Anda di halaman 1dari 2

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING

1) Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7


orang pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi
pemain simpanan.
Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam
permainan.

2) Permainan diadili oleh dua orang pengadil.

3) Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan


yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perlawanan.
Balingan dibuat di garisan tengah.

4) Seseorang pemain dibenarkan :


(a)menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola
dengan apa cara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala,
paha atau lututnya
(b)memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan
atau hantaran
(c) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain
dalam kawasan permainan yang ditetapkan.

5) Pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol kecuali


penjaga gol.

6) Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya, dia akan dianggap
sebagai seorang pemain padang.

7) Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula


dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan
bola itu keluar.

8) Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam


dilakukan, pihak lawan hendaklah berada pada jarak sekurang-
kurangnya 3 meter daripada pembaling.
9) Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang
pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam
kawasan gol.

10) Gol boleh dijaringkan dari arah atau mana-mana tempat balingan
dilakukan.

GELANGGANG BOLA BALING

Anda mungkin juga menyukai