluru
    Inspirasi Motivasi
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen31 halaman
    Lontar Peluru
    Ræyňu Mųnųsämỹ
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Lempar Lembing
    Sejarah Lempar Lembing
    Dokumen10 halaman
    Sejarah Lempar Lembing
    debie latuharhary
    Belum ada peringkat
  • Tolak Peluru
    Tolak Peluru
    Dokumen9 halaman
    Tolak Peluru
    Yenny Trisnowati
    Belum ada peringkat
  • OPTIMASI LONTAR PELURU
    OPTIMASI LONTAR PELURU
    Dokumen13 halaman
    OPTIMASI LONTAR PELURU
    Fitri Saleh
    Belum ada peringkat
  • Lempar Lembing
    Lempar Lembing
    Dokumen20 halaman
    Lempar Lembing
    Kusuma Bari
    Belum ada peringkat
  • SKEMA PENILAIAN
    SKEMA PENILAIAN
    Dokumen11 halaman
    SKEMA PENILAIAN
    Reenaz Iena
    Belum ada peringkat
  • MAKALAH Tolak Peluru
    MAKALAH Tolak Peluru
    Dokumen7 halaman
    MAKALAH Tolak Peluru
    idayulianti80
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH LEMPAR CAKRAM
    SEJARAH LEMPAR CAKRAM
    Dokumen7 halaman
    SEJARAH LEMPAR CAKRAM
    MuhammadZakariaAlAmin
    Belum ada peringkat
  • BAB I-WPS Office
    BAB I-WPS Office
    Dokumen11 halaman
    BAB I-WPS Office
    Neng Widya Al-fauziyyah
    100% (1)
  • Makalah Olahraga
    Makalah Olahraga
    Dokumen20 halaman
    Makalah Olahraga
    Addy Citoz
    Belum ada peringkat
  • Makalah Pjok Indri
    Makalah Pjok Indri
    Dokumen7 halaman
    Makalah Pjok Indri
    sipanrllatifah
    Belum ada peringkat
  • Asal Usul Lempar Cakera
    Asal Usul Lempar Cakera
    Dokumen2 halaman
    Asal Usul Lempar Cakera
    Hijjah Ghazali
    Belum ada peringkat
  • LONTAR PELURU
    LONTAR PELURU
    Dokumen2 halaman
    LONTAR PELURU
    ShaaDa Abidin
    Belum ada peringkat
  • Tugas Penjas Erlina
    Tugas Penjas Erlina
    Dokumen7 halaman
    Tugas Penjas Erlina
    Erlina putri Febrianti
    Belum ada peringkat
  • Lembaran TMK
    Lembaran TMK
    Dokumen1 halaman
    Lembaran TMK
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • KAMUS
    KAMUS
    Dokumen3 halaman
    KAMUS
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Cover Sukaneka
    Cover Sukaneka
    Dokumen19 halaman
    Cover Sukaneka
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Buku KVKV 2
    Buku KVKV 2
    Dokumen3 halaman
    Buku KVKV 2
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • PBS Kolab
    PBS Kolab
    Dokumen1 halaman
    PBS Kolab
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • ERmm
    ERmm
    Dokumen4 halaman
    ERmm
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • ERmm
    ERmm
    Dokumen4 halaman
    ERmm
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Lesson Plan
    Lesson Plan
    Dokumen5 halaman
    Lesson Plan
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Milik Diri
    Milik Diri
    Dokumen1 halaman
    Milik Diri
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Milik Diri
    Milik Diri
    Dokumen1 halaman
    Milik Diri
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Muka Depan RPH Interaksi 11
    Muka Depan RPH Interaksi 11
    Dokumen2 halaman
    Muka Depan RPH Interaksi 11
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Lesson Plan
    Lesson Plan
    Dokumen5 halaman
    Lesson Plan
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Puisi
    Puisi
    Dokumen2 halaman
    Puisi
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen14 halaman
    Lontar Peluru
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Lesson Plan
    Lesson Plan
    Dokumen5 halaman
    Lesson Plan
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen14 halaman
    Lontar Peluru
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen14 halaman
    Lontar Peluru
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat
  • Lontar Peluru
    Lontar Peluru
    Dokumen14 halaman
    Lontar Peluru
    Sepahit Gula
    Belum ada peringkat