Anda di halaman 1dari 11

ISU DALAM

SINTAKSIS
BMM1064: SINTAKSIS BAHASA MELAYU
INTERAKSI 15
Tajuk Interaksi Ke-15

MINGGU/TARIKH TOPIK/TAJUK JAM INTERAKSI

Interaksi 15 6 Isu dalam Sintaksis


Kuliah: 2 jam
 * (Dilaksanakan di - Penggunaan frasa yang betul
luar waktu kuliah Tutorial: 2 jam
- Penggunaan ayat yang gramatis
yang dijadualkan) dalam kalangan pengguna  
KULIAH – 24.03.2021 bahasa Melayu  
TUTORIAL – 25.03.2021 o Faktor  
MASA: 2.30 – 4.30 PTG
o Implikasi  
o Peranan Guru Bahasa Melayu  
PENGGUNAAN FRASA YANG BETUL
 Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu
perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih.
 Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu iaitu:
i. Frasa Nama (FN)
ii. Frasa Kerja (FK)
iii. Frasa Adjektif (FA)
iv. Frasa Sendi Nama (FSN)
PENGGUNAAN FRASA YANG BETUL
Baca ayat-ayat yang berikut dengan teliti dan kenal pasti kesalahan bahasa
yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
 Kereta-kereta yang lalu di hadapan rumah saya besar-besar dan cantik
belaka.
 Beberapa orang murid-murid di sekolah itu telah terpilih untuk menyertai
Program Pertukaran Pelajar Peringkat Negeri.
 Para anggota-anggota kadet akan diberikan latihan ketenteraan.
 Rakyat-rakyat di negara ini dimohon memberi kerjasama kepada kerajaan
dalam membendung penularan Covid-19.
PENGGUNAAN FRASA YANG BETUL
Baca ayat-ayat yang berikut dengan teliti dan kenal pasti kesalahan bahasa
yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
 Kami akan membincangkan masalah kemerosotan disiplin dan lain-lain
perkara lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG.
 Saya tidak suka makan Maggi mi kerana makanan ini mengandungi
monosodium glutamat (MSG) yang sangat tinggi.
 Beberapa buah estet mini akan dibuka di daerah Manjong, Perak pada
penghujung tahun ini.
 Jubah kerawang yang cantik ini ditempah di Che Su Tukang Jahit Wanita.
PENGGUNAAN FRASA YANG BETUL
Baca ayat-ayat yang berikut dengan teliti dan kenal pasti kesalahan bahasa
yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
 Bangunan paling tinggi sekali di dunia ialah Burj Khalifa.
 Inilah lukisan yang paling tercantik dalam Galeri Tun Endon,
 Sejak kecil kakak saya takutkan anjing.
 Datin Aneesa rindu cucu-cucunya yang sudah lama tidak pulang ke
kampung.
PENGGUNAAN FRASA YANG BETUL
Baca ayat-ayat yang berikut dengan teliti dan kenal pasti kesalahan bahasa
yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
 Wakil pelajar membantah akan peraturan baharu yang dikuatkuasakan
terhadap pelajar-pelajar universiti.
 Hukuman ini berdasarkan pada undang-undang Islam yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia.
 Mereka akan lalu jalan itu setiap hari untuk pergi ke tempat kerja.
 Dia mempunyai banyak pengetahuan tentang pasaran saham.
PENGGUNAAN FRASA YANG BETUL
Baca ayat-ayat yang berikut dengan teliti dan kenal pasti kesalahan bahasa
yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
 Borang permohonan Kolej Matrikulasi ini perlu diisi oleh kamu dengan
teliti.
 Sampah-sarap yang bertimbun itu mereka angkut ke dalam lori yang besar
itu.
 Budak-budak nakal itu dinasihati oleh saya supaya menghormati orang tua.
 Orang-orang miskin itu kita perlu bantu untuk meringankan beban mereka.
PENGGUNAAN AYAT YANG GRAMATIS
Baca ayat-ayat yang berikut dengan teliti dan kenal pasti kesalahan bahasa
yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
 “Semua peserta perkhemahan sudah tidurkah?” Tanya Inspektor Rizal
kepada guru penasihat.
 “Siapa yang paling lewat hantar kerja kursus?” Tanya Puan Fadilah.
 Di seluruh dunia telah mengalami penularan virus Covid-19.
 Mengetahui hal ini, saya membatalkan rancangan untuk merentas negeri.
ISU DALAM SINTAKSIS
Tutorial - Isu dalam Sintaksis
Penggunaan ayat yang gramatis dalam kalangan pengguna
bahasa Melayu.
o Faktor
o Implikasi
o Peranan Guru Bahasa Melayu
 Bincangkan dalam kumpulan, isu penggunaan ayat yang
gramatis di atas. Hasil perbincangan perlu dirumuskan
dalam bentuk grafik.

Anda mungkin juga menyukai