Anda di halaman 1dari 4

UNDANG-UNDANG PERATURAN BOLA TAMPAR

PERATURAN ASAS BOLA TAMPAR


1) Semasa permainan, satu pihak terdiri daripada 6 orang pemain dan tidak boleh
kurang.
2) Permainan ini dikawal oleh dua orang referi.
3) Hanya ketua pasukan yang bermain dibenarkan berhubung dengan referi
semasa perlawanan.
4) Pergerakkan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi.
5) Memijak garis servis semasa membuat servis adalah salah.
6) Pemain boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian
badannya.
7) Pemain dibenarkan bermain dengan menggunakan sebelah tangan dan juga
menanduk bola.
8) Pemain barisan belakang tidak dibenarkan merejam bola semasa berada
dalam kawasan serangan.
9) Pasukan boleh meminta 2 kali rehat dan 6 kali pertukaran dalam setia set.
10) Permainan setiap set tamat apabila satu pihak berjaya memperolehi mata ke-
25
11) Jika skor sampai 24-sama, permainan set itu akan tamat jika satu pihak itu
mendapat kelebihan 2 mata daripada lawannya, (26-24) atau satu pasukan itu
mendapat mata ke-27, (27-25).
UNDANG-UNDANG PASUKAN
1) Pendaftaran
Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 orang pemain, seorang jurulatih,
seorang penolong jurulatih dan seorang doktor perubatan.
Pendaftaran pemain-pemain adalah wajib.
Pemain-pemain yang telah direkodkan tidak boleh ditukar.

2) Kapten
Hanya kapten dibenarkan bercakap dengan referi di atas sebarang bentuk
keraguan.
Kapten boleh menandai borang skor.

3) Jurulatih
Jurulatih boleh menandai borang skor.
Jurulatih boleh memberi arahan kepada pemain-pemain dan ahli-ahli yang
duduk di atas bangku sewaktu perlawanan berlangsung.

4) Peserta
Pemain yang tidak bermain harus duduk di atas bangku atau berada di
kawasan memanaskan badan.

5) Susunan Giliran
Enam pemain setiap pasukan mesti berada dalam gelanggang.
3 pemain di sepanjang jaring (pemain depan).
3 pemain lagi pemain belakang.
4 3 2
5 6 1

Apabila servis dilakukan, pemain-pemain dibenarkan bergerak bebas di


gelanggang sendiri dan zon bebas.
Pasukan yang mendapat hak servis, pemain-pemainnya harus berputar satu
posisi mengikut arah jam.
UNDANG-UNDANG PERSEDIAAN PERMAINAN
1) Penentuan Perlawanan
Membuat lambungan syiling untuk pemilihan servis pertama atau pemilihan
gelanggang.

2) Sesi Memanaskan Badan


3 minit untuk setiap pasukan.
5 minit jika sesi memanaskan badan dijalankan serentak oleh kedua-dua
pasukan.

3) Kelewatan
Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat dan
selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuba dengan kiraan 25 -
0, 25 – 0.

4) Pasukan Tidak Lengkap


Pasukan yang mempunyai kurang daripada 6 pemain dianggap tidak lengkap
dan tidak dibenarkan bermain dalam set atau perlawanan.
Pasukan lawan akan diberi poin atau poin dan set untuk memenangi
perlawanan tersebut.

UNDANG-UNDANG BERMAIN
1) Bola
Bola Dalam : bola yang menyentuh lantai gelanggang bermain termasuk
garisan sempadannya.
Bola Keluar : sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan
sempanan gelanggang.
Sesuatu pasukan tidak dibenarkan memukul bola 4 kali sebelum
mengembalikan bola kepada pihak lawan kecuali menyandang.
Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan larang.
Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan terbantu.
Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola berturutan kecuali menyandang.
2) Jaring
Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola atau pihak lawannya dalam ruang
lawan.
Pemain tidak boleh masuk ruang lawan.
Pemain tidak dibenarkan menyentuh jaring.

UNDANG-UNDANG PENGANTIAN PEMAIN


1) Bilangan penggantian maksimum yang dibenarkan bagi sesuatu pasukan bagi satu set
adalah 6.
2) Satu atau lebih pemain boleh digantikan pada masa yang sama.
3) Pemain pengganti boleh masuk bermain hanya satu kali dalam 1 set dan hanya boleh
diganti semula oleh pemain yang sama.
4) Pemain yang telah diganti hanya boleh masuk semula dengan mengambil posisi
asalnya.
5) Pemain yang cedera atau tidak layak bermain perlu diganti melalui penggantian sah.

SEMUA UNDANG-UNDANG PERMAINAN DI BAWAH MAVA


DAN PERSEKUTUAN BOLA TAMPAR ANTARABANGSA
HENDAKLAH DIIKUTI

Anda mungkin juga menyukai