Anda di halaman 1dari 5

FUNGSI SASTERA KANAK-KANAK DAN

REMAJA
Pengenalan:
Sastera kanak-kanak dan sastera remaja merupakan
bidang yang sangat menarik dan penting kerana
peranannya dalam memberikan sumbangan besar
dalam sosial dan budaya dari sudut pembelajaran dan
pengajaran.

Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera
kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang
menjurus kepada pembangunan diri seseorang
manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran
atau kebahasaannya.
Sastera remaja pula merupakan hasil ciptaan
pengkarya untuk menceritakan tentang
kehidupan remaja, alam zahir dan alam batin
remaja itu.

Menurut Othman Puteh(1988:21) mengatakan
bahawa sastera remaja merupakan bahan
bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada
pengamatan, pengalaman dan kreativiti
pengarang yang relevan dengan pertumbuhan
dan perkembangan psikologi remaja yang
berusia sekitar 12-20 tahun.
2. Sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap
keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak
kanak-kanak dan remaja.
Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk
lakonan, nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak
langsung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka serta
mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka.
1. Sebagai medium untuk mendekatkan dan
membiasakan mereka dengan bahasa sastera
Misalnya sastera kanak-kanak menggunakan konsep
cerita binatang yang berperanan sebagai wadah bagi
mendekatkan sastera kepada kanak-kanak.
1. Sebagai medium untuk mendekatkan dan
membiasakan mereka dengan bahasa sastera
4. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja memainkan
peranan yang penting untuk menyampaikan wadah
pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi.
Cerita lisan telah menjadi medium yang penting untuk
memberi nasihat dan pengajaran yang baik dan dijadikan
panduan kepada setiap individu masyarakatnya.
3. Sebagai medium hiburan untuk individu
masyarakatnya.
Pelbagai cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera
bertujuan menarik perhatian khalayaknya. Lazimnya
hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan
gambar-gambar yang menarik.
6. Sastera kanak-kanak dan remaja berfungsi sebagai
keperluan material atau kebendaan.
Keperluan material ini menggambarkan keadaan
kehidupan fizikal yang serba lengkap dan istimewa
khususnya dari segi material
5. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja juga berfungsi
untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak
pembaca.
Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu
disemai pada peringkat awal zaman kanak-kanak
lagi

Anda mungkin juga menyukai