Anda di halaman 1dari 1

Pantun di bawah tentang keselamatan di sekolah.

Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga keselamatan di sekolah tersebut dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Jalan-jalan ke pasar raya,


Hendak membeli buah pulasan;
Semasa melintas di jalan raya,
Jangan lupa jaga keselamatan.

Ambil galah jolokkan mangga,


Adik berdiri sambil menyambut;
Ketika naik turun tangga,
Janganlah kita berebut-rebut.

Pintu baharu dipasang engsel,


Rombol diletak di bahagian kiri;
Semasa bertukang di dalam bengkel,
Gunakanlah alat dengan berhati-hati.

Tuang minyak ke dalam kuali,


Tumis rempah masak kari;
Belajar menggunakan alat pemadam api,
Agar dapat menyelamatkan diri.

Anda mungkin juga menyukai