Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN BOLA BALING

PEMAIN-PEMAIN

1. Biasanya mengandungi 12 orang pemain (sepuluh orang pemain gelanggang dan dua orang
penjaga gol). Bilangan maksimum, iaitu tujuh orang pemain hendaklah berada di dalam
gelanggang (enam orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol). Lima orang pemain lain
ialah pemain pengganti. Penjaga gol dibenarkan bermain sebagai pemain gelanggang dan
pemain–pemain gelanggang boleh mengambil tempat sebagai penjaga gol.

2. Sekurang-kurangnya lima orang pemain dari sesebuah pasukan hendaklah berada di kawasan
permainan pada permulaan perlawanan. Bilangan pemain boleh ditambah hingga ke tujuh orang,
semasa perlawanan.

3. Seseorang pemain dibenarkan memasuki gelanggang hanya dari tempat pengganti. Tempat
duduk pemain-pemain pengganti hendaklah berdekatan dengan meja penjaga masa.

4. Jika seseorang pemain semasa bermain, menyeberangi atau melangkah keluar satu daripada
garisan-garisan sempadan, tetapi dengan serta-merta memasuki semula ke dalam gelanggang,
maka dia tidak dianggap sebagai meninggalkan gelanggang. Nota:Menyeberang atau melangkah
garisan sempadan dengan tujuan mendapatkan kelebihan akan dihukum dengan memberikan
balingan percuma kepada pihak lawan.

5. Pengganti dibenarkan menyambung permainan pada bila-bila masa tanpa memberitahu penjaga
masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan padang terlebih dahulu sebelum
penggantinya masuk.

6. Kesalahan penggantian akan dihukum dengan balingan percuma dan diambil dari tempat di mana
pemain itu melakukan kesalahan. Selain itu, pemain berkenaan akan digantung selama 2 minit.
Jika kesalahan penggantian berlaku pada masa permainan berhenti, pemain berkenaan akan
digantung 2 minit dan permainan akan dimulakan dengan balingan percuma.

7. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa(seragam). Penjaga gol hendaklah


memakai warna yang berasingan dengan pemain-pemain pasukannya dan pemain-pemain
pasukan lawan. Pemain-pemain akan memakai nombor 1 hingga nombor 20. Nombor 1, 12 dan
16 dihadkan kepada penjaga gol sahaja. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa
atau boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan. Memakai gelang, jam tangan dan apa jua alat yang
dianggap merbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan.

8. Hanya pemain-pemain pengganti dan pemain-pemain yang digantung serta empat orang pegawai
pasukan sahaja dibenarkan berada di tempat penggantian.

9. Tiap-tiap ketua pasukan mesti memakai kain lengan dengan ukuran 4cm lebar dan
warnanya mesti bertentangan dengan warna pakaian pemain itu.

10. Jika seorang pemain berdarah atau terdapat darah pada badannya, atau pakaiannya, pemain itu
mesti meninggalkan gelanggang dengan serta merta dan digantikan supaya luka dan badannya
dapat dirawat dan pakaiannya dapat dibersihkan sebelum masuk seula ke dalam gelanggang. Jika
seorang pemain itu tidak mematuhi syarat di atas, dia dianggap sebagai tidak mempunyai
semangat kesukanan dan akan diberi amaran.

11. Dalam kes kecederaan, pengadil akan memberi kebenaran kepada dua orang pemain atau
pegawai pasukan berkenaan masuk ke gelanggang untuk menolong pemain yang cedera itu.

PENCATAT DAN PENJAGA MASA

1. Pencatat hendaklah menyimpan rekod dan bersama-sama dengan penjaga masa mengawal
pemain-pemain yang masuk ke gelanggang.

2. Penjaga masa akan mengawal:

a) Masa

b) Pemain-pemain pengganti yang masuk dan keluar dari kawasan permainan.

c) Masa penggantungan

d) Bersama-sama dengan pencatat, kemasukan pemain-pemain.

e) Penjaga masa hendaklah memberikan bunyi isyarat menandakan berakhirnya separuh


masa pertama dan tamatnya permainan.

3. Apabila berlaku gangguan masa permainan, penjaga masa akan memberitahu pegawai-pegawai
berapa lama masa bermain dan berapa lama masa yang tinggal.

4. Masa penggantungan bermula apabila pengadil meniup wisel untuk memulakan permainn dan
akan berakhir selepas 2 minit.

5. Apabila balingan percuma atau balingan penalti diberi sebelum tamat kedua-dua masa
permainan (atau masa tambahan), penjaga masa akan menunggu dan menentukan keputusan
balingan itu sebelum memberikan isyarat akhir, walaupun tempoh permainan sudah tamat.
Penjag masa akan memberi isyarat.

o jika bola dibaling ke gol tanpa sebarang kesalahan, tidak kira sama ada bola terkena gol,
penjaga gol atau pemain gelanggang daripada pasukan menahan.

o Jika bola tidak berhenti di dalam gol atau ianya dihantar kepada pemain lain.
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSM

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA, MSSM, kecuali


yang tersebut dalam peraturan berikut.

1. PENDAFTARAN :
1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang
pendaftaran yang disediakan.
1.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan
masing-masing.
1.2.1 Pengurus Pasukan
1.2.2 Jurulatih

2. KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN


2.1 L12 / P12 / L15 / P15 / L18 / P18

3. PAKAIAN
3.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan
nombor masing-masing di depan dan belakang.
3.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan
siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang
pertandingan.
3.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam,
berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.
3.4 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )

4. SAIZ BOLA
4.1 Saiz 1 : L12 / P12
4.2 Saiz 2 : L15 / P15 / P18
4.3 Saiz 3 : L18

5. MASA PERMAINAN
5.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3
minit. (15.3.15)
* diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.
5.2 Masa Rehat Pasukan (1 minit )

(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out)
sekali bagi setiap separuh masa.
(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana
pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU
berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa
rehat 1 minit :-
 Semasa pasukannya mengawal bola.
 Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol
dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.

6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan ini dijalankan secara LIGA / KALAH MATI
6.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.
6.3 Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA :
6.3.1 Menang : 3 mata
6.3.2 Seri : 1 mata
6.3.3 Kalah : 0 mata
6.4 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil
tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan
sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi
alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
6.5 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata
yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di
bawah :
6.5.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
6.5.2 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.
6.5.3 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
6.5.4 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
6.5.5 Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.
6.6 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL
6.6.1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman
singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
6.6.2 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali
kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana
pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.
6.6.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak
dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain
sepanjang kejohanan tersebut.

7. SISTEM KALAHMATI
7.1 Bagi perlawanan secara kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-
langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
7.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah
rehat selama lima minit.
7.1.2 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan.

8. SISTEM BALINGAN 7 METER


8.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5
orang pemain.
8.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara
berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.
8.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
8.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan
dahulu.
8.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil
balingan 7 meter.
8.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah
berada diluar garisan balingan percuma.
8.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
8.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

9. KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya
akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.

10. BANTAHAN
10.1 Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang
disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00.
Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.
10.2 Keputusan Juri adalah muktamad.

11. JURI RAYUAN


11.1 Terdiri daripada :
11.1.1 Pengerusi Teknik Bola Baling MSSPP / Zon
11.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan
11.1.3 Pengerusi Pengadil
11.1.4 2 orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.

12. PERATURAN BARU

12.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa,
ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja,
iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak
dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.
(peraturan 2:5)
12.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu
seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah /
singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.
(peraturan 2 :8)
12.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan
pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau
pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada
semangat kesukanan.
(peraturan 4:11)
12.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan
duit syiling untuk permulaan perlawanan.
(peraturan 4:1)
12.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan
pemain yang cedera atas arahan pengadil.
(peraturan 4:1)
12.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurang-
kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak
dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel.
(peraturan 10.3)
12.7. Isyarat ‘pasif play’ batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat
pemain pertahanan yang mendapat hukuman.
(klarifikasi no 4)
12.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan
percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.
(peraturan 15.6)
12.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir
kepada pasukan lawan.
(peraturan 11.3)
12.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang.
(klarifikasi no 3)

13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


11.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah
muktamad.

Anda mungkin juga menyukai