Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

1.0 sinopsis..........................................................................................................................................2
2.0 pengajaran....................................................................................................................................3
3.0 Nilai Murni.....................................................................................................................................4
4.0 Aspek Bahasa...............................................................................................................................4
5.0 penilaian........................................................................................................................................5
6.0 Kesimpulan...................................................................................................................................5
7.0 Bibliografi………………………………………………………………………………………………………………………………… 7

1
1.0 SINOPSIS

Cerita beruk ini mengishakan tentang seorang guru yang tegas tetapi penyayang iaitu
Cikgu sunan dan seorang budak miskin yang menyara kehidupan ibunya yang lumpuh
itu bersama pertolongan beruk. Cikgu Sunan merupakan seorang guru yang sangat
memetingkan disiplin dan pelajaran murid-muridnya. Begitu juga dengan Alias itu, Pada
suatu hari, Alias telah lambat masuk ke kelas. Perbuatan tersebut menyebabkan Cikgu
Sunan bertambah marah terhadap Alias. Cikgu Alias telah memanggil Alias untuk
menanyakan alasannya. Alasan yang diberikan oleh Alias itu tidak dapat diterima oleh
Cikgu Sunan. Cikgu Sunan telah menampar Alias di depan semua murid tetapi Alias
mampu berdiam diri sahaja dengan menahan kesakitan penamparan tersebut.

Selepas kejadian tersebut, Alias tidak hadir ke sekolah. Cikgu Sunan rasa bersalah
terhadap Alias. Cikgu Sunan menggangap bahawa kerana dialah Alias tidak hadir ke
sekolah. Cikgu Sunan rasa menyesal kerana perbuatannya. Jadi cikgu Sunan
mengambil keputusan untuk menziarahi Alias di rumahnnya.

Cikgu Sunan telah meminjam basikal seorang murid di sekolah dan menunggang ke
rumah Alias. Malangnya, Alias tidak ada di rumah. Cikgu Sunan hanya mampu bertemu
dengan ibu Alias yang lumpuh itu. Cikgu Sunan tidak sampai hati untuk meninggalkan
rumah Alias tanpa bertemu dengannya. Jadi Cikgu Sunan menunggu kepulangan Alias
bersama ibu yang lumpuh itu. Keadaan dan persekitaran rumah menyebabkan Cikgu
Sunan bertambah simpati terhadap Alias lalu menyebabkan bertambah menyesal
terhadap perbuatannya yang menampar Alias itu.

Selepas beberapa minit kemudian Alias pun pulang ke rumah bersama beruk dan
beberapa buah kelapanya. ‘‘Itulah pencariannya sejak saya lumpuh’’ kata ibu Alias
kepada cikgu Sunan. Alias berasa sangat tidak percaya matanya sendiri bahawa cikgu
Sunan juga turut serta menyambut kepulangannya. Alias terus melepaskan apa yang
dipegang di tangannya lalu lari menuju Cikgu Sunan. Alias berasa sangat gembira
kerana dapat berjumpa dengan Cikgu Sunan lagi.

2
Pada awal lagi beruk pemeliharaan Alias tidak suka kedatangan cikgu Sunan. Beruk
itu tetap melompat lompat dengan suara garang di halaman rumah Alias Walaupun
Alias menempik beberapa kali supaya diam. Cikgu Sunan sibuk beramah mesra dengan
Alias lalu melihat telinga Alias yang terluka akibat tamparannya.

Tiba-tiba beruk yang marah itu telah mengigit tangan Cikgu Sunan. Demi
menyelamatkan tangan cikgu Sunan Alias telah menusuk lembing yang digunakan
untuk menghimpun buah-buah kelapa ke perut beruk.

Akhirnya beruk telah menghembuskan nafas terakhirnya. Tangan cikgu Alias pun
dapat diselamatkan. Selepas kejadian tersebut cikgu Sunan pun pulang ke rumah
dengan hati yang pilu.

2.0 PENGAJARAN

Kita haruslah berfikir sebelum bertindak. Selepas membaca cerpen ini saya dapat
menyedari bahawa Cikgu Sunan tidak berfikir sebelum menampar Alias di depan semua
murid. Sebagai seorang guru yang penyayang dan bertanggungjawab haruslah
menyelidik keadaan sebenar seseorang murid sebelum menghukum murid tersebut
terhadap kesalahan yang dilakukan. Hal ini kerana seseorang murid sudah tentu
mempunyai alasan yang kukuh disebalik kesalahan yang dilakukan. Jadi seseorang
guru haruslah memahami perasaan seseorang murid. Misalnya, seseorang guru tidak
akan bertindak terburu-buru dalam menghukum seseorang murid dan menyesal akibat
perbuatan yang dilakukan itu. Selain itu, kita haruslah belajar untuk hidup berdikari
tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Contohnya, walaupun Alias berumur 11 tahun
Alias dengan usaha sendiri mencari nafkah dengan menjual buah kelapa untuk
menyara kehidupan ibunya yang lumpuh itu. Keadaan ini menunjukkan usaha gigih
seorang budak kecil yang berdedikasi untuk hidup tanpa mengharapkan bantuan dan
belas kasihan orang lain. Tambahan pula, kita haruslah bertanggungjawab dalam
melaksanakan kewajipan. Contohnya, Cikgu Sunan masuk ke kelas tepat pada waktu
untuk mengajar murid- muridnya. Selepas itu, Cikgu Sunan juga menegur Alias yang
masuk lambat ke kelas dengan menanyakan alasannya. Bukan itu sahaja, Cikgu Sunan
juga menegur dan menasihati murid yang melakukan kesalahan juga. Keadaan ini jelas
membuktikan kewajipan yang dilakukan oleh Cikgu Sunan sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab.

3
3.0 NILAI MURNI

Kita haruslah mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Alias
sangat menyayangi ibunya yang lumpuh itu. Alias sanggup mengabaikan pembelajaran
dan sekolah untuk mencari buah kelapa supaya dapat menjualnya dan mendapatkan
keuntungan. Keadaan ini menyerlahkan kasih sayang Alias yang tidak terhingga
terhadap ibunya itu. Selain itu, kita haruslah mengamalkan nilai kejujuran dalam
kehidupan. Contohnya, Alias bercakap benar dengan gurunya iaitu cikgu Sunan.
Misalnya, Alias telah menjawab dengan jujur bahawa dia telah masuk lambat ke kelas
kerana mencari rantai yang hilang bagi beruk. Jadi walaupun Cikgu Sunan memarahi
dan menampar Alias beliau tetap menyesal akibat perbuatanya. Seterusnya, kita dapat
mempelajari nilai bertanggungjawab melalui cerpen ini. Contohnya, Cikgu Sunan
melaksanakan kewajipanya sebagai seorang guru yang sempurna dan baik. Cikgu
Sunan tidak pernah lupa untuk menegur dan menasihati murid-muridnya yang
melakukan kesalahan. Beliau juga selalu menepati masa semasa masuk ke kelas dan
tidak pernah terlepas daripada kewajipan untuk mendidik dan membimbing murid-
muridnya.

4.0 ASPEK BAHASA

Cerpen ini menggunakan bahasa yang mudah dan sederhana. Bahasa komunikasi
digunakan secara menyeluruh dalam cerpen ini. Jadi cerpen ini sesuai dibaca oleh
semua golongan masyarakat. Oleh itu, jalan cerita cerpen ini mudah difahami.

4
5.0 PENILAIAN

Cerpen Beruk ini selesa untuk dibaca. Ayat dan bahasa yang digunakan dalam cerpen
ini mudah untuk difahami. Cerpen ini juga sesuai untuk dibaca oleh remaja, kanak-
kanak, orang muda dan orang tua. Cerpen ini mengajarkan pelbagai pengajaran dan
nilai murni kepada para pembaca. Jalan ceritannya juga sangat menarik. Peristiwa-
peristiwa yang terjadi dalam cerpen tersebut juga sangat menyentuh hati. Pengarang
membawa jalan cerita ini secara sistematik. Jadi cerita cerpen ini mudah difahami dan
tidak berlaku sebarang kesangsian atau kekeliruan semasa membaca cerita ini. Cerpen
ini sesuai dijadikan sebagai bahan untuk mengisi masa lapang. Walaubagaimapun
cerpen ini memiliki beberapa kekurangan. Cerita cerpen ini merupakan sesuatu yang
biasa untuk dibaca dan tidak begitu suspens ataupun dahsyat. Seterusnya, cerpen ini
tidak memiliki ramai karakter. Cerpen ini sepenuhnya menceritakan tentang Alias dan
Cikgu Sunan sahaja. Beruk ini hanya diceritakan pada saat-saat terakhir sahaja. Jadi
nama beruk ini tidak sesuai bagi cerpen ini. Hal ini kerana Alias yang diceritakan pada
permulaan sehingga pengakhiran cerpen ini. Cerpen ini sesuai jika dinamakan sebagai
Alias. Pengakhiran cerpen ini tidak begitu menarik dan logik untuk dibaca. Hal ini kerana
Alias membunuh beruk kesayagannya dengan tangannya sendiri untuk menyelamatkan
tangan Cikgu Sunan. Jadi pengakhiran cerita cerpen ini perlulah diubah usai.

Tambahan pula, cerpen Beruk lebih digemari untuk dibaca dibandingkan dengan
cerpen Harga sebuah maruah. Hal ini kerana cerpen tersebut hanya menceritakan
tentang perjuangan rakyat kerdil di sebuah perkampungan terperincil. Cerpen sebegitu
hanya suka dibaca oleh golongan yang tertentu sahaja. Jadi, jalan cerita cerpen Beruk
lebih menarik untuk dibaca dibandingkan dengan cerpen Harga sebuah maruah.
Justeru, cerpen Beruk mengajarkan pelbagai pengajaran dan nilai murni yang dapat
dijadikan sebagai panduan kehidupan dibandingkan dengan cerpen Harga sebuah
maruah. Misalnya cerpen tersebut hanya memiliki konsep harga diri secara
keseluruhanya.

5
6.0 KESIMPULAN

Cerpen ini pantas dibaca oleh sesiapa sahaja. Justeru cerpen ini memberikan kita
banyak inspirasi, pesan dan kesan yang dapat mengalir hingga ke lubuk hati. Misalnya,
cerpen ini mudah difahami kerana menggunakan bahasa yang sederhana. Cerpen ini
juga memberikan pelajaran yang patut diteladani, terutama dalam aspek moral dan
sosial dan jalan ceritanya juga menanamkan sikap selalu bersyukur atas apa yang ada
dan diberikan oleh Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai