Anda di halaman 1dari 29

SGRM3133 SENI MENGARANG

BAB 3
PENULISAN KREATIF
(BAHASA DAN MEKANIS
PENULISAN)

PENULISAN KREATIF

Bermaksud:
Penulisan yang menggunakan daya
imaginasi dan kreativiti penulis
Banyak menggunakan bahasa figuratif
Menyampaikan perasaan dan pemikiran
serta berkongsi pengalaman dengan
pembaca
Pembaca turut mengalami dan merasai
pengalaman yang sama
Pengalaman berdasarkan kejadian
sebenar atau imaginasi penulis
Contoh penulisan kreatif - sajak, novel,
cerpen, skrip drama, filem, lirik lagu
JENIS PENULISAN KREATIF
Dibahagikan kepada dua bentuk utama:
a. Prosa skrip drama, novel, cerpen,
memoir, catatan kenangan dan
sebagainya
b. Puisi pantun, syair, gurindam, seloka,
sajak, bahasa berirama dan sebagainya
CIRI-CIRI PENULIS KREATIF
Nordin Selat (1977) dan Isabelle Zigler
(1975) dlm buku The Creative Writers
membahagikan ciri penulis kreatif kpd 16
sifat utama:
1. Penulis mempunyai
persepsi
2. Mata penulis sama
dengan lensa
kamera
3. Sentiasa bersifat
segar
4. Manusia yang penuh
rasa
5. Manusia insaf
6. Seorang pahlawan
7. Patriot bangsa

1. Manusia yang
tertarik kepada
manusia lain
2. Menulis untuk
manusia lain
3. Pencinta bahasa
4. Manusia kompleks
5. Manusia cerewet
6. Rajin dan tabah
7. Manusia idealis
8. Manusia realis
9. Manusia kesepian




CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF
8 ciri penulisan kreatif yang utama:
1. Menggunakan wacana pelukisan (expressive)
Contoh:
Amin bersifat lasak, suka bermain, suka mengejar, membaling, melompat
dan sebagainya, pendeknya dialah yang banyak sekali meyelerakkan
barang di rumah. Hassan pula berperangai lemah- lembut, bersifat sayang
akan hak miliknya serta pemurah. Kalau dia nampak peminta sedekah
masuk, dialah dahulu yang masuk ke dapur mencedok beras dan diberi
kepada pengemis yang sedia menadah tangan. Sungguhpun demikian dia
ada mempunyai sifat-sifat yang berlawanan pula iaitu di sebalik pemurah
dia ada sifat tamak dan haloba; di sebalik lemah-lembut dia mempunyai
sifat berani dan degil. Ibunya sangat-sangat memerhati akan perangai dan
kelakuan anak-anaknya itu.
(Zakaria Salleh, 2004, hlm. 6-7)
2. Menggunakan bahasa kiasan
- Memberi gambaran yang jelas kepada
pembaca
- Contoh pepatah, peribahasa,
perumpamaan, perbandingan,
perbidalan, ungkapan dan sebagainya
3. Bernada puitis
- kata-kata yang indah dan lembut
- Meninggalkan kesan keindahan kepada
gambaran yang diberikan
- Contoh puisi:
Kekasih ~ Usman Awang
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu


3. Memilih diksi berhati-hati
- kata-kata dapat memberi maksud yg ingin
disampaikan.
- Contoh:
Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah
Bandaraya ~ Usman Awang

Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya.

5. Bersifat Komunikatif menggambarkan
apa yang dirasai oleh penulis
6. Imaginatif dan figuratif
berbeza dengan penulisan ilmiah yang
pentingkan fakta
- isi ditokok-tambah
- bahasa tersirat dan indah
7. Bersifat ketaksaan (ambiguiti)
- makna berlapis dan tersembunyi
- sukar ditafsir, perlu penelitian yang
mendalam
Contoh:
Syarifah Berlian berada dalam iklim serba sesak. Hidup
penuh kekosongan. Dunia dan manusia tak ubah
macam najis. Jam bertugas kekusutan berpunca dari
tindak- tanduk teman-teman sepejabat. Setiap kali
disapa, setiap detik mendengar suara lelaki, ingatannya
melayang ke wajah Tengku Kudin.
(Shanon Ahmad, 1992, hlm 73)

8. Menggunakan ragam aktif
- Ayat yang pendek dan berfokus kpd pelaku dan aksi
yang diceritakan penulis.
- Menarik perhatian pembaca

Contoh:
Bulan purnama mengambang di langit yang biru bersih.
Kampung Janda Baik berbalam-balam dalam cahaya
perak yang pudar. Dari tanah Pak Kia kelepak lesung
indik di sebelah hulu. Orang mengemping di rumah Tuk
Empat Kadir. Musim-musim beginilah hidup sedikit
suasana malam terutama waktu bulan terang.
Bahasa Figuratif dalam penulisan kreatif
Penulisan kreatif seperti prosa dan puisi menggunakan
bahasa figuratif yang banyak.
Ini bertujuan untuk menimbulkan keindahan kepada
karya tersebut.
Namun, ini tidak bermakna penulisan selain daripada
penulisan kreatif tidak menggunakan bahasa figuratif.
Perbezaan
Bahasa figuratif dalam karya kreatif lebih
individualistik sifatnya
Dalam karya umum, bahasa figuratif yang digunakan
lebih mudah dan diterima umum

Metafora
Gaya bahasa perbandingan
Tidak menggunakan kata perbandingan, i.e
perbandingan dilakukan secara implisit.
Kelaparan adalah batu-batu karang, di bawah wajah
laut yang tidur
Dalam karya kreatif, metafora dilihat terbentuk daripada
dua kata, satu kata konkrit dan satu kata abstrak
daun-daun tahun
Dan bara kagum menjadi api Chairil Anwar
Akal itu rumah fikiran.

Personifikasi
Disebut juga perorangan
Memberikan sifat manusia kepada haiwan atau benda
Angin bertiup seperti orang berbisik
Matahari tersenyum membawa siang
Lawan kepada personifikasi ialah depersonifikasi
memberi sifat binatang atau benda kepada manusia
Dapatkah anda fikirkan contoh-contoh
depersonifikasi?

Simile
Gaya bahasa perbandingan
Perbandingan secara eksplisit
Menggunakan kata-kata yang menunjukkan
bahawa perbandingan sedang dilakukan
Seperti, bagai, seolah-olah, laksana, bak
Matanya bercahaya ibarat bintang timur
Kata-katanya mahal bak emas


hiperbola
Bahasa yang berlebihan

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulan yang terbuang
Biar peluru menembusi kulitku
Aku tetap meradang menerjang
...
Aku ingin hidup seribu tahun lagi
- Aku Chairil Anwar

Metonimi
Sesuatu nama atau konsep yang dirujuk
dengan menggunakan nama lain yang
mempunyai perhubungan rapat
dengannya.
Wisma Putra untuk Kementerian Luar Negara
Vatican City untuk Pope/Katolik
Rumah Putih untuk Presiden US
Downing Street
Scotland Yard
Diva untuk artis wanita yang terkenal

Contoh puisi:
Terlukis di wajah Tun Fatimah
Warna-warna berani perjuangan;
Terukir di raut Tun Kudu
Garis-garis cekal pengorbanan;
Terpancar di wajah si Zubaidah
Cahaya benderang kebijaksanaan;
Tertanam di dada puteri Mahsuri
Lembing keadilan yang dicari.
Sinekdoki
Menyebut sebahagian untuk keseluruhan (pars
pro toto) atau menyebut keseluruhan untuk
sebahagian (totum pro parte)
Nadal berkata, tubuh saya meminta rehat.
Lelaki itu bekerja keras untuk menyuap nasi
ke mulut anak-anaknya.
Pinjamkan saya telinga anda. Lend me your
ears)
Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
Malaysia menewaskan Thailand dalam
pertandingan sepak takraw yang diadakan di
Kuala Lumpur.

Perlambangan
Perkaitan antara sesuatu perkara, konsep
atau benda melalui fungsi atau cirinya.
Makna dibentuk oleh budaya atau sejarah
Merah lambang keberanian
Biru lambang keharmonian
Kuning lambang diraja
Air lambang kesucian/kelahiran semula
Burung merpati melambangkan kebebasan
Ranting pohon zaitun melambangkan keamanan

Alusi
Tokoh atau peristiwa yang berkait rapat
dengan konsep yang dibawa
Keberanian > Iskandar Zulkarnain
Cinta > Taj Mahal

Ironi
Terbahagi kepada dua
Ironi kata
Kata yang bermaksud lain/terbalik daripada kata-kata yang
digunakan
Datanglah ke rumah ini kalau berani. Ni, ada hadiah
yang aku nak berikan.
Ironi dramatik
Merujuk kepada plot penceritaan
Suatu peristiwa yang diketahui oleh watak tertentu tetapi
tidak watak lain
Atau tidak diketahui oleh watak dalam cerita tetapi diketahui
pembaca

Perulangan
Perulangan kata
Berdosakah aku menyintainya?
Berdosakah aku merinduinya?
Perulangan bunyi
Dara damba daku, datang dari danau, duga
dua duka, diam di diriku.
Asonansi
Perulangan bunyi vokal
Aliterasi
Perulangan bunyi konsonan


Pertanyaan retorik
Wahai langit Mekah dan Laut Merah
Masih ingatkah kau lagi
Pada doa Abdul Mutalib dan Nabi Musa?
Terbahagi kepada
Pertanyaan yang tiada jawapan
Pertanyaan yang tidak perlu dijawab, i.e sudah jelas
jawapannya
Pertanyaan yang ditanya bertalu-talu sehingga
menimbulkan rasa serba-salah untuk dijawab

Inversi
Urutan ayat yang terbalik, i.e pendepanan
predikat
Untuk tujuan penegasan
Terasa dingin sekali angin
Terasa sepi sekali hati
Kan bicara lidahku
Kan bertindak tanganku
Hingga tersingkir cela
Kesimpulan
Refleksi
Bincangkan dalam kumpulan tentang
kepentingan penulis kreatif menggunakan
gaya bahasa yang menarik. Bentangkan hasil
perbincangan anda.
Dalam kumpulan anda, hasilkan satu rangkap
puisi yang menggunakan sekurang-
kurangnya 3 (tiga) jenis gaya bahasa figuratif.
Deklamasikan rangkap tersebut di hadapan
rakan-rakan anda.

Anda mungkin juga menyukai