Anda di halaman 1dari 21

Topik

Aplikasi Frasa
Sendi Nama
dalam Ayat

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan binaan dan fungsi frasa sendi nama;

2.

Menerangkan kata sendi nama + frasa nama;

3.

Menjelaskan kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama;

4.

Menerangkan kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama


(keterangan);

5.

Mengenal pasti cara pembentukan ayat dan jenis-jenisnya;

6.

Mengenal pasti ayat aktif dan ayat pasif; dan

7.

Menganalisis ayat menerusi kaedah transformasi generatif.

X PENGENALAN
Anda telah mempelajari frasa kerja dalam Topik 5. Dalam topik ini, anda akan
mempelajari frasa sendi nama dan ayat. Anda akan mengkaji binaan dan fungsi
frasa sendi nama, mengenali kata sendi nama + frasa nama, kata sendi nama +
kata nama arah + frasa nama, mengenali kata sendi nama + kata nama arah +
frasa nama (keterangan). Di samping itu, anda akan memahami ayat dan
pembentukannya, ayat aktif, ayat pasif dan penganalisisan ayat menerusi kaedah
transformasi generatif. Anda akan dilatih untuk mengkaji aspek-aspek di atas
dalam petikan, perbincangan dengan tutor serta kajian lanjutan anda sendiri.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum yang
menentukan cara perkataan disusun dalam ayat.

106

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Frasa sendi nama ialah binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama
dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata
sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa
nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu
termasuklah di, ke, dari, daripada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh,
dengan, tentang, sampai dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga (sebagai
pilihan) didahului kata bantu.

6.1

FRASA SENDI NAMA

Frasa sendi nama (FSN) wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh
kata arah sebelum frasa nama. Frasa sendi nama boleh didahului kata bantu.
Oleh sebab sifatnya eksosentrik, maka frasa ini hanya wujud bersama frasa
nama. Sila teliti penggunaan FSN dalam Jadual 6.1 berikut:
Jadual 6.1: Penggunaan Frasa Sendi Nama
Predikat
Frasa Sendi Nama

Subjek

Kata Sendi
Nama

Kata Bantu
Nadzmi

dari

Rombongan
sekolah

Akan

Kedai Pak
Safee

6.2

Kata Arah
arah selatan

Seremban
Menara Alor
Setar

ke
di

Frasa Nama

depan

surau

BINAAN DAN FUNGSI FRASA SENDI


NAMA DALAM AYAT

Binaan frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan kata sendi nama +
frasa nama; kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama; kata sendi nama +
(kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan). Kita teliti penerangan ini dan
fahami contoh-contoh yang diberikan.

SEMAK KENDIRI 6.1


Nyatakan maksud frasa sendi nama serta jelaskan binaan dan fungsi
frasa sendi nama dalam ayat.

TOPIK 6

6.3

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

107

KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA

Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa
nama. Contohnya seperti dalam Jadual 6.2 berikut.
Jadual 6.2: Contoh Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
di
dari
ke
daripada
kepada
pada
untuk
dengan
sejak
tentang
sampai
bagi

Frasa Nama
jambatan
sekolah menengah
Kota Bharu
kapas
ibu Halimah
waktu itu
pelajar-pelajar baharu
kebijaksanaannya
zaman dahulu
negara maju
zohor
kanak-kanak terencat akal

Sila teliti penggunaan kata sendi nama dan frasa nama dalam ayat-ayat yang
berikut:
(a)

Dia berdiri di jambatan.

(b)

Ahmad berasal dari Tanjong Malim.

(c)

Afendi memandu kereta dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

(d)

Benang diperbuat daripada kapas.

(e)

Agus mengutus surat kepada ibu Halimah.

(f)

Saya berada di atas pentas pada waktu itu.

(g)

Baju Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia dikhaskan untuk pelajarpelajar baharu.

(h)

Dia menyelesaikan masalah itu dengan kebijaksanaan mindanya.

(i)

Pelaut itu mengusaha tangkapan ikan pinggir pantai sejak zaman dahulu.

(j)

Perdana Menteri berbicara tentang negara maju.

108

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

(k)

Dari pagi hingga/sampai zohor, barulah dia dapat menyelesaikan masalah


yang berat itu.

(l)

Dia mendemakan sebahagian hartanya untuk kanak-kanak terencat akal.

6.4

KATA SENDI NAMA + (KATA NAMA


ARAH) + FRASA NAMA

Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama yang didahului unsur kata nama arah. Walau bagaimanapun, frasa sendi
nama boleh juga wujud tanpa kata nama arah.
Jelas bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua
jenis iaitu: kata sendi nama + (kata nama arah) + Frasa Nama.
Sila teliti dan fahami kata sendi nama + (Kata nama arah) + Frasa Nama dalam
ayat berikut:
(a)

Pak Akob menanam keladi di belakang rumahnya.

(b)

Pemuda itu pengsan di rumah.

(c)

Penjenayah yang ganas itu berjalan ke bilik gelap.

(d)

Penyiasat kes jenayah itu berlari ke bilik gelap untuk menyiasat kes yang
berat itu.

(e)

Kata-kata itu lahir dari dalam hatinya.

(f)

Dia berkata-kata dari hatinya yang ikhlas.

(g)

Pencuri itu memecahkan pintu rumah mangsanya dengan belakang


parang.

(h)

Ahmadun menebang pokok dengan parang.

(i)

Tempat duduk di balai menunggu adalah tempat orang kenamaan.

(j)

Perbelanjaan itu
permohonan.

dikhaskan

untuk

negeri

yang

cepat

membuat

TOPIK 6

6.5

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

109

KATA SENDI NAMA + (KATA NAMA


ARAH) + FRASA NAMA +
(KETERANGAN)

Jadual 6.3 menjelaskan contoh kata sendi nama dengan kata nama arah, frasa
nama dan keterangan.
Jadual 6.3: Contoh Kata Sendi Nama dengan
Kata Nama Arah, Frasa Nama dan Keterangan
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi
Nama

Frasa Nama
Kata Nama Arah

Frasa Nama

Keterangan

ke

utara

negeri Belanda

pada tahun ini

ke

utara

negeri Belanda

ke

negeri Belanda

ke

negeri Belanda

dari

selatan

Melaka

dari

selatan

Melaka

dari

Melaka

dari

Melaka

di

atas

pangkuan ibunya

di

atas

pangkuan ibunya

di

pangkuan ibunya

setiap waktu

di

pangkuan ibunya

setiap waktu

pada tahun ini


dengan ibunya
dengan bapanya
setiap waktu
-

Sila teliti dan fahami kata sendi nama + (Kata nama arah) + Frasa Nama +
keterangan, dalam ayat berikut:
(a)

Malik ke utara negeri Jepun pada tahun ini.

(b)

Pemuda itu merantau ke selatan Melaka dengan bapanya.

(c)

Kanak-kanak itu di pangkuan ibunya setiap waktu.

(d)

Gadis manis itu berlari dengan tergesa-gesa ke dalam biliknya.

110

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Ayat (a) hingga (d) boleh ditransformasikan dalam bentuk songsang apabila
unsur keterangan dalam ayat (i) hingga (iv) ditukarkan tempatnya di hadapan
ayat.
(i)

Pada tahun ini, Malik ke utara negeri Jepun.

(ii)

Dengan bapanya, Kudus merantau ke selatan Melaka.

(iii) Setiap waktu, kanak-kanak itu di pangkuan ibunya.


(iv) Dengan tergesa-gesa gadis manis itu berlari ke dalam biliknya.

SEMAK KENDIRI 6.2


1.

Jelaskan maksud kata sendi nama dengan frasa nama serta berikan
dua contoh ayat yang bersesuaian.

2.

Apakah maksud kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa


nama? Nyatakan serta berikan dua contoh ayat yang bersesuaian.

3.

Terangkan penggunaan kata sendi nama + (kata nama arah) +


frasa nama + (keterangan). Berikan dua contoh ayat yang
bersesuaian.

6.6

KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA


DALAM AYAT

Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa
Melayu. Sila teliti ayat yang dibina dalam Jadual 6.4 yang berikut.
Jadual 6.4: Contoh Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Subjek

Predikat

Ahmad

ke Terengganu

Arjuna

di dalam biliknya

Lim Ah Kiang

dari Sarawak

Ramugam

ke Selatan Thailand

TOPIK 6

6.7

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

111

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA

Predikat frasa sendi nama ialah kedudukan atau konstituen yang hadir selepas
subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Sila teliti ayat yang
berikut:
(a)

Mereka ke sawah (padi) setiap pagi.

(b)

Hadiah itu untuknya.

(c)

Surat itu daripada ibunya.

(d)

Kain itu daripada benang sutera.

(e)

Blok asrama itu untuk pelajar-pelajar lelaki sahaja.

(f)

Rumahnya di bandar.

(g)

Biasiswa itu bagi anak-anak yatim.

(h)

Orang itu dari Turkistan.

(i)

Bapanya daripada keluarga yang berada.

(j)

Kapas berasal daripada benang.

Bahagian yang bercetak condong dalam ayat di atas berfungsi sebagai predikat
ayat.

6.8

FRASA SENDI NAMA SEBAGAI


KETERANGAN

Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa nama.

6.8.1

Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Kerja

Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung
beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal,
penyertaan dan alat. Telitilah ayat berikut supaya anda dapat memahami
kenyataan yang diberikan ini.
(a)

Kereta api bertolak pada pukul empat. (masa)

(b)

Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)

112

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

(c)

Budak-budak itu berehat di bawah pokok. (tempat)

(d)

Saya datang dengan adik. (penyertaan)

(e)

Bapanya memukul ular itu dengan kayu. (alat)

(f)

Pembahas itu berpidato seperti murai. (bandingan)

(g)

Kita harus berusaha demi keutuhan kita. (tujuan)

6.8.2

Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Adjektif

Frasa jenis ini dapat antara lain mendukung makna-makna keterangan


bandingan, hal, masa dan tujuan. Telitilah ayat yang berikut supaya anda dapat
memahami kenyataan yang diberikan ini.
(a)

Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)

(b)

Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal)

(c)

Rumah itu cantik seperti istana kayangan. (bandingan)

(d)

Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. (hal)

(e)

Mereka bingung pada mulanya. (masa)

(f)

Pekerja-pekerja harus cekap demi ketinggian hasil pengeluaran. (tujuan)

(g)

Bayi itu selalu lapar pada waktu malam. (masa)

(h)

Rumah kita harus bersih untuk kesihatan hidup kita. (tujuan)

6.8.3

Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Nama

Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagai frasa nama dapat, antara
lain, mendukung makna, keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal dan
tujuan. Telitilah ayat yang berikut supaya anda dapat memahami kenyataan
yang diberikan ini.
(a)

Rumah-rumah di bandar tidak semuanya besar. (tempat)

(b)

Kampung Pandan ialah kampung di pinggir Kuala Lumpur. (tempat)

(c)

Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya. (tempat)

(d)

Panggilan telefon untuk ayah datang dari Sepanyol. (tujuan)

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

(e)

Sumber bekalan air penduduk Singapura adalah dari Johor. (sumber)

(f)

Lukisan oleh Leman telah memenangi hadiah pertama. (pembuat)

113

SEMAK KENDIRI 6.3


1. Jelaskan maksud predikat frasa sendi nama berserta contoh ayat
yang bersesuaian.
2. Senaraikan tiga unsur frasa sendi nama sebagai keterangan dan
berikan contoh-contoh ayat yang bersesuaian.

6.9

PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA


SECARA UMUM

Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama
yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk separa dengan menggunakan
kata hubung seperti dan, atau, tetapi. Kecuali dalam penggabungan frasa sendi
nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan
sebelum kata sendi nama pertama. Telitilah ayat yang berikut supaya anda dapat
memahami kenyataan yang diberikan ini.
(a)

Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota Melaka.

(b)

Cahaya itu menuju ke kiri atau ke kanan bangunan?

(c)

Hadiah itu untuk ayah dan untuk ibu.

(d)

Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi di atas bangunan.

(e)

Dia makan dengan Ali atau dengan Ahmad?

(f)

Kita berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk negara.

(g)

Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak.

(h)

Bungkusan ini dikirimkan oleh abang atau oleh kakak?

(i)

Ali bukan ke London tetapi ke Luxemburg.

(j)

Kerusi diperbuat daripada kayu dan daripada rotan.

114

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan atau kata sendi
nama pada unsur kedua, secara pilihan, yang kedua tidak boleh digugurkan
kalau kata sendi nama dalam bentuk setara, iaitu ke. Teliti ayat yang berikut
supaya anda dapat memahami kenyataan yang diberikan ini.
(a)

Serangan itu datang dari dalam dan luar kota Melaka.

(b)

Cahaya itu menuju ke kiri atau ke kanan bangunan?

(c)

Hadiah itu untuk ayah dan ibu.

(d)

Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi atas bangunan.

(e)

Dia makan dengan Ali atau Ahmad.

(f)

Kita berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi negara.

(g)

Tanda harga ada di dalam dan luar kotak.

(h)

Bungkusan ini diukir oleh ibu atau bapa.

(i)

Ali bukan ke London tetapi Luxembourg.

(j)

Kerusi diperbuat daripada kayu dan rotan.

Walau bagaimanapun, kata sendi nama pada kedudukan unsur yang kedua
tidak boleh digugurkan dalam frasa sendi nama setara yang tidak menggunakan
kata hubung. Hal ini (pengguguran) jika dilakukan, ayat akan menjadi tidak
gramatis. Teliti ayat yang berikut supaya anda dapat memahami kenyataan yang
diberikan ini.
(a)

Dia berjalan ke hulu ke hilir.

(b)

Dia berjalan ke hulu hilir. (tidak gramatis)

(c)

Keluarga yang tinggal di hilir sungai berpindah dari bandar ke desa.

(d)

Keluarga yang tinggal di hilir sungai berpindah dari bandar desa. (tidak
gramatis)

(e)

Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif kepada bentuk pasif.

(f)

Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif bentuk pasif. (tidak gramatis).

Binaan frasa sendi yang mengandungi frasa nama dengan bentuk semempunyai peraturan seperti yang berikut, iaitu bentuk se- tidak boleh
digugurkan pada sendi nama yang kedua. Atas sifat keseimbangan, kedua-dua
bentuk se hendaklah dikekalkan supaya ayat menjadi gramatis. Telitikan ayat
yang berikut supaya anda dapat memahami kenyataan yang diberikan ini.

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

(a)

Perkara itu akan diteliti dari semasa ke semasa. (gramatis)

(b)

Perkara itu akan diteliti dari semasa ke masa. (tidak gramatis)

(c)

Perkara itu akan diteliti dari masa ke masa. (gramatis)

(d)

Perkara itu akan diteliti dari masa ke semasa. (tidak gramatis).

115

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama,
namun tiap-tiap satu mempunyai tugas serta fungsi yang berbeza, dan
penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang rapi.

SEMAK KENDIRI 6.4


Dengan ringkas, jelaskan maksud penggunaan kata sendi nama secara
umum.

6.10

RUMUS DALAM FRASA SENDI NAMA

Sebagai kesimpulannya, frasa sendi nama ialah satu binaan yang boleh dibentuk
daripada beberapa unsur, sebagaimana yang berikut:
Kata bantu + Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + ayat
komplemen). Pecahan daripada bentuk di atas adalah seperti yang berikut:
(a)

Kata bantu + kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama + ayat
komplemen.

(b)

Kata bantu + kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama + keterangan.

Dalam binaan di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah
wajib manakala kehadiran unsur-unsur kata nama arah, ayat komplemen dan
keterangan ialah secara pilihan. Jadual 6.5 memberikan contoh-contoh yang
mengandungi pelbagai jenis frasa sendi nama tersebut.

116

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Jadual 6.5: Contoh Ayat dengan Pelbagai Jenis Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
Kata Bantu

Kata Sendi
Nama

akan

akan

masih

masih

Frasa Nama

Ayat
Komplemen

Kata Nama
Arah

Frasa Nama

ke

dalam

hutan

untuk
memburu
penjahatpenjahat itu

ke

dalam

hutan

untuk
memburu
penjahatpenjahat itu

ke

hutan

ke

hutan

ke

hutan

ke

Kuala Ibai

ke

Kuala
Terengganu

di

tepi

tasik

di

tepi

tasik

di

tasik

di

tasik

dari

tengah

rumah

dengan tergesagesa

dari

tengah

rumah

dengan tergesagesa

dari

rumah

dari

rumah

untuk
menziarahi
keluarganya

setiap petang
setiap petang

TOPIK 6

6.11

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

117

AYAT DAN JENIS-JENISNYA

Ayat ialah inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk
daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya
dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang
sempurna. Telitilah Jadual 6.6 untuk memahami konsep ayat dan unsur-unsur
yang lain.
Jadual 6.6: Konsep Ayat dan Unsur-unsur Lain
Ayat

Anak orang itu sedang makan.

Klausa

Anak orang itu sedang makan.

Frasa
Perkataan

Anak orang itu


anak

orang

sedang tidur
itu

sedang

makan

Dalam apa-apa bahasa, ayat tidak terhad banyaknya. Namun, setelah


diklasifikasikan, ayat tergolong kepada dua bahagian, iaitu ayat dasar dan ayat
terbitan. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat terbitan yang juga
dikenali sebagai ayat transformasi mengalami proses perubahan atau penerbitan
ayat melalui proses peluasan, penggantian, pengguguran atau penyusunan
semua unsur-unsur atau konstituennya. Ada juga pakar bahasa yang
menyatakan bahawa binaan ayat mengandungi ayat inti atau dasar dan ayat
majmuk. Ayat tunggal pula ialah ayat dasar atau inti yang mengalami peluasan
tetapi masih mengandungi satu subjek dan satu predikat. Sila teliti bentuk ayat
tunggal yang berikut:
(a)

Aman jurutera.

(b)

Anak itu dahaga.

(c)

Mereka berhimpun di kawasan lapang.

(d)

Cucu orang itu sedang memanjat pokok.

Ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa, seperti dalam
contoh yang berikut:
(a)

Aman jurutera tetapi adiknya peguam.

(b)

Anak itu menangis kerana belum makan.

(c)

Selendang itu untuk ibu manakala songket itu untuk ayah dan baju ini
untuk adik.

(d)

Mereka berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah.

118

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Anda telah memahami binaan ayat secara sepintas lalu. Untuk memahami
struktur ayat dengan lebih lanjut marilah kita memahami klausa, frasa dan
perkataan.

6.12

KLAUSA

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua
jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas). Klausa bebas boleh berdiri
sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan
intonasi yang sempurna. Sila teliti contoh yang berikut:
(a)

Kamu pandai.

(b)

Saya yang hadir.

(c)

Mereka mogok.

Dalam (1), klausa kamu pandai mengandungi subjek kamu dan predikat pandai,
dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa
tersebut akan menjadi ayat yang gramatis.
Kita sudah pun memahami klausa bebas. Bagaimana pula dengan klausa tak
bebas? Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Klausa tak
bebas hanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas.
Sila teliti yang berikut:
Kamu pandai

kerana kamu rajin belajar

Klausa bebas

klausa tak bebas

Klausa utama

6.13

FRASA

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Tahukah anda bahawa
binaan frasa tidak sama dengan klausa? Ini kerana binaan frasa tidak
mengandungi subjek dan predikat. Namun, dalam susunan tatabahasa, frasa
boleh menjadi konsituten kepada klausa. Teliti perkataan yang bercetak
condong, iaitu frasa kepada binaan ayat.

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

(a)

Burung kedidi di pinggir paya.

(b)

Anak kecil itu sedang tidur.

(c)

Polis memburu penjenayah di pergunungan Titiwangsa.

119

Anda telah memahami bahawa kemungkinan satu perkataan berpotensi untuk


diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

6.14

PERKATAAN

Jikalau konstituen klausa itu frasa, maka konstituen frasa ialah perkataan.
Perkataan boleh ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang membawa
maksud bahawa kata boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi
atau dipisahkan kepada bentuk tatatabahasa yang lebih kecil lagi.
Kita telahpun mengenali binaan klausa, frasa dan perkataan. Kini, mari kita
pelajari ayat dasar bahasa Melayu. Ayat dasar atau inti ialah binaan ayat yang
paling dasar atau asas. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar,
iaitu Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN): Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK);
Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA); Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama
(FSn). Telitilah contoh berikut untuk memperkukuh fahaman anda (rujuk Jadual
6.7).
Jadual 6.7: Contoh Ayat dengan Empat Jenis Pola Perkataan
Pola

Subjek

Predikat

Frasa Nama
Encik Afandi

Frasa Nama
guru serba boleh.

Frasa Nama
Padi

Frasa Kerja
sedang menguning.

Frasa Nama
Kanak-kanak normal

Frasa Adjektif
tidak nakal.

Frasa Nama
Pejabat Syarikatnya

Frasa Sendi Nama


di Putrajaya.

120

6.15

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang
mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ahli tatabahasa
BM berpendapat bahawa ayat tunggal juga ayat terbitan. Selain itu, ahli
tatabahasa BM yang lain juga berpendapat bahawa ayat tunggal ialah ayat yang
diperluas daripada ayat dasar dan mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Untuk memahami kenyataan ini, telitilah ayat yang diperkembang daripada pola
ayat dasar di atas:
1a.

Encik Afandi guru serba boleh di sekolah kami.

2a.

Padi yang ditanam empat bulan yang lalu mulai menguning.

3a.

Kanak-kanak normal biasanya tidak nakal.

4a.

Pejabatnya yang indah di Putrajaya.

Ayat 1a dan 2a, subjek dan predikat mengalami perluasan. Predikat Ayat 3a juga
mengalami perluasan. Subjek ayat 4a mengalami perluasan, iaitu di bahagian
subjek yang indah.
Bagus, anda telah memahami struktur ayat tunggal dan perluasannya. Sekarang
kita akan mempelajari jenis-jenis ayat pula. Jenis ayat yang kita pelajari ialah ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

6.15.1

Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
penyataan atau keterangan tentang sesuatu hal. Telitilah ayat-ayat yang berikut
untuk memahami maksud penyataan yang berkenaan.
(a)

Jamaliah eksekutif.

(b)

Musa pegawai bomba.

(c)

Pokok di hadapan sekolah itu rendang.

(d)

Kucing itu sedang tidur.

TOPIK 6

6.15.2

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

121

Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.
Ayat ini ditandai dengan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat
tanya boleh digolongkan kepada ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya
tanpa kata tanya. Telitilah ayat-ayat yang berikut untuk memahami maksud
penyataan yang berkenaan.
(a)

Benda itu apa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)

(b)

Gurunya siapa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)

(c)

Apa benda itu? (pendepanan kata ganti nama tanya)

(d)

Siapa gurunya? (pendepanan kata ganti nama tanya)

(e)

Apakah benda itu? (penambahan partikel kah)

(f)

Siapakah gurunya? (penambahan partikel kah)

Ayat tanya juga boleh terdiri dairpada kata tanya apa, siapa, berapa, mengapa,
bagaimana dengan frasa sendi nama tanya seperti di mana , dari mana, ke mana,
sejak bila, sampai bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya.

6.16

AYAT PERINTAH

Ayat perintah terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat
permintaan. Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan
yang berkenaan.
(a)

Keluar dari bilik ini! (ayat suruhan)

(b)

Ambil wang ini. (ayat suruhan)

(c)

Jangan ambil harta orang. (ayat larangan)

(d)

Usah kau pedulikan budak itu. (ayat larangan)

(e)

Sila datang ke rumah saya. (ayat silaan)

(f)

Jemput naik. (ayat silaan)

(g)

Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. (ayat permintaan)

122

6.17

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

AYAT SERUAN

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan, perasaan, seperti takut, marah,
takjub, geram, sakit dan sebagainya. Contoh kata seru adalah seperti oh, amboi,
wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya. Tanda (!) biasanya digunakan dalam
tulisan. Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan yang
berkenaan.
(a)

Oh, Tuhanku!

(b)

Amboi, garangnya!

(c)

Wah, besarnya kereta abang!

(d)

Cis, terimalah tikamanku ini!

(e)

Eh, Aminah rupanya yang datang!

(f)

Nah, ambillah beg ini!

(g)

Syabas, engkau telah menang!

6.18

AYAT AKTIF

Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu aktif transitif, aktif tak transitif.
Telitilah ayat-ayat yang berikut untuk memahami maksud penyataan yang
berkenaan.
(a)

Guru besar memanggil saya. (aktif transitif kerana ada objek sebagai
penyambut)

(b)

Dia membeli buah langsat. (aktif transitif kerana ada objek)

(c)

Banjir melanda pekan kecil itu. (aktif transitif kerana ada objek)

Ayat aktif tak transitif mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi
pelengkap. Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan yang
berkenaan.
(a)

Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. (Aktif tak transitif)

(b)

Pokok itu membesar dengan cepat. (Aktif tak transitif)

(c)

Mereka berkebun di kampung. (Aktif tak transitif)

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

123

Ada juga ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan yang berkenaan.
(a)

Dia berada di Ulu Tiram, Johor.

(b)

Bas itu menuju ke utara tanah air.

(c)

Kebanyakan orang yang berdemontrasi menuntut keadilan.

Keterangan tempat di Ulu Tiram, ke utara tanah air dan menuntut keadilan ialah
keterangan yang tidak boleh digugurkan dalam ayat aktif tak transitif dengan
keterangan. Jika digugurkan, ayat berkenaan tidak gramatis.

6.19

AYAT PASIF

Ayat pasif dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pasif
dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama pertama
dan kedua dan pasif dengan perkataaan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan yang berkenaan.
(a)

Kerja itu telah saya selesaikan semalam.

(b)

Makanan itu belum aku rasai lagi.

(c)

Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.

Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena pula ialah ayat pasif yang tidak
menerima awalan. Binaan (oleh) + boleh secara pilihan digugurkan seperti
contoh-contoh yang berikut:
(a)

Pencuri itu kena tangkap (oleh polis)

(b)

Dia kena tipu (oleh orang yang tidak dikenalinya)

(c)

Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)

Bagi ayat 1, 2 dan 3, jika kata pasif kena digantikan dengan imbuhan pasif di
juga dapat diterima sebagai ayat pasif dan kata hubung oleh boleh digunakan.
Ayat pasif yang terbentuk bagi jenis ini dianggap gramatis. Telitilah ayat-ayat
yang berikut untuk memahami maksud penyataan yang berkenaan.
1.

Pencuri ini ditangkap oleh polis.

2.

Dia ditipu oleh orang yang tidak dikenalinya.

3.

Perajurit itu ditembak oleh pengganas.

124

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

SEMAK KENDIRI 6.5


1.

Dengan ringkas, senaraikan dan jelaskan ayat dan jenis-jenisnya.

2.

Berikan contoh untuk setiap satu untuk perbandingan.

Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu
frasa nama.

Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa nama.

Ayat tergolong kepada dua bahagian iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.

Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa terikat.

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan uang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan atau pun satu perkataan yang berpotensi
untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.

Ayat dasar

Klausa

Ayat terbitan

Konstituen

Frasa

Perkataan

TOPIK 6

APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

125

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu: Morfologi dan sintaksis.


Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah & Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu kertas satu
STPM. Kajang: Masa Enterprise.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(1996). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Portal Pendidikan Utusan. (2011). Tutor. Dicapai pada Oktober 29, 2009,
daripada http://www.tutor.com.my/tutor.
Sidang Pengarang. (1989). Teman setia anda bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Ahmad (Zaba). (1965). Pelita bahasa Melayu penggal 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Zaba). (2000). Pelita bahasa Melayu penggal 1-111.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai