Anda di halaman 1dari 67

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SISTEM PENDIDIDKAN SEBELUM MERDEKA


SISTEM PONDOK (PENDIDIKAN SEBELUM

KEDATANGAN BRITISH)
- Pondok bererti rumah-rumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar 4 atau 4 orang (atau rumah tumpangan). - Di Malaysia atau Thai Selatan Institusi Pendidikan Islam bersendirian atau berasrama.

- Bermula dengan kedatangan alim ulama dari luar mengajar ilmu agama.
- Pengajian Sistem Pondok lebih kemas. - Kelantan, Kedah dan Terengganu.

- Mata pelajaran: Tauhid, tafsir, fiqah, hadis, tasawuf, saraf dan nahu.
- Doa-doa berkaitan kehidupan seharian dan amalan hidup bermasyarakat. - Diajar juga menulis jawi dan arab.

2 Jenis Pengajian Pondok


Pengajaran

tetap (murid sepenuh masa) Pengajaran hujung minggu (pelajar dewasa) Tujuan umum pelajaran pondok Mempelajari hukum-hukum agama Berakhlak tinggi Beribadat dengan betul

Tujuan umum pelajaran pondok


* Mempelajari hukum-hukum agama * Berakhlak tinggi * Beribadat dengan betul

Awal abad ke 20, lahir institusi lebih kemas dan tersusun ( madrasah / sekolah agama moden) - bersifat keduniaan dan akhirat dipelopori kaum muda di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dapat menandingi sekolah-sekolah Melayu yang didirikan British akhir abad ke 18.

PENDIDIKAN VERNAKULAR
1. Vernakular menggunakan bahasa atau dialek yang diperuntukkan untuk sesuatu golongan atau kaum dalam sesuatu masyarakat (bahasa ibunda). 2. Sekolah Vernakular Melayu. Negeri-negeri selat 1872 ( 16 buah sekolah). Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1898 (168 buah sekolah)

Negeri-Negeri MelayuTak Bersekutu 1913 (103 buah sekolah)

3. Mata pelajar diajar: Darjah 1


Menulis Ejaan Bacaan Ilmu Hisab

Darjah 2
Menulis Ejaan Bacaan Ilmu Hisab

Darjah 3
Mengarang Ejaan Bacaan Ilmu Alam

Darjah 4
Mengarang Bacaan Ilmu Hisab Ilmu Alam Lat. Jasmani Lat. Congak

3. Sekolah Vernakular Cina:


Pertama didirikan di Melaka pada 1815 oleh Persatuan Mubaligh London. Pulau Pinang 1819 Institut Wu Fu didirikan oleh orang tempatan. Singapura 1854 Institut Cui Ying

Kuala Lumpur awal kurun ke 20 berdasarkan prinsip pendidikan baru menggabungkan pengajaran Confucius dengan sains Barat.

Usaha membina sekolah Cina ditanggung sendiri oleh orang Cina.


Mata pelajaran dipelajari: menghafaz klasik lama, kaligrafi, ilmu kira-kira, Sejarah, Ilmu Alam, Sains, Moral, Bahasa, Lukisan, Nyanyian dan Latihan Jasmani.

Kerajaan Cina memberi bantuan kewangan dan nasihat pentadbiran. 1920 British mula sedar sekolah Cina tempat menyebarkan ideologi kerajaan Cina.
British meluluskan Enekmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu

4. Sekolah Vernakular Tamil: Pertama ditubuhkan di Tanah Melayu pada 1816. 1850 Sekolah Anglo Tamil di Melaka mengajar Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. 1870 sekolah-sekolah kecil mengajar Bahasa Tamil di Melaka, Seberang Prai dan NegeriNegeri Melayu Bersekutu. Merupakan sekolah persendirian, tanpa bantuan kerajaan British

1902 satu Kod Buruh dikuatkuasakan mewajibkan setiap ladang yang terdapat 10 orang kanak-kanak menyediakan sekolah.

1930 terdapat 4 jenis sekolah vernakular Tamil:


i. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh kerajaan.

ii. Sekolah ladang yang dibiayai dan diuruskan oleh majikan.


iii. Sekolah yang didirikan dan diuruskan oleh komuniti India tempatan. iv. Sekolah yang didirikan oleh Persatuan Mubaligh Kristian.

LAPORAN BARNES
1. 1950 L.J. Barnes menjalankan kajian tersebut. 2. Cadangan-cadangan Barnes:

i. Bahasa pengantar disemua sekolah ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
ii. Bahasa Cina dan Tamil hanya sebagai satu mata pelajaran sahaja. iii. Mendirikan sekolah menengah vokasional moden. iv. Rombakan kurikulum asal utamakan mata pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumahtangga.

v. Mendirikan Maktab Perguruan berasrama untuk melatih guru yang memegang Sijil Pelajaran.
vi. Menubuhkan Jemaah Nazir Persekutuan.

vii.Menubuhkan Penguasa Pelajaran Tempatan bantuan kewangan kepada sekolah rendah.


viii.Pendidikan percuma untuk semua sekolah rendah darjah 1 hingga 6. ix. Tamat sekolah rendah boleh sambung ke sekolah menengah (bahasa pengantar Bahasa Inggeris).

LAPORAN FENN-WU.
1. 1951 Pesuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney lantik sebuah jawatankuasa kaji pendidikan vernakular Cina.

2. Dr. W.P. Fenn (seorang Amerika berasal dari Cina) dan Dr. Wu The Yau (pegawai Bangsa-Bangsa Bersatu) 3. Hasil kajian:
i. Orang Cina sedia belajar Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

ii.

Sistem pendidikan Pesekutuan Tanah Melayu disalurkan kepada matlamat membentuk identiti kebangsaan.

iii. Tindakan memaksa rakyat berbilang kaum belajar satu atau dua bahasa menjejaskan persefahaman dan perpaduan kaum. iv. Kelemahan Sistem Pendidikan Cina kerana kekurangan guru terlatih.

v. Kebanyakan ahli daripada Lembaga Pengurus Sekolah kurang faham prinsip pentadbiran sekolah.

vi. Penubuhan Kolej Latihan Guru dan latihan Dalam Perkhidmatan di hujung minggu untuk sekolah Cina amat diperlukan untuk menampung kekurangan guru terlatih. vii.Kerajaan perlu menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah Cina.

LAPORAN CHEESEMAN.
1. Sistem pendidikan selepas pendudukan Jepun. 2. Bertujuan membina dan mengembang semula sistem pendidikan perpaduan kaum tidak disentuh. 3. Cadangan utama: i. Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernakular di peringkat rendah. ii. Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari Bahasa Inggeris.

iv. Sekolah menengah terdiri daripada 2 jenis sahaja.


v. Pendidikan vokasional seperti yang termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 hendaklah dilaksanakan.

ORDINAN PELAJARAN 1952.


1. Hasil pandangan berlainan Laporan Barnes dan Fenn-Wu, kerajaan British tubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut. 2. Cadangan-cadangan Jawatankuasa Khas: i. 2 sistem persekolahan perlu ditubuhkan, satu menggunakan Bahasa Melayu dan satu lagi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. ii. Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.

iii. Bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi Sekolah Melayu dan Bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib di Sekolah Inggeris.
3. Laporan Jawatankuasa Khas dibentang di Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada September 1951 dan dikuatkuasakan pada 1952. 4. Masalah dihadapi:

a) Kekurangan guru terlatih untuk sekolah kebangsaan.


b) Tentangan hebat dari kaum Cina dan India terhadap perubahan bahasa pengantar di sekolah Cina dan Tamil. c) Kekurangan kewangan untuk membiayai rancanganrancangan yang diusulkan dalam ordinen itu.

5. Penyelesaian, sebuah jawatankuasa khas dilantik. Mencadangkan:


a) Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu. b) Penggunaan 3 bahasa di sekolah Cina dan Tamil secara beransur-ansur hingga diserapkan dalam sistem persekolahan kebangsaan.

c) Menghadkan bilangan murid masuk sekolah Inggeris.


d) Penubuhan sekolah menengah vokasional.

SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA


Laporan Razak(1956) : 1) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 2) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

3) Perpaduan kaum.
4) Merapatkan jurang perbezaan kaum. 5) Mewujudkan sistem pengurusan. 6) Pendidikan lebih cekap dan berkesan 7) Mewujud masyarakat berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.

Cadangan-cadangan Laporan Razak:


1. Dasar pelajaran diarah oleh menteri pelajaran. -pelajaran menengah

-latihan guru.
2. Pihak berkuasa pelajaran tempatan: -pelajaran rendah -pertukangan. 3. Guru dilatih di bawah rancagan Pihak Berkuasa Pelajaran Tempatan. 4. Nazir Sekolah ditubuhkan.

5. Lembaga Pengelola Sekolah diwujudkan bagi semua sekolah. 6. Semua guru diletakkan dibawah satu perkhidmatan profesional. 7. Terdapat 2 jenis sekolah rendah: -rendah persendirian. -rendah bantuan.

-sekolah menengah persendirian.


-sekolah menengah bantuan kerajaan. 8. Sekolah rendah di panggil: -Sekolah Umum (pengantar Bahasa Melayu) -Sekolah Jenis Umum (pengantar Bahasa Cina, Tamil, Inggeris).

9. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib disemua sekolah rendah dan menengah.
Bahasa lain boleh diguna disemua sekolah rendah bila diperlukan. 10. Satu jenis sekolah menengah kebangsaan terbuka untuk semua bangsa. 11. Sijil Persekolahan Rendah dan Sijil Persekolahan Persekutuan Tanah Melayu (SPR & SPP). 12.Pelajaran menengah lanjutan. 13.Pelajaran teknik disusun semula dan dimajukan. 14.Saiz sekolah dan bilik darjah dikawal kanak-kanak lebih umur.

15. Mengorentasikan semua sekolah pada bersifat kemelayuan.


16. Usaha-usaha menggalakkan kemajuan bahasa kebangsaan.

LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)


1.

Dibentuk sebuah j/kuasa penyemak pelajaran: - melantik Abdul Rahman Talib (Menteri Pelajaran) menjadi pengerusi j/kuasa tersebut.

Cadangan-cadangan Laporan Rahman Talib:


1. Umur persekolahan murid dinaikkan daripada 12 kepada 15 tahun. 2. Sekolah Pelajaran Lanjutan menawarkan kursus vokasional selama 3 tahun. 3. Kementerian Pelajaran melatih guru secara separuh masa selama 3 tahun untuk mengajar di sekolah lanjutan. 4. Semua Sekolah Umum dan Sekolah Jenis Umum dicadangkan menggunakan bahasa kebangsaan.

5. Peperiksaan Awam diadakan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

6. Mencadangkan kerajaan memberi bantuan penuh kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan, untuk menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. 7. Pendidikan teknik dan vokasional penting untuk perkembangan ekonomi dan pendidikan negara tubuhkan Institusi-institusi Teknologi.
8. Kemudahan diberi untuk mengajar Agama Islam jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid Islam. 9. Bayaran yuran untuk semua sekolah rendah dimansuhkan. 10.Penubuhan Lembaga penasihat Kerajaan Negeri menggantikan Penguasa Pelajaran Tempatan.

11. Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan menggantikan Jemaah Nazir Persekutuan.

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979.


1. 2.

1974 J/Kuasa Kabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan ditubuhkan. 5 tahun kemudian, 173 perakuan dibentang: i. Pelaksanaan KBSR bermula 1982. ii. KBSM 1988. iii. Pengajaran pemulihan diutamakan dalam KBSR.

iv. UPSR 1988 (untuk murid darjah 6).


v. Pelaksanaan sekolah-sekolah vokasional. vi. Pengambilan guru-guru pelatih ditambah pada RM4.

vii.Tempoh latihan mengajar di Maktab ditambah dari 12 kepada 18 minggu dan kursus kepada 2 tahun setengah tahun.
viii.Memperkenalkan pelajaran Pendidikan Moral. ix. Memperbaiki cara pengajaran Bahasa Inggeris. x. Tempoh belajar dari 9 tahun kepada 11 tahun untuk atasi masalah keciciran tidak dilaksanakan sehingga 1992.

SISTEM PENDIDIKAN SEMASA.


AKTA PENDIDIKAN 1996. 1. Semua sekolah kebangsaan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. 2. Menggunakan kurikulum yang sama. 3. Peperiksaan awam yang sama.

4. Menyediakan peluang untuk prasekolah, pendidikan perguruan, pendidikan khas,pendidikan swasta dan pendidikan teknikal.
5. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua diteruskan, bahasa-bahasa asing digalakkan.

SEKOLAH BESTARI.
1. Aplikasi projek MSC (keridor Raya Multimedia). 2. Mengubah budaya menghafal kepada budaya berfikir secara kreatif, kritis dan penyelesaian masalah. 3. Penggunaan teknologi secara intensif. 4. Pembelajaran berpusatkan pelajar. 5. Pengurusan dan pentadbiran di sekolah bestari menggunakan teknologi. 6. Sekolah dilengkapi dengan komputer dengan nisbah tinggi.

Konsep Sekolah Bestari


Mempunyai

ilmu pengetahuan yang mantap dan kukuh Membolehkan pelajar lebih bermaklumat(informed) Berfikiran yang menggalakan daya berfikir secara kritis dan kreatif dan lebih aktif mencari ilmu serta menjalankan penyelidikan

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran


Merupakan

tindakan guru (cara) yang sistematik bertujuan mencapai objektif pengajaran Merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur yang tersusun berdasarkan pendektan yang dipilih Kaedah pengajaran terkini yang dicadangkan dalam kerja kursus ini ialah teknologi proses

Teknologi Proses

Teknologi proses dalam pengajaran pembelajar didefinasikan sebagai penggunaan teknologi sebagai satu proses untuk mencapai pembelajaran yang efektif. Pengajaran yang rekabentuk berdasarkan definasi Galbrath(1967) Akan menghasilkan tenaga yang cemerlang dengan mengaplikasikan pengetahuan saintifik bagi memperolehi pengajaran pembelajaran menyeluruh.

Teknologi Proses berdasarkan keperluan Individu, kumpulan kecil dan kumplan besar. Bagi individu terdapat: Progrem tutor dan pusat Pengajaran terancang Pengajaran sistemkendiri Pembelajaran koperati Bagi Kumpulan Kecil: Pengajaran melalui permainan Pengajaran melaluisimulasi

Pengajaran
Pelajar perlu menggunakan masa mereka untuk menguasai pengetahuan atau kemahairan dan reson / gerak mengikut teori /peneguhan teori (Skinner) Prisif pengajar: Terdapat perubahan tingkah laku selepas P&P tamat berdasar Berurutan dari satu unit kepada satu unit dan pelajar diberi item ujian belajar secara kendiri

Progrem Tutor
Kaedah progrem tutor adalah berstruktur Bahan pengajaran pelajar dan totur bersamaSama melihat buku panduan, bagi buku paduan totur mengadungi soalan latihan, progrem ini menggunakan kecerdikan tidak perlu mendapat maklum balas dari guru pelajar perlu melibatakan diri secara berterusan.

Pengajaran sistem kendiri


Pengajaran ini berasal dari progrem pembelajaran kemahiran, semua pelajar akan berjaya menguasai pelajaran asas,pelajar tidak dibenarkan untuk meneruskan kepada unit-unit berikutnya sehingga mereka betul-betul menguasai kemahiran prasyarat (asas)

Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan di dalam dua bentuk pendidikan formal dan tidak formal, kesedaran bahawa keadaan diluar bilik darjah memerlukan aktiviti kolaboratif yang menggunakan kerja kerja berpasukan dalam kehidupan harian dan nilai- nilai intraksi sosial untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna,yang penting dalam pembelajaran koperatif ialah tahap intraksi , persepakatan dan bertukar idea di antara pelajar dengan pelajar lain bagi meningkatkan mutu pelajaran yang bermakna dan menggalakan kemahiran berfikir dan intraksi antara satu dengan yang lain.

Model pembelajaran oleh Johnson and Johnson (1993))


Pada model ini terdapat empat elemen asas Saling bergantung dengan yang lain secara positif Intraksi bersemuka Tanggungjawab individu Mengajar di antara perseorangan dalam kumpulan kecil

Robert slavin (1985)


Model Koperatif Pasukan berbentuk individu, Pada model ini, pelajar belajar sendiri secara berkesan dan cekap kurang bergantung kepada guru, pembelajarannya secara terus kepada kumpulan kecil dan diikuti oleh pengajaran secara individu. Model ini mempunyai ciri berikut; Kumpulan mengajar Pembentukan pasukan

Bahan pengajaran kendiri


Kajian

pasukan Skor dan pengiktirafan pasukan

PEMBAHARUAN DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN


Struktur Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah atau pendekatan dalam pembelajaran di mana pelajarpelajar dapat berkongsi ,saling bantu membantu, bekerjasama antara satu sama lain dan samasama mengambil bahagian dalam proses pembelajaran.pelajar berkongsi idea dan sumber dengan ahli kumpulan serta berkongsi bakat pelajar yang lebih cekap akan membantu pelajar yang kurang pandai.Ahli kumpulan mengambil bahagian secara aktif dan mereka bekerjasama mempelajari kemahiran-kemahiran baru.

Dalam pembelajaran pembelajaran koperatif seseorang pelajar bukan sahaja bertanggung jawab untuk diri sendiri tetapi untuk pembelajaran rakan-rakannya Dalam pembelajaran koperatif, kelas dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil antar 2-6 ahli kumpulan ini dianggotai oleh pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan (pandai, sederhana, lemah)

Mengapakah pembelajaran koperatif patut Dilaksanakan


Pembelajaran

Koperatif mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakan Pembelajaran koperatif mewujudkan kumpulan kecil Pembelajaran koperatif boleh mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah Pembelajaran koperatif meningkatkan skor pencapaian murid dalam kelas Pelajar-pelajar menjadi kreatif

BILAKAH GURU BOLEH MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF


Pembelajaran

koperatif boleh digunakan dalam semua mata pelajaran dan semua tingkatan dan pelajar dapat mengembangkan diantara kemahiran berikut; Kemahiran menyelesaikan masalah Pentingnya mutu pencapaianDemokarasi dalam bilik darjah Mengembangkan kemahiran sosial

Pelajar-pelajar dalam bilik darjah koperatif dapat menguasai kemahiran pengurusan,kepimpinan, pengurusan konflik, kemahiran interpersonal dan komunikasi Pembelajaran koperatif menyediakan pelajar Pelajar menghadapi dunia yang sebenar ,mereka dapat bekerjasama dan bukan konfrantasi

Pembelajaran koperatif boleh digunakan dalam pembelajaran semua mata pelajaran Dan dalam semua tingkatan, diantaranya Kemahiran menyelesaikan masalah Pemikiran yang bercambah Tugasan-tugasan sukar Demokarasi dalam bilik darjah Mengembangkan kemahiran sosial Kesedaran tanggungjawab

PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M)

Latar Belakang
Mesyuarat

Memperkasakan SK 22 November 2005: - masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis murid ditangani segera.
PPK diberi mandat untuk melaksanakan KIA2M

Konsep KIA2M
Program

khas untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam BM. 100% murid Tahun 1 menguasai 2M Dijalankan oleh guru BM selama 3 atau 6 bulan. Murid yang lulus Ujian Penapisan akan mengikuti kelas biasa.

Objektif
Pada akhir Program KIA2M, murid dapat:

Menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mengikuti proses p&p mengikut tahap kebolehan sendiri. Meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar.

Strategi Pelaksanaan
Pelaksanaan:

Program KIA2M wajib dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan. Sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan sama ada untuk melaksanakan program ini atau sebaliknya.

Strategi Pelaksanaan
Penentuan murid:

Semua murid Tahun 1 akan menduduki Ujian Penapisan. Pengelasan murid berdasarkan skor:
0 - 9:
10 - 44: 45 - 60:

dirujuk kepada pengamal perubatan mengikuti program KIA2M meneruskan p&p di kelas biasa

Strategi Pelaksanaan
Penubuhan Kelas Berdasarkan jumlah murid Tahun 1 (tiada penambahan kelas dan guru). Murid akan mengikuti kelas biasa setelah:
Lulus Ujian Pelepasan 1 Lulus Ujian Pelepasan 2

Strategi Pelaksanaan
Jadual Waktu KIA2M di SK Mata Pelajaran Waktu

Bahasa Melayu BM/Pendidikan Jasmani & Kesihatan BM/Pendidikan Muzik BM/Pendidikan Seni Visual
JUMLAH

12
3 2 2
19

Strategi Pelaksanaan
Jadual Mata Waktu KIA2M di SJK Pelajaran Bahasa Melayu
Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik diajar dalam bahasa ibunda. Waktu 9

Strategi Pelaksanaan
Mata Pelajaran P&p KIA2M perlu diserapkankan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni.

Murid KIA2M akan mengikuti mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral seperti murid lain.

Strategi Pelaksanaan
Guru KIA2M terdiri daripada:

Guru BM KBSR Tahun 1. Guru Pemulihan Khas boleh membantu. Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni.

Strategi Pelaksanaan

Semua murid Tahun 1 akan disaring melalui instrumen Ujian Penapisan (2-7 April 2007) Murid KIA2M akan: Mengikuti KIA2M(1): 9 April 21 Julai 2007 - Ujian Pelepasan 1 (23-28 Julai 2007) Mengikuti KIA2M(11): 6 Ogos 27 Okt. 2007 - Ujian Pelapasan 2 (29 Okt.-3 Nov. 2007)

Penyeliaan dan Pemantauan


Pencerapan dan pemantauan akan dijalankan oleh:

PPK dan bahagian lain dalam KPM Jemaah Nazir Sekolah JPN PPD/PPG Guru Besar

Pelaporan
Laporan keberkesanan Program KIA2M perlu diserahkan kepada PPD/PPG/JPN setelah murid KIA2M selesai Ujian Pelepasan.

Anda mungkin juga menyukai