Anda di halaman 1dari 8

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIIKAN

SEMESTER 1- 2021/2022

PGT219- PENGANTAR KAEDAH MENGAJAR ILMU KEMANUSIAAN

TUGASAN:

KRITIKAN VIDEO

DISEDIAKAN OLEH:

NURIN IZZATI BINTI ABDUL PATAH

154856

NAMA PENSYARAH:

DR. JAMALSAFRI BIN SAIBON

PM. DR. ASWATI BINTI HAMZAH


PENGENALAN

Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro merupakan suatu Teknik
pengajaran dilakukan dalam masa lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu
kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih iaitu sering terdiri daripada lima hingga
sepuluh orang sahaja. Tujuan pengajaran mikro dilakukan adalah untuk membina kemahiran
dan potensi guru-guru berkaitan dengan segala aktiviti pengajaran serta pembelajaran di dalam
kelas. Pengajaran mikro juga digunakan oleh pelatih guru dalam menyampaikan satu-satu
kemahiran secara praktik dan tersusun. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam
menyampaikan sesuatu pengajaran di dalam kelas untuk memastikan pelajar tertarik dan
memahami pembelajaran tersebut. Pengajaran yang sempurna akan menggunakan dan
melibatkan kemahiran mengajar seperti set induksi, kemahiran menerang, aktiviti berkumpulan
berpusatkan pelajar, rumusan dan penutup serta lain-lain.

KRITIKAN VIDEO 1- KEMAHIRAN SET INDUKSI (VIDEO KE-1)

Kemahiran set induksi merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru
ketikan ingin memulakan pengajaran. Menurut Mook Soon Sang (1992), mendefinisikan
kemahiran set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan
untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid. Kemahiran ini juga mempunyai
beberapa prinsip yang perlu dilakukan oleh guru iaitu menarik perhatian, menimbulkan
motivasi, membuat perkaitan, menstruktur dan mengikut kesesuaian. Kemahiran set induksi
turut meningkatkan kemahiran guru untuk membuka minda pelajar dan menggerakkan struktur
kognitif mereka pada awal permulaan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian
kerana, tujuan set induksi adalah untuk menarik minat dan kesediaan pelajar bagi mengikuti
pembelajaran dengan bersemangat dan fokus. Oleh itu, guru juga perlu sentiasa peka berkaitan
kemahiran set induk yang hanya perlu dilakukan dalam masa 5 minit untuk memulakan
pembelajaran dengan baik.

Seterusnya, Saya telah memilih video simulasi pengajaran yang kedua bagi tajuk
kemahiran set induksi untuk memberikan kritikan. Menurut video yang dilihat oleh saya, guru
memulakan kemahiran set induksi dengan menarik perhatian untuk melihat dan meneka kotak
yang ada pada guru lalu memberitahu guru apakah yang terdapat dalam kotak tersebut. Pada
pandangan saya, guru telah melakukan satu kemahiran set induksi yang menarik dan kreatif
untuk memberikan suatu situasi yang ceria di dalam kelas serta murid juga mula fokus terhadap
sesi pengajaran tersebut. Dalam rakaman tersebut juga, guru memberikan peluang kepada
pelajar untuk maju ke hadapan untuk melekatkan cebisan-cebisan kotak menjadikan satu
gambar rajah. Selepas itu, guru menyuruh pelajar meneka gambar rajah tersebut untuk
membuka minda pelajar pada awal permulaan pembelajaran. Pada pendapat saya juga, guru
melakukan suatu aktiviti yang menarik dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti kotak
bagi menarik perhatian murid untuk melakukan aktiviti tersebut. Kemahiran set induksi yang
digunakan oleh guru ini boleh dikaitkan dengan artikel yang ditulis oleh Hasmizi Abdul Hamid
(2011) iaitu guru digalakkan untuk melakukan aktiviti yang menarik untuk mendapat perhatian
dan fokus murid. Di samping itu, murid juga sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu untuk ke
sesi pembelajaran seterusnya. Guru tersebut juga telah menjalan kemahiran set induksi dengan
tujuan yang betul dan mengikuti prinsip-prinsip kemahiran ini semasa melakukan sesi
pengajaran di dalam kelas.

Selain itu, kekurangan yang timbul di dalam rakaman video set induksi ini adalah guru
meninggalkan satu prinsip kemahiran set induksi iaitu tidak menggunakan komponen membuat
perkaitan. Komponen membuat perkaitan merupakan di mana keadaan guru perlu mengaitkan
pengetahuan lepas murid dengan sesi pembelajaran di dalam kelas. Di dalam video tersebut,
guru tidak mengaitkan dengan peristiwa semasa untuk memberikan pendedahan dan
kefahaman awal kepada murid. Guru juga tidak mengaitkan minat dan pengalaman murid
berkaitan pembelajaran yang ditunjukkan oleh guru. Hal ini demikian kerana, kefahaman
pelajar tidak meluas apabila guru tidak menggunakan komponen membuat perkaitan.
Cadangan penambahbaikan bagi video set induksi ini adalah agar lebih menitikberatkan
penerangan yang dikaitkan dengan pengetahuan murid dan juga isu semasa. Oleh itu, guru
perlu menerangkan terlebih dahulu dan mengaitkan dengan pengetahuan pelajar agar murid
lebih memahami konsep pembelajaran tersebut.

KRITIKAN VIDEO 2- KEMAHIRAN MENERANG (VIDEO PERTAMA)

Kemahiran menerang merupakan salah satu komponen dalam pengajaran mikro.


Menurut Behr (1988), mendefinisikan kemahiran menerang merupakan suatu kemampuan
untuk kefahaman kepada orang lain. Dalam erti kata lain, kemahiran menerang digunakan
dalam menyampaikan matlamat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid.
Kemahiran menerang juga merupakan kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan dan
menggambarkan sesuatu perkara terhadap orang lain. Kemahiran ini sering digunakan untuk
memberikan penerangan kepada murid berkaitan tentang pembelajaran yang menggunakan
contoh, ilustrasi dan sumber pelajaran. Tujuan kemahiran menerang untuk dilakukan oleh guru
adalah menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara yang berkesan, membina
pengetahuan dan kefahaman pelajar serta dapat mengikuti arahan.

Berdasarkan rakaman video kemahiran menerang, saya memilih untuk mengkritik


video yang pertama iaitu subjek Geografi dengan tajuk pemanasan global. Dalam video ini,
guru tersebut telah memfokuskan kepada apakah faktor pemanasan global terjadi di muka
bumi. Pada pemdapat saya, guru telah mempratikkan komponen kemahiran menerang dengan
cara yang betul iaitu menggunakan kemahiran ilustrasi. Sebagai contoh, guru menggunakan
tayangan video bergambar berkaitan pemanasan global. Guru juga memaparkan slide Power
Point mengenai tajuk pembelajaran tersebut untuk memberikan penerangan yang lebih jelas
dan menarik kepada murid. Menurut video tersebut, guru telah menerangkan definisi dan faktor
pemanasan global dengan menggunakan slide Power Point. Penggunaan kemahiran ilustrasi
merupakan penggunaan contoh atau sumber pembelajaran yang mencukupi, sesuai, jelas dan
menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana, kemahiran ilustrasi dapat memudahkan murid
lebih memahami dan fokus terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Guru
menggunakan kemahiran menerang supaya dapat menjelaskan definisi dan faktor pemanasan
global dengan lebih terperinci serta menggunakan gambar rajah yang sesuai dengan tajuk.
Selain itu, saya mendapati dalam video tersebut turut digunakan prinsip kemahiran menerang
iaitu arahan permulaan di mana guru mengekalkan perhatian murid dengan berinterasi seperti
meminta pandangan murid berkaitan pemanasan global. Oleh itu, pelajar akan menumpukan
perhatian yang sepenuhnya terhadap sesi pembelajaran tersebut.

Kelemahan yang dapat dikritikan dalam video simulasi tersebut adalah guru tidak
melengkapkan kemahiran menerang dengan sempurna iaitu tiada penyusunan idea. Guru perlu
menjelaskan terlebih dahulu dan mengembangkan penjelasan tersebut dengan lebih teratur agar
sesi pembelajaran tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu melakukan penerangan
lisan dengan tepat terlebih dahulu sebelum mengemukakan soalan kepada pelajar untuk
memberi pemahaman sepenuhnya berkaitan topik tersebut. Cadangan penambahbaikan adalah
guru perlu membuat penyusunan idea dengan betul dalam sesi pengajaran supaya kefahaman
murid lebih mendalam berkaitan topik pemanasan global.
KRITIKAN VIDEO 3- AKTIVITI BERKUMPULAN BERPUSATKAN PELAJAR ( VIDEO
PERTAMA)

Kemahiran aktiviti berkumpulan iaitu perbincangan bermaksud satu aktiviti yang


dilakukan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil dan membimbing murid. Menurut Killen
(1947), menyatakan bahawa perbincangan merupakan proses berinteraksi secara bersemuka
antara satu sama lain di mana pelajar dapat bertukar-tukar pendapat, idea, membincangkan atau
menyelesaikan sesuatu masalah, menjawab persoalan, mengukuh serta meningkatkan
kefahaman pelajar. Perbincangan sememangnya melibatkan aktivti berkumpulan yang
digunakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya melakukan sesi berkongsi pendapat. Perkara ini
memberikan kelebihan kepada semua pihak iaitu guru dan pelajar dalam sesi pembelajaran di
dalam kelas. Aktiviti berkumpulan berpusatkan pelajar adalah bertujuan untuk meluaskan
pengetahuan dan mengembangkan kemahiran pelajar.

Bagi kemahiran aktiviti berkumpulan saya telah memilih video yang pertama iaitu
perbincangan yang berkaitan dengan letusan gunung berapi yang berdurasi selama 14 minit 40
saat. Berdasarkan video simulasi tersebut, saya mendapati bahawa pada permulaan kelas guru
menggunakan teknik perbincangan kumpulan besar atau perbincangan keseluruhan kelas. Guru
bertindak sebagai pemimpin perbincangan tersebut dengna menerangkan terlebih dahulu
berkaitan topik letusan gunung berapi sebelum menunjukkan contoh kepada murid. Dalam
perbincangan ini juga, murid berpeluang untuk memberi dan pendapat tentang tajuk yang
dibincangkan dalam kelas. Guru turut memberikan peluang kepada wakil setiap kumpulan
pelajar untuk maju kehadapan bagi membuat contoh berlakunya letusan gunung berapi bersama
guru. Saya juga mendapati dalam video tersebut, guru telah mengikuti prinsip-prinsip di bawah
aktiviti perbincangan seperti guru memainkan peranan sebagai fasilitator, masa diperuntukkan
dan juga memberi pujian. Sebagai contoh, guru akan memberi kata-kata pujian kepada murid
seperti “pandai”, “betul” dan “tahniah”. Guru memberikan kata-kata pujian supaya
melambangkan guru menghargai hasil kerja daripada murid mereka. Ini akan membuatkan
pelajar lebih bersemangat dan memberikan perhatian yang lebih dalam kelas apabila pelajar
selesa mengikuti pembelajaran tersebut.

Seterusnya, kelemahan yang ada dalam video simulasi tersebut adalah tidak kesemua
pelajar fokus terhadap perbincangan tersebut semasa di dalam kelas. Hal ini dikatakan
demikian kerana, guru tidak menggalakkan setiap kumpulan pelajar mempunyai bahan letusan
gunung berapi untuk dilakukan bersama ahli kumpulan setelah guru selesai menerangkan topik
berkenaan. Apabila tiada perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam suatu
kumpulan menyebabkan kefahaman pelajar tidak meningkat serta berlaku kekurangan
pemahaman di dalam kelas. Perkara ini juga menjadikan pelajar kurang kreatif dan berminat
untuk memahami sesuatu pembelajaran tersebut. Saya juga mendapati guru tidak
menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham iaitu Fasa 1 (orientasi) iaitu guru
tidak menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang kognitif dan menimbulkan minat
pelajar dalam pembelajaran. Cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah guru
perlu membuat kaedah pembelajaran abad ke-21 iaitu memberikan sesame pelajar berbincang
dan menyelesaikan sesuatu masalah dalam topik tersebut bagi meningkatkan kefahaman
pelajar.

KRITIKAN VIDEO 4- RUMUSAN DAN PENUTUP (VIDEO PERTAMA)

Kemahiran rumusan dan penutup merupakan satu penyimpulan secara keseluruhan


sesuatu topik atau pengajaran tersebut untuk membantu murid mengimbas kembali
pembelajaran yang telah mereka pelajari. Kemahiran ini bertujuan untuk mengetahui sesuatu
pengajaran yang dilakukan oleh guru sama ada berkesan ataupun tidak terhadap murid melalui
murid dapat mengimbas kembali secara keseluruhan tentang pembelajaran tersebut. Kemahiran
rumusan dan penutup sering digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian objektif melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan di dalm kelas. Kemahiran
rumusan dan penutup terdapat dua komponen iaitu kognitif dan berkaitan sosial yang sering
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Seterusnya, kemahiran rumusan dan penutup saya telah memilih video pertama untuk
memberikan kritikan. Berdasarkan video pertama, guru mengajar subjek Bahasa Melayu iaitu
tajuk Kata Adjektif semasa sesi pembelajaran tersebut. Kelebihan yang terdapat dalam video
tersebut dapat dilihat guru telah memenuhi kesemua prinsip yang terdapat dalam kemahiran
rumusan dan penutup dengan sangat berkesan dan jelas. Sebagai contoh, guru membuat satu
aktiviti kepada pelajar iaitu memberikan kertas A4 kepada setiap kumpulan pelajar untuk
menyelesaikan soalan yang dipaparkan di slide power point guru. Perkara ini menunjukkan
guru memastikan kesemua pelajar memahami pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru
dengan melakukan pengujian kognitif pelajar berkaitan topik tersebut. Guru turut memberikan
kata-kata pujian kepada murid apabila memahami pembelajaran tersebut dan menjawab soalan
dengan betul. Guru turut menyimpulkan secara keseluruhan di akhir sesi pembelajaran tersebut
agar murid lebih memahami sesi pembelajaran tersebut.

Kelemahan yang terdapat dalam video tersebut adalah guru tidak menggunakan ayat
pertanyaan secara normal. Sebagai contoh, guru sering menggunakan Bahasa pasar untuk
menanyakan soalan kepada pelajar iaitu perkataan melibatkan tanda soal berada di belakang
bukan di hadapan ayat. Cadangan penambahbaikan adalah guru perlu menggunakan ayat
formal dan betu dalam menggemukakan soalan kepada murid supaya tidak berlaku
kesalahfahaman penggunaan ayat terhadap murid.

KESIMPULAN

Pengajaran mikro merupakan sesuatu yang penting kepada bakal guru dan guru pelatih
untuk menggunakan kesemua kemahiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Guru juga berperanan untuk memastikan sesi pembelajaran tersebut berjalan lancar
dengan menjelaskan dan memberi kefahaman kepada murid. Oleh itu, guru yang cemerlang
adalah mampu melakukan kesemua kemahiran dalam pengajaran mikro dengan lancar dan
menarik minat murid untuk memberikan tumpuan di dalam kelas.
RUJUKAN

Azlinda Suhafa (April 17, 2018), Kemahiran Menerang,


http://azlindasuhafa.blogspot.com/2018/04/kemahiran-menerang.html

Faridah Haji Puteh, Pengajaran Mikro,


https://www.academia.edu/10926975/Kemahiran_Pengajaran_Mikro

Siti Nur Ain Binti Abdul Jalil (Oktober 01, 2013), Kemahiran Perbincangan,
https://www.slideshare.net/sayanuratika/kemahiran-mengendalikan-perbincangan-kpd

Zurainu Mat Jasin (2012), Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam

Pengajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol.2, Bil. 1

Hamid. H. A (2011). Kemahiran Set Induksi

http://miji75tm.blogspot.com/2011/01/kemahiran-set-induksi.html

Anda mungkin juga menyukai