Anda di halaman 1dari 31

Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia: Sebelum Merdeka


Pengenalan: Perkembangan merentasi lebih kurang 5 abad abad ke15 hingga pertengahan abad ke20. Meliputi sistem pendidikan di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak Meliputi 5 tahap: pendidikan rendah, pendidikan menengah, latihan perguruan, pendidikan vokasional & teknik, & pendidikan tinggi. Juga merangkumi beberapa penyata & laporan: Rancangan Cheeseman, Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran, Penyata Razak.

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA (1400-1956)

Sebelum Zaman Koloniallisme British (1400-1786)


Pendidikan Islam (Tempat) Rumah guru

Semasa Zaman Kolonialisme British (1786-1956)


Selepas Perang Dunia Kedua (1946-1956) (Laporan Pendidikan/ Tahap Pendidikan) - Rancangan Cheeseman (1946) - Laporan Barnes (1951) - Laporan Fenn-Wu (1952) - Ordinan Pelajaran (1952) - Penyata Razak (1956) - Latihan Perguruan - Pendidikan Tinggi

Sebelum Perang Dunia kedua (17861941) (Tahap Persekolahan) Pendidikan Rendah & Menengah Latihan Perguruan Pendidikan Vokasional & Teknik Pendidikan Tinggi

Masjid, surau & madarasah


Sekolah pondok

Pendidikan Sebelum Zaman Kolonialisme British (1400-1786) Dengan kedatangan agama Islam ke rantau Asia & kemudian ke Melaka pd abad ke15 pendidikan berteraskan agama Islam. Mula diajar rumah-rumah guru: Murid belajar mengaji al-Quran dan Fardhu Ain daripada guru-guru yang dikenali sebagai ulamak di rumah mereka. Di pindah ke masjid, surau, dan madarasah Untuk menampung bilangan murid yang bertambah. Berpusat di institusi agama pondok Sekolah agama tradisi utama. Tiada sukatan piawai. Mengikut kurikulum Masjid Al Haram di Makkah: Tauhid, Al-Quran, Fiqh, Hadith, Nahu, Sufi, Tasawwuf & Akhlaq, Bahasa Arab, & Tulisan Jawa.

Murid tinggal di pondok yang disediakan & belajar di madrasah kepunyaan Tok Guru. Selepas tamat pengajian berkhidmat di kampung masing-masing. Ada yang lanjut pelajaran ke Makkah, Kaherah, Pakistan & India. Melanjut pelajaran tinggi di Pakistan, Mesir, & negara Timur Tengah yang lain. 1511 kedatangan Portugis pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik Bila Melaka jatuh ke Belanda pendidikan Kristian mazhab Protestant. 1786 pemerintahan British pendidikan Inggeris

Semasa Zaman Kolonialisme British (1786-1956) Sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941) Pendidikan Rendah & Menengah: Orang Melayu di beri pendidikan asas selama 6 tahun bagi tujuan 1. Membekalkan kemahiran asas melalui Ilmu Hisab supaya lelaki boleh berniaga secara kecil-kecilan. 2. Memupuk nilai-nilai murni kesucian peribadi, kebersihan persekitaran. 3. Kefasihan Bahasa Inggeris di kalangan puteraputera di Raja.

Sekolah Melayu Sekolah Melayu pada tahun 1800an:


Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang (1826) Sekolah Melayu Bayan Lepas Sekolah Melayu Ayer Hitam, Pulau Pinang Sekolah Melayu Telok Belanga, Singapura Sekolah Kampung Gelam, Singapura

Pendidikan si sekolah ini hingga darjah 5. Orang Melayu kurang minat hantar anak ke sekolah. A.M.Skinner (nazir sekolah) perkenalkan kelas mengaji Quran. Sebanyak 190 buah sekolah Melayu di buka tetapi hanya sebilangan kecil orang Melayu mendaftar anak untuk belajar di sekolah ini.

Perkembangan Sekolah Melayu Untuk memastikan orang Melayu mendaftar anak di sekolah, Kerajaan British menguatkuasakan Akta Pelajaran Wajib. Ibu bapa Melayu wajib menghantar anak mereka ke sekolah. Kerajaan British mendirikan lebih banyak sekolah Melayu. Sebilangan ibu bapa Melayu prasangka terhadap persekolahan bagi anak perempuan mereka. Oleh yang demikian, sekolah perempuan hanya ditubuhkan pada 1889 di Telok Belanga, Singapura and sebuah di Pulau Pinang.

Bagi orang India: pendidikan asas tamat tempoh persekolahan berkerja sebagai buruh di ladang getah & trek keretapi. Sekolah Tamil: Sekolah Tamil di Pulau Pinang (1816) Sekolah Anglo-Tamil di Melaka wujud 10 thn sja Sekolah St Xavier Malabar, Singapura (1859) Masalah: Sambutan orang India terhadap sekolah ini kurang memuaskan sekolah tidak mencukupi, kurang lengkap. sistem pendidikan kurang tersusun dari segi kurikulum, pengurusan sekolah dsbnya.

Perkembangan Sekolah Tamil 1912 - Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh. Pemilik ladang wajib mendirikan sekolah. 1914 Penubuhan sekolah Tamil di kawasan perbandaran yang menpunyai ramai penduduk orang India. 1930 Penubuhan Nazir Sekolah Tamil dan latihan untuk guru Tamil. 1930 Pengenalan sukatan pelajaran berorientasikan Tanah Melayu melalui penggunaan Bahasa Tamil, Malayalam, & Telegu.

Bagi orang Cina: diberi kebebasan menubuh sekolah mereka, menggunaka kurikulum, guru 7 buku teks dari negara cina. Kerajaan British berpegang dasar bahawa mereka tidak bertanggungjawab membekalkan pendidikan kepada rakyat tempatan (laporan Tahunan Residen Jeneral Persekutuan Negeri-negeri melayu) Sekolah Cina: Penubuhan dan pembiayaan sekolah Cina tanggungjawab masyarakat Cina sendiri Pendidikan sekolah Cina dibahagikan kepada 3 peringkat: Sekolah Rendah 6 tahun; Sekolah Menengah Rendah (Junior Middle Three) 2 tahun; Sekolah Menengah Atas (Senior Middle Three) 2 tahun

Perkembangan sekolah Cina


1913 Penubuhan Sekolah Menengah Cina pertama 1920 Penggunaan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar mengganti penggunaan dialek. 1920 Enakmen Pendaftaran Sekolah-sekolah diluluskan bertujuan menyekat perkembangan pangaruh politik di sekolah Cina. Semua sekolah, guru & ahli Lembaga Sekolah Cina diwajib didaftarkan dengan Kerajaan British. 1924 Tumpuan Kerajaan British keatas pendidikan Cina kesedaran bahawa puak nasionalis mula kempen anti British di sekolah Cina. Pengaruh ideologi kommunis. Sekolah Cina menjadi sekolah separuh Kerajaan dapat bantuan kewangan, pembinaan sekolah dan pelantikan Nazir oleh pihak British. 1945 Penyemakan semula sukatan pelajaran berciri tempatan. 1945 Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu dilaksanakan di sekolah cina.

Sekolah Inggeris
Sekolah Inggeris di kenali sebagai sekolah Mubaligh. Sekolah ini di kelolakan oleh mubaligh Kristian: Penang Free School 1816 Melaka Free School 1826 Singapore Free School 1834 Kenapa dinamakan free school? Diberi kebebasan untuk menerima murid-murid yang terdiri daripada berbilang kaun dan agama. Sekolah Inggeris mempunyai beberapa ciri tertentu: Terletak di kawasan bandar kurang orang Melayu. Mewajibkan murid bukan beragama Islam mengikuti pelajaran agama Kristian. Memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Mendapat bantuan kewangan & sokongan daripada Kerajaan British.

Selepas Perang Dunia Kedua (1946 1956)


Kerajaan British merancang untuk menstruktur semula sistem pendidikan. 1946 Rancangan Cheeseman mencadangkan: Pendidikan peringkat rendah (asas) percuma dalam semua bahasa pengantar; Pendidikan peringkat menengah menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar; Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular. Rancangan Cheeseman di lupuskan tanpa dilaksanakan kerana tidak berhasrat membawa integrasi sosial.

Laporan Barnes (1951) Jawatankuasa Barnes ditubuh untuk mengkaji & baiki pendidikan orang Melayu. Laporan Barnes mencadangkan: Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan; Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan. Implikasi Laporan Barnes ialah sekolah vernakular akan di hapuskan.

Laporan Fenn-Wu (1952) 1951 Jawatankuasa Fenn-Wu telah ditubuhkan untuk mengkaji kehendak masyarakat Cina yang mempunyai tanggapan bahawa Laporan Barnes berhasrat untuk menghapuskan bahasa & budaya orang Cina. Orang Cina bersedia mempelajari 3 bahasa. Mereka bersedia menerima Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, tetapi masih ingin mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai simbol identiti budaya. Cadangan Laporan Fenn-Wu: Bahasa Melayu, Bahasa Cina & Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular.

Ordinan Pelajaran 1952 Kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat untuk mengkaji cadangan-cadangan laporan Barnes & Fenn-Wu & mencari satu kompromi. Ordinan Pelajaran 1952 mencadangkan: Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolah-sekolah Melayu; Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan disekolah-sekolah Cina & Tamil; Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan; Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid beragama Islam. Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan.

Penyata Razak (1956)


17 cadangan yang menjadi asas pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan: Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah & menengah; Bahasa Inggeris, Bahasa Cina & Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan; Dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik; sekolah rendah yang menerima bantuan atau persendirian, dan sekolah menengah yang menerima bantuan atau persendirian; Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) & Pra Universiti; Sistem peperiksaan yang berpusat & sama bagi semua; Guru-guru sekolah rendah & menengah yang berkelayakan; Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional; Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.

Sistem Pendidikan Selepas Merdeka

Sistem Pendidikan Selepas Merdeka


1960 Laporan Rahman Talib Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama; Persekolahan sekolah menengah adalah percuma; Peningkatan secara automatik ke Tingkatan 3; Penubuhan sekolah teknik & vokasional; Penekanan kepada pendidikan agama & moral. 1961 Akta Pelajaran Laporan Rahman Talib diwartakan sebagai Akta Pelajaran 1961. 1963 Akta Bahasa Kebangsaan Pengisytiharan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi & bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan.

1963-1974 Rukunegara & Dasar Ekonomi Baru (DEB) Agihan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi bandar & luar bandar. 1976 Akta Pelajaran 1961 Berkuatkuasa bagi negeri Sabah & Sarawak. 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran. Penekanan kepada perpaduan negara; Tumpuan kepada sumber manusia yang berkemahiran demi kemajuan & pembangunan negara; Pendemokrasian pendidikan; Pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral & berdisiplin.

Pendidikan Semasa

Pendidikan Semasa

AKTA PENDIDIKAN 1996

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1999

Sekolah Bestari, Sekolah Wawasan, PPSMI, KIA 2M

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006 2010)

Akta Pendidikan 1996 3 peruntukan perundangan umum dalam Akta Pend 1996

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dikemukakan pada tahun 1988 dijadikan asas & landasan; Konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan lagi & merangkumi:
Semua tahap persekolahan iaitu bermula dari pra sekolah hingga pendidikan tinggi; Semua kategori sekolah sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan & sekolah swasta; Status Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Juga matapelajaran wajib diajar di semua sekolah & institusi pendidikan

Dasar Pendidikan Kebangsaan Matlamat Pendidikan Kebangsaan Melahirkan bangsa Malaysia yang bersifat taat setia dan bersatu padu; Melahirkan warga Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berterampilan & sejahtera; Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan & pembangunan negara; & Menyediakan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi semua warga negara Malaysia.

Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Pada 2002 kerajaan mengumumkan bahawa mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains & Matematik akan diajar dalam Bahasa Inggeris manakala mata pelajaran lain kekal diajar dalam Bahasa Melayu. Tujuan: ajar negara ini tidak ketinggalan dalam globalisasi dunia.

Pendidikan Wajib Setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun hendaklah mendaftar anak tersebut untuk hadir ke sekolah. Tempoh pendidikan wajib di sekolah rendah adalah selama enam tahun. Kegagalan ibu bapa untuk memastikan anak mereka mengikuti pendidikan wajib merupakan kesalahan dari segi undang-undang. Ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sekolah Bestari

Wawasan 2020

Rasional

Perkembangan sains & teknologi

Pembelajaran tradisional hafalan, latih tubi

Sekolah Bestari

Pembelajaran moden (kreatif, penggunaan teknologi)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pekerja ilmu, pendemokrasian pendidikan, penglibatan stakeholders

Sekolah Wawasan
Merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang akan menghapuskan jurang perkauman dan lebih bersifat cintakan negara. Konsep: Pengelompokan tiga buah sekolah dalam satu kawasan yang sama. Iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Murid-murid berbilang kaum akan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Contoh: Sekolah Wawasan Lurah Bilut

Program Kelas Intervensi Asas Menbaca & Menulis (KIA2M)


Matlamat: 1. bantu murid Thn Kegagalan menguasai kemahiran 1 baca & menulis membaca & menulis dlm BM 2. ikut P & P selaras dgn KELAS INTERVENSI ASAS kebolehan MENBACA & MENULIS 3. tingkat keyakinan Penguasan 2M murid Tahun 1 4. minat belajar Guru: Bahasa Melayu Tahun 1 Sekolah kebangsaan WAJIB Sekolah jenis kebangsaan - PILIHAN

Kumpulan sasaran: M perlukan pemulihan dalam kelas M perlukan pemiluhan khas M lambat membaca & menulis

Pemulihan khas
PJK, Pend. Muzik, Pend Seni Visual

Pencalonan, ujian penapisan, perancangan, pengajaran, penilaian, tindakan susulan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010


Teras 1: Membina Negara Bangsa Teras 2: Membangunkan Model Insan Teras 3: Memperkasa Sekolah Kebangsaan (SK) Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan di Luar Bandar Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai