Anda di halaman 1dari 5

3.

3 ARTIKULASI TAMBAHAN
Apabila kita menyebut bunyi-bunyi dalam satu himpunan, akan wujud
keadaan pengaruh mempengaruhi di antara bunyi-bunyi sehingga dalam
keadaan tertentu seolah-olah wujud satu unsur bunyi lain dalam himpunan
bunyi-bunyi itu. Keadaan ini disebut artikulasi tambahan .

a) Pelelangitkerasan ( palatalisasi )
Unsur bunyi ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang
mengandungi vokal rangkap [ ai ],
[ iu ], [ io ] atau [ ia ]. Dalam penghasilan unsur bunyi ini, lelangit keras
turut berfungsi. Pelelangitkerasan juga berlaku sewaktu membunyikan
perkataan yang mengandungi urutan bunyi vokal dan konsonan [ n ] yang
seterusnya diikuti oleh konsonan letusan.

Contoh : kencang, anjing dan anjung.

b) Glotalisasi
Unsur bunyi ini terhasil apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat
turutan dua vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya berlaku
hentian di antara kedua-dua vokal itu. Unsur bunyi ini menyerupai bunyi
hentian glottis. Sewaktu menghasilkannya, udara ditahan pada bahagian
glottis kemudian dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan
bunyi yang mengikutinya.

Contoh : taat, saat, jumaat, dan keadaan.




c) Penyengauan ( nasalisasi )
Unsur bunyi penyengauan hadir pada vokal-vokal yang mengikuti bunyi-
bunyi konsonan sengau dan pada struktur-struktur yang telah dinyatakan
dalam bahagian vokal-vokal sengau.

d) Pembibiran
Unsur pembibiran hadir pada bunyi-bunyi konsonan atau vokal [ a ], [ u ]
diikuti oleh bunyi vokal [ u ], [ o ] atau [ I ]. Sewaktu menghasilkannya,
kedudukan lidah mengalami geluncuran dan bibir berkeadaan bundar.

Contoh : kuat, maut, taut, kuih, muak dan kaut.


6.0 PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL

Dalam linguistik, prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan dengan
bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat
dijelaskan hanya dengan melihat symbol-simbol tulisan. Prosodi berfokus kepaa
ujaran, iaitu yang ada kaitannya dengan intonasi dan rima. Prosodi turut melihat
perubahan pada kepanjangan suku kata, kelantangan, nada dan beberapa
perkara lain yang berhubung dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan.
Ciri-ciri prosodi bagi satu unit ujaran, sama ada perkataan, suku kata,
frasa atau klausa lazimnya dinamakan ciri-ciri suprasegmental. Hal ini bermakna
prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri-ciri yang dikongsi bersama. Unit
prosodi tidak semestinya bergantung pada unit-unit gramatikal. Sebagai contoh,
dari segi tatabahasa, frasa dan klausa mengandungi konsep gramatikalyang
tersendiri, tetapi masing-masing mungkin mempunyai prosodi yang setara, iaitu
yang dinamakan unit prosodi atau unit intonasi.



6.1 Ciri-ciri Prosodi

Antara ciri prosodi yang digunakan bagi menandakan ujaran adalah
seperti yang berikut :

a) Tekanan dan kelantangan iaitu meninggikan laras bunyi merupakan
satu cara untuk memberikan penekanan tetapi cara ini merupakan
satu cara yang agak kasar. Tekanan merupakan satu cara untuk
menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan
pada tempat-tempat tertentu. Lambang yang digunakan untuk
tekanan ialah ?.
b) Intonasi merupakan kontur intonasi sama ada meninggikan atau
menurunkan ton suara boleh memberikan perbezaan yang
menandakan ujaran tersebut berbentuk pernyataan atau penyoalan.
c) Tempo ialah ulasan selari sesuatu pertandingan menghendaki penutur
bercakap dengan cepat disertai ujaran yang padat dalam tempoh yang
singkat.dalam keadaan tertentu, tempo memberikan kesan kepada
sesuatu makna.
d) Rima digunakan dalam bidang muzik dan puisi. Dalam puisi, rima
merujuk kepada bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir
sesuatu rangkap seperti syair.
e) Mora atau panjang pendek ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan.
Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Lambang yang
digunakan untuk menandakan panjang pendek itu ialah [:] dan disebut
mora. Lambang [::] bermaksud dua mora manakala [.] bermaksud
setengah mora.
f) Jeda juga disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk
memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata
atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
Lambing jeda ialah [#] dan apabila digunakan jeda boleh membawa
makna yang berbeza.
REFLEKSI
Oleh : Siti Salwa Bt Abd Rahman

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini dalam masa yang
telah ditetapkan.
Tugasan ini memerlukan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
Fonetik dan Fonologi, yang mana saya alat-alat artikulasi dan menghuraikan
bagaimana setiap bunyi bahasa itu dihasilkan. Justeru itu, saya perlu mendapatkan
maklumat yang terperinci agar maklumat yang saya perolehi dalam kategori fakta yang
tepat dan benar bagi membantu saya menghasilkan satu kerja yang bermutu dan dapat
memuaskan hati saya sendiri dan pensyarah saya iaitu Puan Zaleha binti Mohd Nor.
Pengalaman untuk membuat kerja kursus yang formal dalam suasana yang baru
ini iaitu apabila bergelar guru pelatih agak janggal lagi untuk saya laksanakan dengan
cemerlang. Namun, ini tidak menghalang saya untuk membuat yang terbaik dalam
usaha mendisiplinkan diri saya sendiri agar hasil kerja yang saya keluarkan
memuaskan hati saya dan dapat membuka mata pensyarah saya sendiri.
Ketika meyiapkan tugasan ini, pelbagai rintangan telah mendatang namun dengan
benteng kesabaran dapat juga saya atasi. Antara masalah yang saya hadapi adalah
semasa pengumpulan maklumat. Meskipun institusi ini menyediakan kemudahan
operator wayarles, namun tidaklah terlalu menyeluruh iaitu terlalu banyak sekatan yang
ditetapkan jadi ini membantutkan hasil pencarian melalui internet. Di samping itu, saya
juga perlu merancang masa penggunaan kerana sebagaimana yang puan ketahui,
kerja kursus ini bukan sahaja untuk mata pelajaran teras kemahiran belajar namun
untuk semua mata pelajaran sama ada subjek major, minor dan teras.
Selain pelbagai masalah yang saya hadapi, terdapat juga kepentingan dan
kebaikan yang say perolehi ketika menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah saya dapat
memperolehi ilmu berkaitan bidang fonetik dan fonologi ini. Di samping itu, kiata
sebagai guru pelatih dapat mngajar murid-murid bagaimana menuturkan perkataan
dengan menggunakan intonasi yang betul serta dapat menggalakkan interaksi social di
kalangan pelajar dengan guru. Pepatah Melayu ada mengatakan, di mana ada
kemahuan di situ ada jalan. Maka, peribahasa itu telah saya jadikan penetapan
matlamat agar sebarang halangan tidak menjadi penghalang.
Akhir kata, sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada tuan kerana memberi
tunjuk ajar kepada saya dan rakan kelas yang lain bagi berusaha menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya. Hal ini kerana, Guru yang biasa-biasa saja memberi tahu. Guru
yang baik menjelaskan. Guru yang bagus menunjukkan bagaimana caranya. Tetapi
guru yang luar biasa menginspirasi murid-muridnya. (William A. Ward). Moga dengan
segala apa yang dihajati menjadi realiti dan segala yang diingini dapat dikecapi. Insya
Allah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai