Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan secara ringkas bidang kebudayaan kebangsaan dalam aspek politik, ekonomi dan

sosial pada zaman tradisional dan zaman kolonial

Zaman Tradisional
Politik
- Sultan sebagai pemerintah tertinggi dalam hierarki pemerintahan.
- Sistem pemerintahan berlandaskan agama Islam.
- Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu terbahagi kepada bilateral dan matrilineal.
- Bentuk-bentuk perkahwinan adalah monogami, poligami, endogami, eksogami dan
perkahwinan campur.

Sosial
- Amalan nilai murni mula diterapkan dalam masyarakat seperti tolong-menolong, baik
hati dan sopan-santun.
- Kanak-kanak mendapat Pendidikan di surau, masjid dan madrasah.
- Antara bentuk kesenian masyarakat Melayu adalah seni persembahan, seni tampak,
seni ukir, permainan tradisional, dan seni busana.

Ekonomi
- Sistem sara hidup berasaskan pertanian.
- Orang Melayu kebanyakkan bercucuk tanam, memungut hasil hutan.
- Penangkapan ikan biasanya dilakukan untuk tujuan sara diri bagi memenuhi keperluan
ahli keluarga.
- Aktiviti penternakan juga turut dilakukan sebagai aktiviti sampingan selain aktiviti
bersawah padi dan menangkap ikan

Zaman Kolonial
Politik
- British mengubah corak pentadbiran.
- Raja hilang kuasa sebagai pemerintah contohnya ,raja berkuasa mutlak diganti dengan
residen.
- Agama Islam dan adat istiadat Melayu tidak dikekalkan.
Sosial
- Sistem Pendidikan vernakular diperkenalkan
- Kemasukan imigran asing untuk bekerja di Tanah Melayu.
- Pembentukan masyarakat majmuk
Ekonomi
- Pengenalan dasar ekonomi dualisme
- Orang Melayu bekerja dalam sektor pentadbiran dan pertanian.
- Orang Cina bekerja dalam sektor perlombongan.
- Orang India bekerja dalam sektor perladangan.
- Undang-undang tanah diperkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai