Anda di halaman 1dari 5

Bahan Bantu Mengajar BM PMR

Kesihatan amat penting kepada kehidupan kita sehari-hari. Cadangkan


usaha-usaha untuk mengekalkan mutu kesihatan yang baik dalam
kalangan masyarakat. 

Pernahkah kita bertanya dari manakah datangnya badan yang sihat?


Jawapannya tentulah daripada diri kita sendiri. Jika kita mengutamakan gaya
hidup yang sihat, nescaya mutu kesihatan kita akan terjaga selagi hayat
dikandung badan . Memang tidak dapat dinafikan bahawa taraf kesihatan di
negara kita semakin merosot akibat daripada sikap dan cara hidup rakyat
Malaysia yang kurang menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan dalam
kehidupan sehari-hari. Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh kerajaan dengan
kerjasama rakyat untuk meningkatkan taraf kesihatan di negara kita.

Antara usaha yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan ialah


menganjurkan program pemeriksaan kesihatan secara percuma di klinik-klinik
kesihatan dan hospital di seluruh negara. Usaha positif ini dapat
menghindarkan masyarakat daripada terkena akan pelbagai jenis penyakit
yang berbahaya seperti penyakit Influenza A H1N1 yang sedang berleluasa
dan menjadi igauan ngeri warga dunia. Selain itu, program tersebut akan
membolehkan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk membuat
pemeriksaan kesihatan.

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia turut


memperuntukkan wang yang banyak untuk mengadakan kempen-kempen
kesedaran ke seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk mengekang
budaya negatif seperti tabiat merokok, ketagihan arak dan penyalahgunaan
najis dadah yang boleh mengakibatkan kerosakan pada organ-organ di dalam
badan kita.

Sebagai warga yang peka dan prihatin, kita juga perlu bersenam dan
beriadah pada waktu kelapangan. Sebenarnya, senaman dapat
mencerdaskan minda . Sesekali kita perlu beriadah bagi mencergaskan tubuh
badan di samping menenangkan fikiran kita yang sering diasak tekanan dan
masalah hidup bak kata slogan cendekia “otak yang cerdas berasal daripada
tubuh badan yang cergas” .

Selain senaman, budaya permakanan dalam kehidupan seharian kita


turut berkait rapat dengan penjagaan kesihatan. Yang jelas, masyarakat
moden kini lebih cenderung untuk mengamalkan permakanan yang ringkas,
sedap dan cepat untuk disediakan seperti ayam goreng, burger dan snek
KFC. Bentuk makanan seumpama ini banyak dijual di pasaran tempatan
umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Jika diperhalus, makanan segera
ini amat mudah menyebabkan generasi muda hari ini dibelenggu gejala
obesiti yang bakal mengundang pelbagai jenis penyakit kronik seperti
penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.

Sesungguhnya, kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-


hari. Oleh itu, sebagai warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab, kita
haruslah senantiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang dan
senantiasa bersenam untuk menjaga dan mengekalkan mutu kesihatan yang
cemerlang.

Panitia BM
Bahan Bantu Mengajar BM PMR
Sukan banyak mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh kita jalankan untuk meningkatkan
mutu sukan negara.

Bidang sukan sebenarnya berkeupayaan untuk mengharumkan nama


baik nusa dan bangsa di peringkat antarabangsa. Mutakhir ini, mutu sukan
negara kita tidak mencapai kemajuan yang memberangsangkan malah boleh
dikatakan mutunya semakin merosot. Oleh itu, usaha-usaha proaktif perlu
diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara.

Untuk memajukan sesuatu bidang sukan, faktor jurulatih perlu


dipandang serius. Pemilihan jurulatih amat penting sama ada jurulatih itu
jurulatih tempatan atau jurulatih asing bukanlah persoalan utama. Perkara
yang paling penting ialah keupayaan jurulatih itu untuk meningkatkan prestasi
atlet. Jurulatih yang berpengalaman dan berkaliber dapat membentuk serta
membimbing seseorang atlet atau pemain supaya prestasinya mencapai
piawaian yang dikehendaki. Program latihan yang dirancang dengan teliti
perlu untuk mencapai tujuan tersebut.

Selain jurulatih, atlet juga perlu didedahkan kepada taraf sukan yang
lebih tinggi. Pendedahan ini boleh dilakukan dengan cara mengadakan
latihan di luar negara atau menganjurkan perlawanan persahabatan dengan
pasukan yang bertaraf dunia. Contohnya, perlawanan persahabatan antara
Pasukan Bola Sepak Malaysia dengan Kelab Bola Sepak Manchester United
amatlah digalakkan. Dengan cara ini, para atlet atau pemain dapat
didedahkan kepada taktik dan teknik terbaharu daripada pihak lawan untuk
meningkatkan kemahiran, kehandalan dan kecekapan sekali gus
meningkatkan keyakinan diri mereka.

Pembentukan barisan atlet dan pemain pelapis bagi setiap jenis sukan
perlu dilakukan secara sungguh-sungguh untuk menjamin kesinambungan
prestasi negara dalam sukan sama ada di peringkat serantau atau dunia.
Justeru, atlet dan pemain pelapis perlu dikenal pasti bakat kebolehan mereka
untuk diketengahkan menggantikan tempat para atlet atau pemain utama
kelak.

Aspek pentadbiran dan pengurusan sukan juga perlu diberikan


perhatian yang serius jika kita benar-benar beriltizam untuk meningkatkan
mutu sukan negara. Sebaik-baiknya, pengurusan pertubuhan sukan atau
jenis permainan perlulah diserahkan kepada mereka yang benar-benar mahir
atau pernah berkecimpung dalam bidang tersebut bak kata hanya jauhari
yang mengenal manikam. Mereka yang kurang mahir dan efisien pula akan
menyebabkan mutu sukan negara merosot atau tenat seperti tikus membaiki
labu.

Kesimpulannya, sudah tiba masanya negara kita memberikan tumpuan


yang serius untuk meningkatkan mutu sukan negara ke peringkat
antarabangsa agara kita bukan sahaja terkenal sebagai salah sebuah negara
penganjur sukan yang bertaraf dunia tetapi juga gah megah dengan barisan
atlet atau pemain sukan yang digeruni di arena sukan antarabangsa!

Panitia BM
Bahan Bantu Mengajar BM PMR
Industri seni kraf tangan tempatan cukup kaya akan nilai seni budaya
dan ekonomi. Kemukakan langkah-langkah ke arah mempromosikan
seni kraf tangan tempatan ke pasaran antarabangsa.

Negara kita, Malaysia kaya akan pelbagai hasil kraf tangan yang
diwarisi daripada pelbagai kaum dan negeri yang mempunyai hasil kraf
tangan yang memiliki keunikannya yang tersendiri. Antara seni kraf tangan
tersebut ialah labu sayong yang berasal dari Perak, batik dari Kelantan,
songket dari Terengganu dan bermacam-macam lagi.

Bagi memastikan industri ini dikenali di serata dunia, maka terdapat


beberapa langkah untuk mempromosikan seni kraf tangan tempatan ke
pasaran antarabangsa. Pertama sekali usaha proaktif para pengusaha
melalui media cetak. Sebenarnya, kita boleh mengiklankan produk kraf
tangan ini dalam majalah dan surat khabar sama ada di dalam atau di luar
negara seperti akhbar "The Sun" dan majalah terkenal dunia, iaitu
"Seventeen".

Selain itu, kita juga boleh mengiklankan seni kraf tangan tempatan
melalui media elektronik, yakni melalui wahana Internet dan televisyen.
Melalui cara ini, para peminat dan penonton dapat mengakses laman
sesawang dan seterusnya tertarik untuk membeli dan memiliki barangan
tersebut.

Seterusnya, kita juga boleh menjalinkan usaha sama dan bekerjasama


dengan pusat beli-belah yang terkemuka di dunia seperti Harrods di London,
Tesco, Parksons dan sebagainya untuk membuka lebih banyak cawangan di
seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan di rantau Asia. Usaha sedemikian
akan membolehkan kita mempamerkan dan memasarkan seni kraf tangan
tempatan ke seluruh dunia. Tambahan pula, bahan atau produk seni kraf
tangan kita boleh dijadikan cenderamata kenangan kepada para pelancong
atau pelawat yang datang berdarmawisata ke negara kita sekali gus
memperkenalkan seni budaya masyarakat majmuk Malaysia kepada dunia
luar.

Kesimpulannya, kita haruslah melakukan usaha-usaha promosi secara


lebih giat agar seni kraf tangan kita ini tak lapuk dek hujan, tak telan dek
zaman. Kita hendaklah juga senantiasa berganding bahu dengan agensi
kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak swasta untuk mempromosikan
seni kraf tangan tempatan yang unik dan berkonsepkan "Satu Malaysia" ini
agar dikenali oleh masyarakat antarabangsa.

Panitia BM
Bahan Bantu Mengajar BM PMR
Langkah-langkah ke Arah Mempromosikan Seni Kraf Tangan Tempatan
ke Peringkat Antarabangsa.

Masyarakat majmuk Malaysia mewarisi seni kraf tangan tempatan yang


bermutu tinggi dan kaya akan ciri kebudayaan hidup masing-masing.
Misalnya, seni kraf tangan Melayu merupakan salah satu seni tradisional
masyarakat majmuk di Malaysia. Seni kraf tangan tempatan Malaysia
merangkum barang-barang keluaran seperti beg tangan, tikar, bakul, topi,
labu sayong, tembikar, keris dan sebagainya. Kebanyakan produk seni kraf
tangan ini berasaskan mengkuang, daun pandan, batik dan sebagainya.
Untuk mempromosikan seni kraf tangan tempatan ke peringkat antarabangsa,
beberapa langkah proaktif perlu dilaksanakan.

Antara langkah yang boleh dijalankan ialah mengadakan pertunjukan


fesyen yang bermotifkan seni kraf tangan seperti beg tangan, perhiasan, batik
dan sebagainya. Pertunjukan fesyen ini boleh diadakan di tempat-tempat
yang sering dikunjungi oleh para pelancong luar negara. Cara ini difikirkan
dapat mempromosikan seni kraf tangan tempatan kepada para pelancong,
khususnya penggiat fesyen dari seluruh pelosok dunia.

Pengusaha industri seni kraf tangan tempatan seharusnya senantiasa


bereksperimen dan berkreatif untuk mempelbagaikan corak rekaan seni
berdasarkan cita rasa para pengunjung yang melawat ke negara kita .
Sekiranya kita dapat memenuhi cita rasa mereka, maka secara beransur-
ansur seni kraf tangan kita akan menjadi pilihan dan seterusnya mempunyai
potensi untuk berkembang maju dan terkenal di pasaran antarabangsa.
Selain itu, bahagian penyelidikan dan pembangunan syarikat industri seni kraf
tangan harus senantiasa menjalankan kajian untuk menghasilkan produk kraf
tangan Malaysia yang kontemporari, bermutu, kreatif dan mempunyai harga
yang kompetitif di pasaran serantau dan global.

Agensi-agensi pelancongan dan badan-badan bukan kerajaan di


Malaysia boleh mengadakan pertandingan menghasilkan seni kraf tangan di
peringkat dunia dalam usaha mempromosikan hasil seni kraf tangan
tempatan ke luar negara. Hadiah-hadiah yang lumayan selain pengiktirafan
perlu disediakan untuk menarik perhatian pereka cipta seni kraf tangan yang
berkebolehan menyertai pertandingan tersebut. Hasil seni kraf tangan
tempatan yang terbaik boleh dipatenkan dan dihasilkan untuk pasaran
tempatan dan luar negeri.

Seni kraf tangan tempatan turut boleh disebarluaskan melalui peranan


Internet, pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di luar negara di samping
menggalakkan penduduk Malaysia menggunakan seni kraf tangan tempatan
apabila melancong ke luar negara. Sebenarnya usaha ini sedikit banyak turut
dapat membantu Malaysia menperkenalkan seni kraf tangan tempatan ke
seluruh dunia bak kata orang "tak kenal maka tak cinta".
Akhirulkalam, kerjasama dan iltizam daripada semua pihak amat diperlukan
dalam usaha kita untuk mempromosikan hasil seni kraf tangan tempatan ke
peringkat antarabangsa.

Panitia BM
Bahan Bantu Mengajar BM PMR
Kemalangan jalan raya kian berleluasa di negara kita. Sebagai murid
yang prihatin, syorkan cara-cara untuk membanteras kemalangan jalan
raya di negara kita, terutamanya pada musim-musim perayaan.
Menurut Kamus Dewan DBP, kemalangan bermaksud suatu tragedi
yang boleh mengorbankan nyawa manusia. Saban hari, kita juga sering
digemparkan dengan berita nahas jalan raya yang mengerikan. Kebanyakan
kemalangan berlaku di lebuh raya dan di bandar besar, terutamanya
menjelang musim perayaan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia


(PDRM) ketika perayaan berkembar Tahun Baharu Cina dan Hari Raya
Aidilfitri dari 12 Februari hingga 12 Mac 2000, sebanyak 7945 kes
kemalangan jalan raya telah berlaku dan mencatatkan bilangan 1383 orang
mangsa. Daripada statistik itu, jelaslah bahawa purata kematian dalam
kemalangan jalan raya di negara kita ialah empat belas orang pada setiap
hari. Perlu diingatkan bahawa kemalangan juga berlaku tanpa memilih
tempat, orang dan waktu.

Justeru, pelbagai langkah untuk mengatasi kemalangan jalan raya,


terutamanya pada musim perayaan perlu difikirkan. Pertama sekali, pegawai-
pegawai pemeriksa kenderaan (PUSPAKOM) disyorkan agar melaksanakan
tugas dengan cekap dan sempurna. Pihak polik trafik perlu mengenakan
kompaun yang berat bagi kesalahan lalu lintas selain operasi mengesan
pemandu yang suka memecut di kawasan-kawasan yang dihadkan kadar
kelajuannya. Kamera-kamera video juga perlu dipasang di kawasan-kawasan
yang strategik bagi mengesan pemandu yang tidak mematuhi undang-
undang. Sekatan-sekatan jalan raya perlu kerap dilakukan oleh pihak polis
bagi mengesan status kelayakan pemandu, memeriksa kenderaan, muatan
barangan dan sebagainya yang bersangkut paut dengan lalu lintas,
kenderaan dan keselamatan di jalan raya.

Di samping itu, syarat pemberian lesen yang lebih ketat perlu


dikuatkuasakan untuk memastikan agar lesen hanya akan diberikan kepada
individu yang benar-benar berkebolehan dan cekap memandu selain
mewajibkan para pemandu baharu memaparkan 'P' pada kenderaan ketika
berada di jalan raya.

Seterusnya, pihak sekolah, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta


masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk memberikan kesedaran
dan motivasi kepada anak-anak murid atau pengguna jalan raya supaya lebih
berhati-hati semasa di jalan raya. kesedaran dan motivasi boleh dianjurkan di
setiap sekolah melalui sesi ceramah agar para pengguna jalan raya sama
ada yang tua atau yang muda lebih berwaspada, berdisiplin dan berhemah di
jalan raya.

Kesimpulannnya, jalan raya merupakan sistem perhubungan di darat


yang penting tetapi mampu mendatangkan kemudaratan kepada kita
sekiranya kita tidak bijak menggunakannya. Jangan sesekali membiarkan
sikap tidak bertanggungjawab menghantui diri kita semasa memandu. Marilah
kita sama-sama berhati-hati semasa memandu atau menggunakan jalan raya
sejajar dengan slogan pandu selamat jiwa selamat.

Panitia BM

Anda mungkin juga menyukai