Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO KOKURIKULUM : PERMAINAN

HOKI INTERAKSI :3 TARIKH : 24 November 2013 (Ahad) MASA : 7:30-10:30 pagi TEMPAT : Padang IPGKTI PENSYARAH : Encik Daud bin Md Jani TAJUK/ KEMAHIRAN : Kemahiran menjaga gol, peraturan permainan hoki AKTIVITI 1.0 MEMANASKAN BADAN: 1.1 Memulakan aktiviti dengan sesi memanaskan badan. BUTIRAN LATIHAN/ PENERANGAN Menjalankan aktiviti regangan diiringi oleh seorang guru pelatih. Berjalan menggelilingi skital yang diletakkan dalam 1 pusingan sambil menggelecek bola hoki. Guru-guru dibahagikan kepada kumpulan dan menjalankan aktiviti merebut bola.

2.0 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN: 2.1 Pakaian dan alatan penjaga gol. 2.2 Kemahiran asas penjaga gol.

Pensyarah memperkenalkan pakaian dan alatan penjaga gol dan menjelaskan fungsi-fungsinya. Seorang guru pelatih telah dipilih untuk memakai pakaian penjaga gol. Pensyarah memberikan pendedahan tentang teknik penjaga gol menahan bola. a) Bola dari bawah ditahan dengan menggunakan kaki. b) Bola dari arah kanan atas ditahan dengan menggunakan kayu hoki. c) Bola dari arah kiri atas ditahan dengan menggunakan tangan kiri. Guru-guru pelatih yang lain menggunakan cara yang berlainan untuk menjaring dan penjaga gol cuba menaham bola.

2.3 Pembentangan peraturan permainan hoki oleh ahli-ahli kumpulan 1.

Antara peraturan-peraturan yang dibentangkan adalah: a) Setiap pasukan mempunyai 11 orang pemain. b) Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35-5-35. c) Pemain tidak dibernarkan menggunakan bahagian belakang kayu, bermain tanpa kayu sendiri, menakutkan orang lain dengan kayu, angkat kayu melepasi kepala dan bermain dengan bahaya. d) Penalti dikenakan atas kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan D e) Pukulan sudut penalti dikenakan atas kesalahan yang tidak disengajakan di dalam kawasan D. f) Strok penalti dikenakan atas kesalahan yang disengajakan dalam kawasan D. g) Amaran dibahagikan kepada kad hijau, kad kuning dan kad merah. h)Kad hijau menggantung 2 minit, kad kuning menggantung minima 5 minit dan kad merah gantung tetap.

4.0 PERMAINAN: 4.1 Perlawanan pasukan

Guru-guru pelatih dibahagikan kepada 2 pasukan untuk menjalankan perlawanan. Ahli kumpulan yang baru sahaja membuat pembentangan menjadi pengadil dalam perlawanan ini. Setiap pasukan memilih seorang pengurus pasukan untuk merancang strategik perlawanan. Perlawanan dijalankan dengan pecahan 10-5-10 kerana kesuntukan masa.

5.0 PENUTUP: 5.1 Refleksi perlawanan 5.2 Aktiviti pengenduran 5.3 Kesimpulan dan bersurai

Pensyarah membuat refleksi dan memberitahu kami kekuatan, kelemahan dan cara penambahbaikan mengenai perlawanan tadi. Guru-guru pelatih meluahkan perasaan sendiri melalui perlawanan tadi. Senaman menyejukkan badan.

REFLEKSI: Melalui sesi pembelajaran hari ini, saya telah didedahkan dengan peraturan-peraturan permainan hoki dan juga teknik penjaga gol.

Dalam aktiviti memanaskan badan, saya dapati bahawa kemahiran asas menggelecek perlu dipertingkatkan lagi. Saya akan membuat latihan yang lebih banyak untuk menguasai teknik ini.

Dalam perlawanan antara pasukan, saya sangat gembira dalam perlawanan tersebut walaupun sangat letih selepas perlawanan. Saya mencuba pelbagai teknik yang telah dipelajari dalam perlawanan ini. Akan tetapi, teknik merebut bola saya masih tidak dapat menguasai dengan berkesan. Jadi saya akan melatih bersungguh-sungguh supaya dapat mempertingkatkan kemahiran ini.

Sumber/Nota Tambahan Peraturan Asas

Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri. Demikianlah juga sukan hoki. ialah: i) Komposisi pasukan Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli. Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa. Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain. Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan. Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan

ii) Mengganti pemain Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan. Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil. Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar. Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang.

Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan

akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol. Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.

iii) Ketua pasukan Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka. Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten. Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.

iv) Pakaian dan peralatan pemain Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan. Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan. Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke.

v) Perlawanan dan keputusannya Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa. Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat

tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang. Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri. vi) Permulaan permainan Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu

memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang. Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan. Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah. Ciri-ciri hantaran tengah: - dilakukan di tengah padang - bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut. - apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli.

- selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter. vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan Bermain bola dengan back stick Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan. Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu hoki. Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan. Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk

menjaringkan gol. Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu. Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang. Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol. Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti. Membuang masa dengan sengaja. Menghalang pemain. Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan. Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.

Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil.

Penjaga gol baring di atas bola. Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan. Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan.

Anda mungkin juga menyukai