Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan

Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi.
Setiap insan berilmu akan mampu bersaing dalam zaman ledakan maklumat ini. Ini
bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mngambil pelajaran dan peringatan hanyalah
orang-orang yang berakal sempurna. Berdasarkan maksud ayat ini, jelaslah kepada kita
hanya orang yang membaca dapat menambah ilmu serta menggunakan ilmu untuk kebaikan
dunia dan akhirat. Memandangkan kepentingan membaca, pada peringkat awal pembacaan
murid-murid diajar secara mekanis untuk menyebut huruf dan kata dengan suara yang kuat.
Dalam KBSR pendekatan-pendekatan mengajar bacaan awal yang disarankan disebut sebagai
pendekatan A, pendekatan B, pendekatan C dan pendekatan D.
PENDEKATAN A
Pendekatan A adalah kaedah campuran yang menggunakan kaedah cerakinan. Pendekatan ini
dikenali juga pendekatan analisis. Pendekatan pengajaran ini adalah mendahulukan unsur
yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang
membentukkan struktur yang besar tersebut.Dalam pendekatan ini kegiatan pra
membaca dilakukan pada peringkat awal. Ia melibatkan tugas mengenalkan
huruf-huruf terlebih dahulu dan kemudian dilatih menyebut bunyi huruf-huruf
tersebut, Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan
digalakkan selepas bunyi dikuasai.
Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu
oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi.
Pendekatan ini boleh dilaksanakan melalui langkah-langkah berikut.

Contoh
a) Tunjukkan gambar

b) Tunjuk kad perkataan

baju

c) Tunjuk kad suku kata

ba
d) Gandingkan kad suku kata

ju

e) Bunyi huruf

b (beh) a (a ) (ju); j (jeh) u (u)

f) Bunyi suku kata


ba ju
g) Membaca perkataan

baju

Kaedah pandang dan sebut


Kaedah Pandang dan Sebut merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan muridmurid menyebut perkataan yang disebut oleh guru terlebih dahulu setelah ditunjukkan
gambar atau perkataan tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan
kerana pengajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau
suku kata.
Menurut Juriah Long (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan
menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbasi murid-murid akan menyebut
perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada
bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
Pada pendapat saya kaedah Pandang dan Sebut melibatkan dua aktiviti utama iaitu
membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat
berdasarkan gambar yang mengandungi cerita.
Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ba
+ ju = baju. Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah
iaitu bermula dengan dua suku kata (KV+KV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku
kata (KV+KVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV), penggunaan
diftong (V) dan konsonan berganding (K).

Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil


Sebut huruf-huruf di bawah

Sebut nama-nama huruf.

Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan


Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonan

Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv


Sebut suku kata di bawah

Menyebut suku kata, perkataan dan frasa


Sebut suku kata, perkataan dan frasa

Suku kata

Perkataan dan frasa

Membaca ayat

Guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad
tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.

Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk
mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.
Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah
diajar.
Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih
murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan
apa yang disebut oleh guru.
Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan
menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

PENDEKATAN B
Pendekatan ini berasaskan kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengan kaedah suku kata serta
dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan kaedah ini untuk menjelaskan makna
perkataan yang dipelajari. Ia dijalankan dalam bentuk binaan dan cerakinan. Pada peringkat
permulaan, bunyi huruf diperkenalkan kepada murid. Tujuannya adalah untuk menarik minat
murid-murid memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua bunyi lambang dianggap mudah
dan murid-murid dapat mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf.
Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut
a) Perkenalkan huruf fonik
b) Sebutkan bunyi huruf
Lambang huruf dikaitkan dengan bunyi
a dibunyikan aa, t tah, s ss. u uu,
c) Gabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk membentuk suku kata
Contoh :
ba, da, tu, ka, lu, mi
d) Suku kata tertutup

Contoh:
kak, tak, dak, dak
e) Gabungkan suku kata menjadi perkataan
Contoh:
ka kak, ba dak

f) Membaca perkataan
kakak, badak
g) Membaca ayat
Contoh
Ini kakak, itu badak

Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal
kod(lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.

Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa.

Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih
daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.
Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara
simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat
membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak
diajar nama-nama huruf, tetapi diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambang huruf terus
dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa, t tah, s ss. u uu,
z zz, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya,
suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu, ka, lu, mi dan sebagainya. Kemudian
baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataanperkataan dada, batu, kata,

lalu, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang
mudah.
Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik,(iaitu ada hubungan
yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya), dan oleh sebab suku kata kebanyakan
perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar
permulaan membaca perkataanperkataan Melayu.Sekurangkurangnya kaedah ini adalah lebih
munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan kaedah lain.

Kelebihan Kaedah Fonetik.

Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.

Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.

Murid dapat mengurangkan beban memori.

Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

Di antara kekuatan fonetik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad,
mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa.
Bagi kaedah fonetik juga kanakkanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup
kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan

Kelemahan Kaedah Fonetik

1.Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini.


2.Sesuai untuk murid-murid yang pandai.
3.Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca.
4.Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu.

5.Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat
bunyi huruf yang telah diajarkan.
6. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-muridmenghafal bunyi huruf
yang kurang bermakna pada permulaannya. Biasanya masa yang agak panjang diambil untuk
mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelummereka membaca perkataanperkataan

Rumusan Kaedah Fonetik.


Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk
memperkenalkan perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk e merupakan furuf vokal untuk
perkataan emak. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf l boleh dikaitkan dengan objek
lori. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk dikaitkan
dengan perkataan dan objek yang lain.

PENDEKATAN C
Pendekatan ini juga disebut pendekatan bunyi kata. Ia berdasarkan perkara-perkara berikut.
a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik.
b) Suku katanya adalah jelas dan mudah.
c) Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun diketahui
maknanya oleh kebanyakan murid.
Pendekatan ini mencadangkan murid-murid diperkenalkan dengan bunyi beberapa huruf
vokal dan konsonan dan kemudia terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan
yang bermakna.
Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza
dengan pendekatan fonik/abjad atau seluruh perkataan dalam bahasa Inggeris. KGBK
berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat
dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina.

a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya,
setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi. Misalnya,
huruf a bunyinya aa, huruf b bunyinya bh, c bunyinya ch, d bunyinya dh, m bunyi
mm dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan
emak, enam dan e pepet seperti dalam ekor dan elok.

b) Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ba tu,ka ki, ma kan, ka kak, i tu, i tik,
se ko lah, jam ba tan, bu nga, ta nya pe nyu su ngai pan tai, kam pung, per ja la
nan dan sebagainya
c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris
dan Bahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender
(laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan banyak (plural), untuk menyatakan perbezaan
waktu(past tense, present tense) seperti dalam bahasa Inggeris.
Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau
kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan
a) pengajaran bunyi asas (fonem) beberapa huruf vokal a i u dan bunyi satu atau dua huruf
konsonan, misalnya bunyi b, untuk membentuk bunyi suku kata ba bi bu, dan
b) terus membaca perkataan mudah baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu, dan frasa seperti bubu
baba, ibu abu yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja.
Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung bunyi dengan
terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah mengguna apa yang
dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), Kaedah ini dinamakan Kaedah
Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran,
bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi perkataan dan dibaca.
Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuk
a) mengesan (attack) sesuatu perkataan, dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya,
jika ia tidak tahu membacanya. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka
membaca sendiri perkataan baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata ba bi bu
dan ca ci cu dan boleh membaca perkataan cucu, baca, cuci mereka sendiri akan boleh
membaca cuba dan bucu.

b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. Dengan ini mereka
mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. Kajian kami
menunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka
mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini.
Langkah-langkah asas dalam pengajaran pendekatan bunyi kata
a) Perkenalkan huruf vokal
a, e, i, o, u
b) Perkenalkan bunyi huruf konsonan
Huruf selain darpada huruf vokal
c) Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal
ba, bi, bu, be, bo
ka, ki, ku, ke, ko
d) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan.
bu + ku = buku, bu + ka = buka
e) Membaca ayat
kuku kaki

Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan


peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang
(developmental). Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca, Utusan
Publications, 1982, dan Mudah Membaca Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1990; dan buku
Bahasa Malaysia, siri Genius, beserta Panduan Guru, Fajar Bakti, 2003, untuk pra sekolah,
dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti.
Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh
menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi-huruf dengan membina-dan-membaca
perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa
atau ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, di
mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan tatabahasanya yang

mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks
dalam Bahasa Inggeris.

PENDEKATAN D
Pendekatan ini berdasarkan prinsip sintesis atau membina iaitu menyusun bahagian-bahagian
kecil menjadi besar. Keadah yang terkandung dalam pendekatan ini ialah kaedah abjad atau
kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah suku kata.

Langkah-langkah asas dalam pengajaran pendekatan D


a) Tunjukkan kad gambar

b) Namakan huruf tunggal yang terlibat


batu

c) Perkenalkan kad suku kata

ba

tu

d) Perkenalkan kad perkataan

batu
e) Mambaca ayat
Ini batu.

Pendekatan Sintesis
Pendekatan bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur
yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar. Murid-murid
diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan suku kata,
perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.

Huruf-huruf

Suku kata

perkataan

Contohnya untuk mengajar;


Adik ada baju merah
a) Perkenalkan huruf a, b, c, d sehingga z

b) Perkenalkan suku kata ba, a, dik, ju, rah, me, da


c) Perkenalkan perkataan baju, adik, merah, ada
d) Perkenalkan rangkai kata
Baju merah, adik ada
e) Perkenalkan ayat
Adik ada baju merah.

Prinsip Kaedah Abjad

Rujukan
Isahak Haron (1990), Mengajar Membaca Peringkat Awal. Dalam Safiah Osman (ed).
Membaca: Satu Pengenalan, Berita Publishing, Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai