Anda di halaman 1dari 60

SEMESTER 1

BAHASA MELAYU

2.5 TANDA
BACA

DISEDIAKAN OLEH : NURISFARINI BINTI SULONG


2.5 TANDA BACA
1) Tanda Noktah (.) 7) T. Sempang Pendek (-)

2) Tanda Koma (,) 8) T. Sempang Panjang (–)

3) Noktah Bertindih (:) 9) Tanda Tanya (?)

4) Koma Bernoktah (;) 10) Tanda Seru (!)

5) Tanda Kurung ( ) 11) Tanda Petik (“ ”)

6) T. Kurung Bersiku [ ] 12) T. Petik Tunggal (‘ ’)

13) Tanda Garis Miring (/)


1.
TANDA NOKTAH
(.)
(1) TANDA NOKTAH (.)

Tanda ini digunakan untuk :

1. Mengakhiri ayat penyata/ayat perintah


(meliputi ayat permintaan, ayat larangan, ayat
silaan dan ayat suruhan). Contoh :

Sila makan di ruang makan.

2. Menunjukkan singkatan. Contoh :

Dr. , U.S.A , Sdn. Bhd., Ph.D dan lain-lain.


(1) TANDA NOKTAH (.)

3. Menunjukkan petikan yang tidak lengkap,


ditandai dengan tiga noktah berturut-turut
(…) – apabila kita memetik beberapa ayat
daripada satu petikan. Contoh :

“… penglibatan negara dalam pengeluaran


kenderaan bermula dari tahun 1985 lagi…”

(Tanda ini menunjukkan bahawa terdapat


perkataan dan frasa lain sebelum perkataan
“penglibatan” dan selepas perkataan “lagi”
2.
TANDA KOMA
(,)
(2) TANDA KOMA (,)
Tanda ini digunakan :
1. apabila keterangan yang terdiri daripada
klausa tak bebas/ayat kecil mendahului
klausa bebas/ ayat induk. Contoh :
- Hanya apabila dipujuk, dia memberitahu kami
perkara yang sebenarnya.

2. apabila keterangan yang terdiri daripada


frasa mendahului klausa bebas atau ayat
induk. Contoh :
- Dengan ditemani ibunya, dia pergi ke rumah
tunangnya.
(2) TANDA KOMA (,)

3. apabila kata hubung (dalam ayat songsang)


atau penanda wacana digunakan pada awal
ayat. Contoh :
- Walau bagaimanapun, dia tetap berkeras.
- Untuk menjelaskan hal itu, dia lebih berani.
4. apabila frasa keterangan atau frasa aposisi

(frasa yang menjelaskan frasa sebelumnya)


diberikan kepada subjek. Contohnya :
- Siti Saleha, pelakon yang berbakat besar itu,
memenangi hadiah pelakon terbaik.
(2) TANDA KOMA (,)
5. apabila sesuatu ayat itu panjang dan perlu
diberikan hentian/ dipecahkan kepada
beberapa bahagian. Contoh :
- Anak-anak yang bermasalah, khususnya
berkaitan dengan masalah disiplin, perlulah
mendapat perhatian oleh ibu bapa.

6. selepas sesuatu kata (kata nafi / penegas)


digunakan sebagai pendahuluan dalam
sesuatu ujaran ayat. Contoh :
- Benar, memang itulah kucing saya.
- Tidak, saya tidak akan pergi.
(2) TANDA KOMA (,)
7. untuk memisahkan kata-kata sapaan atau
rujukan langsung dalam ayat yang berbentuk
“cakap ajuk”. Contoh :
- Kami yakin, puan, kami akan berjaya,
jangan risau !

8. untuk memisahkan sesuatu yang bersiri atau


yang hendak disampaikan secara berturutan

(perkataan / frasa ). Contoh :


- Dia membeli buku, pen, kertas di kedai itu.
- Dia mengambil anak kucing itu, diberinya
(2) TANDA KOMA (,)

9. apabila frasa keterangan bagi ayat pasif


songsang, mendahului klausa bebas.
Contoh:
- Pelajar yang memperoleh sembilan A dalam
SPM, akan diberikan biasiswa !

10. untuk memisahkan bahagian-bahagian


bertentangan maksudnya dalam ayat.
Contoh :
- Saya memintanya bertenang, bukannya
menangis.
(2) TANDA KOMA (,)

11. untuk memisahkan tempat (daripada negeri)


dan memisahkan bulan daripada tahun.
Contoh:
- Dia menetap di Kampung Bukit Kalam, WP
Labuan.

12. sebelum atau selepas menuliskan cakap


ajuk. Contoh :
- “Berserahlah pada Allah,” kata Ustaz Zakaria
dengan nada sayu.
(2) TANDA KOMA (,)

13. selepas nama khas (nama orang), apabila


nama itu diikuti oleh keterangan tentang
kelulusan/anugerah yang dimilikinya.
Contoh:
- Mokhtar bin Abu Samah, M.A., Ph. D., (U.K)

14. untuk menunjukkan angka ribu dan juta.


Contoh :
- RM5,300.
(2) TANDA KOMA (,)

15. untuk memisahkan dua perkataan yang


sama, atau dua angka yang hadir secara
berturutan. Contoh:
- Pak Haji, Pak Haji diminta membaca doa
untuk majlis ini.
- Pada hari ke-5, 5,000 orang pengunjung
telah datang.

16. untuk memisahkan kata tanya yang


mengikuti ayat penyata. Contoh :
- Awak belum mendaftar lagi, bukan ?
(2) TANDA KOMA (,)

17. untuk memisahkan frasa yang mempunyai


hubungan idea dengan ayat yang
mengikutinya. Contoh:

- Pada pendapat saya, kita perlu menambah


dana.
- Seperti kakaknya, dia juga cantik.
3.
NOKTAH
BERTINDIH
(:)
(3) NOKTAH BERTINDIH (:)

Tanda ini digunakan untuk :

1. Sebelum sesuatu senarai atau butiran


tentang sesuatu diberikan. Contoh :

- Beli barang-barang ini : senaskhah akhbar,


dua batang pen dan tiga buku latihan.

- Dia tinggal di alamat : 20 Jalan USJ11/3,


Subang Jaya.
(3) NOKTAH BERTINDIH (:)

2. Sebelum menuliskan sesuatu frasa / ayat


yang mendukung suatu motto atau tema
tertentu. Contoh :

- Motto mereka ialah : SEPAKAT MEMBAWA


BERKAT.

- Sebagai rakyat Malaysia kita perlu


mengamalkan gagasan ini : Bekerjasama sebagai
rakyat 1Malaysia.
(3) NOKTAH BERTINDIH (:)

3. Untuk menunjukkan bahagian atau unit bagi


sesuatu. Contoh :

- Perkara 152 : Fasal 1


- Fasal 4 : Ceraian 6

4. Untuk menunjukkan kadar. Contoh :

- 1 : 3 (satu kadar tiga)


- 4 : 8 (empat kadar lapan)
(3) NOKTAH BERTINDIH (:)

5. Untuk menunjukkan masa. Contoh :

- 10:30 pagi. (Boleh juga ditulis 10.30 pagi)

- Pada pukul 11:15 malam. (atau ditulis 11.15


malam)
4.
KOMA
BERNOKTAH
(;)
(4) KOMA BERNOKTAH (;)
Tanda ini digunakan :

1. untuk memisahkan klausa atau ayat-ayat


kecil yang boleh berdiri sendiri, tetapi
mempunyai kaitan yang rapat dari segi makna.
Contoh :

- Jumlah perkataan yang ditetapkan tidak


panjang ; hanya 650 patah perkataan sahaja.

- Pelajar darjah 5 diminta berlatih dua minggu


sekali; pelajar darjah 3 pula sekali seminggu.
(4) KOMA BERNOKTAH (;)

Tanda ini digunakan :

2. antara bahagian ayat, iaitu antara klausa


tak bebas dengan klausa bebas yang
dihubungkan oleh kata hubung. Contoh :

- Dia peramah, suka berjenaka, pemaaf dan


tidak suka mengungkit ; sesungguhnya dia amat
disenangi oleh sesiapa sahaja.
(4) KOMA BERNOKTAH (;)

Tanda ini digunakan :

3. sebelum beberapa contoh diberikan dalam


sesuatu ayat yang menunjukkan bilangan,
sama ada bilangan tentu atau tidak. Contoh :

- Terdapat tiga warna pada air minuman itu ;


putih, coklat dan krim. (bilangan tak tentu)

- Kami menjual beberapa barangan ; beg, baju,


tudung dan kasut. (bilangan tentu)
(4) KOMA BERNOKTAH (;)
Tanda ini digunakan :

4. apabila tanda koma tidak mencukupi untuk


menggalurkan atau menyenaraikan sesuatu.
Contoh :

- Yang akan kami jemput ialah Datuk Seri


Osman Ali, bekas Presiden Persatuan Pesara ;
Puan Seri Kamariah, Bendahari ; Encik Anuar
Zain, Setiausaha Kehormat, dan Timbalan
Presiden II, Encik Borhan Tahir.
5.
TANDA KURUNG
( )
(5) TANDA KURUNG ( )

Tanda ini digunakan untuk :

1. memberikan keterangan tentang sesuatu


yang telah disebutkan sebelumnya. Contoh :

- Pegawai itu (yang mempunyai pengalaman


10 tahun lebih) amat bertanggungjawab.

- Syair yang dicipta dalam baris-baris yang


pendek (3-5 perkataan dalam satu baris).
(5) TANDA KURUNG ( )

Tanda ini digunakan untuk :

2. untuk menuliskan nombor, huruf atau simbol


yang sebelumnya sudah dituliskan dalam
huruf atau perkataan. Contoh :

- Dia mendermakan wang sebanyak dua ribu


ringgit (RM2 000) kepada yayasan amal.

- Universiti Malaya (UM) tersenarai sebagai


salah satu universiti terbaik di Asia Tenggara.
6.
TANDA KURUNG
BERSIKU
[]
(6) TANDA KURUNG BERSIKU [ ]

Tanda ini digunakan untuk :

Memasukkan tambahan kepada sesuatu ayat


yang telah ditulis oleh pengarang.
Tambahan itu bukan dibuat oleh pengarang
tersebut, tetapi oleh orang lain seperti
penyunting (editor). Contoh :

- Dia mempunyai lapan tahun pengalaman [dari


tahun 2002-2010] dalam bidang kewartawanan.
7.
TANDA SEMPANG
PENDEK
(-)
(7) TANDA SEMPANG PENDEK (-)
Tanda ini digunakan untuk :

1. Menulis kata ganda, seperti :

- orang-orangan
- tolong-menolong
- sewenang-wenangnya

2. Menyambung suku kata yang terpisah pada


pengakhir baris, contoh :

- Adik pergi ke halaman rumah untuk ber-


main basikal.
(7) TANDA SEMPANG PENDEK (-)

Catatan :
• Tanda sempang pendek tersebut perlu
diletakkan di akhir suku kata yang terputus,
bukan di awal suku kata yang mengikutinya.

BETUL SALAH
… ber- …ber
main -main
… jam- …di jam
batan -batan
(7) TANDA SEMPANG PENDEK (-)

Catatan :
• Tanda sempang pendek juga perlu diberikan
kepada penyukuan yang betul.

BETUL SALAH
… ter- …te-
ngiang-ngiang rngiang-ngiang
… di jam- …di jamb-
batan atan
… di … di Ter-
Terengganu engganu
(7) TANDA SEMPANG PENDEK (-)
Tanda ini digunakan untuk :

3. Memperjelas sesuatu penyebutan, seperti :

- ber-evolusi dengan ber-revolusi

4. Merangkaikan huruf kecil dengan huruf


besar pada perkataan yang terdiri daripada

bentuk terikat dan nama khas. Contoh :

- pro-Israel
- kurnia-Nya
(7) TANDA SEMPANG PENDEK (-)
Tanda ini digunakan untuk :

5. Merangkaikan “ke-” dengan angka,seperti :

ke- 40 atau ke- 400

6. Merangkaikan angka yang menunjukkan


tahun dengan akhiran “-an”. Contoh :

- tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)


- tahun 60-an (tahun enam puluhan)
(7) TANDA SEMPANG PENDEK (-)
Tanda ini digunakan untuk :

7. Menunjukkan hubungan antara kata pada


rangkai kata setara atau rangkai kata
istilah. Contoh :

- alat pandang-dengar (audio visual)


- pendekatan dengar-sebut (audio lingual)
- pusat-bentuk (centroid)
- ujian pagar-sesat (maze test)
- pemadanan satu-ke-satu (one to one)
8.
TANDA SEMPANG
PANJANG
(–)
(8) TANDA SEMPANG PANJANG (–)

Tanda ini digunakan untuk :

1. Menunjukkan perubahan idea yang


mendadak oleh si pengarang semasa
menulis sesuatu dan idea itu ingin
disampaikan dalam ayat yang sedang
ditulisnya. Contoh :

Saya menyedari peminat karya saya – malah


hampir keseluruhannya – terdiri daripada
golongan remaja.
(8) TANDA SEMPANG PANJANG (–)

Tanda ini digunakan untuk :

2. Menunjukkan kesimpulan idea atau rumusan


yang ditambah oleh penulis pada akhir ayat.
Contoh :

Pihak kami akan menyemak semula surat


permohonan kamu untuk membolehkan
permohonan kamu dipertimbangkan – kami akan
cuba menolong kamu sedaya yang mungkin.
(8) TANDA SEMPANG PANJANG (–)

Tanda ini digunakan untuk :

3. Untuk memperlihatkan sesuatu yang ingin


ditonjolkan atau hendak diberi penekanan.
Contoh :

Saya akan cuba memujuknya – kali ketiga –


untuk memaafkan kesilapan saya.

Ibu membenarkan saya melancong ke luar


negara – kali ini sahaja – bersama dengan kawan-
kawan saya.
(8) TANDA SEMPANG PANJANG (–)

Tanda ini digunakan untuk :

4. Untuk menunjukkan tempoh masa atau


waktu. Contoh :

Dari jam 6:00 petang – 10:00 malam.

Dari tahun 2018 – tahun 2020.


(8) TANDA SEMPANG PANJANG (–)

Tanda ini digunakan untuk :

5. Untuk menunjukkan arah atau tempat (dari


dan ke). Contoh :

Labuan – Negeri Sembilan.

Shah Alam – Ampang.

*(sering digunakan untuk menyediakan jadual


perjalanan kenderaan)
9.
TANDA TANYA
(?)
(9) TANDA TANYA (?)
Tanda ini digunakan :

1. Pada akhir ayat tanya. Contoh :


- Siapa nama awak ? Berapa umur awak ?
Catatan :
Jika hanya sebahagian daripada ayat membawa
maksud pertanyaan, maka tanda koma bernoktah
(;) atau noktah bertindih (:) diletakkan pada awal
frasa/ ayat yang mendukung pertanyaan itu.

- Yang selalu menjadi persoalan saya :


apakah tujuannya ?
(9) TANDA TANYA (?)
Tanda ini digunakan :

2. Untuk mengakhiri ayat yang sebenarnya


bukan ayat tanya (sebab tidak memerlukan
jawapan) tetapi hanya merupakan cara
penulis menyampaikan pendapat. Contoh :

- Inikah yang dikatakan moden? Kalau


beginilah keadaannya, konsep moden itu
disalahertikan.

- Siapakah yang harus dipersalahkan? Tepuk


dada tanya selera.
10.
TANDA SERU
(!)
(10) TANDA SERU (!)

Tanda ini digunakan:

1. Pada akhir ayat yang melahirkan perasaan


tertentu seperti terkejut, sakit, marah,
kagum, kesal dan sebagainya. Contoh :

- Lihat kaki gunung itu, cantik sekali !


- Amboi, mewah betul hidupnya sekarang !
(10) TANDA SERU (!)

Tanda ini digunakan:

2. Pada akhir ayat suruhan, permintaan atau


silaan sebagai ucapan pelembut. Contoh :

- Jemput minum ! (silaan)


- Maafkanlah anak saya ! (permintaan)
- Berhentilah mengutuk orang ! (suruhan)
(10) TANDA SERU (!)

Tanda ini digunakan:

3. Pada akhir ayat tanya yang bersifat keluhan


(tidak memerlukan jawapan) kerana penutur
merujuk kepada dirinya sendiri. Contoh :

- Mampukah aku membeli sebuah kereta ! -


Wajarkah aku membantunya !
(10) TANDA SERU (!)

Tanda ini digunakan:

4. Untuk memberikan penekanan atau


penegasan. Contoh :

- Itulah akibatnya !
- Pesta jualan murah akan berakhir !
11.
TANDA PETIK
(“ ”)
(11) TANDA PETIK (“ ”)

Tanda ini digunakan :

1. Untuk menuliskan cakap ajuk. Contoh :

- Cikgu Azilah menasihati kami, “Kamu


belajarlah dengan sungguh-sungguh”

2. Untuk menunjukkan judul buku, filem, novel,


sajak, lagu & sebagainya. Contoh :

- Buku “Pragmatik dalam Bahasa Melayu”


itu miliknya.
(11) TANDA PETIK (“ ”)

Tanda ini digunakan :

3. Untuk menonjolkan sesuatu perkataan atau


frasa tertentu dalam ayat. Contoh :

- Gagasan “1 Malaysia” harus dihuraikan


dengan jelas.

4. Untuk menunjukkan maksud yang tertentu


kepada sesuatu perkataan/ frasa. Contoh :

- “Tuan Besar” sudah pulang.


(11) TANDA PETIK (“ ”)
Tanda ini digunakan :

5. Untuk menunjukkan kata pinjaman. Contoh :

- Penggunaan aplikasi “Whatsapp” semakin


meluas digunakan sekarang.

6. Untuk memetik sesuatu ayat atau perenggan


daripada petikan. Contoh :

- Kata orang-orang tua zaman dahulu,


“Jangan menyanyi sambil memasak, nanti
kamu jadi andartu.”
12.
TANDA PETIK
TUNGGAL
(‘ ’)
(12) TANDA PETIK TUNGGAL (‘ ’)

Tanda ini digunakan untuk :

1. Menunjukkan kutipan dalam kutipan (apabila


ingin menjelaskan sesuatu kata tertentu
dalam cakap ajuk). Contoh :

Katanya, “Cikgu itu sudah pun menjelaskan


tentang maksud kata ‘holistik’ dalam konteks ayat
itu, tetapi saya masih belum benar-benar faham
maksudnya.”
13.
TANDA GARIS
MIRING
(/)
(13) TANDA GARIS MIRING (/)
Tanda ini digunakan untuk :

1. Menunjukkan maksud “atau”. Contoh :

- Kelebihan / keistimewaannya terletak pada


kesabaran dan kecekalannya.

2. menunjukkan pilihan (biasanya digunakan


dalam borang). Contoh :

Potong mana yang tidak berkenaan.


Kelulusan : SPM/STPM/Diploma/Ijazah.
SEKIAN,
TERIMA KA
SIH !

Anda mungkin juga menyukai