Anda di halaman 1dari 1

Setelah mentelaah dan menganalisis cerpen beruk itu, terdapat banyak perkara yang

telah yang saya pelajari. Sebagai seorang guru, kita seharusnya menanamkan sifat empati
dalam diri kita dengan tidak menghukum murid dengan membuta tuli. Sebagai contoh dalam
cerpen beruk, cikgu Sunan telah menengking dan memarahi Alias di khalayak ramai kerana
hadir lewat ke sekolah tanpa mengambil tahu situasi yang sedang dihadapi Alias. Hal ini sedikit
sebanyak akan meninggalkan kesan buruk terhadap emosi murid tersebut. Isu rotan, pukul dan
gunakan tangan dalam didikan, bukan tidak wajar dilaksanakan, namun perlu behati-hati kerana
silap-silap guru sendiri yang masuk ke bilik besi. Sebaliknya, para guru haruslah mengambil
inisiatif atau alternatif yang lebih baik bersesuaian dengan keadaan yang dilalui oleh pelajar
tersebut. Tuntasnya, guru haruslah bijak dalam mengawal emosi sebelum melakukan sesuatu
tindakan agar kemaslahatan dapat dirasai bersama. Justeru didik dan marahlah murid dengan
tujuan dan niat untuk mendidik, bukan untuk melepaskan geram persis kata Saidina Umar
“Didiklah anak sesuai degan waktu dan zamannya.”

Anda mungkin juga menyukai