Anda di halaman 1dari 66

1

 Pendidikan – asas penyatuan dalam proses pembinaan negara


bangsa.

 Contoh pengalaman di Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia


dan Thailand- pelaksanaan dasar pendidikan bagi pelbagai
etnik untuk mencapai matlamat proses pembinaan negara
bangsa.

 Walaupun penerimaan masih mencetuskan polemik, namun


dasar ini terus dipraktikkan.
 Tanah Melayu ~ penjajah berperanan utama dalam menentukan
hala tuju sistem pendidikan.
Faktor menentukan pengaruh penjajahan British :

(1) Tempoh penjajahan 3) Bahasa dalam sistem pendidikan


(130 tahun – dasar pecah perintah)

1) 2) Bentuk sistem pendidikan


 Sebelum campurtangan pihak penjajah (British), komuniti Melayu, Cina
dan India memiliki sistem pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi.

 Dasar pecah perintah (British) – mengukuhkan lagi sisitem pendidikan


vernakular.

 Usaha menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul sehingga


peristiwa Malayan Union (1946)

 Peristiwa Malayan Union (1946) ~ pengukuhan usaha ke arah


pembinaan negara bangsa.
 Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian
dengan sistem nilai dan adat Melayu.
 Peringkat awal Dua bentuk sekolah di
peringkat awal:
 (1) Persekolahan secara tidak formal (sekolah
pondok) – bahasa Melayu dan bahasa (bahasa
pengantar).
 Sekolah ini membabitkan sekolah agama,
sekolah agama rakyat, sekolah pondok dan
madrasah.
 Sukatan pelajaran pengajaran lebih
menekankan pembacaan al-Quran, al-Hadis
dan hal ehwal keagamaan yang dibiayai oleh
individu tertentu.

 Sekolah ini bebas daripada pemantauan


kerajaan British dan turut menyediakan
pengajaran di peringkat rendah dan
menengah – pelajar cemerlang diberi peluang
untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia,
India dan Mesir.
 Kedua - sekolah vernakular Melayu yang
didirikan oleh kerajaan British, bahasa Melayu
dikekalkan sebagai bahasa pengantar dan
tumpuan lebih kepada perkara asas seperti
membaca, mengira, menulis, ilmu
pertukangan, anyaman dan pertanian bagi
memenuhi kehendak kehidupan luar bandar
(Chelliah 1940).
 Lepasan sekolah Melayu yang berkelayakan
akan menyambung pelajaran ke Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI).

 Walau bagaimanapun, mereka tidak


berpeluang menjawat jawatan tinggi
disebabkan kelayakan yang rendah
berbanding mereka yang berkelulusan
sekolah Inggeris.

 Lulusan daripada kedua-dua jenis sekolah


berkenaan tidak diterima untuk berkhidmat
dalam pentadbiran British (Roff 1975).
 Penghijarahan komuniti Cina ke Tanah Melyu bermula sejak abad ke-3
Masihi.
 Faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan komuniti Cina adalah
disebabkan aspek ekonomi (pencarian harta, kesusuhan kehidupan),
pergolakan politik, bencana alam dan populasi penduduk padat khususnya
di Selatan China (Lynn 1990; Purcell 1967).
 Berteraskan penerimaan sebahagian ajaran
Konfusius (menekankan pendidikan peringkat
rendah dan tinggi) – majoriti komuniti Cina
mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di
negara baru yang diduduki mereka.

 Kepercayaan Konfusius ~ hanya menerusi


pendidikan dan harta, mereka mampu
mengubah nasib dan status ke tahap lebih
baik (Wang, 1991).
 Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu – semakin meningkat sekitar
tahun 1880-1890 – memenuhi kehendak pasaran getah British ke Eropah
Barat – kebanyakan berasal dari Selatan India – terdiri daripada subetnik
Benggali dan Tamil (Chai, 1964).
 Komuniti India – tidak mempunyai dana
kewangan tertentu untuk menubuhkan
sekolah.

 Kebanyakan komuniti India enggan memasuki


sekolah nernakular Melayu walaupun telah
disediakan oleh Kerajaan British (Loh, 1975).

 Kesan: Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan


oleh pihak pengurusan estet – penerapan
nilai-nilai ketamilan menjadi keutamaan.
Nilai-nilai ketamilan yan menjadi keutamaan:
 (a) Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
 (b) Sukatan pengajaran dan tenaga pengajar
diambil dari India.

 Namun, dengan persekitaran yang serba


kekurangan dan lebih penekanan kepada
sekolah rendah – para ibu bapa telah kurang
memberi sambutan (Loh, 1975) – kesan: tiada
peluang berjawatan tinggi dalam pentadbiran
British di Tanah Melayu.
 Pendidikan Inggeris berkembang di Tanah
Melayu setelah penubuhan Penang Free
School (1816).

 Sekolah ini dikuasai oleh para mubaligh


Kristian dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa
pengantar utama.

 Bagi menjamin kualiti sukatan pelajaran -


kerajaan British mengambil alih sekolah
dengan tujuan mengeluarkan pegawai tadbir
rendah bagi memenuhi keperluan kuasa
 Komuniti Cina dan India - kebanyakan yang
menetap di bandar berpeluang memasuki
sekolah vernakular Inggeris.

 Komuniti Melayu – golongan kelas atasan


lebih diberikan keutamaan berbanding kelas
bawahan untuk memasuki sekolah tersebut.
(Chelliah, 1940)
 Pelajar lepasan sekolah tersebut berpeluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan
universiti (dalam atau luar negara).

 Mereka juga boleh memegang jawatan


tertentu dalam pentadbiran British dan
dipandang tinggi oleh masyarakat.
 Setiap komuniti etnik di Tanah Melayu telah
mempunyai bentuk sistem pendidikan tersendiri
(diwarisi budaya dan peradaban masing-masing).

 Ikatan erat terhadap sistem nilai warisan asal


mempengaruhi setiap komuniti etnik untuk terus
mempertahankannya daripada tergugat.

 Justeru, proses pelaksanaan Dasar Pendidikan


Kebangsaan sebagai teras kesepaduan sosial telah
berhadapan dengan cabaran khususnya selepas
negara mencapai kemerdekaan.
Sehingga tahun 1920 - dua bentuk pendidikan
menjadi keutamaan British:

 (1) Pendidikan Inggeris disediakan oleh


British (free schools) dan golongan mubaligh
Kristian - Majoriti diberikan kepada kelompok
Melayu kelas atasan dan komuniti bukan
Melayu.
 (2) Pendidikan vernakular difokuskan kepada kelompok
Melayu kelas bawahan - ditubuhkan oleh Gabenor Cavenagh
setelah berjaya mendapatkan peruntukan kewangan untuk
membina Sekolah Vernakular Melayu di Melaka, Pulau Pinang
dan Seberang Prai pada tahun 1862.

 Sekolah berkenaan diasaskan mengikut dasar pendidikan


British di Negeri-negeri Selat (Chelliah 1940). Sekolah ini
lebih menumpukan kepada perkara asas seperti membaca,
mengira, menulis dan pertanian bagi memenuhi
kehendak kehidupan luar bandar, tetapi tidak
berupaya memenuhi kehendak sosial dan
ekonomi pada masa itu.
 Selepas tahun 1920-an, dasar pendidikan
Inggeris adalah berdasarkan sistem
pendidikan vernakular dengan menekankan
empat bahasa, iaitu, Inggeris, Melayu,
Mandarin dan Tamil.

 Situasi ini telah merancakkan lagi pemisahan


komuniti yang berbeza mengikut etnik dan
budaya masing-masing.
 Tempoh pendudukan Jepun (1942-1945) -
bahasa Jepun digunakan sebagai bahasa
perantaraan dalam bidang pendidikan,
manakala sistem pendidikan berdasarkan
bahasa Inggeris dan Cina disekat.

 Pentadbiran Jepun tidak menunjukkan inisiatif


untuk mengganggu sistem pendidikan
Melayu (Fennell 1968).
 Tempoh 1945 -1970 ~ peringkat ke arah
pemupukan semangat kesepaduan sosial
dalam bidang pendidikan.

 Namun usaha kurang berhasil kesan daripada


latar belakang budaya dan warisan peradaban
yang berbeza.

 Setiap pihak berusaha mempertahankan


sistem pendidikan dan bahasa ibunda
masing-masing.
Inti pati utama Dasar Cheeseman 1946
 (1) Peruntukan pendidikan peringkat rendah
secara percuma dan dibenarkan penggunaan
bahasa ibunda masing-masing.

 (2)Pendidikan Inggeris akan didedahkan pada


peringkat rendah – yang berkelayakan boleh
meneruskan pelajaran ke peringkat
menengah.

 (3) Peluang pendidikan yang sama kepada


golongan wanita.
 Jawatankuasa ini dibentuk oleh kerajaan
British untuk merangka pendidikan tahap
universiti di Tanah Melayu.

 Matlamat penyatuan menerusi penggunaan


bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
sukar dicapai kerana komuniti bukan Melayu
melihat langkah berkenaan dapat menggugat
kedudukan bahasa mereka.
 Komuniti Cina - berpendapat penekanan kuat
terhadap bahasa Melayu akan menggugat
kedudukan mereka di peringkat pengajian
tinggi.
 Komuniti India - lebih menekankan
kepentingan bahasa Hindi ataupun bahasa
Tamil untuk diketengahkan di Jabatan
Pengajian India.

 Kedua-dua komuniti berkenaan mengusulkan


agar bahasa dan sistem nilai budaya mereka
terus dilindungi (Fennell 1968).
 Komuniti Melayu - percanggahan pandangan
berlaku antara golongan berpendidikan
Melayu tradisi dengan berpendidikan
Inggeris.

 Lulusan daripada sekolah Melayu menolak


cadangan tersebut kerana tahap pendidikan
masih rendah.

 Oleh itu, pendidikan Inggeris dilihat gagal


menjaga hak kebajikan komuniti Melayu.
 Bagi kelompok berpendidikan Inggeris,
cadangan berkenaan dipersetujui bagi
menyediakan komuniti Melayu dalam bidang
pentadbiran.

 Walau bagaimanapun, mereka mengusulkan


agar peluang dibuka kepada komuniti Melayu
untuk memasuki pendidikan Inggeris (Fennell
1968).
 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
ditubuhkan pada Januari 1949, dengan
matlamat untuk memupuk penyatuan dalam
masyarakat majmuk bagi membina sebuah
negara bangsa baharu yang merdeka.

 Ahli jawatankuasa diwakili oleh etnik yang


berbeza iaitu Dato’ Onn bin Jaafar (Melayu),
Tan Cheng Lock (Cina) dan Thuraisingham
(India).
Kaedah Mencapai Perpaduan
 (1) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib
diajar di sekolah rendah.
 (2) Sekolah kebangsaan ditubuhkan bagi
menyatukan komuniti etnik yang berbeza.
Manakala bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
 digunakan sebagai bahasa perantaraan.
 (3) Bahasa ibunda masing-masing boleh
diajar.
 Walau bagaimanapun, penyatuan sukar untuk
dicapai - setiap komuniti etnik masih
mempertahankan sistem pendidikan diwarisi.
 Bermula dengan pembentukan Jawatankuasa
Laporan Barnes - ciri-ciri ke arah kesepaduan
sosial telah dibentuk oleh kerajaan.

 Pengerusi laporan - L.J. Barnes dari Universiti


Oxford.
 Matlamat - menyemak dan memperbaiki
bentuk pendidikan Melayu.
 Mencadangkan agar satu corak pendidikan
dirangka bagi memenuhi bentuk masyarakat
di Tanah Melayu.
 Hasilnya - penggunaan bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu dicadangkan sebagai bahasa
perantaraan di sekolah rendah bagi memupuk
semangat perpaduan dan integrasi antara
etnik.
 Laporan menganjurkan sekolah vernakular
dimansuhkan - digantikan dengan sistem
pelajaran kebangsaan sekolah rendah dan
wajib menggunakan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
 Peringkat menengah, bahasa Inggeris kekal
digunakan sebagai bahasa pengantar (Fennell
1968).
 Laporan dilihat kurang berupaya memupuk
kesepaduan sosial antara komuniti etnik
kerana wujud penentangan daripada komuniti
bukan Melayu, terutamanya etnik Cina.
 Pengerusi Jawatankuasa Laporan Fenn- Wu
1951 - William P. Fenn, merupakan ahli
Lembaga Amanah Sekolah Tinggi Cina dan
Wu Teh-Yao, pakar daripada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 Tujuan - menyemak semula sistem


pendidikan komuniti Cina.
Tiga usul Laporan Fenn- Wu 1951:

 (1) Mempertahankan kedudukan sekolah Cina


dan mendesak pihak kerajaan memberikan
bantuan kewangan.

 Rasional - pendidikan vernakular mampu


memberi sumbangan ke arah pembentukan
bangsa Tanah Melayu yang bersatu dan
menggalakkan kesedaran kebangsaan.
 (2) Kedudukan bahasa Cina sebagai salah
satu bahasa terbesar dunia.
 Justeru- sekolah vernakular tidak boleh
dihapuskan sehinggalah komuniti Cina
merasakan pendidikan tersebut tidak
diperlukan.

 (3) Gesaan agar sekolah Cina tidak


memfokuskan bentuk, kaedah dan sukatan
pendidikan dari negara China kerana mereka
telah pun mendiami Tanah Melayu (Thock
2005).
 Laporan menunjukkan bahawa usaha untuk
menjadikan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem
pendidikan agak sukar.

 Keadaan berlaku kerana sentimen yang kuat


untuk mempertahankan bahasa masing-
masing begitu tinggi dan tindakan
sedemikian telah menyulitkan usaha ke arah
kesepaduan sosial.
 Tujuan digubal untuk menggantikan
beberapa laporan sebelumnya dengan
menetapkan sama ada bahasa Melayu
ataupun bahasa Inggeris sebagai bahasa
perhubungan di sekolah rendah.

 Sekiranya jumlah pelajar bukan Melayu


melebihi 15 orang - kemudahan disediakan
untuk menggunakan bahasa Cina dan Tamil.

 Manakala bahasa Inggeris digunakan di


peringkat menengah.
 Tujuan menjadikan sistem pendidikan
sebagai teras penyatuan adalah sukar kerana
setiap etnik berusaha memartabatkan warisan
bahasa masing-masing.
 Komuniti Melayu - penekanan terhadap
bahasa Inggeris dilihat akan menggugat
kedudukan mereka selaku penduduk asal -
mereka mahukan kerajaan mengangkat
kedudukan bahasa Melayu.
 Komuniti Cina dan India menolak usul
berkenaan - dilihat akan menggugat bahasa
dan budaya diwarisi (Simandjuntak 1969).
 Laporan Razak 1956 dijadikan Dasar
Pendidikan pertama setelah Persekutuan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

 Dasar ini lebih berpengaruh dalam


memartabatkan peranan bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan dan seterusnya
dalam pembinaan negara bangsa.
Laporan Razak 1956 mengusulkan:
 (1) Bahasa Melayu - bahasa pengantar di
sekolah rendah dan sekolah menengah.
 (2) Sekolah Jenis Kebangsaan akan
menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
 (3) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem
peperiksaan, latihan perguruan dan sistem
nazir yang sama.
 (4) Bagi memupuk kesatuan dalam proses
pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu
dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua
 (3) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem
peperiksaan, latihan perguruan dan sistem
nazir yang sama.

 (4) Bagi memupuk kesatuan dalam proses


pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu
dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua
pelajar.
 Dengan laporan ini, sekolah vernakular
beransur-ansur berubah kepada sekolah
kebangsaan yang akan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar.

 Walaupun timbul penolakan daripada


komuniti bukan Melayu, namun kerajaan
bertolak ansur untuk mengekalkan
penggunaan bahasa ibunda di sekolah
masing-masing (Fennell, 1968).
 Laporan Rahman Talib berperanan untuk
memantau Ordinan Pelajaran 1957 (Md Jadi
1990, Ong 2000).

 Laporan berkenaan telah diluluskan pada
bulan Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam
Akta Pendidikan1961 pada Oktober 1961.
 (1) Bahasa kebangsaan - medium
perhubungan di Malaysia dan dipraktikkan
bukan setakat di peringkat sekolah rendah
tetapi juga di peringkat menengah dan
universiti.

 (2) Menyeragamkan sistem peperiksaan dan


persekolahan, walaupun berbeza bahasa di
peringkat rendah dan menengah.
 (3) Memberi penekanan terhadap pendidikan
teknik dan vokasional. Tujuannya adalah
untuk membuka peluang kepada
 komuniti Melayu berkecimpung dalam bidang
berkenaan. Keempat;
 memberi penekanan terhadap pendidikan
moral dan keagamaan bagi
 mengukuhkan semangat saling menghormati
antara etnik yang berbeza.
 Rumusan - proses penyatuan dalam sistem
pendidikan di Malaysia telah bermula
semenjak zaman sebelum merdeka, namun
agak sukar direalisasikan.

 Penyatuan dalam bidang ini menerusi


penubuhan pendidikan bersifat kebangsaan
akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik
memahami sejarah asal di Tanah Melayu dan
perkembangan pendidikan di negara ini.
Dua jenis sekolah rendah
(dibiayai oleh kerajaan)

 (1) Sekolah Kebangsaan


(Bahasa Pengantar - Bahasa Melayu)

 (2) Sekolah Jenis Kebangsaan


(Bahasa Pengantar – Bahasa Mandarin dan
Bahasa Tamil)
(3) Sekolah wawasan
 Kurikulum kedua-dua jenis sekolah rendah
pada keseluruhannya adalah sama.
 Cuma, sukatan pelajarannya sahaja yang
sedikit berbeza.
 Sukatan mata pelajaran bahasa Melayu di
Sekolah Jenis Kebangsaan lebih mudah
berbanding dengan di Sekolah Kebangsaan.
 Walaupun terdapat beberapa penyesuaian
yang dilaksanakan oleh pihak kementerian
dalam kurikulum, namun penyesuaian
tersebut tetap memenuhi Falsafah Pendidikan
Negara, iaituuntuk melahirkan pelajar yang
 Pengekalan kepelbagaian struktur aliran
sekolah yang terdapat di negara ini perlu
difahami oleh semua pihak, iaitu lebih kepada
untuk menjaga kepentingan identiti sesuatu
masyarakat, yang merupakan khazanah yang
amat berharga bagi masyarakat berkenaan.

 Pengekalan yang wujud tidak bermakna


struktur pendidikan masih berasaskan sistem
vernakular zaman kolonial Inggeris yang
mengguna pakai kurikulum mengikut negara
asal sesuatu etnik.
 Pengekalan sistem dan struktur pendidikan
jenis kebangsaan ini wujud adalah hasil
daripada semangat tolak ansur dalam
kalangan pemimpin negara.

 Keunikan dalam struktur pendidikan yang


pelbagai membawa kepada pemerkasaan
sistem pendidikan negara ke arah
kesepaduan sosial dengan melakukan banyak
penambahbaikan demi mencapai wawasan
pendidikan negara.
Kategori Pendidikan Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah
Jenis Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh
(SBP), Sekolah Kluster, Sekolah Teknik dan
Vokasional, Sekolah Menengah Agama,
Sekolah Seni dan Sukan.
 Pendidikan peringkat menengah - bahasa
pengantar utama - bahasa Melayu.

 Hak untuk meneruskan pembelajaran dalam


bahasa ibunda mengikut etnik seperti bahasa
Cina dan Tamil adalah dibenarkan sekiranya
memenuhi syarat – maka pengekalan identiti
menerusi bahasa ibunda masing-masing
tidak akan terhakis.
 Sekolah Wawasan - sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam
satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum
atau agama.

 Ciri sekolah - dua atau tiga buah sekolah


rendah berlainan aliran ditempatkan dalam
kawasan sama.

 Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri


yang boleh disambung antara satu sama lain
menggunakan jambatan penghubung.
Matlamat Sekolah Wawasan

 (1) Mewujudkan perpaduan di kalangan


murid-murid pelbagai bangsa dan latar
belakang.

 (2) Memupuk semangat integrasi antara


murid-murid daripada pelbagai aliran.
(3) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat
toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu.

 (4) Menggalakkan interaksi yang maksimum


antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan pelbagai aktiviti lain di sekolah.
Pilihan pelajar selepas menduduki Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) adalah:

 (1) Tingkatan 6 ( tempoh dua tahun –


menduduki peperiksaan STPM)

 (2) Proram matrikulasi – 90% tempat


diperuntukkan bagi pelajar
Melayu/Bumiputera (satu atau dua tahun).

 (3) Pengajian di peringkat diploma di pelbagai


institut pendidikan (Contoh: Kolej Politeknik)
Dua kategori Institusi Pengajian Tinggi:
 (1) Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Bil.: 20
buah)
 (2) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
(Bilangan: 32 buah).
* Jumlah ini tidak termasuk IPTS lain yang
tidak disenaraikan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (- dikategorikan sebagai
IPTS-IPTS lain, diluluskan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (Kementerian Pengajian
Tinggi, 2006).
 Isu sekolah vernakular dalam sistem
pendidikan di Malaysia tidak pernah selesai
dan kerap menjadi kontroversi.

 Majoriti orang Cina yang diwakili oleh Dong


Jiao Zong berkata sekolah vernakular sejak
berpuluh tahun lalu tidak pernah
mengakibatkan polarisasi kaum, malah telah
mempertingkatkan daya saing negara di
peringkat antarabangsa.
 Kewujudan sekolah vernakular ini juga
dikatakan tidak pernah menjejaskan
perpaduan kaum negara.

 Berdasarkan beberapa kajian, pelajar Cina


yang mendapat pendidikan Sekolah
Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih
mudah bergaul dengan orang Melayu
 berbanding dengan para pelajar Sekolah Jenis
Kebangsaan.
 Peranan pendidikan ternyata amat dominan
dalam proses sosialisasi.
 Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai
agen kedua penting dalam sosialisasi politik,
tetapi pengaruhnya tidak boleh
 dinafikan kerana perkaitannya yang amat
rapat dengan keluarga yang berhak untuk
menentukan proses persekolahan anak-anak
mereka.
 Dasar pendidikan dan bahasa di Malaysia
amat unik jika dibandingkan dengan negara-
negara lain.
 Ramai yang berhujah bahawa kepelbagaian
sebagai satu kekuatan, namun terlalu banyak
perbezaan juga tidak membawa kepada
kebaikan.
 Kerajaan perlu mencari titik persamaan
memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia.
 Persamaan itu hanya dapat dicapai dengan
memahami dan berkongsi matlamat wawasan
 negara dalam kalangan rakyat dan diterajui
oleh barisan kepemimpinan yang sentiasa
berpegang kepada slogan ‘rakyat
didahulukan pencapaian diutamakan’.
 1. Jelaskan kaitan antara Falsafah Pendidikan Negara dengan
 perpaduan kaum di Malaysia.
 2. Selain sebuah badan induk dalam sistem pendidikan
negara, apakah peranan yang seharusnya dimainkan oleh
Kementerian Pendidikan dalam memupuk perpaduan kaum di
Malaysia.
 3. Bagaimanakah Sekolah Wawasan boleh memainkan
peranan dalam mewujudkan integrasi kaum di Malaysia.
 4. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh sekolah
kebangsaan dalam meningkatkan perhubungan antara kaum?

Anda mungkin juga menyukai