Anda di halaman 1dari 6

Latar belakang Raja Ali Haji

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji ialah ulama, ahli
sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis. Beliau merupakan pencatat pertama dasar-
dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa,  buku yang telah menjadi
piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa
Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28
Oktober 1928.

Raja Ali Haji juga dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-
Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi
penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat
dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang
lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa Tuhfat  dikarang terlebih dahulu
oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya
meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-
undang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam  (undang-undang dan politik).
Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan.

1. Salasilah Melayu dan Bugis 1890


2. Tuhfat al-Nafis 1865
3. Bustanul-Katibin
4. Kitab Pengetahuan Bahasa
5. Gurindam Dua Belas
6. Syair Siti Sianah
7. Syair Suluh Pegawai
SYAIR SITI SIYANAH
1) ISI KANDUNGAN SYAIR
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di
muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang
selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki
dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan
kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup
membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya
kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap
berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput
untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut
palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih
semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri
mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke
pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka
berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun,
tindakan mereka diketahui Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat
daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti
perempuan yang tidak berakhlak.

Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai
buruknya selama ini.

2) MESEJ UTAMA SYAIR

Raja Ali Haji menjelaskan tujuan penghasilan Syair Siti Siyanah adalah untuk
dijadikan teladan kepada kaum wanita di samping memberi ilmu pengetahuan
mengenai hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Raja Ali Haji memang
terkenal sebagai seorang sarjana yang amat mementingkan ilmu pengetahuan
sehinggakan dalam syair Siti Siyanah, beliau menyifatkan kejahilan dan kebodohan
itu seumpama mati. Malah Raja Ali Haji berpandangan, jika pembinaan institusi
pendidikan tidak dijadikan keutamaan dalam sesebuah kerajaan, ramai rakyat
menjadi jahil, bangsat, tidak beradab dan bersopan, kurang malu dan tiada rasa
takut kepada Allah. Oleh itu, antara mesej yang ingin disampaikan melalui syair ini
ialah seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain .
Selain itu, seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah
secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. Seterusnya, amalan judi juga
merupakan satu amalan yang terkutuk dan sebagai seorang masyarakat terutama sekali
wanita haruslah mengelakkan diri dari menjebakkan diri dalam amalan perjudian. Akhir
sekali, seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar
terpelihara daripada maksiat.

3) NILAI-NILAI DAN PENGAJARAN

 Nilai kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan
ketawa mengilai-ngilai.
 Nilai kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri
 Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.
 Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

Pengajaran keseluruhan: Sebagai seorang wanita, kita mestilah sentiasa menjaga perilaku,
penampilan dan adab kerana aspek-aspek inilah yang mencerminkan diri kita

Anda mungkin juga menyukai