Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN FIESTA BOLA SEPAK YB TUAN SHAHAR

B13 & B14

1. NAMA PERTANDINGAN
FIESTA BOLA SEPAK YB TUAN SHAHAR B13 & B14

2. PENGANJURAN
Semua pengelolaan pertandingan akan dikelolakan oleh AJK TEKNIKAL FIESTA BOLA SEPAK YB TUAN
SHAHAR B13 & B14

3. TARIKH / TEMPAT DAN MASA


3.1 TARIKH KEJOHANAN :20 NOVEMBER 2021

3.2 TEMPAT : Padang Kem Batu 10,Kuantan

3.3 MASA :
8.00 Pagi hingga 6.00 Petang

3.4 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :
3.4.1 Keputusan berasaskan kepada Peraturan Pertandingan.
3.4.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang bolasepak Persatuan
Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ), FAM.

3.5 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad.

4. UNDANG-UNDANG
4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang
permainan bolasepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan
Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA )

4.2 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :
1
4.2.1 Keputusan berasaskan kepada Peraturan Pertandingan
4.2.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang bolasepak Persatuan
Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ), FAM.

4.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad.

5. PENYERTAAN
5.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar satu (1) pasukan sahaja bagi setiap kategori.

6. KELAYAKAN PEMAIN
6.1 Pemain mestilah terdiri dari warganegara Malaysia.
6.2 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan seperti berikut :
6.2.1 Pemain Bawah 13 dan 14 Tahun perlu mengemukakan Kad Pengenalan Asal sekiranya diminta
j/k teknikal
6.2.3 Semua pemain perlu ada borang Kebenaran Penjaga yang telah dipenuhi dari pasukan masing-
masing yang ditandatangani oleh penjaga mereka.
6.3 Kelayakan umur pemain mengikut kiraan tahun semasa seperti ketetapan berikut:
6.3.1 Pemain Bawah 14 Tahun yang lahir pada dan selepas 2007
6.3.2 Pemain Bawah 13 Tahun yang lahir pada dan selepas 2008
6.4 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI


7.1 Pendaftaran Pemain
7.1.1 Setiap pemain perlu memenuhi surat pelepasan penjaga dari pasukan masing-masing untuk
simpanan pengurus pasukan.
7.2 Pendaftaran Pegawai
7.2.1 Hanya pegawai pasukan yang didaftarkan sahaja dibenarkan berada didalam kawasan
pertandingan.
7.3 Pendaftaran Pasukan
7.3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 16 orang pemain dan 4 orang pegawai dengan
menggunakan borang pendaftaran yang disediakan.

8. SISTEM PERTANDINGAN

2
8.1 Perlawanan pusingan pertama secara liga dan Perlawanan Peringkat Kalah Mati ialah penetuan Tempat
Ke-5/6, Tempat Ke – 3 / 4 dan Perlawanan Akhir.
8.3 Pembetian mata dalam pertandingan liga pusingan awal adalah seperti ketetapan berikut :
8.3.1 Pemberian mata – Menang : 3 mata, Seri : 1 mata dan Kalah : 0 mata
8.3.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh menunggu 5 minit dari
masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan
memperolehi 3 mata dan jaringan 2 - 0 .
8.3.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata
yang sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut :
a. Perbezaan jaringan, atau
b. Jumlah jaringan yang paling banyak, atau
c. Pemenang Perlawanan terdahulu, atau
d. Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan dengan sepakan penalti 5 pemain Sekiranya
keputusan masih juga seri, maka undian akan dibuat untuk memilih pasukan yang akan
mengambil sepakan atau menjaga gol. Sekiranya pasukan yang memilih untuk
menendang tidak berjaya menjaringkan gol, maka pasukan yang memilih untuk menjaga
gol akan dikira sebagai pemenang. Begitu juga sebaliknya.

9. JANGKA MASA PERLAWANAN


9.1 Masa Permainan Sebenar mengikut kategori adalah seperti ketetapan berikut :
Masa permainan ialah 20 minit bagi setiap separuh masa, dengan tiada masa rehat ( 20 – 1 – 20 ).
9.1.2 Masa Permainan Peringkat Kalah Keluar : Masa permainan ialah 20 minit bagi setiap separuh
masa, dengan tiada masa rehat (20 – 1 – 20).
9.1.4 Sekiranya dalam perlawanan secara kalah keluar, terdapat keputusan seri setelah tempoh
masa bermain sebenar tamat, TIADA tambahan masa diberikan. Keputusan perlawanan
akan ditentukan menerusi tendangan penalti 5 pemain dari tanda penalti. Sekiranya
keputusan masih juga seri, maka undian akan dibuat untuk memilih pasukan yang akan
mengambil sepakan atau menjaga gol. Sekiranya pasukan yang memilih untuk
menendang tidak berjaya menjaringkan gol, maka pasukan yang memilih untuk menjaga
gol akan dikira sebagai pemenang. Begitu juga sebaliknya.

10. PENGGANTIAN PEMAIN


Tiada had penggantian pemain,pemain yang telah keluar tidak dibenarkan bermain semula.Setiap penggantian
pemain perlu dimaklumkan pada pengadil.

11. MINIMA PEMAIN


Setiap pasukan mestilah mempunyai minima pemain 9 orang sebelum memulakan sesuatu perlawanan.

12. PAKAIAN PEMAIN


12.1 Setiap pemain hendaklah memakai alas kaki, stokin dan alas betis ( Shin pad ) mengikut spefikasi yang
dibenarkan.
12.2 Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti dalam pendaftaran. Sebarang
pengiklanan jenama rokok, minuman keras tidak boleh dipamerkan.
12.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai tuan rumah dalam
borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukar jersi .
(Pasukan yang disebut kemudian dalam jadual perlawanan).
12.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain tersebut keluar, maka
hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugas tersebut.
12.5 Pemakaian thermal atau tight bagi menutup aurat :-
a. pastikan ianya berwarna sama seluarnya pada kaki atau jersi pada lengan.
3
b. atau berwarna hitam sahaja
12.6 Pemakaian seluar track bottom tidak dibenarkan.

13. JADUAL PERLAWANAN


13.1 Jawatankuasa Teknikal pertandingan akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan
perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.

13.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau hal-hal yang
tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka
perlawanan tersebut akan diputuskan oleh Pengurus Pertandingan Jawatankuasa Pengelola.

14. PEGAWAI PERLAWANAN


Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi menguruskan perkara-perkara
teknikal setiap perlawanan. Ketua pegawai perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan
kepada urusetia setelah tamat kejohanan.

15. TINDAKAN TATATERTIB


15.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara perkara yang berlaku setelah
menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan yang terlibat. Pengadil dan pasukan
berkenaan tidak akan mengambil bahagian dalam perbincangan atau undian sedang dibincangkan.
15.2 Hukuman secara automatik, maka Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang untuk kesalahan seperti
ketetapan berikut :
15.2.1 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan hendaklah dengan
sendirinya digantung daripada bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang ianya
terima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas
penggantungan, akan selagi lagi digantung daripada bermain untuk satu perlawanan
selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran
keenam beliau hendaklah tampil ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang
sewajarnya.
15.2.2 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali amaran bertulis di
dalam perlawanan yang sama akan digantung daripada bermain ( 1 ) satu perlawanan
berikutnya.
15.2.3 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat atau
menunjukkan isyarat lucah walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis
sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain ( 2 ) dua perlawanan berikutnya.
15.2.4 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan biadap atau bermain
terlampau merbahaya walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya,
maka akan digantung daripada bermain ( 3 ) tiga perlawanan berikutnya.
15.2.5 Pemain yang mengutip kad pada peringkat liga akan dikira ‘bersih’ pada peringkat kalah keluar
KECUALI kesalahan-kesalahan seperti perkara 14.2.3 dan 14.2.4.
15.3 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari terus mengambil bahagian
dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu, maka perkara ini perlulah
dipanjangkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan seterusnya.
15.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

16. BANTAHAN

4
16.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha
Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh masa satu jam selepas berakhirnya
perlawanan tersebut beserta bayaran RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja). Wang tersebut
tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak Berjaya.
16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan, perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil
semasa mengadili sesuatu perlawanan.

17. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN


17.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap pegawai dan pemain
termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan kepada
semangat sukan yang tulen.
17.2 Pegawai pasukan yang dibenarkan sahaja mengikut borang pegawai yang disahkan boleh duduk dibangku
pemain simpanan. Pastikan tatacara berpakaian dipatuhi. Pegawai pastikan berkasut, tidak mengenakan
seluar jeans dan pemakaian track bottom 3 – quarter. Kawasan padang adalah kawasan dilarang
merokok.
17.3 Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana
pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan
keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan,
pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai.
17.4 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah
bertentangan dengan etika permainan. Penipuan dari segi mengisi borang pendaftaran boleh
menyebabkan penyingkiran awal sesebuah pasukan daripada menyertai pertandingan ini. Tindakan
memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus
dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai