Anda di halaman 1dari 2

Lontar peluru

Lontar Peluru

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar
dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

[sunting]Asal usul

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam


lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan
bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang
mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.
Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acarasukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa
kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan,
Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara
olahraga yang dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi
seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada
mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara
lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk
dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada
tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan
bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang
terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang
tetap berhubung teknik melontar peluru.

[sunting]Peraturan dan pertandingan


Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau
ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya
dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik,
melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang
cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak
berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.

Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki
memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama
untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.

Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan
selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan
sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam


acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru

Anda mungkin juga menyukai