Anda di halaman 1dari 15

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SIDANG AKADEMIK 2020/2021


SEMESTER 2
PGT219 PENGANTAR KAEDAH MENGAJAR ILMU KEMANUSIAAN

TUGASAN: KRITIKAN DAN RUMUSAN VIDEO

DISEDIAKAN OLEH:

Nama: Lau Bee Jian


No. Kad Pengenalan: 990124-02-5054
No. Matric: 148504
Tahun: 2
Email: laubeejian26@gmail.com
Tutorial Slot: Rabu (2petang-3petang)

DISERAHKAN KEPADA: PM. DR. ASWATI HAMZAH & DR. JAMALSAFRI BIN SAIBON

TARIHK SERAHAN: 20 MAY 2021


1.0 KRITIKAN VIDEO SET INDUKSI
Dalam video kritikan set induksi, saya telah memilih video yang kedua
https://drive.google.com/file/d/1DNcjTWaWLhGHycfoZ4zWqmrEm1d_XVPg/view, di mana
guru yang mengajar subjek bahasa Melayu dengan mengajar topik yang berkaitan kata Adjektif.
Menurut Hamdi Bin Ishak, Ab Halim Bin Tamuri, Rosadah Binti Abdul Majid dan Safani Bin
Bari (2012), set induksi adalah kaedah atau cara seseorang guru memulakan penganjaran.
Berdasarkan video penganjaran set induksi tersebut, saya telah mendapati wujudnya beberapa
kekuatan dan juga kelemahan.

Dari segi kekuatan, saya mendapati bahawa guru berjaya melahirkan suasana
pembelajaran yang menarik dan menyeronok dalam kelas. Menurut Tay Meng Guat (2015),
kepentingan unsur amalan pembelajaran menyeronokkan dinyatakan sebagai salah satu elemen
disposisi guru. Standard ini menggariskan bahawa guru perlu mewujudkan suasana riang supaya
dapat meransang sesi pembelajaran. Oleh itu, guru perlu mengetahui bahawa kepentingan unsur
pembelajaran yang menyeronokkan dalam penganjaran dapat melahirkan hubungan yang baik
dengan pelajar-pelajar mereka. Dalam video kedua penganjaran set induksi, jelasnya bahawa
guru menggunakan unsur humor semasa menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar-pelajar.
Menurut Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed (2010),
guru perlu menggunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu, penggunaan grafik
seperti kartun dan bahasa badan yang boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada
pelajar. Hal ini kerana sesi pembelajaran yang santai dapat menarik penglibatan murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Yahya (2012), guru yang mengaitkan elemen humor
dengan kelucuan boleh menyebabkan pelajar-pelajar menjadi seronok apabila mendengarnya.
Sebenarnya, pengajaran subjek bahasa Melayu tidak boleh hanya menekankan penguasaan isi
kandungan semata-mata sebaliknya boleh diajar dalam suasana yang lebih selesa dan
menyeronokkan. Selain itu, dalam video tersebut menunjukkan guru telah menggunakan alat
bantuan mengajar (ABM) seperti kain putih, pigmen warna dan sebagainya yang dapat menarik
perhatian pelajar semasa menyampaikan isi pelajaran. Menurut Tay Meng Guat (2015),
pembelajaran yang menyeronokkan dengan penerapan unsur kreativiti ini dapat membantu guru
menjadikan proses penganjaran dan pembelajaran berlansung dalam kelas dengan lebih
menyeronokkan dan berkesan.
Dari segi kelemahan pula, saya mendapati bahawa guru menyampaikan isi yang kurang
perkaitan dengan topik penganjaran. Berdasarkan video tersebut, guru gagal membuat perkaitan
yang jelas di mana guru menggunakan kain putih yang diwarnai dan tidak memberi penjelasan
yang lebih mendalam terhadap topik penganjaran adalah kata Adjektif. Menurut Mohd Syaubari
Bin Othman & Ahmad Yunus Bin Kassim. (2016), set induksi sepatutnya mempunyai perkaitan
denga isi dan objektif pelajaran di mana guru menerangkan secara berstruktur supaya pelajar
mudah membuat perkaitan apa yang hendak belajar dalam kelas nanti. Untuk memastikan
pelaksanaan set induksi yang baik, komponen keaslian harus diwujudkan. Menurut Jacinta
Johnny, Ket Lee Lian, Yeoh Chew Lan (2013), komponen keaslian merujuk kepada keupayaan
untuk bertindak balas dan membuat perkaitan antara set induksi dengan objektif pembelajaran.
Kelemahan yang seterusnya adalah guru kurang keberanian atau ketegasan dalam bidang
mengajar. Perkara ini akan menyebabkan seseorang pelajar tidak hormat kepada guru seperti
yang dilihatkan dalam video penganjaran set induksi tersebut. Pelajar membuat lawak yang
melampau dengan guru semasa PdP dijalankan. Menurut Tay Meng Guat (2015), penggunaan
unsur humor dalam penganjaran tidak bermakna guru sebagai pelawak. Jadi, guru perlu
menggunakan unsur humor secara terancang atau dilakukan secara spontan apabila menyedari
bahawa pelajar kurang fokus atau berasa bosan dalam sesuatu sesi penganjaran.

Secara kesimpulannya, walaupun guru telah menwujudkan suasana pembelajaran yang


menyeronokkan dan berjaya menarik perhatian pelajar semasa sesi penganjaran set induksi
dijalankan. Namun, saya berpendapat penganjaran set induksi ini dikatakan kurang berjaya
kerana wujudnya kelemahan seperti guru gagal menyampaikan isi pelajaran dengan penjelasan
yang jelas dan guru kurang ketegasan dalam bidang mengajar. Perbuatan ini akan menyebabkan
para pelajar berasa keliru terhadap topik penganjaran atau tidak serius dalam proses PdP yang
dilangsungkan nanti.
2.0 KRITIKAN VIDEO KEMAHIRAN MENERANG

Dalam kritikan video kemahiran menerang, saya telah memilih video kedua
https://drive.google.com/file/d/1b0r3IsRPLuOmABpsHNA8z3lIYelvhP-n/view iaitu seorang
guru yang mengajar subjek Sejarah tentang pengasasan Kesultunan Melayu Melaku. Kemahiran
menerang digunakan untuk menyampaiakn maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran
kepada pelajar dalam peringkat perkembangan. Dalam video tersebut, saya telah mendapati
kekuatan adalah lebih banyak berbanding dengan kelemahan.

Bagi kekuatan pertama, kita dapat melihatkan bahawa guru memiliki kemahiran menyoal
sepanjang proses menerangkan isi-isi pelajaran tersebut. Dalam video tersebut, guru kerap
mengajukan soalan kepada pelajar-pelajar sepanjang proses PdP. Menurut Syafiq Mah Hasan
(2019), kemahiran menyoal ini adalah penggunaan soalan yang merupakan salah satu cara yang
digunakan oleh guru untuk menyampaikan kandungan pelajaran kepada para pelajarnya. Soalan-
soalan yang dikemukakan perlu standard untuk membantu pelajar untuk mencapai keupayaan
kognitif secara optimum. Penguasaan kemahiran menyoal oleh guru bukan sahaja dapat
mengetahui pemahaman pelajar tentang maklumat yang disampaikan oleh guru, malah
kemahiran menyoal dapat menggerakkan minda pelajar, menilai pemahaman pelajar berkenaan
isi pelajaran, dan juga membimbing pelajar sepanjang proses PdP. Menurut Mohd Syaubari Bin
Othman & Ahmad Yunus Bin Kassim. (2017), penguasaan proses menyoal secara menyeluruh
adalah satu pendekatan yang dibahaskan sebagai teknik penganjaran berteraskan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Jadi, proses penyampaian dan penerangan isi pelajaran haruslah
berkait dengan kemahiran menyoal supaya seseorang guru menguasai kemahiran menerang yang
baik dalam proses PdP.

Bagi kekuatan kedua, saya mendapati bahawa penyusunan idea yang sistematik dalam
topik penganjaran oleh guru tersebut. Hal ini dapat dibuktikan bahawa guru telah menjelaskan
isi-isi pelajaran dengan mengikut urutan dan kesinambungan yang tepat dengan menggunakan
cara deduktif, di mana guru memberi penjelasan huraian terlebih dahulu dan kemudian baru
memberi isi utama. Contoh yang lain, guru telah menghabiskan topik penganjaran tentang latar
belakang dahulu dan kemudiannya baru memasuki topik baharu iaitu faktor-faktor kegemilangan
kerajaan kesultanan Melayu Melaku. Kemahiran menerang yang dimiliki oleg guru juga dapat
dilihat apabila guru tersebut menghuraikan sesuatu isi pelajaran dengan penggunaan konsep
5W1H. Menurut Nyoman Sugihartini, Gede Partha Sindu, Masduki Zakariah, Putu Sudira dan
Kadek Sintya Dewi (2020), komponen penyusunan idea dalam kemahiran menerang merujuk
kepada penyampaian maklumat secara lisan yang disusun dengan sistematik berdasarkan objek,
situasi, fakta dan data yang sesuai. Oleh itu, penyusunan idea yang tersusun sebenarnya dapat
menyampaikan isi pembelajaran dengan lebih mudah supaya pelajar tidak keliru terhadap
sesuatu topik pembelajaran.

Kekuatan ketiga dapat dilihat dalam video tersebut apabila guru menlontarkan suara yang
jelas dengan tempoh kelajuan yang sesuai serta penggunaan bahasa badan semasa
menyampaikan isi pelajaran. Menurut Reddy KR, seseorang guru yang cemerlang haruslah
menitikberatkan elemen-elemen seperti gesture (hand, facial, body), change in the speech
pattern, voice variation and modulation (pitch, volume, speed), change in the interaction
pattern, focusing, pausing movement and emphasis on significant points. Perbuatan ini dapat
menarik dan mengekalkan minat pelajar, secara tidak langsung mereka tidak akan berasa bosan
sepanjang proses PdP dijalankan. Selain itu, komunikasi secara dua hala yang efektif di antara
guru dengan pelajar adalah sangat penting dalam sesi PdP. Sekiranya hubungan mereka terjalin
dengan baik, objektif pembelajaran lebih mudah dicapai. Berdasarkan video tersebut, guru akan
menggunakan komunikasi secara verbal dan bukan verbal sepanjang sesi PdP. Penggunaan
perkataan yang fasih dan jelas akan menyebabkan para pelajar mendengar dengan selesa, mudah
difahami dan dapat berfikir secara kritis tanpa wujudnya perasaan bosan. Namun, komunikasi
bukan verbal juga sangat penting dalam sesi penyampaian isi-isi pelajaran, di mana bahasa badan
seperti pergerakan badan, hubungan mata dan ekspresi wajah sebenarnya dapat membimbing
pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan. (Fatemeh Bambaeeroo dan
Nasrin Shokrpour, 2017)

Kekuatan keempat adalah penggunaan alat bantuan mengajar ICT dan alat bantuan
mengajar bukan ICT. Hal ini dapat dilihatkan dalam video tersebut apabila guru menggunakan
pelbagai jenis alat bantuan mengajar seperti papan tulis, peta, LCD projector, dan Slide Power
Point. Saya mendapati bahawa guru telah menggunakan papan tulis dengan menggariskan isi-isi
penting supaya dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Menurut Mazihah Othman (2013),
suasana pembelajaran dan pengajaran masa kini menunjukkan keadaan segelintir guru yang
masih cenderung menggunakan kaedah ‘Chalk and Talk’ iaitu guru menjadi tutor kepada murid.
Menurut Reddy KR (2019), guru harus mengetahui bahawa penggunaan papan tulis adalah satu
ABM yang memerlukan teknik supaya ia dapat berfungsi dalam proses PdP. Cara penggunaan
papan tulis termasuklah menggariskan isi-isi yang penting, membuat rumusan, mudah dibaca
kerana saiz tulisan boleh ditulis mengikuti kehendak pelajar, dan sebagainya. Menurut Sharifah
Nor Puteh dan Kamarul Azman (2011), sistem pendidikan masa kini perlu menerapkan elemen
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bertujuan membantu guru menyampaikan idea dengan bahan bantu mengajar yang menarik
untuk memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses penganjaran dan
pembelajaran. Dengan kaedah tersebut, pelajar cenderung menjadi aktif disebabkan kaedah
pembelajaran yang menyeronokkan, sekali gus membantu meningkatkan pemahaman terhadap
kandungan pelajaran yang diajar oleh guru. (Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna
Mohd Rusli, Mohd Ra’in Shaari dan Kesavan Nallaluthan, 2021) Kekuatan yang terakhir, guru
memiliki kemahiran ilustrasi dengan menggunakan contoh-contoh dan sumber-sumber yang
sesuai dan menarik. Berdasarkan video tersebut, guru menggunakan illustrasi seperti gambar-
gambar pelabuhan, pedagang-pedagang dan sebagainya untuk menerangkan isi-isi pelajaran.
Menurut Reddy KR (2019), guru harus menerangkan isi pelajaran dengan menggunakan konsep,
contoh yang releven, dan ringkas untuk meningkatkan kefahaman pelajar.

Dalam video kemahiran menerang ini, saya hanya mendapati satu kelemahan yang kecil
sahaja iaitu pemberian arahan permulaan yang kurang jelas dan kabur kepada pelajar-pelajar.
Hal ini dikatakan kerana guru tidak memberi objektif pembelajaran yang jelas kepada pelajar
sebelum memulakan sesi penganjaran. Menurut Emily M. Web, David M. Neager & Tracy B.
Fulton (2013), guru yang memberi satu set objektif pembelajaran yang jelas akan menyebabkan
pelajar dapat mengetahui tentang apakah kandungan pelajaran yang hendak belajar dan
bagaimana cara menfokuskan pelajaran mereka. Objektif pembelajaran harus diberi pada
peringkat permulaan kerana ia dapat dijadikan sebagai panduan pengujian dan penilaian bagi
seseorang guru. Oleh itu, kesesuaian kandungan dengan objektif pembelajarn sebenarnya dapat
mengurangkan kekecewaan pelajar kerana tahap soalan peperiksaan biasanya tidak akan
melebihi tahap objektif pembelajaran. Secara langsung, objektif pembelajaran dapat
meningkatkan proses pembelajaran bagi pelajar dan guru.
Tegasnya, saya dapat merumuskan bahawa video kemahiran yang saya pilih ini adalah
sangat baik di mana keseluruhan proses penerangan isi adalah menepati dengan prinsip-prinsip
kemahiran menerang seperti penyusunan idea yang sistematik, kemahiran memberi contoh yang
berbentuk ilustrasi, kemahiran menyoal, kelajuan dan intonasi suara yang sesuai dan penggunaan
ABM. Namun begitu, saya telah mengkritik tentang pemberian arahan permulaan yang kurang
jelas dan kabur dan sebagai satu kelemahan, dan saya berharap ini merupakan satu ruang
penambahbaikan pada masa hadapan.

3.0 AKTIVITI BERKUMPULAN

Berdasarkan video aktiviti berkumpulan, saya telah memilih video keenam


https://drive.google.com/file/d/1QUHE_Z8FM6S4mPwkT5jyr0WJq7SV8p6Y/view?
usp=sharing iaitu guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu tentang topik yang berkaitan
dengan kata penyata, kata perintah, kata seru dan kata tanya. Berdasarkan video tersebut, guru
telah menjalankan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan pelajar iaitu aktiviti lakonan. Pelajar-
pelajar diberi satu situasi yang berkaitan jual beli dan mereka dikehendaki melakon dengan
menggunakan kata penyata, kata perintah, kata seru dan kata tanya. Oleh itu, saya mendapati
bahawa guru telah berjaya menjalankan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan pelajar, di mana
pelajar menglibatkan diri secara aktif dalam aktiviti lakonan. Jadi, saya akan membincangkan
lebih banyak kekuatan berbanding dengan kelemahan dalam aktiviti lakonan yang
dipersembahkan dalam bilik darjah berdasarkan video tersebut.

Antara kekuatan yang paling jelas ialah guru menjalankan aktiviti lakonan dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Menurut Anna, Miia, Mirja dan Tapio,
(2016), lakonan dalam pendidikan merujuk kepada persembahan dramatik yang dijalankan di
bilik darjah., di mana aktiviti lakonan ini sebenarnya dapat memperkembangkan aspek
penganjaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku kerana pelajar boleh menghasilkan skrip lakonan
yang menarik berdasarkan situasi yang diberikan oleh guru mengikut kreativiti dan imaginasi
masing-masing. Sebagai contohnya, lakonan yang menarik dapat dihasilkan dengan
menggunakan unsur jenaka seperti yang dilihatkan dalam video tersebut. Menurut Seri Lanang
Jaya Johari dan Dahlia Janan (2013), jenaka mampu memberikan input kepada pelajar dan
membantu menimbulkan keseronokan dan keceriaan di dalam kelas. Suasana pembelajaran yang
seronok dan menarik dapat mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap topik-topik yang
dipersembahkan, di mana pelajar tidak akan berasa bosan semasa PdP dijalankan. Hal ini
berlaku kerana aktiviti lakonan yang dijalankan adalah mengikuti konsep 4C iaitu kreativiti,
pemikiran kritis, kolaborasi, dan komunikasi yang amat sesuai dengan pembelajaran abad ke-21.
(YM Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail, 2018). Konsep 4C ini sebenarnya dapat
mewujudkan sauasana pembelajaran yang sangat menarik dalam bilik darjah.

Aktiviti kumpulan lakonon ini dapat membantu pelajar memupuk nilai-nilai murni seperti
semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat dibuktikan dalam video tersebut
pelajar-pelajar sentiasa tolong menolong dan berkerjasama antara satu sama lain. Menurut
Ismaliza binti Ishak (2015), segala tindak tanduk yang ditunjukkan oleh pelajar di hadapan kelas
akan menjadi penghayatan pelajar dalam memainkan watak yang bersesuaian dan paling penting
suasana yang diberikan juga bersifat jujur, benar dan boleh dipercayai. Sebagai buktinya,
Stanislavsky menyebut bahawa prinsip ini berkaitan dengan “Truth on the stage is whatever we
can believe in with sincerity, whatever in ourselves on in our colleagues. Truth cannot be
separated from belief, nor belief from truth”. Dengan menjalankan aktiviti lakonan murid dapat
memahami konflik moral dalam pelbagai situasi dan melaksanakan tindakan moral dengan
mengutamakan prinsip moral. Sebenarnya, aktiviti lakonan dalam kelas memberi peluang
kepada pelajar untuk menggambarkan kesan yang akan berlaku kepada watak-watak cereka dan
secara tidak langsung murid akan mempunyai sikap tanggungjawab dalam tindakan moral yang
akan diambil. Jelasnya bahawa aktiviti lakonan dapat digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan motivasi moral (Vasanthan Gurusamy & Nadarajan, 2018)

Kelebihan yang seterusnya adalah aktiviti lakonan dapat mencungkil bakat pelajar yang
terpendam. Berdasarkan video tersebut, pelajar perlu menyediakan skrip lakonan mengikut
situasi yang diberi oleh guru dengan berhubung kait topik penganjaran iaitu kata penyata, kata
perintah, kata seru dan kata tanya. Menurut Faizah Jalal dan Ani Omar (2014), seseorang
pengarang perlu memahami struktur drama dan menguasai cara-cara penggunaan dialog. Sebagai
contohnya, pengarang perlu memikirkan dialog yang sesuai dengan peristiwa gembira, sedih atau
marah untuk menimbulkan kesan kepada penonton. Jadi, kemahiran dan bakat pelajar dapat
dicungkil seperti bakat berlakon, bakat mengarang, bakat menulis skrip dan bakat kepimpinan
melalui proses lakonon tersebut. Melalui lakonan, pelajar dapat mengasah daya imaginasi
mereka seperti yang dilihatkan dalam video pelajar diberi masa 2 minit untuk mengarang skirp.
Sebenarnya, prinsip imaginasi akan meluaskan kotak fikiran dan meningkatkan kefahaman
seseorang pelajar apabila mereka sedang mengarang skirp. Menurut Ismaliza binti Ishak (2015),
Stanislavsky menyatakan “Every movement you make, every word you speak. is the result of
your imagination”. Pandangan ini dapat dirumuskan bahawa kaedah imaginasi ini akan dapat
membantu pelakon untuk lebih bersiap sedia sebelum memulakan langkah lakonan yang
seterusnya.
Salah satu kekuatan adalah guru melakukan sesi perbincangan selepas aktiviti lakonan
tamat. Menurut Khalid Kamil Abdulbaki, Muhamad Suhaimi, Asmaa Alsaqqaf, Wafa Jawad
(2018), tujuan bagi menjalankan sesi perbincangan adalah mengembangkan pemikiran kritis
pelajar, memudahkan guru menguji kefahaman pelajar, dan menggalakkan pelajar menguasai
teknik perbincangan serta mengukuhkan kemahiran lisan. Berdasarkan video tersebut, guru telah
menjalankan sesi soal jawab dengan mengemukan lima soalan yang berbeza situasi dan meminta
pelajar untuk menjawab. Hal ini telah menunjukkan guru memiliki kemahiran menyoal.
Menurut Nyoman Sugihartini, Gede Partha Sindu, Masduki Zakariah, Putu Sudira & Kadek
Sintya Dewi. (2020), kemahiran menyoal merujuk kepada kemampuan guru untuk
mengemukakan soalan dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan tahap pemikiran pelajar-
pelajar. Ini bermakan guru dapat menyoalkan soalan yang lebih beraras tinggi dan terbuka, di
mana pelajar tidak dapat menjawab secara memori hafalan semata-matanya malah mereka perlu
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menjawab soalan tersebut. Oleh itu, dalam video
menunjukkan bahawa pelajar memberi maklum balas yang aktif semasa guru mengajukan
soalan. Ini bermakna pelajar-pelajar dapat membezakan kata tanya, kata seru, kata penyata dan
kata perintah. Jelasnya, saya mendapati bahawa aktiviti kumpulan lakonan ini telah berjaya
berlansung sepanjang proses PdP.

Walaupun aktiviti kumpulan lakonan ini wujudnya banyak kekuatan kepada sesuatu
proses penganjaran dan pembelajaran, namun ia masih wujud kelemahannya seperti objektif
pembelajaran kemungkinan besar sukar dicapai. Hal ini berlaku apabila guru meminta pelajar
menghasilkan sebuah lakonan secara berkumpulan dalam masa yang ditetapkan, pelajar hanya
akan tertumpu dengan bahagian mereka sahaja dan kurang memberi tumpuan kepada lakonan
yang dijalankan oleh kumpulan lain. Selain itu, pelajar yang terlalu fokus kepada prestasi
lakonan mereka dan menghasilkan lakonan yang menarik juga akan menyebabkan lakonan
mereka mengeluarkan output yang tidak selaras dengan objektif pembelajaran. Berdasarkan
video saya mendapati bahawa guru menyuruh pelajar untuk menghasilkan sebuah lakonan
dengan menggunakan kata perintah, kata penyata, kata seru dan kata tanya. Pelajar yang terlalu
fokus kepada prestasi lakonan mereka akan terlupa atau menggunakan sedikit sahaja kata-kata
tersebut dalam lakonan mereka. Jadi, objektif pembelajaran mungkin akan terjejas. Menurut
Kristina M.W. Mitchell dan Whitney Manzo (2018), ramai penyelidik mengatakan bahawa
objektif pembelajaran adalah sangat penting untuk sukatan pelajaran yang berpusatkan pelajar.
Oleh itu, saya bercadang guru boleh menyampaikan objektif pembelajaran dengan lebih jelas
dengan menekankan bahawa dialog perbualan dalam sesi lakonan yang dijalanakan nanti
sekurang-kurangnya perlu memasukkan 2 kata penyata, kata printah, kata seru dan kata tanya.

Kesimpulannya, walaupun aktiviti kumpulan lakonan ini wujudnya banyak kekuatan


seperti mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, melakukan sesi perbincangan,
memupuk nilai-nilai murni dan mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar. Namun,
pada pendapat saya ia boleh dikatakan kurang berjaya kerana wujudnya satu kelemahan yang
sangat serius iaitu objektif pembelajaran kemungkinan besar sukar dicapai.

4.0 PENUTUP

Dalam sesi penganjaran penutup, saya telah memilih video kedua


https://drive.google.com/file/d/1ncU30EEc5ez0scAX7NNbIwjMjim03dqU/view?usp=sharing
iaitu seseorang guru sejarah yang mengajar topik yang berkaitan dengan kesan pendudukan
Jepun di Tanah Melayu dari segi politik, sosial dan ekonomi. Dalam video tersebut, saya
mendapati bahawa sesi penganjaran penutup yang disampaikan oleh guru tersebut wujudnya
beberapa kekuatan dan kelemahan. Menurut Nyoman Sugihartini, Gede Partha Sindu, Masduki
Zakariah, Putu Sudira & Kadek Sintya Dewi. (2020), kemahiran seseorang guru dalam membuat
penutup dalam sesi penganjaran adalah sangat penting untuk mengakhiri sesi pembelajaran
dengan berjaya. Jadi, guru haruslah memberi pandangan yang menyeluruh tentang semua topik
yang telah dipelajari dan mengetahui tahap penyerapan pelajar terhadap proses penganjaran dan
pembelajaran.

Kekuatan yang paling jelas dalam video tersebut adalah guru telah memberi aktiviti
susulan. Menurut Syuhada (2010), tujuan utama pelaksanaan aktiviti susulan adalah memastikan
pelajar dapat menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Aktiviti susulan boleh dibahagikan
kepada dua jenis. Jenis pertama merujuk kepada pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, ini
bermakna pelajar sudah berjaya menguasai objektif pembelajaran yang berkenaan dan latihan
tambahan yang lebih mencabar diberikan kepada pelajar tersebut. Yang kedua merujuk kepada
bimbingan dan pemulihan, ini bermakna pelajar yang belum menguasai standard pembelajaran
dan seterusnya mereke dikehendaki diberi galakan dan bimbingan yang bersesuaian dengan aras
penguasaan mereka atau guru harus menggunakan kaedah mengajar yang berlainan. (Syuhada
2010). Berdasarkan video tersebut, guru telah memberi kerja tugasan dalam berkumpulan iaitu
pelajar perlu membuat nota bagi topik pembelajaran hari dengan menggunakan scrap book.
Guru mungkin mendapati bahawa pelajarnya tidak dapat menguasai dengan sepenuh terhadap
penganjaran topik hari ini, untuk meningkatkan kefahaman mereka guru telah menjalankan
aktiviti susulan sebegini. Menurut Gearoid Keane and Manuela Heinz (2019), latihan kerja
rumah bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar, namun ia dapat
meningkatkan kemahiran keseluruhan dalam diri seseorang pelajar seperti berdisiplin,
pengurusan masa dan berkemampuan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kekuatan kedua dalam video penganjaran penutup tersebut, saya mendapati bahawa guru
telah menggunakan masa yang sesuai sebanyak 6 minit untuk menjalankan sesi penganjaran
penutup. Menurut Reddy KR (2018), sesi penganjaran penutup harus dibuat dengan masa yang
ditetapkan tanpa penglibatan masa yang terlalu panjang. Kekuatan yang seterusnya dapat
dilihatkan apabila guru memberitahu pelajaran yang selanjutnya iaitu topik berkenaan dengan
Malayan Union merupakan rentetan daripada kesan pendudukan Jepun yang akan dipelajari pada
kelas seterusnya. Perbuatan ini akan membantu pelajar-pelajar dapat membuat persiapan awal
sebelum memasuki topik pembelajaran yang baharu. Menurut Reddy KR (2018), guru haruslah
memberi penutup dengan mengaitkan pembelajaran masa lalu dengan pembelajaran masa depan
supaya pelajar dapat memgaplikasikan pengetahuan tersebut ke situasi baharu pada sesi
pembelajaran yang akan datang.
Dari segi kelemahan, guru menjalankan aktiviti penilaian yang kurang sesuai
menyebabkan tahap kefahaman pelajar dan objektif pembelajaran susah diuji. Berdasarkan video
tersebut, guru mengarah pelajar membuat peta minda dengan mencatatkan isi-isi penting dalam
kad manila, namun isi-isi telah diberi oleh guru dan bukannya ditulis oleh pelajar sendiri.
Perbuatan ini akan menyebabkan aktiviti penilaian sebenarnya tidak berjaya kerana ia tidak dapat
menguji kefahaman pelajar. Menurut Nyoman Sugihartini, Gede Partha Sindu, Masduki
Zakariah, Putu Sudira & Kadek Sintya Dewi (2020), salah satu komponen yang penting bagi
seseorang guru menamatkan sesi penganjaran adalah melakukan aktiviti penilaian. Menurut
Vincent A Pang dan Dennis Andrew D. Lajium (2016), guru haruslah melakukan penilaian
formatif atau penilaian sumatif untuk menguji tahap kefahaman pelajar. Penilaian formatif
merujuk kepada aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu
kemahiran yang telah diajar. Cara penilaian ini dapat dilakukan secara tidak formal seperti
pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, latihan soalan KBAT, latihan kerja rumah, kuiz dan
memeriksa hasil kerja pelajaran di dalam kelas. Bagi penilaian sumatif meliputi aktiviti
pengujian dan penaksiran ke atas beberapa unit pembelajaran, biasanya dalam tempoh satu
semester, pertengahan semester atau hujung tahun. Cara penilaian yang digunakan adalah
berbentuk formal dengan pelbagai jenis pengujian seperti ujian bertulis, ujian amali dan
sebagainya. Jadi, saya bercadang guru sepatutnya melakukan aktiviti penilaian yang lebih kualiti
dengan pelaksanaan penilaian formatif seperti soal jawab secara lisan atau kuiz.

Kelemahan yang terakhir adalah guru tidak memberi peneguhan positif dan motivasi
ekstrinsik kepada pelajar-pelajar. Berdasarkan video tersebut, guru tidak memberi kata-kata
pujian atau pemberian hadiah kepada pelajar-pelajar apabila mereka membuat sesuatu dengan
betul. Menurut Sanzhen Xu (2021), motivasi belajar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang
didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam diri sendiri, manakala motivasi ekstrinsik
adalah datang kerana ganjaran seperti wang dan gred atau ancaman hukuman. Sebenarnya, dalam
bidang pendidikan guru sepatutnya memggunakan pelbagai penghargaan untuk meransang minat
pelajar untuk berlajar. Jadi, guru haruslah memberi motivasi ekstrinsik seperti kata-kata
semangat dan pujian kepada pelajar-pelajar pada akhir sesi penganjaran supaya mereka bersikap
lebih progresif dan berpretasi lebih baik dari segi kelajuan dan ketepatan dalam menguasai
sesuatu topik pembelajaran.
Akhir kata, saya dapat menyimpulkan bahawa video kritikan bagi penutup ini wujudnya
kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kekuatan tersebut haruslah dicontohi oleh para guru
yang lain dalam proses mikro penganjaran, manakala kelemahan haruslah dijadikan sebagai
penambahbaikan pada masa hadapan.

5.0 RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed. (2010). Humor
dalam Penganjaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Anna, Miia, Mirja & Tapio. (2016). Promoting Creativity in Teaching Drama. Procedia- Social
and Behavioral Science, 217, 558-566.

Bambaeeroo, F. & Shokrpour, N. (2017). The Impact of the teachers’ non-verbal communication
on success in teaching. Journal of Advances in Medical Education & Professionalism, Vol.5,
No.2, 51-59.

Faizah Jalah & Ano Omar. (2014). Aktiviti Lakonan Murid bagi Pemupukan Nilai Murni dan
Perpaduan Kaum: Analisi di Pekan Pahang. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Gurusamy, V. & Thambu, N. (2018). Perkembangan Motivasi Moral Murid Melalui Aktiviti
Lakonan dalam Penganjaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Menengah. MJSSM
Online: Volume 2, Issue 4, 234-250.

Hamdi Bin Ishak, Ab Halim Bin Tamuri, Rosadah Binti Abdul Majid & Safani Bin Bari. (2012).
Amalan Penganjaran Guru dalam Penganjaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran). Journal of Islamic and Arabic Education
4(2), 11-24.

Ismaliza binti Ishak. (2015). Percaya dan Merasai Kebenaran (PDMK): Strategi Kaedah
Lakonan Dalam Monodrama dan Monolog. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Johnny, J., Ket Lee Lian &Yeoh Chew Lan. (2013), Tahap Kreativiti Siswa Guru bagi
Pelaksanaan Sei Induksi dalam Penganjaran Matematik. Johor: Jabatan Matematik Institut
Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.
Keane, G. & Heinz, M. (2019) Differentiated Homework: Impact of Student Engagement.
Journal of Practitioner Research, Vol.4, Issue.2, 1-23.

Khalid Kamil Abdulbaki, Muhamad Suhaimi, Asmaa Alsaqqaf, Wafa Jawad (2018). The Use of
the Discussion Method at University: Enhancement of Teaching and Learning. International
Journal of Higher Education, Vol.7, No.6, 118-128.

Kristina M.W. Mitchell & Manzo, W. (2018). The purpose and Perception of Learning
Objective. Journal of Political Science Education, 14(1), 1-17.

Mazihah Othman. (2013). Analisis keperluan pelajar, guru dan kandungan untuk pembangunan
e-bahan instruksional mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan
4: Satu kajian kes kualitatif. Johor Bharu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mohd Syaubari Bin Othman & Ahmad Yunus Bin Kassim. (2016). Keberkesanan Permulaan
Penganjaran Menerusi Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak. Online Journal of Islamic Education,
Vol.4, Issue 2, 23-35.

Mohd Syaubari Bin Othman & Ahmad Yunus Bin Kassim. (2017). Pelaksanaan Amalan
Penganjaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menerusi Kaedah Penyoalan Berdasarkan
kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah. Vol.3(1), 42-53.

Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Mohd Ra’in Shaari & Kesavan
Nallaluthan. (2021). Students’ Perception of Interactive Multimedia Applications in the 21 st
Century Teaching and Learning Process. Online Journal for TVET Practitioners, Vol.6, No.1,
15-24.

Nyoman Sugihartini, Gede Partha Sindu, Masduki Zakariah, Putu Sudira & Kadek Sintya Dewi.
(2020). Improving Teaching Ability with Eight Teaching Skills. Advance in Social Science,
Education and Humanities Researh, Vol.394, 306-310.

Pang, V. & Denis Andrew D. Lajium. (2016). Pengukuran dan Penilaian dalam latihan
mengajar. Profesionalisme keguruan dan Wawasan Pendidikan.

Reddy KR. (2019). Teaching How to Teach: Microteaching (A Way To build Up Teaching
Skill). Journal of Gandaki Medical College- Nepal, Vol.12, Issue1, 65-71.
Sanzhen Xu. (2021). Discussion on the Effectiveness of Edcational Reward. Journal of
Comtemporary Educational Research Vol.5, Issue.2, 85-89.

Seri Lanang Jaya Johari dan Dahlia Janan. (2013). Sang Budiman. Selangor: PTS Akademia.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap kesediaan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 36(1), 25-3.

Shuhada (2010), Modul Pentaksiran Perkembangan Murid di Prasekolah. Diakses pada 18 May
2021, dari https://www.academia.edu/4292226/3_pentaksiran

Syafiq Mah Hassan. (2019). Meningkat Kemahiran Menyoal dalam Penganjaran. Asian
education Action Researh Journal (AEARJ), Vol.8, 1-8.

Tay Meng Guat. (2015). Pembelajaran Menyeronokkan dalam Penganjaran dam Pembelajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, jilid 12, 1-16.

Webb, Emily M., Naeger, David M. & Fulton, Tracy B. (2013). Learning Objective in Radiology
Education: Why You Need Them and How to Write Them. Academic Radiology, Vol.20, No.3,
357-363.

Yahya Othman. (2012). Humor dalam Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: PST Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

YM Raja Abudullah Raja Ismail & Daud Ismail, (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C” Pembelajaran
Abad ke-21 dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), Volume.1, Issue.1, 45-65.

Anda mungkin juga menyukai