Anda di halaman 1dari 66

KAEDAH PENGAJARAN

AWAL MEMBACA
Kaedah Abjad
Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga
dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah
mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang
digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan.
Murid-murid dikehendaki mengenali nama,
bentuk dan mengecam huruf abjad.
Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf
yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka
perlu menghafaz nama semua huruf yang
diperkenalkan itu.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya,
huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu
sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah
Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-
dua bentuk huruf kecil dan huruf besar
didedahkan serentak.
Setelah murid menghafaz semua nama huruf,
pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi
huruf vokal a, e, i, o, dan u.
Kaedah Fonik (Fonetik)
Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini
lebih menekankan amalan membuat latih tubi
tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa,
ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada
nama huruf.
Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara
terasing dan kemudiannya menggabungkan
dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk
suku kata dan perkataan. Contoh lambang b
bukannya bi tetapi disebut beh, a disebut ah
dan begitulah seterusnya.
b beh n en
c ceh p peh
a aaa
d deh q qeh
e eee f feh r rer
g geh s sss
i iii h heh t teh
o ooo j jeh v vev
u uuu k keh w weh
l el y yeh
m em z zez
Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-
kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada
suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan
ini akan membolehkan mereka yang baru belajar
membaca melakukan latihan sebutan perkataan-
perkataan baru.
Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-
murid mempelajari sejumlah perbendaharaan
kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur
yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut,
dan kemudiannya membuat satu kesimpulan
umum mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam
perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Contohnya, selepas murid-murid diajarkan


perkataan-perkataan yang dimulakan dengan
bunyi yang sama seperti mana, mama, makan,
baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan
mengenal bahawa perkataan-perkataan itu
bermula dengan huruf dan suku kata yang sama
tetapi memberi makna yang berbeza-beza.
Asosiasi bunyi.
Contoh : Guru membunyikan aa dan mengaitkannya
dengan peristiwa atau kejadian di kawasan persekitaran
seperti terkena api, aaaaaaaaaaa panas!

Asosiasi gambar.
Contoh : Guru menggunakan kad gambar emak untuk
bunyi ee.

Guru memperkenalkan bunyi-bunyi a, i, u dahulu


kerana e dan o lebih kurang digunakan.
Konsonan pula diperkenalkan dahulu k,s,t,d,r,l,m,g,
dan n kerana ia bunyi-bunyi yang lebih mudah
berbanding konsonan yang lain.
Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal
huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan
pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih
tubi membaca suku kata itu.

Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba,


baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja
perkataan diadakan.

Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama


huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan
suku kata itu.
Misalnya untuk perkataan buku, mula-mula disebut nama
huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu;
kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan
bunyi suku kata ku, dan akhir disebut perkataan buku.
Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku
kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu.
Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti
konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf
dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi
sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada


sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata
itu terhasil dengan menggabungkan satu atau
lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal
atau diftong. dengan satu vokal atau diftong.
Kelebihan Kaedah Fonetik.
Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
Murid dapat mengurangkan beban memori.
Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh
diperkenalkan dahulu

Kelemahan Kaedah Fonetik


1. Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini.
2. Sesuai untuk murid-murid yang pandai.
3. Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti
membaca.
4. Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih
dahulu.
5. Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah
mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah
diajarkan.
Kaedah Seluruh Perkataan
Pandang Sebut
Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan
kefahaman). Kaedah inijuga dikenali dengan
kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan
kaedah ayat.
Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut
keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar
untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan
perkataan dengan bantuan gambar untuk
merujuk benda yang dipamerkan itu.
Kaedah Seluruh Perkataan
Pandang Sebut
Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua
kemahiran di dalam satu masa, iaitu
menyebutkan keseluruhan perkataan dan
melakukan pengesanan terhadap rangsangan
berbentuk gambar.
Berbantukan gambar yang dilabelkan
berhampiran dengan perkataan tersebut, kanak-
kanak boleh menyebut perkataan untuk
mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar
tersebut.
PENDEKATAN MENGAJAR
BACAAN
Pada amnya terdapat dua pendekatan yang boleh
digunakan untuk menyampaikan pelajaran membaca :
(i)-Pendekatan Membina (Sintesis)
(ii)-Pendekatan Cerakinan (Analisis)
(i)Pendekatan Membina
Cara yang bersandarkan prinsip sintesis atau membina
atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian
yang kecil menjadi satu benda yang besar.
Contoh ayat: Nina ada baju merah.
Langkah-langkah yang digunakan:
Perkenalkan huruf (a, b ,d ,I ,j ,h ,r , u , m ,n )
Perkenalkan suku kata (ba , ni , na , ju, rah, me, da)
Perkenalkan perkataan (baju, Nina, ada, merah)
Perkenalkan rangkai kata (baju merah, Nina ada
Perkenalkan ayat ( Nina ada baju merah)
Pada keseluruhannya, kaedah ini menggunakan kaedah
huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata
Kaedah cerakinan
Satu cara yang berlawanan prinsipnya dengan cara
sintesis
Menggunakan prinsip analisa atau mencerakin atau
dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu
bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang
lebih kecil.
Misalnya dalam mengajarkan ayat Nina ada baju
baru
Langkah-langkah yang digunakan :
Perkenalkan ayat (Nina ada baju baru)
Perkenalkan rangkai kata ( Nina ada, baju baru)
Perkenalkan perkataan ( Nina, ada, baju, baru)
Perkenalkan suku kata (ni, na, da, ba, ju, ru, a)
Perkenalkan huruf (n, I, a, d, j, r, u)
Pada keseluruhanya, cara ini menggunakan kaedah
perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang
digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
Namun begitu, telah terbit satu cara yang lain yang
dipercayai dapat mengurangkan masalah yang
dihadapi.
Caraa ini ialah cara elektrik atau lebih dikenali dengan
nama cara campuran
o Kaedah Eklektik
Cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah
campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu cara
membina dan cara cerakinan
Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah
huruf dan kaedah suku kata.
Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan,
kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah
ini disebut kaedah pandang dengar.
Kelebihan
Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca
Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid-
murid dalam pelajaran membaca dan mengikut situasi
Menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai
dengan fonem bahasa Malaysia
Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah
yang baru supaya dapat menghapuskan konflik
pendapat.
Cara mengajar
o Tujuannya ialah untuk membolehkan muri-murid membaca
ayat-ayat yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan
memehami isinya.
o Bentuk huruf : huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya
sahaja. Misalnya :
-a-ayam p-payung i-ikan
o Bentuk bahasa
- Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya:
- Ba-bakul, bawang, barang
- Menggunakan gambar
o Alat mengajar : kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad
rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya boleh digunakan.
Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat
oleh semua murid.
Aktiviti kaedah Cerakinan
Ada 4 aktiviti yang dicadangkan

Aktiviti A
-kaedah campuran yang memberatkan bentuk Cerakinan
-kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat
awal
-dalam pengenalan huruf, penekanan adalah pada
bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan
secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya
dikuasai.
-Aktiviti A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah
yang berikut :
a) Tunjukkan gambar : gambar baju
b) Tunjukkan kad perkataan :baju
c) Tunjukkan kad suku kata : ba ju
d) Gandingkan kad suku kata : ba ju
e) Bunyi huruf : b (beh) a (a) j (jeh) u(u)
f) Bunyi suku kata : ba ba
ju ju
g) Membaca perkataan : baju
2) Aktiviti B
-berasakan kepada kaedah fonik (bunyi),
digabungkan dengan kaedah suku kata serta
dibantu oleh kaedah pandang dan sebut.
-peringkat permulaan, dua bunyi huruf
diperkenalkan, iaitu /m/ dan /s/.
-tujuannya adalah untuk menarik minat murid
murid dan memahamkan konsep bunyi huruf.
-pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut
langkah-langkah berikut:
i. Perkenalkan huruf fonik : k
ii. Sebut bunyi huruf : k k k k k
iii. Gabungkan bunyi konsonan dengan
bunyi vokal untuk membentuk suku kata :ka ka ka
iv. Suku kata tertutup : kak kak kak
v. Gabungkan suku kata menjadi perkataan : ka..kak
vi. Membaca perkataan : kakak
vii. Membaca ayat : ini kakak
3) Aktiviti C
-biasanya disebut sebagai bunyi kata.
-ia berdasarkan perkara-perkara berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan
fonemik
b) Suku katanya adalah jelas dan mudah
c) Perkataan yang digunakan pada permulaan
pendekatan telah pun diketahui maknanya oleh
kebanyakan murid
-Aktiviti C boleh dilaksanaka mengikut
langkah-langkah yang berikut :
1) Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u
2) Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k, m
3) Mengabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki,
ku
4) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka +
ki = kaki, ku +ku =kuku
5) Membaca ayat : kaki ku, kuku kaki, kuku kakiku
Aktiviti D
-berdasarkan prinsip sintesis atau membina iaitu
menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi
Besar.
-menggunakan kaedah abjad atau kaedah
mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah su
Kata.
-boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah
berikut:
1) Tunjukkan gambar :
2) Namakan huruf tunggal : b a j u
3) Perkenalkan kad suku kata : ba ju
4) Perkenalkan kad perkataan : baju
5) Membaca ayat : itu baju
ini baju
Kaedah Gabungan Bunyi Kata
Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan
beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar
mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula
diajar ialah

a i u
dan susunan konsonan berikut;

bkcstmngljhyfwqvz
KGBK
Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979)
menggariskan beberapa langkah berikut

i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf


vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad imbasan.
Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali,
selang seli

ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga


huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan
menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi
beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan bunyi
tiap-tiap simbol itu dengan jelas.
iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan
huruf vokal supaya menjadi suku kata.

ba bi bu
da di du
ka ki ku

seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang


bermakna;

da da dada
ba ba baba
bu bu bubu
ku ku kuku
iv. Perkenalkan gabungan lain;

a da ada
a ku aku
ku da kuda
bu ku buku
bu ka buka

suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa


perkataan di atas;

baba ada buku


baba ada kuda
baba ada bubu
baba buka buku
Prinsip KGBK
memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan
yang kerap digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu,
kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan.
Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf
dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z).
Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf
besar boleh dibuat secara tidak langsung kemudian.
Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas
antara langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata
dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam
satu pelajaran.
Memerlukan latihan membunyikan dan memandang
huruf, suku kata dan perkataan tertulis. Dengan itu
penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat
diperlukan.
Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan
gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi
dan memandang -lambang bunyi, suku kata dan
perkataan dengan cepat.
vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam
amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran.
vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap
latihan membaca. Latihan menulis berdasarkan
perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh
meneguhkan kemahiran membaca.
UJIAN DIAGNOSTIK

DEFINISI

Satu instrumen pengukuran yang


membolehkan guru mengesan punca
dan kawasan kelemahan secara spesifik
yang dihadapi oleh seseorang murid
pemulihan.
UJIAN DIAGNOSTIK

Definisi:

Satu alat pengukuran yang membolehkan


guru pemulihan khas mengesan punca
dan kawasan kelemahan secara
terperinci yang dihadapi oleh seseorang
murid.
UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik Bahasa


Melayu:
- Ujian Lisan
- Ujian Bertulis
- Ujian Pengamatan
- Ujian membaca
TUJUAN

Mengenal pasti secara khusus kesulitan-


kesulitan yang dihadapi oleh murid.

Mengenal pasti punca kegagalan murid


untuk menguasai sesuatu kemahiran.
Mengenal pasti kumpulan tertentu
mengikut
kebolehan dan kawasan-kawasan
kesukaran
yang dihadapi oleh murid.
Membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus -
individu atau kumpulan dengan lebih
tepat dan sistematik

Membantu guru merancang objektif


pengajaran
Membolehkan guru merancang dan
membina bahan bantu mengajar yang
bersesuaian mengikut tahap murid.
Menguji Kemahiran Membaca

Membaca salah satu kemahiran bahasa yang


penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya
mereka dapat mencapai kemajuan dalam
pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka.

Kegagalan murid membaca dengan baik


selalunya dikaitkan dengan kegagalan
pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah
berkenaan.
Sebab itu guru perlu didedahkan
kepada alat, kaedah dan teknik
menguji kemahiran bacaan
terutamanya ujian bacaan secara
diagnostik.

Ujian diagnostik bacaan akan dapat


membantu guru mengesan
kesukaran-kesukaran khusus bacaan
murid
Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya;

a. guru dapat mengesan secara objektif


kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid
dalam proses membaca. Bermula dari sinilah
guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti
pengajaran pemulihan bacaan.

b. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak


boleh dibiarkan berterusan dengan masalah
membacanya kerana akan memberi kesan
terhadap pencapaiannya dalam pelajaran
secara keseluruhan.
Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara
berterusan supaya maklumat yang diperoleh
dapat memberi gambaran sebenar
kelemahan murid.

Masalah bacaan sebenar murid penting


supaya guru dapat menilai semula
rancangan pemulihan bacaan dan boleh
membantu guru menentukan objektif
pengajaran bacaan seterusnya.

Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu


dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.
Antara masalah membaca dalam kalangan murid
prasekolah yang membolehkan Ujian bacaan
Nyaring dijalankan untuk mengenal pasti:

1. mengenal bentuk huruf


2. mengenal nama huruf
3. mengenal bunyi huruf
4. Diskriminasi pendengaran huruf-huruf yang
berdekatan bunyi foniknya

5. membatang suku kata terbuka


6. membatang suku kata tertutup
Bagi murid Tahun 1 hingga tahun 6 pula,
kebanyakan masalah membaca adalah
bepunca daripada kesukaran mereka,
1. membatang suku kata yang mempunyai
gugusan konsonan
2. membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/
dalam
perkataan
3. membatang dan mencantumkan suku kata-
suku kata terbuka dalam perkataan
4. Membatang dan mencantumkan suku
kata-suku kata tertutup dalam
perkataan

5. Membatang dan mencantumkan suku


kata-suku kata yang mengandungi
gugusan konsonan dalam perkataan

6. Kekeliruan antara ejaan dan sistem


bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam perkataan
7. Menyebut perkataan dasar dan
perkataan berimbuhan

8 Membaca frasa-frasa sebagai satu


unit makna/pemikiran.

9. Membaca ayat-ayat pendek

10. Membaca ayat-ayat panjang


Aktiviti
Menulis

Aktiviti
pratulisan Tulisan Mekanis
( prasekolah) ( tahun 1-6)

Pergerakan jari, Mengetahui titik


tangan dan mata kemasukan huruf

Membentuk
Menulis karangan
huruf
terkawal
Padan Huruf,
sambung titik Menulis karangan bebas
Antara masalah yang paling dominan,
dalam kemahiran menulis ialah
ketidakcekapan koordinasi tangan dan
mata semasa menulis.
Ketidakupayaan ini dikesan apabila
dilihat cara murid memegang pensel
yang tidak betul. Ini menyebabkan
murid tidak dapat menulis garis
perkataan dengan betul dan akhirnya
mencampuradukkan huruf kecil dan
huruf besar dalam satu ayat.
Oleh yang demikian, titik kemasukan
huruf ialah titik pergerakan awal mata
pensel semasa proses membentuk
huruf.

Binaan huruf yang perlu diikuti oleh


murid semasa mereka mula belajar
menulis.

Ramai dalam kalangan mereka yang


boleh menulis tetapi tidak menulis
Faedah Mengetahui Titik Kemasukan Huruf

1. Mengetahaui sempadan berhenti yang


menunjukkan binaan huruf perlu ditamatkan

2. Mendisiplinkan murid untuk mengikutii peraturan


yang ditetapkan

3. Mengetahui formulasi huruf untuk menghasilkan


tulisan yang cantik dan mudah dibaca.

4. Budaya menulis secara tepat, betul, tersusun


dapat dibina dan dipraktikkan
Satu lagi masalah dalam penulisan
ialah murid lemah menyusun ayat
dan buah fikiran menurut wacana
yang tepat dan mereka meninggalkan
perkataan tertentu semasa menulis.

Ini mengakibatkan hasil penulisan


mereka tidak mempunyai wacana . (
Abd. Rashid Jamian)
MENTADBIR UJIAN DIAGNOSTIK
-Dilaksanakan kepada murid yang dipilih untuk mengikuti
kelas pemulihan khas
-Ujian lisan dijalankan secara individu. Ujian bertulis
dijalankan secara kumpulan tidak melebihi 4 orang dlm satu
masa
-Ujian disediakan mengikut turutan kognitif pengetahuan-
pemahaman- penggunaan. Dimulakan dengan ujian lisan
dan diikuti ujian bertulis. Tidak terikat dengan tempoh
masa.
-Setiap jawapan murid direkodkan dalam borang rekod
ujian diagnostik
ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK

-Kesalahan yang dilakukan oleh murid direkodkan ke


dalam borang rekod ujian diagnostik/ borang analisis
ujian

-Merancang pengajaran dan pembelajaran- menentukan


kaedah

-Merancang bahan bantu mengajar

Anda mungkin juga menyukai