Anda di halaman 1dari 1

Debat adalah pertukaran pendapat yang bertentangan mengenai suatu hal.

Sebenarnya, terdapat banyak maslahat debat tanpa kita sedari. Sebagai seorang bakal guru,
kepentingan debat bagi saya adalah dapat meningkatkan kepetahan bercakap. Hal ini penting
semasa ingin mengajar murid-murid di dalam kelas. Jika guru itu mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik, ia dapat memudahkan murid-murid untuk memahami maklumat yang
disampaikan. Selain itu, sebagai seorang ahli masyarakat, debat juga penting untuk kita
mengawal emosi dan mengelakkan kata berunsur makian. Hal ini kerana, kita memerlukan
kekuatan mental yang secukupnya untuk mengelakkan termakan provokasi yang dilakukan oleh
pihak lawan. Jadi, dengan menguasai perdebatan, sudah tentu kita dapat mengawal perasaan
dan tidak mudah melenting terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan bermasyarakat.
Akhirnya, kepentingan debat kepada negara adalah dapat melahirkan pemimpin yang
berkaliber. Hal ini kerana pemimpin berkaliber dapat melontarkan pandangan dan berkata-kata
secara ilmiah. Justeru, ia sedikit sebanyak akan menjadikan negara kita sebuah negara yang
disegani diseluruh jagat raya.

Anda mungkin juga menyukai