Anda di halaman 1dari 8

3.

Pilih sebuah cerpen, seterusnya buat analisis


dengan menggunakan teori
semiotik

MUHD ‘ISMAT
MUHD NABIL
NUR FATIN NADZIRAH
NURUL SAFIRA
CERPEN : PADANG
OLEH : NUR ILYANI ALIAS
TARIKH : 23/05/2010
IKON ANALISIS

● Along junior
● Badi

● Penulis menggunakan ikon ‘along junior’ yang seerti dengan pengutip


duit kanak-kanak atau muda.
● Penulis mengunakan ikon seorang kanak-kanak yang nakal dan
bermasaalah dan meminta duit kepada sesiapa sesuka hatinya. ‘Along
junior’ digunakan kerana ikon ini mirip dengan individu yang mengutip
duit tanpa belas kasihan dan perbuatannya tersebut menyamai
perbuatan ‘Along’ di kehidupan nyata.
● Badi yang memiliki personaliti yang tidak elok mirip dengan ‘along’ yang
dikisahkan oleh penulis pada suatu scene adalah sebagai pengutip duit
kawannya iaitu Sani walaupun dia tidak meminjam duit ataupun
terhutang budi.
INDEKS ANALISIS

1. Ibarat membawa api


yang membahang.

Aforisme atau pun peribahasa yang digunakan dalam petikan


cerpen tersebut menggambarkan betapa berangnya Cikgu
Mahesh ketika itu terhadap anak murid kesayangannya, Sani,
yang sering menimbulkan masalah.
2. Panas mula menggigit
badan.

Ayat tersebut mengandungi unsur personafikasi yang


menerangkan tentang cuaca di padang ketika itu yang
sangat panas. Sedang Sani khusyuk termenung melihat
situasi di antara seorang guru muda lelaki dan seorang
kanak-kanak lelaki yang menyebabkan dirinya terimbau
kenangan sewaktu zaman sekolahnya bersama Cikgu
Mahesh.
3. Siang mulai jatuh, senja
pula naik.

Ayat tersebut menggambarkan bahawa betapa lamanya


Sani termangu di padang dari pagi hingga ke senja dek
kerana dia masih diselebungi kenangan lamanya yang
berlaku di padang sekolah sewaktu zaman
persekolahannya di situ.
SIMBOL ANALISIS

● Kolong langit ● Berdasarkan aspek simbol ini telah menyatakan bahawa ianya dapat
● Api yang membahang dikenalpasti apabila dalam teks atau ayat tersebut mempunyai simile
● Hutang budi dan metafora.
● Contoh perkataan yang digambarkan dalam aspek simbol ialah api yang
● Peminta sedekah membahang dan peminta sedekah. Perkataan ini dikategorikan dalam
kumpulan simile kerana perkataan tersebut dimulai dengan perkataan
sebagai dan seperti.
● Kedua, perkataan kolong langit dan hutang budi dikategorikan sebagai
metafora.
● Perkataan api yang membahang dalam konteks ayat tersebut
membawa maksud kipas itu seolah menghasilkan udara yang panas
dan perkataan peminta sedekah itu pula diimejkan sebagai pekerjaan.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai