Anda di halaman 1dari 14

FRASA SENDI NAMA

 Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti oleh kata
nama atau frasa nama sebagai pelengkap.

 Tidak mempunyai inti, keterangan atau penerang.

 Bukan frasa utama. Dengan demikian, dalam ayat, frasa ini


boleh digugurkan dan ayat masih mempunyai makna yang
lengkap.
Kata sendi
nama +
frasa nama

Kata sendi
Kata sendi
nama + kata Binaan nama + kata
arah + frasa
arah + frasa
nama FSN nama +
keterangan

Kata sendi
nama +
frasa nama
+
keterangan
BINAAN CONTOH

KATA SENDI NAMA + FRASA • dengan ibu saya


NAMA
• di pusat latihan belia
KATA SENDI NAMA + KATA • di hadapan kilang
ARAH + FRASA NAMA
• di penjuru katil
KATA SENDI NAMA + FRASA • Saya ke Korea pada bulan lalu. (keterangan waktu)
NAMA + KETERANGAN
o Keterangan waktu • Mereka berbincang tentang masalah pendidikan anak-anak
o Keterangan tempat desa. (keterangan hal)
o Keterangan pernyataan
o Keterangan hal
• Kemalangan itu berlaku pada petang semalam di depan
kedai itu. (keterangan tempat)
KATA SENDI NAMA + KATA • Budak itu berlari ke tepi jalan dengan cepatnya.
ARAH + FRASA NAMA +
KETERANGAN • Lori itu terbabas ke kiri jalan dengan tiba-tiba.
Dalam penggunaan, bagi tujuan perincian, frasa sendi nama boleh mengandungi lebih daripada satu kata
arah.

Contoh :
 Saya menyimpan dompet saya di dalam laci atas sebelah kiri meja tulis saya.
 Kerusi itu diletakkannya di penjuru sebelah kiri bilik tidurnya.

FSN boleh diperluas dengan kata bantu

Contoh :
 Kami akan ke sana pada petang esok.
 Mereka pernah ke sini beberapa kali.
 Abang mahu ke pejabat sekarang.
Sebagai
PREDIKAT

Posisi
Sebagai FSN Sebagai
KETERANG
PELENGKAP
dalam AN
AYat

Sebagai
PENERANG
FRASA SENDI NAMA SEBAGAI PREDIKAT
o Dalam ayat, FSN menduduki konstituen predikat.

Contoh :

 Pengerus itu di dalam bilik pengarah.

 Buku saya pada adik dia.

 Nasi masih dalam periuk.


FRASA SENDI NAMA SEBAGAI KETERANGAN
o Berfungsi menerangkan kata kerja dan kata adjektif.

1. FSN sebagai keterangan frasa kerja


 Adik dan ibu membeli buah itu di pasar malam.
 Dia dan adiknya bertolak pada petang semalam.
 Kami bersoal jawab tentang permasalahan negara.

2. FSN sebagai keterangan frasa adjektif


 Dia sopan santun seperti ibunya.
 Kamu harus rajin dari sekarang lagi.
 Dia begitu lemah selepas waktu zohor tadi.
FRASA SENDI NAMA SEBAGAI PENERANG
o Menjadi penerang bagi kata nama atau frasa nama

Contoh :

 Buku-buku di kedai itu mahal harganya.

 Pekedai itu menjual sayur-sayuran dari Kundasang.

 Lagu itu lagu terbaru Wany Hasrita.


FRASA SENDI NAMA SEBAGAI PELENGKAP
o Menjadi pelengkap bagi frasa kerja tak transitif berpelengkap.

Contoh :
 Pengantin lelaki akan menetap di rumah pengantin perempuan.

 Mereka berdua menginap di rumah kami.

 Cerita itu berkesudahan dengan episod sedih.


Penggunaan Dua Kata Sendi Nama dengan Kata Hubung Setara dalam Ayat

a) Jika dua kata sendi nama yang sama digunakan dengan kata hubung setara, iaitu dan, dan atau
dalam ayat, kata sendi nama itu boleh diulang dalam kedua-dua unsur.

Contoh :
 Mereka berhimpun di dalam dan di luar dewan.

 Surat itu dikirim oleh guru dan oleh pihak sekolah.

 Bantuan itu untuk anak yatim atau untuk ibu tunggal?


b) Secara pilihan, dalam konteks seperti (a) di atas, kata sendi nama itu juga boleh digugurkan dalam
unsur kedua.

Contoh :
 Mereka berhimpun di dalam dan luar dewan.

 Surat itu dikirim oleh guru dan pohak sekolah.

 Bantuan itu untuk anak yatim atau ibu tunggal?


c) Jika kata sendi nama yang digunakan dalam konteks (a) itu ialah ke maka kata sendi nama ke itu
perlu hadir dalam kedua-dua unsur.

Contoh :
 Ayah ke kedai, kemudian ke pejabat.

 Budak-budak itu berlarian ke sana dan ke sini.

 Pegawai itu ke Korea atau ke Jepun?


d) Jika kata hubung setara tetapi digunakan, maka kata nafi bukan perlu digunakan sebelum kata
sendi nama dalam unsur pertama.

Contoh :
 Dia bukan tidak tahu tetapi berpura-pura tidak tahu.

 Saya bukan kedekut tetapi berjimat.

 Dia bukan suka ambil tahu tetapi suka ambil berat.


e) Jika kata hubung setara tidak digunakan, maka kata sendi nama yang sesuai harus digunakan
dalam kedua-dua unsur :

Contoh :
 Mereka berlari-lari ke hulu ke hilir.

 Mereka bergerak dari utara ke selatan.

 Anis kini dalam perjalanan dari Sabah ke Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai