Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan kamus Dewan (2005) , masyarakat juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia

yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Pada tahun
1948, seorang pakar antropologi yang bernama J.S. Furnival (1878-1960) pernah menulis dan
menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Menurut beliau, masyarakat
majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini
dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan
agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat
majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi
pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan etnik .
Manakala , menurut pandangan ahli sosiologi terkenal Emile Durkheim (1859-1917), dia lebih
banyak berbicara mengenai kesedaran kolektif yang digunakan sebagai kekuatan moral dalam
sebuah masyarakat. Melalui tulisannya, iaitu The Division of Labor in Society, Durkheim
menggunakan pendekatan kolektivis untuk memahami sekiranya masyarakat boleh dikatakan
moden atau primitif. Perpaduan ini mengambil bentuk nilai, adat, dan kepercayaan yang
dikongsi bersama. Dalam masyarakat primitif, mereka bersatu dengan ikatan moral yang kuat
dan mempunyai hubungan yang disebut Solidariti Mekanikal. Bagi masyarakat moden,
kesadaran kolektif ini telah menurun disebabkan adanya hubungan dengan pembahagian kerja
yang rumit dan saling bergantung yang disebut Solidariti Organik.

Anda mungkin juga menyukai