Anda di halaman 1dari 12

BMM1064: SINTAKSIS

BAHASA MELAYU

TUGAS KLAUSA
PENGENALAN
 Lazimnya tugas subjek dalam sesuatu ayat dipenuhi
oleh frasa iaitu Frasa Nama.
 Tugas predikat dapat dipenuhi oleh:
1. Frasa Nama
2. Frasa Kerja
3. Frasa Adjektif
4. Frasa Sendi Nama
 Namun demikian, terdapat ayat-ayat yang subjek atau
predikatnya terdiri daripada Klausa.
 Subjek
 Predikat
TUGAS  Objek
KLAUSA  Keterangan
 Pelengkap
 Penerang
KLAUSA SUBJEK
 Ayat pasif berikut ialah contoh subjek ayat terdiri daripada
klausa.

 Subjek dalam ayat –ayat di atas terdiri daripada klausa


dalam bentuk ayat tanya.
KLAUSA OBJEK
 Ayat pasif (1) hingga (3) itu terbit daripada ayat-ayat aktif seperti
yang berikut:
Bil Subjek Predikat
. (Frasa Nama) (Frasa Kerja Transitif + Objek)
4. Dia masih belum mengetahui apakah yang terjadi.
5. Saya tidak pernah mempersoalkan dari mana dia datang.
6. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana indahnya lukisan
itu.

 Klausa yang menjadi subjek dalam ayat (1) hingga (3) itu
sebenarnya klausa yang menjadi objek dalam ayat (4) hingga (6).
KLAUSA PREDIKAT
Bil. Subjek Predikat (Klausa)
(FrasaNama) Predikat Subjek Bil. Subjek Predikat
6. Harga barang ini mahal.
1. Barang ini mahal harganya.
7. Ubat penyakit ini tidak ada.
2. Penyakit ini tidak ada ubatnya
3. Orang itu siapa namanya? 8. Nama orang itu siapa?
4. Ikan terubuk banyak tulangnya. 9. Tulang ikan terubuk banyak sekali.
sekali
10. Rumah Encik Ali di mana?
5. Encik Ali di mana rumahnya?

Subjek dalam ayat-ayat (1) hingga (5) Dalam ayat-ayat (6) hingga (10), yang
ialah frasa nama, tetapi yang menjadi bertugas sebagai predikat ialah frasa
predikat ialah klausa dalam bentuk bukan klausa seperti predikat ayat-ayat
songsang. (1) hingga (5).
KLAUSA PREDIKAT
Bil. Predikat (Klausa) Subjek Bil. Subjek Predikat
(Frasa Nama) (Frasa Nama)
Predikat Subjek Predikat Subjek

1. Tidak ada seorang yang mahu 3. Yang mahu tidak ada seorang
pun menolongnya. menolongnya pun.

2. Belum ada satu pun bukti tentang 4. Bukti tentang belum ada satu pun.
kecurangannya. kecurangannya

Predikat dalam ayat (1) dan (2) terdiri daripada


klausa dalam bentuk songsang: Tidak ada / Ayat (1) dan (2) ialah ayat songsang yang
seorang pun dan Belum ada / satu pun yang predikatnya didahulukan dan subjeknya
dapat dikembalikan kepada ayat biasa: Seorang dikemudiankan. Ayat-ayat ini dapat
pun / tidak ada dan Satu pun / belum ada. dikembalikan kepada bentuk biasa seperti di
Subjek ayat-ayat pula ialah “pengisi frasa nama atas (ayat (3) dan ayat (4).
kata hubung relatif yang” (1) dan frasa nama (2).
Klausa Keterangan

 Ayat dapat diluaskan dengan memancangkan ayat tambahan yang lain@ayat kecil
pada ayat utama. Ayat tambahan atau ayat kecil dalam ayat ini disebut Klausa.

 Contoh ayat:
Aku ingin menemuimu sebelum aku pergi ke Singapura.

 Terdapat dua klausa dalam ayat majmuk pancangan di atas iaitu:


1. Aku ingin menemuimu. (klausa bebas)
2. Sebelum aku pergi ke Singapura. (klausa tak bebas)

 Klausa tak bebas “sebelum aku pergi ke Singapura.” merupakan klausa keterangan
yang menyatakan makna waktu yang juga dikenali sebagai klausa keterangan
waktu.
Jenis-Jenis Klausa Keterangan (KK)
1. Bayi itu menangis kerana (dia) lapar. (KK sebab)
2. Hujan turun dengan amat lebatnya sehingga seluruh kampung itu
kebanjiran. (KK akibat)
3. Engkau akan berjaya dalam peperiksaan jika (engkau) rajin belajar.
(KK syarat)
4. Padi itu saya jemur supaya (padi itu) kering. (KK tujuan)
5. Walaupun (saya) kurang sihat, saya akan menghadiri mesyuarat itu.
(KK pertentangan)
6. Mereka boleh tinggal di tempat (mereka) bekerja sekarang. (KK tempat)
7. Orang itu menebang pohon rambutan dengan (dia) menggunakan gergaji.
(KK cara)
8. Dia merayau ke sana ke sini seolah-olah (dia) tidak mempunyai tujuan.
(KK bandingan)
Klausa Pelengkap

 Berikut ialah contoh ayat yang menunjukkan tugas klausa tak bebas sebagai
pelengkap.

 Contoh ayat:
1. Semua orang tahu bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata.
2. Aku yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan nasib manusia.

 Klausa tak bebas dalam ayat (1) terletak sesudah kata kerja tak transitif “tahu”
manakala klausa tak bebas ayat (2) terletak sesudah kata adjektif “yakin”.

 Berdasarkan kedudukan klausa tak bebas di atas, tugas kedua-dua klausa tak
bebas itu adalah sebagai pelengkap kepada kata kerja tak transitif “tahu” dan
pelengkap kepada kata adjektif “yakin”.
Klausa Penerang

 Berikut ialah contoh ayat yang menunjukkan tugas klausa tak bebas
sebagai penerang.

 Contoh ayat:
1. Saya mendengar khabar bahawa dia sudah meninggal dunia.

 Klausa tak bebas dalam ayat (1) ialah bahawa dia sudah meninggal
dunia. Letak klausa tak bebas ini ialah sesudah frasa nama khabar.

 Oleh sebab kedudukannya itu sesudah frasa nama khabar, maka klausa
tak bebas bahawa dia sudah meninggal dunia merupakan klausa
penerang.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai