Anda di halaman 1dari 11

LATIHAN 1:

BAHAGIAN C: RUMUSAN (30 markah)


Soalan 9: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Bahan 1: Petikan

Perancangan penubuhan jawatankuasa khas oleh Kementerian Belia dan


Sukan bagi memperhalus masalah pengangguran dalam kalangan belia,
khususnya siswazah di negara ini jelas menunjukkan kesungguhan pihak
kerajaan untuk menangani masalah ini. Pengangguran yang tinggi dalam
kalangan belia disebabkan pekerjaan tidak sepadan dengan kemahiran mereka.
Hal ini disebabkan, majoriti peluang pekerjaan yang ada di pasaran adalah dalam
kategori kemahiran rendah dan sederhana, iaitu kurang sesuai untuk graduan
baharu. Bagi menangani isu ini, kerajaan perlu meningkatkan kebolehpasaran
graduan yang dihasilkan oleh universiti tempatan dan harus bertindak sebagai
majikan sementara untuk graduan menganggur. Hal ini membolehkan mereka
dilatih dan meningkatkan kemahiran dalam bidang yang mampan.

Kadar pengangguran yang meningkat dalam kalangan belia di negara ini


disebabkan oleh kekurangan kemahiran untuk bekerja dan penawaran kadar
gaji yang rendah. Golongan belia, khususnya siswazah, seharusnya lebih proaktif
untuk memajukan diri dengan mencipta sendiri peluang pekerjaan. Para
siswazah perlu lebih berdaya saing dalam sektor perusahaan kecil dan
sederhana. Secara tidak langsung, hal ini dapat memberikan peluang pekerjaan
kepada orang lain yang masih menganggur dan memajukan diri sendiri dalam
bidang keusahawanan. Oleh hal yang demikian, para siswazah, terutamanya
yang masih menganggur, seharusnya lebih berani untuk menceburkan diri
dalam bidang keusahawanan melalui sektor perusahaan dan perniagaan.

Institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan untuk melahirkan


mahasiswa yang berkemahiran dan berdaya saing, seiring dengan keperluan
industri yang memerlukan tenaga kerja yang berkualiti dan bermotivasi tinggi.
Pelaburan untuk belia hari ini adalah pelaburan untuk masa depan negara. Jika
siswazah gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan dengan pendapatan

1
yang setimpal maka harapan Malaysia untuk mencapai status negara maju sukar
terlaksana.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Siswazah Berdaya Saing Mampu Atasi
Pengangguran', oleh Muhammad Lutfi Zahid,
Dewan Siswa Bil. 10, 2018.

LATIHAN 2:
BAHAGIAN C: RUMUSAN (30 Markah)
Soalan 9 : Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahan 1: Petikan

Obesiti atau kegemukan didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang


boleh menyebabkan masalah kesihatan. Menurut kajian, kira-kira 20 peratus
rakyat negara kita menghadapi masalah obesiti. Secara umum, penyebab utama
obesiti ialah kandungan nutrisi yang tidak seimbang dalam menu harian dan
mengambil makanan berasaskan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi
lemak dan roti canai. Hal ini berlaku kerana tabiat pemakanan yang lebih
mengutamakan keenakan makanan berbanding dengan khasiatnya.

2
Amalan pengambilan makanan segera seperti makanan berasaskan
daging yang diproses turut menjadi penyumbang kepada masalah obesiti.
Masalah ini juga berlaku akibat makanan harian yang tinggi kandungan
kalorinya. Hal ini dikatakan demikian kerana kalori yang berlebihan akan
bertukar menjadi lemak sekiranya tidak digunakan dalam masa yang lama.
Masalah obesiti juga disebabkan oleh amalan penggunaan ubat-ubatan tanpa
pengawasan doktor. Misalnya, steroid yang berlebihan dalam ubat-ubatan
boleh menyebabkan obesiti dan pelbagai penyakit lain. Walau bagaimanapun,
pakar kesihatan juga tidak menafikan bahawa kegemukan boleh berlaku kerana
faktor genetik atau keturunan. Selain itu, kadar metabolisme yang rendah juga
dikenal pasti sebagai penyebab obesiti. Metabolisme yang rendah
menyebabkan tahap pembakaran kalori menjadi lebih perlahan.

Kita perlu sedar bahawa obesiti akan menimbulkan pelbagai


kemudaratan. Antaranya, seseorang itu akan mengalami pergerakan fizikal dan
sosial yang terbatas. Berat badan yang berlebihan juga menghalang seseorang
daripada melakukan aktiviti seperti berjoging, berenang, dan mengayuh basikal.
Mereka akan mudah berasa lesu dan cepat letih. Oleh itu, setiap individu perlu
bertindak untuk mengelakkan obesiti kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Nasi Lemak, Oh Nasi Lemak' oleh Marina
Abdul Manaf,Dewan Kosmik, September 2010)

3
LATIHAN 3:
BAHAGIAN C: RUMUSAN (30 Markah)
Soalan 9: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahan 1: Petikan

Perkataan 'masyarakat' merujuk kepada pinjaman kata dalam bahasa


Arab iaitu musyarakah yang memberi makna kerjasama, sumbangan dan
penyertaan individu secara positif dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Mengapakah kita perlu hidup bermasyarakat? Persoalan ini dapat dirungkai
dengan mudahnya berdasarkan definisi kata musyarakah di atas. Dengan
mengamalkan hidup bermasyarakat, kita dapat menjalinkan kerjasama antara
satu sama lain. Kita juga mampu menepis sikap individualistik dalam diri kita
apabila hidup bermasyarakat, apa-apa tindakan yang kita lakukan berdasarkan
kepentingan bersama.

Selain itu, kita juga mampu menumpahkan bakti dan memanfaatkan


kepakaran kerana hidup bermasyarakat membuka peluang kepada kita untuk
sentiasa memberikan sumbangan atau penyertaan kepada anggota masyarakat
yang lain pada saat sumbangan kita diperlukan. Anggota masyarakat yang
berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan masyarakat lain mempunyai
perbezaan pegangan hidup, budaya dan bahasa ibunda. Mereka mengetepikan
perbezaan untuk menikmati hidup yang harmoni. Semangat kekitaan juga akan
bercambah. Anggota masyarakat tidak mementingkan diri semata-mata
sebaliknya sentiasa memikirkan jiran-jiran dan ahli komuniti yang lain juga.
Tambahan pula, pemahaman terhadap perbezaan budaya dan adat resam
penduduk pelbagai kaum akan bertambah.

Tahukah anda apakah itu rukun tetangga? Rukun Tetangga ialah


penduduk setempat diberi kuasa melakukan rondaan dan memastikan
keamanan dan keselamatan komuniti setempat. Melalui aktiviti ini, penduduk
dapat bergilir-gilir dan secara sukarela melaksanakan tanggungjawab menjaga
keamanan dan keselamatan secara bersamasama. Pelaksanaan Rukun Tetangga
juga secara tidak langsung menggalakkan kehidupan bermasyarakat. Di samping
itu, hidup bermasyarakat hendaklah dipupuk melalui aktiviti gotong royong
membersihkan kawasan taman kediaman. Oleh hal yang demikian, jelaslah
kepada kita bahawa amalan hidup bermasyarakat menjadi medium utama

4
dalam usaha melahirkan sebuah negara bangsa yang harmoni dan sehati sejiwa.
Ayuh hidupkan semangat seikat bak sirih, serumpun bak serai demi
kesejahteraan hidup dalam masyarakat.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Hidup Bermasyarakat Amalan Mulia' Sumber:
https://www. jpnin.gov.my

5
LATIHAN 4:
BAHAGIAN C: RUMUSAN (30 Markah)
Soalan 9. Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Bahan 1: Petikan

Menurut Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia, kraf tangan dapat


didefinisikan sebagai sesuatu penghasilan produk artistik yang mempunyai
unsur tradisional dan kebudayaan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, kraf tangan
tradisi yang dihasilkan juga turut dipengaruhi oleh budaya sesuatu kaum
tersebut malah bercampur dengan budaya purba mereka. Kraf tangan
dihasilkan melalui kemahiran tangan dan juga kreativiti individu itu sendiri.
Sebagai contoh hasil kraf tangan yang boleh dilihat ialah anyaman tikar
mengkuang, wau, barang tembikar, anyaman bakul daripada rotan dan
sebagainya. Industri kraf tangan dapat membantu memajukan industri
pelancongan negara. Jika hasil industri kraf tangan dieksport ke luar negara,
secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa industri kraf tangan kurang mendapat


sambutan dan kian dipinggirkan. Oleh itu, pelbagai langkah yang proaktif perlu
dilakukan supaya industri kraf tangan negara terus hidup subur sebagai lambang
kebudayaan negara Malaysia. Dalam konteks ini, pihak kerajaan harus
memberikan pinjaman modal kepada pengusaha yang ingin meluaskan sayap
perusahaan kraf tangan mereka. Melalui bantuan tersebut sedikit sebanyak
dapat memberi peluang kepada pihak yang mula berjinak-jinak dalam industri
kraf tangan ini dalam mengorak langkah. Pihak yang bertanggungjawab haruslah
mengadakan promosi secara besar-besaran melalui majalah dan media massa
bagi memuatkan ruangan khas untuk kraf tangan negara. Selain pihak kerajaan,
pengusaha kraf tangan perlulah kreatif untuk menghasilkan pelbagai kraf tangan
yang unik dan moden agar lebih menarik perhatian pengguna.

Industri kraf tangan boleh memperbanyak peluang pekerjaan dalam


kalangan masyarakat khususnya masyarakat desa. Barangan kraf tangan yang
dieksport ke luar negara contohnya ke negara Eropah telah menyebabkan nama
Malaysia dikenali ramai dan mendorong para pelancong untuk datang ke negara
kita untuk melihat sendiri cara produk tersebut dihasilkan. Melalui industri ini

6
juga, manfaat yang diperolehi ialah masyarakat yang kreatif, inovatif juga dapat
dibentuk dan dapat mengekalkan warisan dan budaya Melayu dalam kalangan
masyarakat. Arus pemodenan telah menenggelamkan budaya tradisional
masyarakat Melayu dalam diri remaja pada masa ini. Oleh itu, peluang haruslah
diberi kepada setiap lapisan masyarakat untuk mengenali warisan dan budaya
tersebut melalui konsep rekaan sesuatu kraf tangan .

Dipetik dan diubah suai daripada,

'Perkembangan Industri Kraf Tangan dan Kesannya Kepada Ekonomi', oleh Nik
Azma Nik Day,

Jurnal Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, 20195.

7
LATIHAN 5:
BAHAGIAN C : RUMUSAN (30 Markah)
Soalan 9: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukan lagi satu mata pelajaran yang
asing kepada murid-murid. Sejak sekolah rendah, mereka sudah mempelajari
mata pelajaran ini demi pelbagai tujuan yang murni. Tambahan pula, mata
pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai
alat untuk mendidik rakyat agar menyayangi negara yang tercinta ini. Walau
bagaimanapun, terdapat segelintir murid yang tidak minat mempelajari Sejarah
kerana beranggapan bahawa mata pelajaran ini susah dan membosankan
seterusnya menyebabkan murid tidak minat mempelajarinya.

Mempelajari Sejarah dapat mengelakkan diri kita daripada mengulangi


sesuatu kesilapan. Banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil
iktibar daripada sejarah. Kesilapan yang dilakukan ini tidak harus diulangi oleh
generasi kini. Sebaliknya, kita mesti mempertahankan dan membangunkan
negara. Selain itu, sejarah menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara
bangsa. Martabat sejarah perlu diangkat untuk membentuk keperibadian
rakyat. Malangnya, nilai sejarah itu hanya diingati semata-mata untuk lulus
peperiksaan. Generasi muda juga tidak diberi penekanan oleh ibu bapa dan
masyarakat tentang kepentingan mempelajari sejarah.

Melalui sejarah, rakyat akan lebih memahami bahawa terdapat


perlembagaan dan undang-undang dalam pembentukan negara ini. Mereka
tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik negara
Malaysia. Mereka juga tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan perlembagaan negara. Dalam hal ini, pengetahuan sejarah khususnya
sejarah negara akan membolehkan sesuatu bangsa, terutamanya generasi muda
menjadi lebih prihatin terhadap bangsa dan pembangunan negaranya. Melalui
sejarah juga, pengalaman masa lampau merupakan satu rujukan untuk dijadikan
teladan dalam merencanakan masa hadapan. Sehubungan dengan itu,

8
penekanan terhadap kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah amat
perlu bagi menjamin masa depan generasi muda dan negara yang tercinta ini.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

9
LATIHAN 6:
BAHAGIAN C: RUMUSAN
(30 Markah) Soalan 9: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Bahan 1

Produk pertanian berasaskan makanan seperti beras, buah-buahan,


sayur-sayuran, bijirin, gula, ternakan dan tenusu boleh memberikan pulangan
yang lumayan kepada petani di Malaysia kerana keperluan dalam negara masih
tidak mencukupi. Hampir semua makanan utama ini diimport bagi menampung
keperluan dalam negara. Mengapakah Malaysia tidak mampu menyediakan
makanan untuk penduduknya? Persoalan ini acap kali dikemukakan walaupun
negara kita mempunyai banyak kelebihannya. Negara kita mempunyai sumber
tanah, kepelbagaian biologi kedua terbesar di dunia, cukup cahaya matahari dan
taburan hujannya serta lengkap dari segi prasarana. Namun, berlaku pemisahan
antara sektor komoditi industri dengan sektor pertanian berasaskan makanan.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu sedar dan mengambil tindakan drastik dengan
meningkatkan penggunaan tanah terbiar secara maksimum. Selain itu,
penggunaan teknologi moden dalam pertanian wajar ditingkatkan.

Sejak dulu hingga kini, wujud jurang antara subsektor komoditi industri
dan subsektor makanan. Subsektor komoditi industri terdiri daripada industri
kelapa sawit dan getah manakala subsektor makanan terdiri daripada produk
pertanian berasaskan makanan seperti tanaman, ternakan dan perikanan.
Industri produk pertanian berasaskan makanan agak sukar dimajukan. Keadaan
ini berlaku kerana sektor maju yang memberikan pulangan tinggi seperti kelapa
sawit lebih menarik sokongan kerajaan dan pelaburan swasta. Sokongan aktif
menyebabkan sektor ini kian maju. Namun, sebaliknya berlaku kepada produk
pertanian berasaskan makanan negara yang kurang maju kerana sokongan yang
diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan sektor pertanian
berasaskan makanan terjejas.

Sektor pertanian berasaskan makanan menjadi penyumbang kepada


Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang membuka peluang pekerjaan kepada
tiga juta ahli keluarga atau 760000 pekebun kecil di Malaysia. Namun, kejayaan

10
ini dibayangi cabaran kesan kehilangan kepelbagaian biologi di dalam hutan
akibat daripada penebangan hutan untuk membina ladang. Masalah kepupusan
beberapa spesies hidupan liar termasuk orang utan dikesan berlaku disebabkan
oleh pembangunan sektor ini.

Dipetik dan diubah suai daripada


'Realiti Pemisahan Komoditi Industri Makanan',
oleh Profesor Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad, Berita Harian, 17
Mac 2019.

11

Anda mungkin juga menyukai